Pages

Tuesday, July 31, 2012

Akhi, Ujian Kita Berbeza



UJIAN ITU: Setiap manusia akan menghadapi ujian yang berbeza daripada Allah SWT. Sama ada ujian kemewahan mahupun ujian kemiskinan. Itu hak Allah SWT dalam menguji hambaNya. Kita sebagai makhlukNya hanya perlu bersabar dan mengambil hikmah daripada ujian Allah SWT.

Untuk memaknai ujian Allah SWT itu bukan mudah. Kekuatan iman menjadi penentu sama ada kita ini redha dengan ujian Allah atau sebaliknya?

Bagi yang mempunyai iman yang sehat dan sentiasa menjadikan Allah SWT sebagai teman kehidupannya. Mudah baginya untuk mengambil ibrah (pengajaran) daripada ujian yang menimpanya.

Sebaliknya, manusia yang mempunyai iman yang rosak dan sentiasa menjauhi Allah SWT dalam kehidupannya. Maka, ujian yang menimpanya sebagai beban, sentiasa mengeluh dan berputus asa dan lebih teruk lagi bila menyalahkan Allah SWT atas ujian yang menimpanya!

"Saya teringat perbualan saya dan sahabat saya semasa di Airport Tawau dua hari lepas"

Saya berkata " Akhi ana lihat ujian kita sangat berbeza". Allah SWT menguji kita dari sudut yang berbeza dan kemungkinan kita akan cenderung memilih keselesaan, kemewahan dan keseronok apabila kita gagal mengharungi ujian itu!

"Sekarang anta diuji dengan keselesaan dan kemewahaan, manakala ana pula diuji dengan kemelesetan dan kekurangan". Ujarku

Akhi!

"Sekirahnya kita gagal memaknai ujian Allah SWT ini, maka kecenderungan kita untuk memilih hidup mewah dan selesa akan menjadi pilihan kita". lanjutku

"Akhi, mungkin anta akan rasa letih dan bosan dengan kehidupan kita sekarang sebagai seorang daie yang serbah kekurangan, tidur sana-sini, makan tidak teratur, dan memilih untuk tidak terlalu hidup selesa. Dengan itu, anta memilih untuk menikmati kelesaan dan kemewahan yang terhidang dihadapan anta!"

"Ana pula, mungkin berkeinginan untuk hidup mewah dan selesa, dengan mengakhiri kehidupan ini bersama para ikhwah. Kemudian ana memilih untuk mencari pekerjaan yang lebih baik selepas ana Konvo nanti. Dengan itu, ana boleh menyara kehidupan ana dan keluarga ana agar hidup lebih selesa dan mewah" Luahan ku dengan sahabat saya.

Alhamdulillah, kita orang yang ditarbiah masih mampu untuk membuat keuntamaan dalam kehidupan kita!

Akhi, Sahabat saya menyuarakan pendapatnya!

"Akhi, apa yang ana fikirkan sekarang ialah kata-kata Allah SWT dalam Surah Muhammad 47:38 bermaksud;

"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini."

"Allah akan menggantikan kamu dengan yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu" Ulangnya dengan tegas!!

"Akhi, ana tidak mau itu" tambahnya lagi.

"Ana pada ketika itu, mahu menjerit melaungkan takbir kerana Allah SWT memberikan nikmat tarbiah ini kepada sahabat ana yang jelas tidak tertanding nilainya" Bisikku dalam hati.

"Ana menundukan pandangan untuk menyembunyikan mata yang semakin berkaca-kaca yang mula mengeluarkan air mata kerana sangat kagum dengan semangat sahabat ana"

Pada masa itu juga, "saya baru memahami pendirian sahabat saya dengan jelas. Sahabat saya mempunyai wawasan dan mengimpikan mati syahid di jalan Allah SWT" Tafsirku..

Ketika itu, diri saya umpama baru dicas dan baru mendapatkan semula tenaga yang diterbuang semasa jaulah tempoh hari. Hati saya semakin tenang dan lega. Hati sahabat saya juga mesti rasa tenteram kerana berjaya berkongsi ilmu dan ayat Allah tadi.

"Panggilan terakhir pesawat AK6129, sila masuk ke balai pelepasan ke Kota Kinabalu"..Terima Kasih..

Akhi, ana masuk dulu ya. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi. ujarku..

InsyaAllah Akhi, Jaga mutabaah Ok. Pesannya

Jazakallah Akhi..

Kami berdua pun melepaskan jabatan tangan!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...