Pages

Tuesday, July 31, 2012

Akhi, Ujian Kita Berbeza



UJIAN ITU: Setiap manusia akan menghadapi ujian yang berbeza daripada Allah SWT. Sama ada ujian kemewahan mahupun ujian kemiskinan. Itu hak Allah SWT dalam menguji hambaNya. Kita sebagai makhlukNya hanya perlu bersabar dan mengambil hikmah daripada ujian Allah SWT.

Untuk memaknai ujian Allah SWT itu bukan mudah. Kekuatan iman menjadi penentu sama ada kita ini redha dengan ujian Allah atau sebaliknya?

Bagi yang mempunyai iman yang sehat dan sentiasa menjadikan Allah SWT sebagai teman kehidupannya. Mudah baginya untuk mengambil ibrah (pengajaran) daripada ujian yang menimpanya.

Sebaliknya, manusia yang mempunyai iman yang rosak dan sentiasa menjauhi Allah SWT dalam kehidupannya. Maka, ujian yang menimpanya sebagai beban, sentiasa mengeluh dan berputus asa dan lebih teruk lagi bila menyalahkan Allah SWT atas ujian yang menimpanya!

"Saya teringat perbualan saya dan sahabat saya semasa di Airport Tawau dua hari lepas"

Saya berkata " Akhi ana lihat ujian kita sangat berbeza". Allah SWT menguji kita dari sudut yang berbeza dan kemungkinan kita akan cenderung memilih keselesaan, kemewahan dan keseronok apabila kita gagal mengharungi ujian itu!

"Sekarang anta diuji dengan keselesaan dan kemewahaan, manakala ana pula diuji dengan kemelesetan dan kekurangan". Ujarku

Akhi!

"Sekirahnya kita gagal memaknai ujian Allah SWT ini, maka kecenderungan kita untuk memilih hidup mewah dan selesa akan menjadi pilihan kita". lanjutku

"Akhi, mungkin anta akan rasa letih dan bosan dengan kehidupan kita sekarang sebagai seorang daie yang serbah kekurangan, tidur sana-sini, makan tidak teratur, dan memilih untuk tidak terlalu hidup selesa. Dengan itu, anta memilih untuk menikmati kelesaan dan kemewahan yang terhidang dihadapan anta!"

"Ana pula, mungkin berkeinginan untuk hidup mewah dan selesa, dengan mengakhiri kehidupan ini bersama para ikhwah. Kemudian ana memilih untuk mencari pekerjaan yang lebih baik selepas ana Konvo nanti. Dengan itu, ana boleh menyara kehidupan ana dan keluarga ana agar hidup lebih selesa dan mewah" Luahan ku dengan sahabat saya.

Alhamdulillah, kita orang yang ditarbiah masih mampu untuk membuat keuntamaan dalam kehidupan kita!

Akhi, Sahabat saya menyuarakan pendapatnya!

"Akhi, apa yang ana fikirkan sekarang ialah kata-kata Allah SWT dalam Surah Muhammad 47:38 bermaksud;

"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini."

"Allah akan menggantikan kamu dengan yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu" Ulangnya dengan tegas!!

"Akhi, ana tidak mau itu" tambahnya lagi.

"Ana pada ketika itu, mahu menjerit melaungkan takbir kerana Allah SWT memberikan nikmat tarbiah ini kepada sahabat ana yang jelas tidak tertanding nilainya" Bisikku dalam hati.

"Ana menundukan pandangan untuk menyembunyikan mata yang semakin berkaca-kaca yang mula mengeluarkan air mata kerana sangat kagum dengan semangat sahabat ana"

Pada masa itu juga, "saya baru memahami pendirian sahabat saya dengan jelas. Sahabat saya mempunyai wawasan dan mengimpikan mati syahid di jalan Allah SWT" Tafsirku..

Ketika itu, diri saya umpama baru dicas dan baru mendapatkan semula tenaga yang diterbuang semasa jaulah tempoh hari. Hati saya semakin tenang dan lega. Hati sahabat saya juga mesti rasa tenteram kerana berjaya berkongsi ilmu dan ayat Allah tadi.

"Panggilan terakhir pesawat AK6129, sila masuk ke balai pelepasan ke Kota Kinabalu"..Terima Kasih..

Akhi, ana masuk dulu ya. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi. ujarku..

InsyaAllah Akhi, Jaga mutabaah Ok. Pesannya

Jazakallah Akhi..

Kami berdua pun melepaskan jabatan tangan!



Monday, July 30, 2012

Adakah Imanku Sedang Mandul?





Yess..Yess..aku menang lagi!!
"Ini adalah game yang paling aku minati" Soraknya sendiri..

"Memandangkan aku duduk seorang diri kat bilik ini, elok saya teruskan saja main game. Kawan aku semua keluar ada hal masing-masing"

Aahh, Solat Zohor?
"Aku melihat jam di tangan, menunjukkan jam1.47 petang, awal lagi solat asar. Lagipun aku penat ini!" Monolognya sendirian.

Haa..haaa..
Menang lagi!! Bestnya permainan dota ini.

........................

Allahu'akbar..
Allahu'akbar..
Allahu'akbar..
(Azan Solat Asar berkumandang lewat laptop miliknya, namun dia tidak menghiraukan!)
Dicapai tetikus laptonya, kemudian menamatkan laungan azan sebentar tadi.

"Aku nak tamatkan permainan ini kejab, lepas tu pergi solatlah" Bisiknya dalam hati.

Allahamdulillah..
Daripada 10 permainan game tadi, sekali saja kalah. Aku hebat! Luahnya dalam hati.

Huuu, penatnya aku! (Sambil membaringkan tubuhnya itu ke atas tilamnya)

Astagfirullah!!
"Aku melihat jam di tangan"
"Waktu sekarang telah menunjukan jam5.37  petang. Ya Allah, aku belum solat zohor dan solat asar lagi" Jerit hatinya..

"Lalainya aku, Ya Allah!"
"Manusia jenis apa aku ini!" hatinya terus memberontak..

"Tanpa membuang masa lagi, dia pun terus menunaikan solatnya yang tertinggal"

Usai Solat, "Aku duduk sambil menyandarkan tubuhku di tepi tembok di mana aku solat tadi"

"Ya Allah, sebentar tadi aku bermaksiat kepada-Mu. Aku bermain game yang jelas melalaikan aku. Solatku lambat aku tunaikan, Aku telah berdosa kepadaMu Ya Allah!"

Ya Allah!
"Akhinya syaitan dan konco-konconya berjaya menaklukiku saat aku ke seorang sebentar tadi"

"Aku menangis malu kepada-Mu yang Allah"

Mereka di luar sana sangat menghormati aku, mempercayai aku, sehingga mereka gelar seorang Daie sejati yang mengamalkan islam sepenuhnya. akan tetapi, aku merosakan peribadiku dan islamku dengan bermaksiat kepadaMu! Taubatnya dalam hati...

Adakah "Imanku sedang mandul? pengakuannya dalam hati..

"Apa erti mutabaah (Tilawah,Tahajjud,Duha,Istighfar,Mathurat dan subuh berjemaah) yang aku lengkapkan selama ini?"

Mengapa langsung tidak memberi kesan rohani dalam jiwa ku? Adakah selama ini aku laksanakannya hanya sekadar tugasan rutin atau pun untuk mencari redhaNya? Adakah aku ikhlas dalam semua amal ibadah ini? pelbagai persoalan menghujani mindanya..

"Ya Alllah" Ampunilah aku.

Tukk..tukk..
Kedengaran pintu diketuk, "Aku tersedar dari lamunan takkalah rakan sebilikku baru pulang"

Ibrah (Pengajaran cerita ini)

  1. Jangan sentiasa duduk seorang diri, apalagi seseorang itu seorang daie. Pasti syaitan akan mengambil kesempatan untuk mempengaruhi kita. (hati-hati ikhwah yang balik cuti, duduk seorang-seorang di kampung tanpa ikhwah atau persekitaran islami)
  2. Jangan melaksanakan mutabaah hanya sekadar rutin, laksanakanlah dengan penuh ikhlas dan mengharap pahala daripada Allah SWT.
  3. Beristighfarlah, bila menyedari diri kita melakukan maksiat.
  4. Sentiasalah mohon ampun dan bertaubat kepada Allah SWT.


*P/s: Sekadar Ingatan: Seorang kawan yang aktif ikut usrah/halaqah/majlis ilmu bahkan prestasi mutabaah/ibadahnya sentiasa memberangsangkan, namun dia terus dan tetap nekad untuk bermain game dan bermaksiat kepada Allah SWT. "sama-sama kita mendoakan saudara kita itu"

"Mari Muhasabah Diri Kita"
Pesan buat diri ini dan para ikhwah sekalian.


Sunday, July 22, 2012

Ukhuwah, "Aku & Dia"




Membina Ukhuwah

UKHUWAH. MANIS. Orang suka mengangkat ukhuwah di satu tempat yang tinggi. Di dalam kalam, di dalam tulisan, di dalam cerita. Seakan-akan ukhuwah ini adalah satu makhluk yang datangnya dari syurga. Benar, ukhuwah sangat indah.

Aduhai, siapakah yang membina ukhuwah sedalam-dalamnya.

Atau sekadar mengetahui nama, bergembira bersama, makan bersama, bermain bersama, maka itu adalah ukhuwah bagi kita? Biasanya, kita melihat ukhuwah hanya pada satu sisi. Aku dan dia. Tetapi kita tidak memperdalamkan ukhuwah kita, kepada aku, dia dan keluarganya, orang yang dicintainya.

Ukhuwah yang indah adalah ukhuwah yang dalam, tetapi tidak ramai yang senang menerokanya.

Kedalaman Ukhuwah

Kata orang, kalau berkahwin, kita bukan berkahwin dengan pasangan kita sahaja. Kita ‘Berkahwin’ juga dengan adik-beradiknya, ibu bapanya, saudara-maranya. Maka di situ, kita tidak boleh hidup dalam dunia kita semata-mata. Tetapi kita juga perlu memerhatikan sekeliling kita, mengambil berat kepada semua, menjaga hubungan dan berusaha mengajak semua kembali kepada Allah SWT. Kalau benar cinta kita pada pasangan kita, maka itulah yang kita perlu usahakan.

Bergitulah juga dalam persahabatan. Apabila bersahabat dengan seseorang, sepatutunya jika mempunyai peluang, kita perlu membina hubungann baik dengan kedua ibu bapanya, adik-beradiknya dan sesiapa saja yang dicintainya.

Ini adalah satu bukti cinta kita kepadanya. Ia menambahkan lagi keindahan ukhuwah yang ada antara kita dengan dia. Menjadikan apa yang kita katakan ‘sahabatku adalah keluargaku’ menjadi satu perkara yang realiti.

Keindahan dalam ukhuwah

Apa yang terhasil daripada perkara ini adalah ketsiqahan (kepercayaan) antara dia dengan kita. Ini adalah antara projek menawan hati yang paling berkesan. Siapa yang tidak senang melihat seorang sahabat mencintai keluarga sahabatnya? Bahkan saya sendiri amat menyenangi sahabat-sahabat yang merapati keluarga saya, bukan sekadar saya sahaja.

Ukhuwah menjadi semakin erat, dan sukar dipecahkan. Tambahan apabila hubungan ini menjadi sangat erat sehingga ibu bapa mereka memandang kita sebahagian daripada keluarga mereka sendiri.

Secara tidak langsung, kita telah melebarkan jalur ukhuwah berasaskan keimanan ini kepada teritori yang lebih luas. Bermula satu individu, bercambah kepada individu-individu yang lain.

Ada keseronokan dan kelapangan jiwa

Merapati keluarga sahabat mempunyai keseronokan sendiri yang ajaib, dan ia melapangkan jiwa.

Apabila kita menyayangi seorang sahabat kita, pastinya kita akan berusaha menyayangi keluarganya juga, menghormati kedua ibu bapanya, memuliakan adik-beradik mereka, dan mengasihi sesiapa yang dikasihi mereka. Ini menimbulkan satu kemesraan yang tidak terhingga, yang sukar hendak dicapai sekadar persahabatan ‘aku dan dia’.

Saya sukar hendak menterjemahkan perasaan ini. Namun saya merasainya.

Seakan-akan, ini satu tingkat ukhuwah yang baru.

Ukhuwah, luas untuk diekplorasi

Ukhuwah itu luas untuk kita terokai. Bukan sekadar ‘aku dan dia’. Hidup akan lebih bahagia apabila kita ada sahabat yang boleh kita percayai, bahkan bukan dia sahaja tetapi juga seluruh keluarganya.

Ini menimbulkan satu bi’ah soleh dan solehah yang sangat cantik. Isteri kita akan bersahabat karib dengan isterinya, anak-anak kita akan menyayangi anak-anaknya, dan begitu jugalah mereka kepada kita.

Bayangkan, ini bercambah lebih daripada dua keluarga.

Pasti indah, bukan?

Sebelum kita terus mendalami perkara ini, satu perkara perlu diingatkan. Ini semua tidak akan mampu dicapai, tanpa ukhuwah itu dibina atas keimanan.

Walahu’alam..

Thursday, July 19, 2012

Berdisplin, Kita Puas






Bertanya, Mari Meraihkan

Waktu cuti!! Rakan-rakan saya banyak bertanya tentang aktiviti saya sewaktu bercuti?

“Macam-macam soalan yang saya dengar”

Adakah kamu bekerja makan gaji? Melakukan bisnes? Atau pun hanya duduk mendiamkan diri di rumah semasa cuti?

Itulah antara soalan yang menghujani saya apabila tibanya waktu cuti semester sama ada pertanyaan melalui SMS mahupun jaringan sosial saya iaitu “Facebook”.

Alhamdulillah..

“Saya memberanikan diri untuk meraih soalan-soalan tersebut dan memberikan jawapan semampunya”

Biasanya pada waktu cuti semester,” saya akan menghabiskan masa cuti saya dengan berbisnes dan meningkatkan pengetahuan melalui pembacaan, menghadiri kursus, seminar, mendengar ceramah di masjid mahupun di surau dan di mana saja. Itulah aktiviti yang paling lazim yang saya lakukan apabila tiba waktu cuti semester” Ujarku ringkas.

“Aktiviti-aktiviti lain, saya juga menproaktifkan diri untuk mengziarahi rakan-rakan terdekat untuk menjalinkan silaturahim, bertanyakan khabar iman, dan mengajak rakan-rakan untuk berprogram”.

“Tidak ketinggalan juga, saya akan memperuntukkan sedikit masa saya untuk menulis artikal-artikal untuk dikongsikan dalam blogger saya”. 

Itulah sedikit penjelasan saya kepada rakan-rakan pada ketika itu?
Oooh, mereka mengangguk serentak, sebagai tanda setuju dengan penjelasan yang tidak seberapa itu?

Orang Beruntung, Orang Merugi

Cuti semester atau cuti persekolahan adalah saat-saat yang dinantikan bagi seorang pelajar mahupun mahasiswa?

“Sehinggakan ada rakan saya mengeluh semasa dalam pengajian dan berkata “saya rasa semester ini adalah semester yang paling lama aku lalui!! Aku mau cuti, teriaknya semasa kami sedang menikmati keindahan pantai di sekitar kampus itu”.

“Suaranya bergema, menyedarkan aku dari lamunan.”

Namun, berapa ramai di antara kita memanfaatkan waktu cuti yang kita ada? Kemana kita semasa cuti? Apa aktiviti kita semasa cuti?

Adakah hanya duduk menggemuk diri? Memanjangkan masa tidur? Membenarkan sikap malas bermaharajalelah dalam diri kita atau kita lebih banyak membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah? Fikirku!!

“Tiba-tiba saya teringat firmanNya, iaitu dalam surah Al-Asr 103: 1-3, Mahfumnya;

Demi masa!! Sesungguhnya, manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”.

Naaah!!

Sekarang, kita mahu memilih jalan yang mana? Mahu menjadi orang yang beruntung atau mahu menjadi orang yang merugi?

Berbalik kepada diri kita?

Tanyakan diri kita, InsyaAllah hati kita akan tolong jawabkan!!

Belajar & Merancang

Masa cuti adalah masa yang sangat berharga bagi diri seorang remaja muslim seperti kita!!

 Oleh itu, seharusnya kita memanfaatkan sebaik-sebaiknya? Jangan sampai aktiviti tidak berfaedah menjadi agenda masa cuti kita? Kita juga yang akan merugi nanti!! Nauzubillah..

“Saya selalu mengingatkan diri saya dengan kata-kata seorang  ilmuan sebelum dan selepas bangun dari tidur. Boleh dikatakan setiap hari tanpa jemu.”

“Selain itu, saya juga selalu menjadikani kata-kata ini sebagai pembakar semangat atau slongan saya semasa aktiviti ta’aruf bersama sahabat-sahabat setiap kali menghadiri program kerohanian.”

Kata-kata itu ialah ungkapan daripada seseorang yang saya kagumi iaitu Hasan Al-Basri. 

“ Beliau berkata, masa yang lalu adalah bukan milik kita lagi, manakala masa yang akan datang iaitu (sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan, dan setahun) belum tentu menjadi milik kita, Namun masa sekarang ini yang mana anda menbaca artikal ini adalah milik anda, maka manfaatkanlah ia dengan aktiviti dunia dan akhirat kita seperti yang anda lakukan sekarang ini.” Tahniaah..saya ucapkan.

“Kata-kata ini memberi motivasi kepada diri saya untuk memastikan masa cuti yang akan datang perlu dirancang dengan baik dan bijak agar kita menjadi orang beruntung, bukan orang merugi” InsyaAllah…

Berdiplin, Kita Puas

Namun, ada juga antara kita mempunyai perancangan yang sangat baik dan kreatif sehinggakan kita berkata Wooh, semasa sahabat kita membentangkan perancangan masa cutinya?.

Pada suatu ketika, seorang sahabat saya membentangkan perancangan waktu cuti bersama sahabat-sahabat yang lain. Kebetulan masa itu, kami selalu mengadakan pertemuan rutin setiap minggu.

 “Saya secara peribadi menyatakan perasaan kagum dengan kejayaan sahabat ini membuat perancangan peribadinya dengan begitu terperinci dan menyakinkan semua sahabat yang ada ketika itu”

Tiba-tiba kedengaran suara seorang sahabat agar perancangannya boleh menjadi panduan dan rujukan kepada sahabat-sahabat lain sebelum tiba waktu cuti?

 “Kami semua pada waktu itu, mengangguk sebagai tanda sepakat”. 

Dengan murah hati dia pun meminjamkan kepada semu sahabat.

********

Khalid?
Saya kedengaran suara dari belakang memanggilku? Saya sangat mengenali suara itu?

“saya menoleh ke arah suara yang memanggil”

“Ooh engkau rupanya Hisyam.” 

“ Kami bersalaman dan berpelukan sebagai tanda ukhuwah”. 

Bersalaman sambil berpelukan sudah menjadi kebiasaan antara kami dan sahabat-sahabat lain, bahkan sudah menjadi sebati dalam kehidupan kami tanpa timbul perasaan malu apalagi memperlekehkan!!

“Haah, ada apa Hisyam (seorang sahabat yang mempunyai perancangan cuti yang matap tempoh hari)?”

“ Khalid memulakan bicara”.

Khalid, Ana rasa perancangan yang ana buat tempoh hari tidak berjaya lah? Banyak perkara dalam perancangan ana tidak terlaksana seperti yang dirancang? ana dah buat macam-macam caralah agar dapat buat parancangan tu? Ana lekatkan di biliklah, remain dalam telefon lah dan sebagainya tapi..tapi…semua tak berjaya juga!! Luahnya dengan nada kecewa!!

“Hisyam”

“saya menghampirinya sambil memegang bahunya, namun dia terus tertunduk malu dan kecewa”

“Akhi, Ana rasa anta dah buat yang terbaik untuk masa cuti anta, ana juga kagum cara anta menyiapkan perancangan yang begitu lengkap dan ana sendiri menggunakannya sehingga kini. Alhamdulillah, ana semakin tersusun dan seronok melaksanakan aktiviti harian ana dengan bantuan perancangan anta. Jazakalah ana ucapkan.

Ana juga beruntung memiliki sahabat seperti anta yang sudi berkongsi rasa bersama ana. Gemar  berkongsi dikalah suka dan duka. 

“Ana merapatinya dan meletakan tangan ana dibahunya sebagai ikatan persahabatan” (Ukhuwah antara kami).  

“Akhi sebenarnya, ana lihat anta kurang mendiplinkan diri melaksanakan perancangan anta?”

“Hisyam, memerhatikan saya”

“Namun, saya terus menggagahkan diri untuk menasihatinya dari hati ke hati?”

Ana lihat anta, melakukan kerja tidak seperti yang anta rancang? Anta tidak melakukan apa yang sepatutnya anta buat setiap hari!! Kalau anta buat pun, ana lihat anta tidak serius dan selalunya melakukan kerja tidak siap dan bertangguh! 

“Itu yang ana lihat dan rasakan semenjak ana bersama anta sepanjang cuti ini”

Akhi, ana cadangkan, mari kita sama-sama bermuhasabah? Kenang kembali matlamat waktu cuti kita iaitu menghapuskan perkara tidak berfaedah dalam agenda cuti kita!!

“Ana masih ingat kata-kata anta semasa bersama ikhwah hari itu”.

Anta kata, “Akhi antum semua perlu menyediakan perancangan cuti yang baik, berkualiti, dan serius. Kerana dengan perancangan yang baik, masa cuti kita insyaAllah akan bermanfaat dan beroleh pahala dari Allah SWT”. 

Lanjutnya!!

Apabila kita gagal merancang, maka antum dan diri ana juga telah merancang untuk gagal!!

“Ana terkesimah dengan kata-kata anta pada masa itu”

Jadi akhi, ana berpesan kepada diri ana dan anta juga agar kita sama-sama disiplinkan laksanakan apa yang kita rancang. Dengan itu, kita akan merasai kepuasan dan keseronokan semasa melaksanakan apa yang kita rancang? InsyaAllah..

Ana merayu!

“Hisyam tersenyum sambil menoleh ke arahku”. 

Alhamdulillah.

Akhi, Jazakumullahu khairan kerana mengingatkan dan menasihati ana?

“Afwan akhi, sememangnya itu tanggungjawab ana sebagai ukhuwah anta.”

“kami bersalaman dan berpelukan”

Kami berdua beransur pulang..









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...