Pages

Sunday, November 14, 2010

Inilah JalanKu dan LangkahKu.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Asslamua’alaikum WBT.

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT akhirnya saya terdetik di kotak fikiranku untuk berkongsi sedikit artikal terbaik bagi saya dari sebuah majalah islamik terkenal iaitu majalah solusi. Menurut saya, saudara-saudari telah pun tahu akan ini. Saya juga beranggapan bahawa, mungkin majalah tersebut menjadi salah satu majalah yang kerap dibaca oleh saudara-saudari sekalian. Selawat dan salam ke atas kekasih Allah SWT iaitu Nabi Muhammad SAW dan juga suri taladan yang terbaik bagi seluruh umat manusia.

Allah SWT berfirman:

“sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri taladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah SWT.” Surah Al-Ahzab:21
Berdasarkan topic yang dipilih post kali ini sangat sesuai dengan keperibadian Nabi SAW, kerana beliau adalah seorang Murabbi yang paling berjaya membawa Islam sehinggalah Kita sekarang dapat merasai nikmat islam dan iman. Namun sejauhmana umat Rasulullah SAW pada masa kini memperjuangkan agama islam. Adakah kita hanya berlepas tangan daripada menyebarkan islam.? Adakah kita ingin bergelar hanya sebagai islam sedangkan diri kita tidak menyumbang sebarang apa-apa di dalamNya.? Adakah tanggungjawab berdakwah hanya dibahu pada ahli ibadah, penuntut ilmu yang mengkhususkan dirinya dalam bidang agama, dan para ustaz-ustaz.?

Wahai saudaraku? Bangkitlah sebagai pemuda islam yang sejati, berdakwahlah kalian. Jangan biarkan masa muda Mu dipenuhi dengan warna-warni dunia yang sementara. Yakin lah kita ada alam yang lagi kekal abadi di sana. Jangan buang masa lagi.? Sampaikan kalimah-kalimah Allah SWT dan Hadits-hadits Rasulullah SAW terutamanya kepada diri kita sendiri. Dengan kekuatan tarbiyah yang ada ajaklah saudaramu kepada yang makruf dan cegahlah dari perkara yang mungkar.

Dengan itu, jadikanlah cabaran dan ujian yang Allah berikan itu sebagai satu kekuatan untuk terus bangkit dan perbaikilah sisi yang lemah, dan janganlah sesekali mengatakan ujian dan cabaran itu sebagai satu alasan untuk lepas tangan dan menjauhkan diri di jalan dakwah.

Dengan tajuk “Jalan Dakwa, Jalan Susah”..amatilah wahai saudaraKu?
Jalan dakwah, jalan susah
Jalan dakwah adalah jalan yang panjang. Penuh dengan rintangan. Mempunyai beban yang berat. Hanya sedikit sahaja yang mampu memikulnya.

Di manakah kita sekarang ini? Adakah kita berada di atas jalan dakwah atau masih berada di tepi-tepinya atau sedang memilih jalan bermalas-malas dan berseronok-seronok? Hanya insan yang luar biasa sahaja yang terpilih memikul amanah berat ini di jalan dakwah ini. Lumrah, Allah membuat pilihan terhadap hambaNya. Hamba yang menyerahkan usaha dan kekuata untuk membantu islam sudah tentu mendapat pandangan istimewa di sisi Allah SWT.

Amat sedikit manusia yang sanggup bersabar untuk terus berada di jalan dakwah ini. Persiapan diperlukan untuk berada di atas jalan itu tidak sedikit. Selain itu, beberapa aspek perlu diberi penekanan.

Misi yang jelas.
Rasulullah SAW dibekalkan dengan misi yang bersepadu seperti mana yang difirmankan oleh allah SWT:

sebagaimana kami telah mengutuskan rasul bagi kamu, yang is akan membacakan ayat-ayat kami, membersihkan jiwa kamu serta mengajarkan kamu ilmu al-kitab dan hikmah mengajarkan kamu apa-apa yang kamu tidak ketahui.” Surah al-baqarah: 151.


Ayat ini menggambarkan bahawa Rasulullah SAW melaksanakan misinya melalui tiga pendekata iaitu:

1. Membacakan dan memberikan pemahaman tentang ayat-ayat al-quran, agar umat islam mengenal dan mengetahui hakikat hidup di dunia ini secara tepat dan jelas. Mereka dapat tahu yang mana islamik yang mana tidak, walaupun dalam perkara-perkara yang halus.

2. Membersihkan jiwa umat islam daripada unsur-unsur syirik seterusnya menyucikan hati dari sifat-sifat terkeji dan berusaha mengisi dengan sifat-sifat terpuji dan akhlak yang baik.

3. Mengajarkan ilmu dan hikmah, di mana ianya hanya dapat diperolehi melalui apa yang Allah SWT turunkan melalui al-quran dan dijelaskan oleh sabda Nabi SAW.


Kefahaman yang benar dan asli.
Di dalam surah Ali-Imran ayat 191, Allah SQWT berfirman;

“(iaitu) orang-orang yang mengingati Allah SWT sambil berdiri, duduk dan berbaring serta berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi ( oleh Allah), ya tuhan kami tidaklah engkau ciptakan(semua ini dengan sia-sia.”
Allah swt telah menggambarkan persepaduan antara zikrullah dan dengan berfikir dapat menunjukan pengenalan kepada tuhan secara tepat. Persepaduan zikir dan fikir yang sesuai akan menghantar seseorang kepada pengenalan kepada tuhan dan alam semesta dengan tepat dan kemudian ia dapat memanfaatkan alam dan siisinya dengan petunjuk Allah SWT.

Kefahaman yang benar dab asli dari zikir dan fikir akan mampu menunjukan kepada jalan yang benar.

Tidak mudah futur
Futur dalam bahasa bermaksud “menurun” sepertimana disebut di dalam hadits Rasulullah SAW:

sesungguhnya setiap amal itu ada masanya naik (rajin) dan setelah itu ia akan turun (futur). Barang siapa yang turun (amalnya) masih dalam (batas-batas) sunnahku, sungguh ia dalam petunjuk (Allah). Dan barang siapa yang turun (amalnya) ia telah keluar dari sunnahku sungguh celaka dia.”
Secara istilah, bermaksud :

“sikap mengabaikan amal sehingga meninggalkannya”

Peribadi daie yang lemah dan system dakwah yang lemah mudah mencampak seseorang ke lembah futur.

“kalau sekiranya jalan yang mudah kamu lalui itu dekat dan perjalanan yang kamu tempuhi mendatangkan banyak keuntungan, nescaya mereka berbondong-bondong mengikutimu, tetapi (jalan dakwah) itu penuh dengan dakwah peuh dengan kesusahan.” Surah Al-Taubah: 42.
Wallahu’alam...

Sumber: majalah solusi edisi m/s94-95:www.hadimusli.blogspot.com///ums2010.

2 comments:

  1. semoga kita terus istiqamah menyebarkan ayat-ayat Allah di atas muka bumi ini akhi...doakan ana ya akh!

    ReplyDelete
  2. amin ya Allah....kita sama2 berdoalah k...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...