Pages

Saturday, October 9, 2010

Taburkan Jasa Semaikan Budi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izinnya saya berhasil menyelesaikan cerita ringkas ini dan InsyaAllah boleh menjadi bahan santapan nurani tambahan untuk diri kita. Amin?? Selawat dan Salam keatas kekasih Allah SWT Nabi Muhammad SAW.


Beberapa hari lepas saya mengikuti satu program kolej cd Universiti Malaysia Sabah yang dijalankan pada hari sabtu dan ahad bersamaan 2-3-10-2010. Program ini melibatkan 101 peserta dan ajk. Apa yang ingin dikongsikan disini pengalaman daripada program tersebut. Terus terang saya katakan bahawa ini kali ke-2 saya menyertai program kolej selama hampir 2 tahun saya berada di ums. Entah apa yang menjadi tarikan menyebabkan saya berminat dan mendapat sokongan daripada kawan-kawan UMS.

Sebanyak 2 kali saya memegang porfolion yang hampir sama konsepnya iaitu bahagian kerohanian. Kali ini, berbeza pula kerana saya diminta memberi tazkirah dan kuliah setiap solat fardhu. Slot selepas solat zohor dan asar hanya slot tazkirah ringkas antara 10-15 minit. Manakala, selepas solat maghrib saya memberi kuliah maghrib dan kuliah subuh.


Di sini saya bukan nak berbangga diri atau nak tunjuk pandai dengan apa yang saya lakukan tapi saya dengan niat ikhlas ingin berkongsi ilmu dan pengalaman disamping memperbaiki diri menuju jalan Allah swt yang entah bila kita menemui titik nokhta hidup kita. Semua itu perkara ghaib dan hanya Allah swt yang mengetahuinya.


Bagi saya inilah masa terbaik untuk kita mencurahkan ilmu yang kita perolehi di universiti kepada mereka yang tidak berpeluang menjejaki kaki di universiti. Selain itu, hasil pembacaan saya melalui buku-buku islamik, blog-blog islamik, majalah dan ceramah, Alhamdulillah saya mendapat sedikit buah fikiran yang boleh dikongsi dan dimanfaatkan bersama.


Dalam hadits Rasulullah sendiri di mana beliau bersabda;
“sampaikanlah dariku walau sapatah kata”


Selain itu; ada juga ungkapan berbunyi “jadilah orang yang bermanfaat bagi orang lain”


Dengan itu, saya tidak merasa takut menyampaikan sesuatu perkara selagi mana ianya tidak menyalahi syarak walaupun hanya dengan beberapa kata, ayat, perenggan atau apatalagi bermuka surat panjangnya.


Saya amat berterima kasih kepada pengarah program GEMA’10 (Gerakan Motivasi Mahasiswa 2010) dan beberapa ajk lain kerana memberi peluang kepada saya untuk berbakti kepada masyarakat Pulau Mantanani terutamanya adik-adik yang masih bersekolah di sana. Moga Allah swt meredhai segala apa yang kita lakukan.


Setinggi rasa syukur kepada Allah swt kerana dengan kurnia Ilmu pengetahuannya saya boleh menyampaikan apa yang saya mampu kepada mereka yang memerlukan. Moga Allah swt melindungi diriku agar segala yang saya lakukan hanya semata-mata kerana Allah swt.


Wallahu’alam........

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...