Luahan Hati itu benar
Rasa ingin memiliki itu fitrah bagi manusia.
Ingin memiliki seseorang itu sama ada sebagai isteri, suami, atau sahabat. kita akan sanggup berkorban dan kita sangat baik dengannya. Korbankan masa, perasaan, tenaga dan apa-apa saja layanan yang selayaknya bagi seseorang yang dihargai.
Namun hakikatnya, majoriti sebelah pihak saja yang menyayangi seseorang. Tetapi sebaliknya seseorang yang kita sayangi dan hargai itu sekadar terima kita kerana terpaksa dan ingin menjaga hati.
Apabila seseorang itu terlalu menyayangi dan tiba masanya untuk berputus asa, kecewa, lelah berinisiatif dan berputus harap kerana tidak berbalas, sms tidak reply,call tak angkat, kita juga kena mulakan bicara, tidak seronok dengan kita, tapi dengan orang lain boleh pula banyak kata, menjaga jarak, mula memberi alasan, kata mengetahui kelemahan diri tapi tidak berinisiatif memperbaiki, tiada usaha untuk menghargai dan macam-macam lagi.
Atas dasar itulah seseorang itu akan terpikir untuk melupakannya walaupun seseorang terpaksa berkorban, hati terluka & menangisi keputusan tersebut.
Namun, seseorang itu tetap nekad melupakan segalanya walaupun terasa berat.
Pandangan Saya.
Bermula disitulah, orang yang kita
sayangi dan hargai itu akan melihat pengorbanan kita, rasa kasihan, dan rasa
bersalah kerana kita memutuskan untuk meninggalkan dan melupakannya.
Saya yakin. Bukan mudah mencari seseorang seperti
itu yang sanggup menghargai kita. Bukan mudah. Bukan mudah.
Orang yang ditinggalkan itu, tidak
mungkin akan menemui seseorang seperti orang yang menyayangi dirinya sebelum
ini. Kalau tidak pun, seseorang yang ditinggalkan itu akan berbuat seperti apa
yang telah dilakukan oleh seseorang yang menghargainya sebelum ini. Tapi
hakikatnya. Kisah akan berulang semula. Kita akan merasa seperti mana apa yang
dirasai oleh orang yang kita abaikan perasaannya sebelum ini. Yakinlah kisah
yang sama akan berulang.
Kita baru sedari, bahawa beginilah
perasaan jika menghargai seseorang tanpa maklum balas dari hati. Hanya sekadar
menjaga hati. Itu tidak cukup.
Penyesalan akan berlaku. Perasaan rindu dengan layanannya akan bermain-main dalam kotak pemikiran kita.
Semuanya sudah terlambat.
Penyesalan akan berlaku. Perasaan rindu dengan layanannya akan bermain-main dalam kotak pemikiran kita.
Semuanya sudah terlambat.
Dia sudah
meninggalkan kita.
Meninggalkan seseorang yang tidak menyayanginya.
Meninggalkan seseorang yang tidak menyayanginya.
Namun,
seseorang itu pula sangat menyayangi seseorang yang ditinggalkan.
Nasihat dari orang yang pernah bergelar sahabat.
Sekiranya ada lagi seseorang seperti ini menemuimu.
Hargailah dia. Orang yang sanggup
berkorban masa dan perasaan untukmu. Sebenarnya dialah orang sanggup hidup susah
senang bersamamu. Yakinlah!. Sahabat cukuplah
aku sebagai pengajaran atas semua kisah persahabatan ini.
Atas
nilai ukhuwah ini, aku akan tetap menjadi sahabatmu. Tapi di akhirat sana. Sahabat,
aku sudah lalui kembara mencari sahabat ini sejak sekian lama. Hakikatnya
memang “Sukar mencari sahabat sejati”. Kesabaran, kejujuran, pengorbanan, dan perasaan
menjadi taruhan untuk mendapatkannya. Tangisan mengimbau kisah lalu akan
sentiasa bermain difikiran sehinggakan kisah itu akan sentiasa segar dalam
ingatan.
Peluang yang ada jangan
disia-siakan. Sikap kita yang kurang memahami jangan jadikan alasan untuk kita
hanya sekadar berpeluk tubuh tanpa ada usaha untuk memahami.
Sahabat...
Aku doakan agar sahabat
menemui orang yang lebih memahamimu, menyeronokkanmu, membimbingmu, memenuhi ciri-ciri
sahabat yang sahabat impikan dan membuatkan sahabat lebih termotivasi dalam segala
hal. Itupun sekiranya sahabat memerlukan persahabatan. Tapi hakikatnya sahabat,
semua orang mengimpikan sahabat sejati. tapi persoalannya bila?di mana? siapa?
Moga menemui seseorang yang lebih sehaluan denganmu. Bukan sepertiku yang hanya berperasaan bahawa engkaulah sahabatku. Namun, engkau hanya menerimanya hanya sekadar menjaga hati.
Sahabat sentiasalah bersedia menjadi sahabat sejati walaupun sahabat tidak berusaha
untuk mendapatkannya.
InsyaAllah Sahabatku, Aku doakan agar kau menemui sahabat yang kau inginkan sebagai penguat dan saling menyayangi kerna-Nya.
Akhir kalam sahabatku..
InsyaAllah Sahabatku, Aku doakan agar kau menemui sahabat yang kau inginkan sebagai penguat dan saling menyayangi kerna-Nya.
Akhir kalam sahabatku..
Ana ‘Uhibbukafillah'.
Dari Hamba Allah: Yang Pernah Jadi Sahabatmu.
*****
Coretan Memori: Nukilan ini hanya sekadar persepsi mengenai kisah persahabatan. Namun sekiranya, kisah ini berlaku terhadap diri kita dan orang lain. Maka jadikanlah nukilan ini sebagai salah satu pengajaran.
Karya Asli Hadi Muslim. UMS, Kota Kinabalu, Sabah. 14/11/2012. Malaysia.