Pages

Monday, February 27, 2012

Istimewa Buat Murabbiku



Subahanallah..

Menitis air mata ana setelah membaca artikal ini. 

“Ya Allah aku berlindung dari sebarang penyakit hati yang boleh menconteng kejernihan hati”

Jazakumullahu Khair Akhi kerana mengingati ana. Ana doakan enta baik-baik saja di sana. Ana rindukan enta dan ikhwah-ikhwah seangkatan dengan enta. Balik kota kinabalu nanti jangan lupa telefon atau  sms ana. 

Kisah Hati Sang Mutorabbi

Saya sangat berminta dengan seorang perempuan di maktab ini. Wajahnya selalu bertandang  ke hati hamba yang hina lagi banyak dosa ini...ASTAGFIRULLAH. sehinggaku kalau satu hari tidak jumpa dia, rasa hati ini ibarat sakit. Kalau pasal sms jangan di tanyalah, boleh jadi rutin harian apatah lagi kalau cuti sekolah. Pada hari cuti asyik-asyik sms saja. Kalau difikir sekarang ,saya sendiri tidak sangka yang aku boleh sampai ke tahap ini.

Ada suatu ketika, pada malam hari ketika saya tengah asyik bersms,, hati ini ibarat diketuk-ketuk untuk berbicara sual hati dan perasaan..sebenarnya sebelum ini ada juga cakap tapi apa yang menduka citakan kami begitu serius pada malam itu. Di sinilah saya tersilap langkah sebab saya yang memulakan atas tidak mahu memendamkan perasaan ini. ASTAGFIRULLAH. 

Alangkah gembiranya syaitan dan konco-konconya yang berhasil mengugat keimanan saya yang lemah ini.

Selama hampir sebulan kami berdua ok-ok saja. Sampai tiba suatu hari ini di mana saya dipertemukan dengan murabbi baru dalam Halaqah saya yang menjadi program mingguan saya pada setiap ahad ini. Saya masih ingat lagi tarikh keramat itu pada 10-oktober-2010.
Nama hamba Allah itu ialah Akhi Rusdi. Kehadirannya sebagai asbab dengan banyak memberi perubahan terhadap diri saya ini. Walaupun pada hari itu saya datang lewat menghadiri usrah, Alhamdulillah Allah telah mempertemukan kami. 

Selepas solat asar berjemaah, usrah diteruskan dengan sesi musyikilah. Segala-segalanya bermula daripada pertanyaan seorang ikhwah iaitu berkenaan hubungan dia dengan seorang perempuan. Saya terkejut apabila terdengar soalan yang di lontarkan mirip-mirip situasi yang saya alami ketika itu. Jawapan Akhi Rusdi betul-betul menyedarkan saya betapa selama ini saya berada di jalan yang salah. 

“Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku selama ini.”

Saya sangat-sangat rasa sedih masa itu. Hanya Allah saja yang memahaminya. Alhamdulillah thank U Allah kerana telah membawa saya kembali di jalan Mu. Kalau dulu saya cintakan kejelitaan seorang wanita, kini tiada cinta yang lebih utama selain mencintai Allah SWT. Saya segera beristighfar apabila teringat dia supaya saya terhindar dari perkara-perkara lagho...

-Dari Mutorabbi kepada Murabbi-

Wallahu’alam..

Sunday, February 19, 2012

Semua Nak Ke Syurga


Assamu'alaikum..WBT..

Alhamdulillah..
akhirnya blog ana selesai dibaiki. sebelum ini blog ana mengalami banyak kerosakan seperti siling runtuh, lantai terbongkar, cat tercalar, zink bocor, tandas pecah dan ana juga baru selesai cuci blog nie serta mop sekali dengan sabun. sebab itulah, blog ana lama baru update. masa penyelenggaraan yang agak lama.

Ana ucapkan terima kasih dengan akhi Adib kerna membantu ana membaiki blog ana. Moga blog ana dengan nama Hadi Muslim terus berkarya dan terus belajar berkarya.

InsyaAllah hari ini ana memberi sedikit perkongsian untuk menjadi renungan kita bersama. Pagi tadi, ana ada terbaca satu artikel yang sangat menyentuh hati dan memberi motivasi kepada diri ana untuk hidup semata-mata mencari redha Allah SWT.

Semua nak SYURGA

Semua makhluk yang ada di muka bumi ini pasti maukan syurga. Tidak kiralah orang itu kaki maksiat dan sebagainya. Pastilah bila diberi pilihan antara Syurga dan Neraka. Tentunya mereka akan memilih syurga. Itulah manusia, inginkan kesenangan, keindahan, dan kebahagian secara fitranya.

Siapa sebenarnya penghuni Syurga?

Ana ringkaskan dan kita renung-renungkan bersama;

“Ahli Syurga ialah mereka-mereka yang melaksanakan amalan-amalan ahli syurga”
“Ahli neraka pula ialah mereka-mereka yang melaksanakan amalam-amalan ahli neraka”
Mari fikirkan bersama, setakat ini amalan mana yang laksanakan sekarang? Adakah amalan Ahli Syurga atau amalan Ahli neraka.

************
1 kisah 5 pengajaran

Kisah ini mengajar kita bagaimana menghindarkan diri daripada terus menerus melakukan kemaksiatan;
Pada suatu ketika, ada seorang lelaki menghadap Ibrahim Bin Adham seraya berkata:

“Wahai Abu Ishaq (Ibrahim bin Adham), aku ialah orang yang lupa diri. Oleh itu, berilah aku sesuatu yang dapat mencegah serta menyelamatkan hatiku daripada kecuaian.”

Ibrahim pun menjawab:

“jika kamu menerima 5 hal ini serta mampu melaksanakannya, nescaya kemaksiatan tidak akan menyerang dirimu dan kamu tidak akan dihancurkan oleh kelazatan duniawi.”
Lelaki itupun berkata: “tolong sampaikan hal itu kepadaku, kemudian Ibrahim pun berkata;

Pertama;

“Apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia, janganlah kamu memakan rezekiNya”

Kemudian lelaki itu berkata; “lalu dari mana aku makan,bukankah semua yang ada di bumi adalah rezekiNya. Ibrahim menjelaskan:”Wajarkah kamu memakan rezekiNya sedangkan kamu derhaka kepadaNya”

Kedua

“Apabila kamu hendak berlaku derhaka kepadaNya, jangan sampai kamu menginjak buminya.” Ujar lelaki itu:”perkara ini lagi berat daripada yang pertama. Segala sesuatu yang ada di bumi ini adalah milikNya. Lalu di mana aku akan tinggal?” Ibrahim berkata:’wajarkah engkau memakan rezekiNya dan tinggal di WilayahNya sedangkan kamu masih derhaka kepadaNya.”

Ketiga

Jika kamu mahu melakukan kemaksiatan, sekarang cuba carilah sesuatu tempat yang mustahil diketahui olehNya, kemudian di tempat itu kamu bebas melakukan kemaksiatan.
Lelaki itu semakin bingung dan berkata “wahai Ibrahim ! bagaimana hal ini dapatku lakukan. Dia selalu mengetahui apa saja yang dirahsiakan.?”
 
Keempat

Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu, cuba mintalah kepadanya agar ditangguhkan dan diberi tempoh sehingga bertaubat serta beramal soleh kepada Allah.” Jawab lelaki itu, mustahil dia mahu menerima permohonan itu.”

Kelima

“jika pada hari kiamat nanti, malaikat zabaniyah datang kepadamu untuk membawamu ke neraka, usahakan untuk menolaknya.” Jawab lelaki itu; “mereka tidak mungkin bersedia meninggalkanku begitu saja, walaupun aku kemukakan pelbagai alasan.”

Ibrahim berkata; “jika demikan bagaimana kamu akan mengharapkan keselamatan?” kata lelaki itu: “wahai ibrahim! Cukup..cukup!! sekarang aku mohon ampun dan bertaubat kepada Allah SWT.”

Akhirnya..

Selepas peristiwa itu, lelaki tersebut tekun beribadat hingga ke akhir hanyatnya.

Wallahu’alam..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...