Membina Ukhuwah
UKHUWAH. MANIS. Orang
suka mengangkat ukhuwah di satu tempat yang tinggi. Di dalam kalam, di dalam
tulisan, di dalam cerita. Seakan-akan ukhuwah ini adalah satu makhluk yang
datangnya dari syurga. Benar, ukhuwah sangat indah.
Aduhai, siapakah yang membina ukhuwah sedalam-dalamnya.
Atau sekadar mengetahui nama, bergembira bersama, makan
bersama, bermain bersama, maka itu adalah ukhuwah bagi kita? Biasanya, kita
melihat ukhuwah hanya pada satu sisi. Aku dan dia. Tetapi kita tidak memperdalamkan
ukhuwah kita, kepada aku, dia dan keluarganya, orang yang dicintainya.
Ukhuwah yang indah adalah ukhuwah yang dalam, tetapi tidak
ramai yang senang menerokanya.
Kedalaman Ukhuwah
Kata orang, kalau berkahwin, kita bukan berkahwin dengan
pasangan kita sahaja. Kita ‘Berkahwin’ juga dengan adik-beradiknya, ibu
bapanya, saudara-maranya. Maka di situ, kita tidak boleh hidup dalam dunia kita
semata-mata. Tetapi kita juga perlu memerhatikan sekeliling kita, mengambil
berat kepada semua, menjaga hubungan dan berusaha mengajak semua kembali kepada
Allah SWT. Kalau benar cinta kita pada pasangan kita, maka itulah yang kita
perlu usahakan.
Bergitulah juga dalam persahabatan. Apabila bersahabat
dengan seseorang, sepatutunya jika mempunyai peluang, kita perlu membina
hubungann baik dengan kedua ibu bapanya, adik-beradiknya dan sesiapa saja yang
dicintainya.
Ini adalah satu bukti cinta kita kepadanya. Ia menambahkan
lagi keindahan ukhuwah yang ada antara kita dengan dia. Menjadikan apa yang
kita katakan ‘sahabatku adalah keluargaku’ menjadi satu perkara yang realiti.
Keindahan dalam
ukhuwah
Apa yang terhasil daripada perkara ini adalah ketsiqahan
(kepercayaan) antara dia dengan kita. Ini adalah antara projek menawan hati
yang paling berkesan. Siapa yang tidak senang melihat seorang sahabat mencintai
keluarga sahabatnya? Bahkan saya sendiri amat menyenangi sahabat-sahabat yang
merapati keluarga saya, bukan sekadar saya sahaja.
Ukhuwah menjadi semakin erat, dan sukar dipecahkan. Tambahan
apabila hubungan ini menjadi sangat erat sehingga ibu bapa mereka memandang
kita sebahagian daripada keluarga mereka sendiri.
Secara tidak langsung, kita telah melebarkan jalur ukhuwah
berasaskan keimanan ini kepada teritori yang lebih luas. Bermula satu individu,
bercambah kepada individu-individu yang lain.
Ada keseronokan dan
kelapangan jiwa
Merapati keluarga sahabat mempunyai keseronokan sendiri yang
ajaib, dan ia melapangkan jiwa.
Apabila kita menyayangi seorang sahabat kita, pastinya kita
akan berusaha menyayangi keluarganya juga, menghormati kedua ibu bapanya,
memuliakan adik-beradik mereka, dan mengasihi sesiapa yang dikasihi mereka. Ini
menimbulkan satu kemesraan yang tidak terhingga, yang sukar hendak dicapai
sekadar persahabatan ‘aku dan dia’.
Saya sukar hendak menterjemahkan perasaan ini. Namun saya
merasainya.
Seakan-akan, ini satu tingkat ukhuwah yang baru.
Ukhuwah, luas untuk
diekplorasi
Ukhuwah itu luas untuk kita terokai. Bukan sekadar ‘aku dan
dia’. Hidup akan lebih bahagia apabila kita ada sahabat yang boleh kita percayai,
bahkan bukan dia sahaja tetapi juga seluruh keluarganya.
Ini menimbulkan satu bi’ah soleh dan solehah yang sangat
cantik. Isteri kita akan bersahabat karib dengan isterinya, anak-anak kita akan
menyayangi anak-anaknya, dan begitu jugalah mereka kepada kita.
Bayangkan, ini bercambah lebih daripada dua keluarga.
Pasti indah, bukan?
Sebelum kita terus mendalami perkara ini, satu perkara perlu
diingatkan. Ini semua tidak akan mampu dicapai, tanpa ukhuwah itu dibina atas
keimanan.
Walahu’alam..
No comments:
Post a Comment