Pages

Monday, November 29, 2010

Usaha, Doa, & Tawakal


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang;

Dengan izin Allah SWT, Alhamdulillah Peperiksaan akhir berjaya saya harungi dengan jayanya. Saya sudah buat yang termampu, telah banyak berdoa, dan saya hanya perlu serahkan kepada Allah SWT sama ada saya mendapat keputusanyang baik atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, semestinya keputusan yang baik itu adalah menjadi harapan. Perlu diingat apa yang penting mencari redha Allah SWT.

Selama seminggu menhadapi ujian akhir ini berlangsung akhirnya saya telah berjaya menamatkan pengajian untuk semester yang ke-3. Pada minggu pertama peperiksaan, saya agak tekanan kerana jadual saya bermula isnin sehingga khamis.

Saya agak keletihan dan tidur terpaksa dikurangkan. Isnin “Organizational Behaviour”, selasa “ Statistic Of Business and Economics”, rabu “Introduction to Information System, Khamis “ Managerial Accounting” dan Jumaat “ Principles Of Entrepreneurship”.

Namun minggu kedua “Reading dan Wiriting” dan ketiga Alhamdulillah masing-masing satu subjek sahaja dan berakhir pada 25/11/2010 dengan subjek program “Creativity, Innovation Dan Entrepreneuship”

Keletihan mula terlerai, kerna sekarang ini tidak perlu lagi memgadap buku test yang tebal.

Kepada rakan-rakan yang balik bercuti, berhati-hatilah. Jaga kesihatan dan jaga perhubungan dengan Allah SWT.

Sepanjang cuti buatlah aktiviti yang berfaedah. Tinggalkan aktiviti yang mengsia-sia masa yang terluang. Bantulah ibu bapa. Bekerjalah untuk mendapatkan wang belanja untuk semester hadapan. Perbanyakan interaksi dengan ibu bapa dan hormati mereka.

Satu yang paling penting tunjukkan perubahan positif pada diri sahabat dalam setiap semester semasa balik bercuti. Tunjukkan diri sahabat sebagai “seorang anak yang berguna, bukan seorang anak tak berguna”.

Guna kesempatan belajar sahabat di universiti untuk membuat perubahan dan mentarbiyah diri menjadi anak yang berkualiti dan menjadi harapan kedua ibu bapa. Cetuskan satu perubahan positif dalam keluarga sahabat.

Dulu seorang yang jahat, dan kini seorang yang dicintai ahli keluarga.

Justeru itu, jadikan cuti semester sabagai fasa untuk membuat pembaikan diri. Nilai kembali diri kita setiap semester adakah semakin membaik atau sebaliknya. Jadikan kehidupan setiap semester medan perubahan jangka pendek. Sekiranya baik maka istiqamalah, jika buruk perbaikilah sisi yang buruk itu. Moga diakhir pengajian kita memperolehi kejayaan akademik dan berjaya menjadi insan yang berkualiti.

Selamat bercuti dengan keluarga bagi yang pulang kampung. Jika tidak balik kampung, hubungi ibu bapa.

Jangan lupa sahabatku..”Doakan kegembiraan kami yang tidak balik kampung.”

Aku mencintaiMu kerana Allah SWT dan RasulNya

Sunday, November 21, 2010

Mesti Berubah!!





Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Dalam hidup ini perubahan mesti dilalui. Siapa kata dirinya tak berubah setipa masa, hari, minggu, bulan dan bahkan bertahun-tahun yang akan dilalui. Memang sukar dipercayai sekiranya kita mendengar ungkapan sebegini ”aku tetap menjadi diriku seperti ini selama mana saya masih hidup”. Yah..tidak dinafikan memang ada manusia seperti ini. Saya setuju sekiranya ungkapannya berbunyi begini ”saya akan berubah kepada jahat ke baik, kepada baik ke yang terbaik”. Kan bagus manusia seperti ini. Bagaimana manusia ini pula. “Saya tak akan berubah”. Perubahan itu menghilangkan identiti saya yang sebenar. Yaa..memang betul. Akan tetapi bagaimana sekiranya diri anda masa itu dalam keadaan bergelumang dengan dosa dan maksiat. Yaa!! aku tak akan berubah!!! Adakah ungkapan anda masih memberi jawaban yang sama. Di sini, Saya akan buat dua jawaban sama ada “saya berubah” dan “saya tidak berubah” dan suatu hari nanti saya akan berubah sendiri.

Berdasarkan situasi di atas di sini saya ingin menklasifikasikan beberpa jenis manusia . menurut perkiraan saya manusia sebenarnya ada 5 jenis dalam proses BERUBAH. Wahai saudara-saudari sekalian, jangan terkejut dan terkeliru kerana jenis manuisa seperti ini mungkin tak terlintas di kotak pemikiran anda akan hal ini. Betul tidak?? Walau bagaimanapun, di sini saya akan mendedahkan jenis-jenis manusia dalam menghadapi proses BERUBAH.

Wahai saudaraku, jangan risau dan jangan bimbang, ini hanya perkiraan saya melalui persepsi dan pengamatan saya di kanta mata saya di padang masyarakat. Saya hanya akan mengajak saudara untuk berfikir sama ada manusia ini wujud dalam realiti kehidupan kita atau tidak. Dan paling mudahnya adakah kita dalam kelompok 5 manusia berubah ini. Mungkin YA dan mungkin juga TIDAK. Sekali lagi wahai saudaraKu, jangan risau dan jangan bimbang. Saya hanya akan mengajak anda berfikir dan bersetuju atau tidak, kuasa membuat keputusan 100% di tangan anda.

Berikut adalah 5 manusia yang saya maksudkan;

1. manusia INGIN berubah.
2. manusia MAHU berubah.
3. manusia AKAN berubah.
4. manusia CUBA berubah.
5. manusia TIDAK berubah.


Mari kita analisa keempat-empat manusia tersebut;

Manusia INGIN berubah;

Konsep berubah bagi manusia ini hanya keinginansahaja. “saya ingin berubah”. Sebenarnya saudara, dia hanya INGIN berubah. Bukan mahu berubah. INGIN di sini hanya Keinginan atau angan-angan dan perkataan yang lebih sesuai hanya bermimpi untuk berubah tanpa membuat sebarang tindakan. Yaa!! Saya INGIN berubah??. Saya faham ungkapan ini, Cuma hakikatnya hanya ungkapan atau omong kosong sahaja tanpa memikirkan caranya bagaimana menuju perubahan. Jelas ok...perkataan penting di sini ialah INGIN.

Manusia MAHU berubah;

Konsep berubah bagi manusia ini tidak jauh bezanya dengan manusia yang pertama tadi. “Saya kata saya mahu berubah!!”. Betul memang anda mahu berubah. Bahkan anda lebih baik berbanding manusia “saya ingin berubah”. Tahniah saya ucapkan. Akan tetapi anda hanya MAHU berubah. Bukan AKAN atau CUBA berubah. Perkataan MAHU di sini lebih kurang maknanya dengan INGIN berubah Cuma, manusia ketegori MAHU ini MAHU berubah. Bermakna, manusia ini telah mengetahui cara untuk MAHU berubah, akan tetapi dia sukar memutuskan cara, bagaimana, dan perubahan yang bagaimana sesuai untuk saya. Pelikkan tapi manusia ini memang ada. Sebagai contoh, dia berubah hanya bertaklid bukan usahanya dan niatnya dari hati untuk berubah. Dia akan berubah dengan mengikut perubahan pada rakan-rakan. Tentang perubahan kepada kebaikan atau keburukan itu menjadi pilihanya.

Manusia CUBA berubah;

Saya ucapan tahniah dan syabas kepada anda kerana anda mencuba untuk berubah. Manusia ini lebih baik berbanding 2 manusia sebelum ini. Anda sudah ada tindakan, ada cara, tahu ke arah mana yang anda CUBA berubah. Tapi hakikatnya, anda hanya cuba berubah akan tetapi anda tidak mencubanya dengan yang terbaik. Anda hanya CUBA!!. Bermaksud anda hanya CUBA, bukanya serius akan melakukannya. Di sini anda tidak yakin dengan keputusan anda dan tidak mengharapkan perubahan akan berlaku dan sekiranya perubahan berlaku itu hanya CUBAAN. CUBAAN? Mari fahami betul-betul. CUBAAN, bunyi hanya mencuba tak serius mencuba. Betul tidak?? Manusia jenis ini banyak dalam kalangan kita hanya bermain-main dalam INGIN atau MAHU berubah. Hanya MENCUBA dan tak meletakkan harapan yang tinggi bahawa dirinya akan berubah.

Manusia AKAN berubah;

Di sini anda dalam kategori manuisa mempunyai MENTALITI JUARA. Anda INGIN, MAHU, CUBA dan AKAN berubah. Waah!!! Hebat bukan. Anda mentaliti juara. Anda contoh juara kepada masyarakat di sekeliling anda. Jadilah juara seperti ini. Manusia tahap ini, dikatakan manusia yang tahu bagaimana, ke arah mana, tujuannya, kenapa, bila dan sebagainya. Harapan yang tinggi diletakkan dalam dirinya dia akan berubah berdasarkan apa yang dia rancang. Yang dirancang dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Dia tahu ke arah mana perubahan itu dan tujuannya dia berubah. Bukan itu saja, anda juga tahu masa yang sesuai untuk berubah dan di mana perubahan perlu bermula. Yaa saya tahu bermula dari mana perubahan itu. Saya yakin jawaban ini akan diungkapkan “perubahan bermula pada diri saya”. Hebat bukan. Oleh itu tidak heran sekiranya anda diletakkan pada level Mentaliti Juara. Dia benar-benar nekad nak berubah. Setiap langkah menuju perubahan, dia sendiri tetapkan berdasarkan kemampuannya. Contohnya, saya akan menjadi seorang pelajar yang cemerlang semua A+ dalam peperiksaan SPM. Perkataan AKAN di sana menunjukan dia AKAN melakukannya bukan INGIN, MAHU dan hanya CUBA, bahkan tetapi AKAN berubah. Jadi sekiranya anda AKAN berubah, laksanakan rancangan anda seperti yang anda tetapkan sebagai seorang pelajar. Salah satu MOTO Mentaliti Juara ialah “jadilah orang bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan jangan menjadi orang yang menyalahkan diri sendiri.”

Manusia TIDAK berubah;

Ada juga manusia macam ini di zaman moden ini. Mungkin dah menjadi orang yang terbaik dan berjaya. Ya itu lebih baik. Bagaimana dengan manusia yang yang gagal dan mundur dalam ekonomi hidupnya. Adakah masih bernekad untuk TIDAK berubah. Menurut perkiraan saya, memang dia akan terus hanyut dengan hidupnya yang mundur. Saya boleh katakan bahawa manusia ini adalah manusia Mentaliti MANGSA. Setiap masa dirinya menjadi MANGSA bukan jadi penMANGSA.

Menurut pepatah arab, “Masa itu pedang” bermaksud, sekiranya kita tidak memotong masa, masa akan memotong kita. Betul tidak.? Yaa betul..akan tetapi menusia ini telah dipotong oleh masa dan kehidupan dunia. Dia semakin lemah dan tak berdaya lagi. Tubuhnya telah terluka akibat potongan pedang tersebut. Dia hanya memerlukan pertolongan tanpa berhasrat untuk menolong dirinya. Cuba kita fahami ayat ini. "Sekiranya kita telah berusaha untuk membantu seseorang memperbaiki dirinya daripada buruk kepada baik tanpa dia sendiri berhasrat akan membantu dirinya, adakah usaha itu berhasil." Tentu saja tidak berhasil.

Oleh itu, Jangan kata fikirlah sendiri, tetapi kita katakan sama-sama berfikir.

Manusia ini berserah diri dan membiarkan dirinya menjadi MANGSA. Amat rugi!! Adakah kita orangnya, saya yakin saudara sekalian bukan kelompok ini tetapi kelompok Mentaliti JUARA. Betul tidak?
Tepuk Dada Tanya Fikiran dan Tanya Iman”

Itu sahaja dari saya, sekali lagi saya hanya mengajak Anda berfikir, bukan saya mengajak anda membuat keputusan untuk setuju atau tidak setuju. Selamat menjadi manusia mentaliti Juara, jangan manusia Mentaliti mangsa.

Saya tinggal sepotong Ayat Allah SWT: Ali Imran :110

Allah SWT berfirman:” kamu adalah umat yang terbaik”.

Oleh itu, saya mengajak Anda untuk BERUBAH. Berubah dari yang buruk kepada baik, dari baik kepada yang terbaik, dari terbaik kepada superterbaik, dari superterbaik kepada hypeterbaik dan seterusnya.

Wallahu’alam..

Wednesday, November 17, 2010

Kegagalan Bangkit Kejayaan!!




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Di sini saya nak kongsi video motivasi kepada semua. saya rasa video ini amat bermakna kerana dalam diri kita tidak terlepas dari kesilapan dan kegagalan. Jadi bagi mengurangkan keraguan, video ini InsyaAllah mampu memberi gambaran tentang bagaimana mahu tampil bangkit dari kegagalan..

"Kenali Kelebihan Anda, dan Eksploitasikannya Menjadi Luarbiasa"

walahualam...

Tuesday, November 16, 2010

Orang Beriman Takutkan Allah SWT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang;


Aku Takut!!!

Sujud syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya saya masih bisa duduk di hadapan laptop yang mempunyai 2 skrin ini. Pelik kan?? Memang pelik, saya kadang-kadang bingung nak lihat yang mana satu. Namun akhirnya siap juga artikal saya ini yang hampir dua minggu baru siap. Maklumlah sibuk dengan peperiksaan akhir ini. Moga Allah SWT memberi keputusan yang baik dan memberi berkah atas apa jua ilmu yang saya perolehi. Saya juga mengharapkan akan keputusan nanti memberi satu ukiran senyuman yang manis dan membanggahkan. Moga pointer semester ini naik. Amin Ya Rab??

Salam dan selawat yang tidak terhingga ke atas kekasih Allah SWT Nabi Muhammad SAW. Moga di akhirat kelak kita mendapat syafaatNya. InsyaAllah.

Oyah!!

Kali ini saya ingin membicarakan tentang takut iaitu takut kita kepada Allah SWT. Bagaimana kita menjaga segala kurniaan Allah SWT yang ada pada diri kita agar kita memanfaatkannya seperti yang digariskan oleh Allah SWT. Berikut adalah penjelasan ringkas tentang bagaimana orang-orang mukmin menjaga pancainderanya kerana takut akan azab Allah SWT di akhirat kelak.

Perasaan takut adalah sifat semulajadi manusia. Tetapi takut yang bernilai di sisi Allah SWT adalah takut kepada Allah SWT, dalam erti lain takut dengan azabnya di neraka. Rasa takut ini menyebabkan timbul keinginan untuk mengenali Allah SWT menerusi dialog-dialog batin seperti solat di keheningan malam. Munajat dan dzikir.

Takut kepada Allah SWT adalah salah satu bentuk ibadah yang tidak terlalu diperhatikan oleh sebahagian mukmin, padahal ianya menjadi dasar beribadah dengan benar.

Firman Allah SWt dalam kitabNya bermaksud:

“kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kamu kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Surah Ali-Imran; 175)



Berikut adalah tanda-tanda takutnya sebagai keperibadian seorang muslim sejati:

Takut pada lisan;

Seseorang yang takut kepada Allah SWT mempunyai kekhuatiran atau ketakutan sekiranya lisannya mengucapkan perkataan yang mendatangkan murka Allah SWT. Sehingga dia menjaganya dari perkataan dusta, ghibah, dan perkataan yang berlebih-lebihan dan tidak bermanfaat. Bahkan selalu berusaha agar lisannya sentiasa basah dan sibuk dengan berzikir kepada Allah SWT, dengan bacaan Al-Quran, dan muzakarah ilmu.

Rasulullah SAW bersabda:

“barangsiapa yang dapat menjaga (menjamin) untukku mulutnya dan kemaluannya, aku akan memberi jaminan kepadanya syurga.” (Riwayat Bukhari)

Manakala dalam istilah lain yang menariknya ialah:

“Diam adalah Emas dan Bercakap adalah Perak”

Ini bermakna sekiranya kita ingin berucap pastikan ianYa benar-benar memberi manfaat kepada para pendengar dan bukannya perkara yang sia-sia.

Hadits lain, Rasulullah SAW bersabda:

“tanda sempurnanya Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu (perkataan) yang tidak berguna baginya.” (Riwayat At-Tarmizi).

Begitulah, sesungguhnya seseorang itu akan memetik hasil ucapannya Yakni lisannya, maka hendaklah seseorang mukimin itu takut dan benar-benar menjaga lisannya.

Takut pada perut;

Orang mukmin yang baik tidak akan memasukkan makanan ke dalam perutnya kecuali dari yang halal, dan memakannya hanya terbatas untuk keperluan hariannya sahaja.

Firman Allah SWT bermaksud:

“dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian lain di antara kamu dengan jalan yang batil.” (Surah Al-Baqarah:188).

Ibnu abbas menjelaskan, memakan dengan cara batil ini ada dua jalan iaitu;

1. Mendapatkan sumber makanan atau rezeki itu dengan cara yang zalim seperti merampas, menipu, mencuri dan sebagainya.
2. Mendapatkan sumber rezeki itu dengan cara permainan seperti berjudi, taruhan, nombor ekor dan lain-lainnya.

Harta yang diperolehi dengan cara haram selamanya tidak akan menjadi baik atau suci sekalipun diinfakkan, disedekahkan di jalan Allah SWT.

Menurut Sufyan Ats-Tsauri dengan menjelaskan;

“barangsiapa menginfakkan harta haram (di jalan Allah SWt) adalah seseorang mencuci pakaiannya dengan air kencing, dan dosa itu akan tidak dapat dihapuskan kecuali dengan cara yang baiknya.”

Bahkan dijelaskan dalam hadits sahih bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“setiap jasad yang tumbuh dari harta haram makan neraka lebih baik/layak untuknya.”

Jadi, itulah pentingnya memperhatikan jalan mencari harta. Sudahkah kita takut kepada Allah SWT dengan menjaga agar jangan sampai perut kita dimasuki dengan harta yang diharamkan oleh Allah SWT.

Takut pada tangan;

orang mukmin yang beriman kepada Allah SWT akan menjaga tanganya agar jangan sampai dihulurkan kepada hal-hal yang diharamkan oleh Allah SWT seperti:

“(sengaja) menyentuh wanita yang bukan mahram, berbuat zalim, aniaya dan tidak beriman dengan alat-alat permainan syaitan seperti alat perjudian.”

Bagi Orang mukmin akan selalu menggunakan tangannya untuk melakukan ketaatan, seperti sedekah, menolong orang lain (dengan tangannya) kerana dia takut di akhirat nanti tanganya akan berbicara di hadapan Allah SWT tentang apa yang pernah dilakukannya, sedangkan anggota badannya yang lain menjadi saksi atasnya.

Dalam firman Allah SWT:

“Pada hari ini yakni (hari perhitungan) kami tutup mulut mereka, tangan mereka akan berkata-kata kepada kami dan kaki mereka akan member kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Surah Yasin :65)

bahkan salah seorang Ulama’ Salaf berkata;

“ sekiranya kulit saya ditempeli bara api yang panas, maka itu lebih aku sukai daripada saya harus menyentuh perempuan yang bukan mahram.”

Itulah gambaran mukmin sejati yang takut kepada Allah SWT di dalam menggunakan tangannya. Maka bagaimanakah dengan kita.??

Takut pada penglihatan atau pandangan;

Penglihatan merupakan nikmat Allah SWT yang paling besar, maka musuh Allah SWT ialah syaitan tidak senang kalau nikmat ini digunakan sesuia kehendak-Nya. Orang yang takut kepada Allah SWT selalu menjaga pandangannya dan merasa takut bila memandang sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT, dan tidak memandang dunia dengan pandangan yang rakus namun memandangnya hanya untuk ibrah (pelajaran) semata.

Dalam firman Allah SWT;

“katakalah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; sungguh yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah SWT Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah An-Nur:30).

Pandangan merupakan panahan api yang dilepaskan oleh iblis daripada busurnya, maka berbahagialah bagi sesiapa sahaja yang mampu menahannya.

Jika kita teliti banyaknya kemaksiatan dan kemungkaran yang bermaharajalela seperti perzinaan dan perogolan, salah satu penyebabnya ialah ketidak mampuan seseorang menahan pandangannya. Sebab itu, sekali seseorang memandang, lebih dari sepuluh kali hati membayangkannya. Maka, sudahkah kita menjadi orang yang takut kepada Allah SWT dengan menahan pandangan kepada sesuatu yang diharamkanNya.?

Takut pada pendengaran;

Ini perlu kita renungi bersama, sehingga seorang mukmin akan selalu menjaga pendengarannya untuk tidak mendengarkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT. Ini halnya seperti nyanyian yang mengundang berahi beserta irama muziknya. Selain itu, selalu mendengar perbualan yang sia-sia, mendengar hal orang hal dan rahsia orang lain. semua ini akan melahirkan salahguna kurniaan Allah SWT.

Sebagai Orang-orang yang beriman pendengaranNya akan digunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah SWT dan hadits Rasulullah SAW seperti menghadiri majlis tadarus al-quran, ceramah-ceramah, tazkirah dan kuliah di masjid, dan banyak lagi yang boleh dilakukan agar pendengaran kita tidak digunakan untuk perkara yang batil.

Takut pada kaki;

Seseorang yang takut akan kemurkaan Allah SWT akan menggunakan kakinya untuk melangkah ke arah ketaatan, seperti mendatangi solat berjemaah, majlis ilmu dan majlis dzikir. Dan takut untuk melangkahkan kakinya ke arah kemaksiatan serta menyesal bila terlanjur melakukannya kerana ingat bahawa kakinya kelak akan berbicara di hadapan Allah SWT di akhirat kelak. Ke mana saja kaki melangkah ,sedang bumi yang dipijaknya akan menjadi saksi.

Firman Allah SWT bermaksud;

“Pada hari ini yakni (hari perhitungan) kami tutup mulut mereka, tangan mereka akan berkata-kata kepada kami dan kaki mereka akan member kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Surah Yasin :65)

Firman Allah SWT lainnya bermaksud;

“sesungguhya kami menghidupkan orang-orang mati dan kami menuliskan dengan apa yang mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan.” Surah Yasin:20

Asbabul nuzul ayat ini adalah bahawa sesorang dari Bani Salamah yang tinggal di pinggir Madinah (jauh dari masjid) merancang untuk pindah berdekat dengan masjid, maka turunlah ayat ini yang kemudian Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa bekas langkah (telapak) menuju masjid dicatat oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT sebagai amal soleh.

Semua langkah kaki akan dicatatkan dalam kitab amal manusia ke mana sahaja mereka melangkah sama ada ke arah ketakwaan atau ke arah kejahatan. Langkah tersebut tidak ada yang akan tertinggal kerana bumi yang dipijaknya akan menjadi saksi tentang apa, bila,dan di mana seseorang melakukan Sesuatu perbuatan.

Jika baik maka baiklah balasannya, tetapi jika buruk maka buruklah balasannya. Ini semua tidak terlepas dari kaki yang dilangkahkan, maka ke manakah kaki kita dilangkahkan??

Takut pada hati;

Seseorang mukmin akan sentiasa menjaga hatinya dengan sentiasa berzikir dan beristighfar supaya hatinya tetap bersih, dan menjaganya dari racun-racun hati.

Seseorang mukmin akan takut jika di dalam hatinya muncul sifat jahat seperti buruk sangkah, permusuhan, kebencian, hasad dan dengki dan lain-lain kepada mukmin yang lain. kesemua itu telah dilarang oleh Allah SWT dan RasulNya dalam rangkah menjaga kesucian hati. Hati adalah penentu, apabila ia baik maka baik seluruh tubuhnya, tetapi apabila ia kotor maka akan kotorlah seluruh tubuhnya.

Pernyataan ini sesuai dengan hadits Rasulullah SAW;

Dari Abu Abdillah An-Numan bin Basyir ra. Berkata:

Rasulullah SAW bersabda, “ketahuilah bahawa di dalam jasad itu terdapat segumpal daging, bila ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, dan bila ia rosak maka rosaklah pula seluruh jasad itu, ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati.” (hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka pernahkah kita merasa takut bila hati kita menjadi gelap? Bahkan kita selalu merasakan bahawa hati kita sama sekali tidak ada kecacatannya? Naudzubillah. Dari ini semua sudahkah kita termasuk orang yang takut kepada Allah SWT?

Wahai saudaraKu, saya harafkan semua penjelasan tersebut jelas untuk kita. Sebenarnya artikal ini ditujukan untuk diri sendiri, tapi saya juga ingin berkongsi pengetahuan agar ianYa bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah.

Rasulullah SAW bersabda:

“bertakwahlah kamu kepada Allah SWT di manapu kamu berada, iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan nescaya ia dapat menghapuskannya dan pergaulilah semua manusia dengan budi pekerti yang baik.” (HR Titmizi)

Walahu’alam....

Sunday, November 14, 2010

Inilah JalanKu dan LangkahKu.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Asslamua’alaikum WBT.

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT akhirnya saya terdetik di kotak fikiranku untuk berkongsi sedikit artikal terbaik bagi saya dari sebuah majalah islamik terkenal iaitu majalah solusi. Menurut saya, saudara-saudari telah pun tahu akan ini. Saya juga beranggapan bahawa, mungkin majalah tersebut menjadi salah satu majalah yang kerap dibaca oleh saudara-saudari sekalian. Selawat dan salam ke atas kekasih Allah SWT iaitu Nabi Muhammad SAW dan juga suri taladan yang terbaik bagi seluruh umat manusia.

Allah SWT berfirman:

“sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri taladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah SWT.” Surah Al-Ahzab:21
Berdasarkan topic yang dipilih post kali ini sangat sesuai dengan keperibadian Nabi SAW, kerana beliau adalah seorang Murabbi yang paling berjaya membawa Islam sehinggalah Kita sekarang dapat merasai nikmat islam dan iman. Namun sejauhmana umat Rasulullah SAW pada masa kini memperjuangkan agama islam. Adakah kita hanya berlepas tangan daripada menyebarkan islam.? Adakah kita ingin bergelar hanya sebagai islam sedangkan diri kita tidak menyumbang sebarang apa-apa di dalamNya.? Adakah tanggungjawab berdakwah hanya dibahu pada ahli ibadah, penuntut ilmu yang mengkhususkan dirinya dalam bidang agama, dan para ustaz-ustaz.?

Wahai saudaraku? Bangkitlah sebagai pemuda islam yang sejati, berdakwahlah kalian. Jangan biarkan masa muda Mu dipenuhi dengan warna-warni dunia yang sementara. Yakin lah kita ada alam yang lagi kekal abadi di sana. Jangan buang masa lagi.? Sampaikan kalimah-kalimah Allah SWT dan Hadits-hadits Rasulullah SAW terutamanya kepada diri kita sendiri. Dengan kekuatan tarbiyah yang ada ajaklah saudaramu kepada yang makruf dan cegahlah dari perkara yang mungkar.

Dengan itu, jadikanlah cabaran dan ujian yang Allah berikan itu sebagai satu kekuatan untuk terus bangkit dan perbaikilah sisi yang lemah, dan janganlah sesekali mengatakan ujian dan cabaran itu sebagai satu alasan untuk lepas tangan dan menjauhkan diri di jalan dakwah.

Dengan tajuk “Jalan Dakwa, Jalan Susah”..amatilah wahai saudaraKu?
Jalan dakwah, jalan susah
Jalan dakwah adalah jalan yang panjang. Penuh dengan rintangan. Mempunyai beban yang berat. Hanya sedikit sahaja yang mampu memikulnya.

Di manakah kita sekarang ini? Adakah kita berada di atas jalan dakwah atau masih berada di tepi-tepinya atau sedang memilih jalan bermalas-malas dan berseronok-seronok? Hanya insan yang luar biasa sahaja yang terpilih memikul amanah berat ini di jalan dakwah ini. Lumrah, Allah membuat pilihan terhadap hambaNya. Hamba yang menyerahkan usaha dan kekuata untuk membantu islam sudah tentu mendapat pandangan istimewa di sisi Allah SWT.

Amat sedikit manusia yang sanggup bersabar untuk terus berada di jalan dakwah ini. Persiapan diperlukan untuk berada di atas jalan itu tidak sedikit. Selain itu, beberapa aspek perlu diberi penekanan.

Misi yang jelas.
Rasulullah SAW dibekalkan dengan misi yang bersepadu seperti mana yang difirmankan oleh allah SWT:

sebagaimana kami telah mengutuskan rasul bagi kamu, yang is akan membacakan ayat-ayat kami, membersihkan jiwa kamu serta mengajarkan kamu ilmu al-kitab dan hikmah mengajarkan kamu apa-apa yang kamu tidak ketahui.” Surah al-baqarah: 151.


Ayat ini menggambarkan bahawa Rasulullah SAW melaksanakan misinya melalui tiga pendekata iaitu:

1. Membacakan dan memberikan pemahaman tentang ayat-ayat al-quran, agar umat islam mengenal dan mengetahui hakikat hidup di dunia ini secara tepat dan jelas. Mereka dapat tahu yang mana islamik yang mana tidak, walaupun dalam perkara-perkara yang halus.

2. Membersihkan jiwa umat islam daripada unsur-unsur syirik seterusnya menyucikan hati dari sifat-sifat terkeji dan berusaha mengisi dengan sifat-sifat terpuji dan akhlak yang baik.

3. Mengajarkan ilmu dan hikmah, di mana ianya hanya dapat diperolehi melalui apa yang Allah SWT turunkan melalui al-quran dan dijelaskan oleh sabda Nabi SAW.


Kefahaman yang benar dan asli.
Di dalam surah Ali-Imran ayat 191, Allah SQWT berfirman;

“(iaitu) orang-orang yang mengingati Allah SWT sambil berdiri, duduk dan berbaring serta berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi ( oleh Allah), ya tuhan kami tidaklah engkau ciptakan(semua ini dengan sia-sia.”
Allah swt telah menggambarkan persepaduan antara zikrullah dan dengan berfikir dapat menunjukan pengenalan kepada tuhan secara tepat. Persepaduan zikir dan fikir yang sesuai akan menghantar seseorang kepada pengenalan kepada tuhan dan alam semesta dengan tepat dan kemudian ia dapat memanfaatkan alam dan siisinya dengan petunjuk Allah SWT.

Kefahaman yang benar dab asli dari zikir dan fikir akan mampu menunjukan kepada jalan yang benar.

Tidak mudah futur
Futur dalam bahasa bermaksud “menurun” sepertimana disebut di dalam hadits Rasulullah SAW:

sesungguhnya setiap amal itu ada masanya naik (rajin) dan setelah itu ia akan turun (futur). Barang siapa yang turun (amalnya) masih dalam (batas-batas) sunnahku, sungguh ia dalam petunjuk (Allah). Dan barang siapa yang turun (amalnya) ia telah keluar dari sunnahku sungguh celaka dia.”
Secara istilah, bermaksud :

“sikap mengabaikan amal sehingga meninggalkannya”

Peribadi daie yang lemah dan system dakwah yang lemah mudah mencampak seseorang ke lembah futur.

“kalau sekiranya jalan yang mudah kamu lalui itu dekat dan perjalanan yang kamu tempuhi mendatangkan banyak keuntungan, nescaya mereka berbondong-bondong mengikutimu, tetapi (jalan dakwah) itu penuh dengan dakwah peuh dengan kesusahan.” Surah Al-Taubah: 42.
Wallahu’alam...

Sumber: majalah solusi edisi m/s94-95:www.hadimusli.blogspot.com///ums2010.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...