Pages

Monday, April 29, 2013

Hidup Jangan Sesekali Disusahkan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ



Usai solat isyak di Masjid UMS. Seorang sahabat menemui saya. Dia meminta tips menangani stress (tekanan). Saya amat teruja mendengarkan permintaannya. Tatkalah Allah SWT menyediakan peluang untuk saya menambah pahala. Semoga Allah redha. Amin.

Kisahnya bermula apabila dia melihat saya kelihatan tenang saja. Boleh dikatakan setiap hari. Bukan itu saja, dia juga mengakui bahawa dia cemburu kerana saya istiqamah memberi senyuman kepada sesiapa saja. Bermula dari situ maka timbul keinginan dalam diri  untuk mendapatkan rahsia keceriaan dan ketenangan diri saya.

“Sejak belakangan ini saya selalu stress. Banyak tugasan saya tertangguh. Saya jadi risau dibuatnya. Tolong saya sahabat.?” Luahan hati sahabat saya.

“InsyaAllah sahabat, saya bersedia membantu.” Balasku

Sebenarnya kita selalu mengharapkan ketenangan hadir dalam jiwa kita. Tetapi kekadang kita letakkan ia hanya sekadar harapan. Kita tiada usaha untuk mencari ketenangan itu. Ketenangan itu ada di sekeliling kita sebenarnya. Allah SWT akan menghadirkannya bila-bila masa saja.

Sedarkah kita!

Tapi saya bangga dengan kau. Tak menunggu ketenangan dan kebahagiaan itu bergolek di depan mata. Semoga perkongsian saya ni bermanfaat untuk diri saya terutamanya dan juga diri kau sahabatku.

Sahabat saya khuyuk mendengarkan.

Tapi, malangnya masa saya terlalu singkat kerana ada urusan lain. Saya mohon maaf banyak-banyak sahabat. Jadi saya hanya dapat kongsikan dua tips sahaja.

Jom kita ambil manfaatnya.

Tips 1: Perlunya Perancangan

“Sebagai seorang muslim kita perlu ada perancangan hidup?” Itu saranku.

“Perancangan hidup? Selalu dengar je. Rancangan macam mana itu?” Soalnya.

“Kita kena ada perancangan harian. Apa yang kita perlu buat, kita kena rancang dulu. Dengan adanya rancangan, kita akan tahu apa yang perlu kita buat dan bagaimana ingin mencapainya.” jawabku.

“Tapi saya sering membuat perancangan. Tak berjaya pun. Masih banyak kerja-kerja saya tertangguh.” Dia cuba mempertikaikan cadangan saya. Dia seolah-olah berputus asa. Dia mengeluh.

“Jangan berputus asa sahabat. Sekiranya perancangan kau tak berjaya maknanya rancangan itu ada masalah. Maksud saya, mungkin apa yang kau rancang tu tidak realistik. Satu lagi kau mungkin kurang meletakkan prioriti semasa perancangan dibuat. Benda yang tidak perlu diutamakan sedangkan ada lagi tugasan yang lebih penting perlu diselesai.” Jelasku.

Dia mengangguk. Dia seolah-olah sedang memikirkan satu persatu perancangan yang dilakukan sebelum ini. Mungkin juga dia berusaha memahami penjelasan saya.

“Kata-katamu ada benarnya” Hanya itu yang mampu dia ungkapkan.

“Kekadang kita rajin buat perancangan tetapi kita tak berdisiplin untuk melakukannya. Kes ini banyak berlaku. Pada mulanya, saya juga mengalami masalah disiplin sebenarnya. Perancangan yang saya buat selalu terlepas pandang. Ada juga sengaja tak buat.” Jujur saya cakap dengan kau ni.

“Setelah beberapa hari. Saya selalu memuhasabah diri. Tekanan perasaan selalu hadir. Kenapa tidak, tugasan datang bertali arus sedangkan tugasan sedia ada masih berlambak. Tapi saya tak berputus asa. Saya tak berhenti merancang. Sebaliknya saya berusaha memperbaiki perancangan saya.” Lanjutku.

“Setelah memuhasabah, akhinya saya menemui jawapannya bahawa perancangan yang baik ialah apabila tugasan itu realistik maksudnya mampu kita buat, tidak membebankan fikiran dengan menyenaraikan terlalu banyak tugasan setiap hari, melakukan tugasan mengikut keutamaan dan paling penting kedisiplinan mengikuti apa yang kita rancang.” Jelasku lagi.

“Alhamdulillah, sehingga hari ni saya tak pernah berhenti merancang aktiviti harian saya. Dari situ kejayaan demi kejayaan saya raih. Hasilnya, saya selalu nampak tenang dan seronok melalui hari-hari hidup saya. Ini kerana, saya dapat menyelesaikan tugasan saya mengikut masa dan waktu yang ditetapkan.”

“Alhamdulillah. Terima kasih sahabat. Sekarang saya mula faham. InsyaAllah saya akan cuba formula ni.” Dia kelihatan gembira dengan penjelasan saya. Tanpa banyak soal. Dia ingin mengetahui tips yang kedua pula.

Allah SWT berfirman yang bermaksud;

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah Al-Hasyr ayat ke 18)

Tip 2: Berfikiran Positif

“Kita kena faham bahawa Allah SWT akan sentiasa menguji kita. Bila-bila masa saja. Oleh itu, kita kena bersedia menghadapinya. Persediaan itu sebenarnya, tanda keyakinan kita kepada-Nya. Akhirnya, kita redha dengan sebarang ujian dari-Nya. Pendek kata sentiasalah berfikiran positif atau bersangka baik dengan ketentuan Allah SWT.” Jelas saya panjang lebar.

“Ooh begitu rupanya. Saya selalu merungut bila ditimpah musibah. Kawan-kawan tak bagi kerjasama. Terbeban bila diberi banyak tugasan. Kecewa jika matlamat tak tercapai dan macam-macam lagilah. Astghfirullah. Sebelum ini saya selalu menentang takdir Allah SWT. Tak sangka semua itu dari-Nya. Ya Allah ampunilah hamba-Mu.” Dia menyesal terhadap dirinya sendiri. Dia mengakui kesilapannya.

“Sekiranya kita redha dengan ujian-Nya, bermaksud kita yakin dengan pertolongan-Nya. Keyakinan itulah melahirkan ketenangan dan pemikiran yang positif. Pertolongan Allah itu dekat sebenarnya. Bahkan pertolongannya datang dari arah yang tidak disangka-sangka.”

“Ingat tak peristiwa hijrah Rasulullah SAW bersama sahabatnya Abu Bakar dari Makkah ke Madinah. Ketika itu, mereka dikejar oleh kafir Makkah. Kemudian mereka berdua menyembunyikan diri ke dalam gua. Saat itu keadaan sangat kritikal. Bila-bila masa saja mereka akan dijumpai. Abu bakar sangat bimbang masa itu. Namun Rasulullah SAW berjaya menenangkan hati sahabatnya. Beliau membacakan surah ke-9 ayat 40 yang bermaksud “Jangan bersedih, Allah bersama kita”. Ketika itu juga, Abu Bakar kembali tenang dan berfikiran positif dengan takdir Allah SWT.”

“Saya harap kita boleh mengambil ibrah (pengajaran) daripada kisah ini. InsyaAllah.”

“Subhanallah sahabat. Saya tak terkata lagi. Memang benar. Inilah cara yang sepatutnya diri saya praktikan agar saya mendapat ketenangan dan lebih produktif. InsyaAllah. Terima kasih sahabat.” Sahabat saya berpuas hati dengan kenyataan itu.

Lebih kurang beginilah dialog saya bersama dengan sahabat saya pada malam itu. Singkat saja. Namun, bagi saya ia sudah mencukupi untuk dipraktikan. Semoga bermanfaat hendaknya.

Penutup: Hidup Jangan Sesekali Disusahkan!

Bagaimana dengan anda?

Adakah anda mengalami kes yang sama dengan sahabat saya sebentar tadi?

Sekiranya ya.

Saya sarankan anda aplikasikan dua tips di atas. InsyaAllah, sedikit sebanyak akan memudahkan anda dengan izin-Nya.

Ada banyak lagi sebenarnya tips-tips yang boleh kita gunakan. Salah satunya ialah zikrullah. Saya sering gunakan tips ini terutamanya jika jiwa dan hati nurani saya tidak tenang dan resah gelisa.

Mengenai tips ini Allah SWT ada menyebutnya dalam surah Ar-Ra’d ayat 28 yang bermaksud “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”

Kesimpulannya, saya mengajak sahabat-sahabat semua agar menjalani hidup ini dengan penuh keseronokan. Hidup untuk berseronok sebenarnya. Keseronokan itu bukan benda-benda yang Allah larang. Tetapi, berseronoklah dengan melakukan segala perintah-Nya.

Perlu diingat!

Hidup kita bukan untuk disusahkan. Kerana Allah SWT sendiri tak mungkin menyusahkan hamba-Nya.

Jadi, jangan susah-susahkan hidup anda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...