Pages

Tuesday, April 3, 2012

Akhi Jaga Pandangan!!!



The Name Of Allah

Assalamu’alaikum wbt

Khaifah haluka Ya Akhi?

Asif kerna baru update blog ini yang sekian lama menyepi.

Untuk post kali ini, ana cuma mahu berkongsi kepada ikhwah serta muslimin dan muslimat diluar sana mengenai “Jaga Pandangan”. Namun begitu, ana akan membahaskan bagi pihak ikhwah saja. InsyaAllah.

Allah SWT berfirman dalam Surah ke 24 iaitu Surah An-Nur ayat 30;

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Maka itu, ana mengajak diri sendiri dan para ikhwah sekalian agar sentiasa menjaga pandangan sama ada pandangan hati atau pandangan mata.

Akhi..Jaga Pandanganmu!!

Ana percaya ikhwah sangat mengetahui akan bahaya jika tidak menjaga pandangan. Betul tak?
Maka itu,  ikhwah akan sentiasa berusaha untuk menjaga pandangan mata dan mata hatinya agar tidak dicemari oleh kemaksiatan. Ini kerna, hampir para ikhwah hafal mengenai ayat di atas.

Selain itu juga, Ikhwah selalu menyampaikan ayat surah Al-Isra’ 17 ayat 32 sama ada semasa taklim, halaqah, dan Daurah mengenai ayat ini akan larangan menghampiri zina.

Allah SWT berfirman;

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” QS 17:32

Kegagalan para ikhwah menjaga pandangan mata juga akan dianggap sebagai zina mata kerana melihat sesuatu yang bukan haknya seperti melihat kaum Hawa tanpa alasan yang syari’e.

Akhi betul ke ni?
Haa..
Betulah…

Adakalahnya kita hanya menundukkan pandangan sekirahnya lawan laluan jalan kaki kita adalah Muslimah yang bertudung labu saja. Hati berdebar-debar kerna sangkaan ikhwah mereka adalah Akhwat. 

Alhamdulillah..ikhwah ana kagum dengan cara antum semuanya.

Akan tetapi Akhi?

Enta perasaan tak bila kita duduk dalam dewan kuliah, ke lebri dan ke Café. Berapa ramai ikhwah yang mampu menjaga dan menundukkan pandangan seperti mana bertembung dengan Akhwat tadi.

Hermm..”Tepu dada Tanya Iman”

Kesannya kepada Dakwah

Kita sering mengajak para mad’u agar mereka menjaga pandangan mata dan mata hati. Namun kita kadang-kadang terlupa mengingatkan diri sendiri. Asif Akhi..Macam ada pengalaman saja!!

Sekiranya benda macam ini saja masih belum settle dalam kalangan ikhwah, bagaimana para mad’u merasai pesanan dakwah yang kita sampaikan. Lebih parah lagi apabila para ikhwah dengan selambanya bersembang-sembang tanpa tujuan yang jelas dengan wanita lain dengan penyaksian para mad’u. Terus para Mad’u tak Tsiqoh dengan kita.

Selain itu, kejayaan Dakwah tidak mungkin akan diraih jika para penggerak dakwah masih bergelumang dengan sebarang dosa. Masih subur dengan penyakit-penyakit hati. Hati masih lagi cenderung bermakisat kepada Allah SWT walaupun bukan secara Zahir namun kemaksiatan hati akan bertunas lebih para sekirahnya tidak dirawat dengan segera. Astagfirullah.

Ana Berpesan kepada Diri

Oleh itu, ana berpesan kepada diri ana sendiri agar menghindari kemaksiatan ini sama di dewan kuliah, lebri, café,laman Facebook dan majalah-majalah. Bagi para ikhwah marilah kita sama-sama menjaga Pandangan Mata dan Hati.

Wallahu’alam.

Thursday, March 1, 2012

Tanyalah Diri "Integrasi Kehidupan"



"Integrasikan Kehidupan"

Itulah perkataan yang terlintas sejenak semasa menjaga peperiksaan Tajwid Al-Quran Teknik Al-Baghdadi. Ana cuba memahami perkataan tersebut, kenapa tiba-tiba menyelinap dalam pemikiran ana semasa asyik membaca ayat-ayat Allah SWT ketika itu.

Ana menghentikan bacaan Al-Quran  dengan memerhatikan setiap pelajar Tajwid bertungkus lumus menjawab soalan yang disediakan. Ana dapat rasakan kesusahan mereka menjawab soalan peperiksaan namun ana juga dapat melihat betapa seronoknya mereka duduk mengambil peperiksaan.

Untuk pengetahuan semuanya, semua pelajar tajwid adalah orang dewasa dan majoriti telah bekerja dan berumah tangga. Semangat yang ditunjukan mereka membuatkan ana berasa bangga. Kesibukan yang mereka jalani pada siang harinya bukan penghalang baginya untuk menuntut ilmu dan terus belajar.

Ana masih ingat perbualan antara pelajar tajwid sebelum memulakan peperiksaan.

"Moga-moga saya dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan ini dan mereka juga menyasarkan agar mampu membaca Al-Quran dengan baik suatu hari nanti"

"Ustaz, saya belum lancar lagi membaca Al-Quran akan tetapi InsyaAllah saya akan terus berusaha belajar Ustaz"

Perbualan tersebut memberi seribu makna bagi ana. Kalau ikutkan ana mau saja menangis mendengar kata-kata mereka.

Mulanya Kesedaran

Penelitian demi penelitian, akhirnya ana menemui jawapan dari perkataan tersebut yakni "Integrasikan Kehidupan"

Perbualan dan persoalan mereka, sebenarnya menunjukan penyesalan dan kesedihanya selama ini. Walaupun tidak dinyatakan secara terus mengenai penyesalan mereka tidak belajar Al-Quran sejak dari awal. Tetapi ana boleh menjangkahkan maksud mereka itu.

Dengan mulanya kesedaran, mereka merasakan betapa pentingnya mengintegrasikan kehidupan. Integrasi kehidupan antara dunia dan akhirat,antara Jasmani dan Rohani, antara kerja dan belajar, antara islam dan kelalailan dan sebagainya.

Dari kesedaran itu juga, ada diantara mereka sanggup menunggu waktu kelas setelah dari kerja tanpa pulang ke rumah terlebih dahulu. Anak-anak mula dibawa ke pusat-pusat pengajian Al-Quran. Promosi dari mulut ke mulut semakin rancak terutamanya dalam kalangan ahli keluarga dan rakan sekerja. Mahu dikatakan letih, namun tidak baginya. Meraka merasakan inilah masanya untuk berbuat. Jalan sudah ada.

Itu komitmen yang ditunjukkan setelah peluang tersebut terabai dulukala. Mula mengerti erti pentingannya belajar dan beramal Ilmu akhirat semasa mengejar kemanisan dunia.

Mula menunjukkan keadilan dalam gerak kerja kehidupannya. Keadilan demi keadilan menyebabkan wujudnya Integrasi dalam kehidupan iaitu kehidupan dunia dan akhirat.

Integrasikan Peranan

Memang sukar dilakukan tanpa perancangan yang rapi dengan hati yang ikhlas sebagai inti rancangan. Perana sebagai anak, abi, mahasiswa, dai'e, business man, dan hamba Allah.

Kegagalan mengintegrasikan peranan menyebabkan hidup kucar kacir. Mula menyalahkan sesiapa. Namun menyedihkan jika mula menyalahkan Sang Penciptanya. Mula merasa putus asa dan meninggalkan semua peranannya dalam kehidupan.

"Perana sebagai anak, abi, mahasiswa, dai'e, business man, dan hamba Allah"

Jadi apa yang berlaku sekiranya perkara ini benar-benar kita alami dan jalani?
Maka kita akan menjadi orang yang hidup, namun tidak memberi manfaat kepada diri mahupun orang lain. Hidup tanpa arah dan tujuan. Masyarakat dan kawan-kawan mula menjauh. Erti dalam kehidupan sudah tidak wujud lagi.

Tanya Diri

Ana mengajak diri sendiri dan para Hamba Allah diluar sana untuk bertanya pada diri. Apa Tujuan Hidup kita?

Wahai para sahabatku; Allah berfirman  (Surah Ke 51: 56)

"Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan mereka beribadah kepada Ku"

Tujuan hidup kita beribadah kepada Allah SWT. Walau apa pun peranan kita. Marilah kita Integrasikan peranan tersebut untuk beribadah kepada Allah SWT semata-mata. Jangan abaikan walau hanya satu sekali pun. Ini kerna, Allah SWT akan meminta dipertanggungjawabkan peranan tersebut semasa hidup kita di dunia.

Tanya diri kita, Di mana letaknya peranan kita sebgai anak selama ini
Tanya diri kita, Di mana letaknya peranan kita sebagai Bapa selama ini
Tanya diri kita, Di mana letaknya peranan kita sebagai Mahasiswa selama ini
Tanya diri kita, Di mana letaknya peranan kita sebagai Dai'e dan pendakwah selama ini
Tanya diri kita, Di mana letaknya peranan kita sebagai business man selama ini
Tanya diri kita, Di mana letaknya peranan kita sebagai Hamba Allah SWT selama ini

Adakah letaknya semua peranan tersebut hanya kehidupan dunia semata-mata tanpa sedikit ruang untuk kehidupan akhirat.

Tanya diri kita..

Yakinlah..Semua peranan itu tanpa Niat Ikhlas hanya beribadah kepada Allah SWT akan menjadi sia-sia.

Maka itu..Integrasikanlah keduanya yakni Kehidupan Dunia & Akhirat kepada Allah SWT yang satu...

Hasilnya Hidup dalam keseimbangan dan keadilan dalam mencari redha Allah SWT.







Monday, February 27, 2012

Istimewa Buat Murabbiku



Subahanallah..

Menitis air mata ana setelah membaca artikal ini. 

“Ya Allah aku berlindung dari sebarang penyakit hati yang boleh menconteng kejernihan hati”

Jazakumullahu Khair Akhi kerana mengingati ana. Ana doakan enta baik-baik saja di sana. Ana rindukan enta dan ikhwah-ikhwah seangkatan dengan enta. Balik kota kinabalu nanti jangan lupa telefon atau  sms ana. 

Kisah Hati Sang Mutorabbi

Saya sangat berminta dengan seorang perempuan di maktab ini. Wajahnya selalu bertandang  ke hati hamba yang hina lagi banyak dosa ini...ASTAGFIRULLAH. sehinggaku kalau satu hari tidak jumpa dia, rasa hati ini ibarat sakit. Kalau pasal sms jangan di tanyalah, boleh jadi rutin harian apatah lagi kalau cuti sekolah. Pada hari cuti asyik-asyik sms saja. Kalau difikir sekarang ,saya sendiri tidak sangka yang aku boleh sampai ke tahap ini.

Ada suatu ketika, pada malam hari ketika saya tengah asyik bersms,, hati ini ibarat diketuk-ketuk untuk berbicara sual hati dan perasaan..sebenarnya sebelum ini ada juga cakap tapi apa yang menduka citakan kami begitu serius pada malam itu. Di sinilah saya tersilap langkah sebab saya yang memulakan atas tidak mahu memendamkan perasaan ini. ASTAGFIRULLAH. 

Alangkah gembiranya syaitan dan konco-konconya yang berhasil mengugat keimanan saya yang lemah ini.

Selama hampir sebulan kami berdua ok-ok saja. Sampai tiba suatu hari ini di mana saya dipertemukan dengan murabbi baru dalam Halaqah saya yang menjadi program mingguan saya pada setiap ahad ini. Saya masih ingat lagi tarikh keramat itu pada 10-oktober-2010.
Nama hamba Allah itu ialah Akhi Rusdi. Kehadirannya sebagai asbab dengan banyak memberi perubahan terhadap diri saya ini. Walaupun pada hari itu saya datang lewat menghadiri usrah, Alhamdulillah Allah telah mempertemukan kami. 

Selepas solat asar berjemaah, usrah diteruskan dengan sesi musyikilah. Segala-segalanya bermula daripada pertanyaan seorang ikhwah iaitu berkenaan hubungan dia dengan seorang perempuan. Saya terkejut apabila terdengar soalan yang di lontarkan mirip-mirip situasi yang saya alami ketika itu. Jawapan Akhi Rusdi betul-betul menyedarkan saya betapa selama ini saya berada di jalan yang salah. 

“Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku selama ini.”

Saya sangat-sangat rasa sedih masa itu. Hanya Allah saja yang memahaminya. Alhamdulillah thank U Allah kerana telah membawa saya kembali di jalan Mu. Kalau dulu saya cintakan kejelitaan seorang wanita, kini tiada cinta yang lebih utama selain mencintai Allah SWT. Saya segera beristighfar apabila teringat dia supaya saya terhindar dari perkara-perkara lagho...

-Dari Mutorabbi kepada Murabbi-

Wallahu’alam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

flashVortex.com