Pages

Thursday, March 1, 2012

Tanyalah Diri "Integrasi Kehidupan"



"Integrasikan Kehidupan"

Itulah perkataan yang terlintas sejenak semasa menjaga peperiksaan Tajwid Al-Quran Teknik Al-Baghdadi. Ana cuba memahami perkataan tersebut, kenapa tiba-tiba menyelinap dalam pemikiran ana semasa asyik membaca ayat-ayat Allah SWT ketika itu.

Ana menghentikan bacaan Al-Quran  dengan memerhatikan setiap pelajar Tajwid bertungkus lumus menjawab soalan yang disediakan. Ana dapat rasakan kesusahan mereka menjawab soalan peperiksaan namun ana juga dapat melihat betapa seronoknya mereka duduk mengambil peperiksaan.

Untuk pengetahuan semuanya, semua pelajar tajwid adalah orang dewasa dan majoriti telah bekerja dan berumah tangga. Semangat yang ditunjukan mereka membuatkan ana berasa bangga. Kesibukan yang mereka jalani pada siang harinya bukan penghalang baginya untuk menuntut ilmu dan terus belajar.

Ana masih ingat perbualan antara pelajar tajwid sebelum memulakan peperiksaan.

"Moga-moga saya dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan ini dan mereka juga menyasarkan agar mampu membaca Al-Quran dengan baik suatu hari nanti"

"Ustaz, saya belum lancar lagi membaca Al-Quran akan tetapi InsyaAllah saya akan terus berusaha belajar Ustaz"

Perbualan tersebut memberi seribu makna bagi ana. Kalau ikutkan ana mau saja menangis mendengar kata-kata mereka.

Mulanya Kesedaran

Penelitian demi penelitian, akhirnya ana menemui jawapan dari perkataan tersebut yakni "Integrasikan Kehidupan"

Perbualan dan persoalan mereka, sebenarnya menunjukan penyesalan dan kesedihanya selama ini. Walaupun tidak dinyatakan secara terus mengenai penyesalan mereka tidak belajar Al-Quran sejak dari awal. Tetapi ana boleh menjangkahkan maksud mereka itu.

Dengan mulanya kesedaran, mereka merasakan betapa pentingnya mengintegrasikan kehidupan. Integrasi kehidupan antara dunia dan akhirat,antara Jasmani dan Rohani, antara kerja dan belajar, antara islam dan kelalailan dan sebagainya.

Dari kesedaran itu juga, ada diantara mereka sanggup menunggu waktu kelas setelah dari kerja tanpa pulang ke rumah terlebih dahulu. Anak-anak mula dibawa ke pusat-pusat pengajian Al-Quran. Promosi dari mulut ke mulut semakin rancak terutamanya dalam kalangan ahli keluarga dan rakan sekerja. Mahu dikatakan letih, namun tidak baginya. Meraka merasakan inilah masanya untuk berbuat. Jalan sudah ada.

Itu komitmen yang ditunjukkan setelah peluang tersebut terabai dulukala. Mula mengerti erti pentingannya belajar dan beramal Ilmu akhirat semasa mengejar kemanisan dunia.

Mula menunjukkan keadilan dalam gerak kerja kehidupannya. Keadilan demi keadilan menyebabkan wujudnya Integrasi dalam kehidupan iaitu kehidupan dunia dan akhirat.

Integrasikan Peranan

Memang sukar dilakukan tanpa perancangan yang rapi dengan hati yang ikhlas sebagai inti rancangan. Perana sebagai anak, abi, mahasiswa, dai'e, business man, dan hamba Allah.

Kegagalan mengintegrasikan peranan menyebabkan hidup kucar kacir. Mula menyalahkan sesiapa. Namun menyedihkan jika mula menyalahkan Sang Penciptanya. Mula merasa putus asa dan meninggalkan semua peranannya dalam kehidupan.

"Perana sebagai anak, abi, mahasiswa, dai'e, business man, dan hamba Allah"

Jadi apa yang berlaku sekiranya perkara ini benar-benar kita alami dan jalani?
Maka kita akan menjadi orang yang hidup, namun tidak memberi manfaat kepada diri mahupun orang lain. Hidup tanpa arah dan tujuan. Masyarakat dan kawan-kawan mula menjauh. Erti dalam kehidupan sudah tidak wujud lagi.

Tanya Diri

Ana mengajak diri sendiri dan para Hamba Allah diluar sana untuk bertanya pada diri. Apa Tujuan Hidup kita?

Wahai para sahabatku; Allah berfirman  (Surah Ke 51: 56)

"Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan mereka beribadah kepada Ku"

Tujuan hidup kita beribadah kepada Allah SWT. Walau apa pun peranan kita. Marilah kita Integrasikan peranan tersebut untuk beribadah kepada Allah SWT semata-mata. Jangan abaikan walau hanya satu sekali pun. Ini kerna, Allah SWT akan meminta dipertanggungjawabkan peranan tersebut semasa hidup kita di dunia.

Tanya diri kita, Di mana letaknya peranan kita sebgai anak selama ini
Tanya diri kita, Di mana letaknya peranan kita sebagai Bapa selama ini
Tanya diri kita, Di mana letaknya peranan kita sebagai Mahasiswa selama ini
Tanya diri kita, Di mana letaknya peranan kita sebagai Dai'e dan pendakwah selama ini
Tanya diri kita, Di mana letaknya peranan kita sebagai business man selama ini
Tanya diri kita, Di mana letaknya peranan kita sebagai Hamba Allah SWT selama ini

Adakah letaknya semua peranan tersebut hanya kehidupan dunia semata-mata tanpa sedikit ruang untuk kehidupan akhirat.

Tanya diri kita..

Yakinlah..Semua peranan itu tanpa Niat Ikhlas hanya beribadah kepada Allah SWT akan menjadi sia-sia.

Maka itu..Integrasikanlah keduanya yakni Kehidupan Dunia & Akhirat kepada Allah SWT yang satu...

Hasilnya Hidup dalam keseimbangan dan keadilan dalam mencari redha Allah SWT.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...