بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Semua
orang mempunyai impian, walau sekecil-kecil impian. Kerana Impian seperti destinasi paling
bahagia dan menjadi idaman bagi semua orang.
Impian
umpama harta yang tidak boleh dijual beli. Selain itu, impian juga sukar
difahami oleh orang lain melainkan diri seseorang yang mengimpikan impian
tersebut.
Ada
orang memiliki impian biasa-biasa saja tetapi baginya itu impian paling
berharga buat dirinya. Namun, ada juga memiliki impian yang luar biasa dan
menurut pandangan orang lain mustahil untuk mencapainya. Tetapi, bagi mereka
yang mengimpikan impian tersebut itu bukan perkara yang mustahil jika ada
keinginan, keyakinan, kepercayaan dan kerja keras untuk mencapainya.
Ini
bermaksud, impian itu sangat subjektif. Hanya mereka yang memiliki impian yang
merasainya bagaimana mahu mencapai dan seperti mana nikmatnya impian itu jika
berjaya mencapainya.
Saya
tidak pernah mendengar orang berjaya dalam hidupnya tidak memiliki impian.
Semestinya sebelum seseorang itu mencapai kebahagian dan kekayaan hidup,
seseorang itu telah berjaya memiliki impian seterusnya membuat perancangan
tentang tindakan yang bagaimana yang perlu dilakukan untuk mencapai impian itu.
Begitu
juga dalam segara aktiviti harian saya. Semuanya dimulai dengan sekecil-kecil
impian sehinggalah sebesar-besar impian. Impian umpama nadi atau jiwa dalam
sesebuah pekerjaan atau tindakan. Tanpa impian pekerjaan atau tindakan itu
seperti jasad tanpa roh.
Semasa
saya menulis artikel ini, impian saya adalah mahu menyampaikan kepada para
pembaca bahawa hidup ini perlu memiliki impian. Oleh itu, saya tidak terbeban sedikit
pun untuk menghasilkan artikel ini kerana ia impian saya. Dengan usaha ini, saya
seperti mendapatkan kebahagiaan, ketenangan, kejayaan dan dapat mengukur
prestasi saya dalam bidang penulisan.
Selain
itu, dengan kejayaan saya menghasilkan artikel pendek ini dapat menguji
kemampuan saya dalam dunia penulisan. Berbicara mengenai bidang penulisan,
impian jangka panjang saya adalah mahu menjadi seorang penulis buku-buku
motivasi di Malaysia dan karya saya diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Semua
ini tidak akan tercapai sekiranya saya tidak memiliki impian. Jadi, proses
pertama yang perlu saya lalui untuk mencapai puncak impian yang lebih besar
adalah dengan melazimkan diri menghasilkan artikel pendek. Kerana inilah
sekecil-kecil impian yang perlu saya lalui.
Mengenai
penerima pembaca terhadap karya saya itu soal kedua bagi saya, kerana fokus utama
saya adalah mahu melatih mencurahkan ilmu, membiasakan diri dalam penulisan dan
mendapatkan sebanyak mungkin komen pembaikan artikel saya. Sebab itu, saya
tidak merasa bimbang jika artikel saya mendapat kritikan kerana bagi saya semua
itu adalah proses jika mahu menjadi penulis berjaya dan profesional.
Dengan
impian kita boleh menilai prestasi dan kelemahan diri dalam kehidupan. Impian
akan membuatkan seseorang terasa memiliki. Tanpa impian, mana mungkin kita memiliki
dalam kehidupan. Mahu meraih kebahagian, kecemerlangan, kekayaan, kejayaan,
ketenangan dan sebagainya, semua itu dimulai dengan impian.
Saya
berharap dengan sedikit perkongsian mengenai impian ini dapat mengusik hati
pembaca untuk memiliki impian walau sekecil-kecil impian.
Jangan
takut memiliki impian. Memasang banyak impian dalam hidup tidak perlu bayaran. Semua
itu percuma. Jangan mengehadkan minda anda untuk memiliki impian yang banyak
dan luar biasa. Jangan bimbang jika impian yang banyak dan luar biasa itu bakal
menyusahkan anda, kerana impian anda itu adalah doa. Jika diiringi dengan usaha
yang bijaksana dan kepercayaan bahawa anda boleh mencapainya. Yakinlah tiada
yang mustahil dalam hidup ini.
Sekali
lagi saya mengajak anda bahawa berusahalah memiliki impian mulai detik ini.
Jangan berlengah lagi kerana masa tidak akan pernah menunggu anda. Semakin kita
menunggu dan bertangguh, semakin menjauh impian-impian yang luar biasa dalam
hidup kita.
Namun,
anda akan meraih kehidupan jika anda memiliki impian dan bertindak dengan
pantas untuk merealisasikan impian.
Jika
aku ada impian.
Aku
yakin, tiada yang mustahil.
Terima kasih cik Blogger. Semoga bermanfaat.
ReplyDelete