Pages

Thursday, October 21, 2010

Tak Salah Berhibur!!

Hiburan Tak Boleh Pisah Dalam HidupKU!!




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang;

Dengan kesempatan masa yang terluang yang dianugerahkan oleh Allah SWT ini, Alhamdulillah, terdeti di hati menumpuhkan seketika untuk menghasilkan sebuah nukilan ringkas dan InsyaAllah bermanfaat kepada diri kita. Rasa syukur kepada Allah SWT keranaNYA kita masih lagi boleh menikmati kehidupan hari demi hari dan terus-menerus mengevaluasi diri kita agar sentiasa dalam keadaan yang baik. Selawat dan salam keatas rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan semoga dalam kehidupan kita sunnahnya sebagai skrip perilaku kita.

Kali ini saya ingin menceritakan perihal hiburan kerana diri kita sekarang mahu tidak mahu terpaksa terdedah dengan hiburan. Namun begitu, sebagai orang yang beriman kepada Allah SWT dan RasulNYa kita perlu meneliti jenis hiburan yang kita pilih agar ianYa tidak menyalahi Syarak. Dengan tajuk “Tak Salah Berhibur” InsyaAllah dapat memberi sedikit tips untuk diri kita dalam perihal memilih hiburan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Sang Pencipta.

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh memberi ketenangan kepada hati. Syarat bagi ketenangan hati ialah dengan mengisi keperluan asasnya iaitu iman.

Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud;

“(iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan Zikrullah)” Ketahuilah dengan Zikrullah itu tenang tenteram lah hati manusia.” (Al-Ra’ad; 28)

Oleh itu, orang yang beriman akan mendapat hiburan dari perhubungan dengan Allah, melaksanakan perintah kewajipan, melakukan amalan sunat seperti Zikir, puasa, sedekah, dan lain-lainnya, berinteraksi dengan alam ciptaaNYa dan menerima segala ketentuanNYa.

Apabila melaksanakan perintah Allah SWT, mereka terhibur kerana merasa perintah itu datang dari kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tiada yang susah, bahkan segalanya adalah kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka merasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.

Orang mukmin juga akan terhibur denga warga kehidupan yang dicorakkan oleh Allah SWT. Hatinya sentiasa berbaik sangka terhadap Allah SWT hingga melenyapkan semua resah. Apabilah diberi nikmat mereka terhibur lalu bersyukur. Bahkan, apabila dicuba dengan kesusahan, mereka turut terhibur lalu bersabar.

Mereka yakin dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

“(katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “agama islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah SWT yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya deripada Allah SWT? (kami tetap percayakan Allah SWT) dan kepadaNYalah kami beribadat.” Al-Baqarah: 138.

Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah SWT. Mereka bahagia, tenang, dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar, dan berfikir tentang ciptaannYa itu sudah cukup bagi mereka untuk menikmati keindahan alam dan merasa akan kebesaran penciptanNYa.
Sifat sedemikian merupakan sifat orang yang bertakwa iaitu mereka yang berusaha memelihara diri daripada memyalahi hukum dan undang-undang Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda( yang menunjukkan undang-undang dan pertukaran Allah) kepada kaum yang mahu bertakwa.” Yunus: 6


Selain itu, mereka dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW:

“sesungguhnya Allah SWT itu indah. Dia suka keindahan” HR Muslim.

Islam tidak menolak hiburan selama mana ia boleh menyumbang dan menyuburkan kegembiraan di dalam hati dengan syarat ia tidak bercanggah syariat. Alunan ayat suci Al-Quran, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi keimanan.

Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa. Lihatlah ibadah sembahyang, sekalipun sesuatu kewajipan bagi orang islam, ia juga adalah hiburan yang kekal, yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertakwa terhibur, kerana terasa sedang berbisisk-bisik, bermesra, mengaduh dan merintih dengan kekasih hati iaitu Allah SWT.

Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW bahawa dengan bersembahyang, hati orang yang beriman dan bertakwa akan terhibur.

Baginda bersabda yang maksudnya;

“Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hati adalah sembahyang.” HR. An-Nasa’ei

Menghibur diri juga boleh dilakukan dengan melakukan pelbagai amalan soleh dan ketaatan lainnya. Segala aspek kehidupanini bermula daripada hati. Oleh itu, di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci dan menghiburkan hati agar terhindar dari kesedihan.

1. Dirikan solat dan banyakan berdoa. Ini adalah salah satu kaedah yang berkesan. Semasa berdoa itu, katakana “Ya Allah! Jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW palinfg kurang 100 kali sebelum tidur. Ini merupak pelaburan yang mudah dam murah. Di samping dosa-dosa terampun, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat. Selain daripada memohon keampunan, ia dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran. Selain mencuci hati, ia juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang dan terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-Allah” sebanyak 3 kali.

5. Bermaaf-maafan sesame kawan setiap hari. Sesame memita maaf. Sebutkan kesalahan yang telah kita lakukan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif. Jamgan sesekali mengkritik, mengutuk, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah “ aku sebenarnya...” (apa-apa sahaja kalimah mutiara anda yang boleh membangkitkan semangat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT).

7. Program dan cuci minda. Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, seyumlah, pejamkan mata dan katakana di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku mahu menjadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif dan sebagainya.” Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakam sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8. Berpuasa. Sekirahnya berpuasa, kita terhindar dari melakukan perkara-perkara jahat.

9. Mengingati mati (apabila terasa ingin melakukan sesuatu kejahatan, sehingga hati merasa bimbang, kerana kita akan mati bila-bila masa sahaja).

10. Kekal dalam keadaan yang berwudhuk

11. Bersedekah

12. Belanja orang makan

13. Jaga makanan, jangan makan makanan yang syubhat

14. Berkawan dengan orang-orang soleh dan teman-teman yang baik

15. Berkawan dengan orang miskin (agar diri merasa insaf).

16. Berpesan kepada orang “jadi baik”.

17. Menjaga pancaindera ( mata, telinga, mulut dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.

Itulah sedikit perkongsian dari saya, moga dengan coretan ilmu tersebut dapat memberi sedikit input untuk kita sama-sama memperbaiki diri kita. Yang baik itu datang dari Allah SWT dan segala kekhilafan itu atas diri hamba Allah SWT ini yang masih perlu banyak belajar.

Selamat peraktik....syukran jazilan??

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...