Pages

Friday, July 23, 2010

Aku Samseng Tapi Beriman




“Samseng beriman”

Samseng beriman adalah sebuah nukilan yang banyak menimbulkan persoalan tentang pengertian samseng beriman. Apa sebenarnya samseng beriman ini. Sebelum itu, elok rasanya kita memahami terlebih dahulu makna samsing. Menurut penulis, samseng boleh diertikan sebagai orang jahat, tegas, pemarah, kusut-masai, hambur, pemberontak, penyamun, penganas dan sebagainya. Pengertian ini, biasanya kita dengari daripada masyarakat umum sekiranya diajuhkan soalan berkaitan dengan orang yang samsing.



Samseng beriman dan samseng biasa sangat jauh bezanya. Ini boleh diumpamakan jaraknya antara langit dan bumi. Melalui pengamatan luaran sahaja kita dapat mengetahui banyak persepsi daripada kedua-dua perkataan tersebut. Sebagai contoh, perkataan “beriman” dan “biasa”. Dalam islam, perkataan beriman ini sangat murni maknanya dan ianya boleh dipadaptasikan sebagai orang yang memiliki nilai moral dan akhlak yang baik. Manakala perkataan biasa, mempunyai banyak makna dan ianya boleh menjadi baik dan buruk. Sekiranya kedua-dua perkataan ini digandingkan, ini bermakna nilai baik itu lebih berpihak kepada konsep beriman.

Sebelum kita mengulas dengan lebih lanjut, elok rasanya kita menjelaskan makna “samseng biasa”. Samsing biasa dikatakan samseng yang biasa-biasa sahaja. Biasa di sini bermaksud mereka tidak memberi manfaat langsung sama ada untuk dirinya sendiri, keluarga, sahabat, masyarakat, dan Negara. Bahkan mereka ini juga adalah mereka yang sering menimbulkan konflik dalam keluarga dan masyarakat. Segala seruan mereka hanya bermotifkan duniawi dan ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Ini boleh dikatakan sebagai golongan yang mendapat kerugian dunia dan akhirat kerana mereka tidak memikirkan akan balasan yang bakal mereka terima daripada allah swt. Atas alasan itulah, mereka terus-menerus terjebak dan bahkan mereka sentiasa berusaha mencari ahli baru untuk melakukan kemaksiatan.

Mengapa ini berlaku?? Bagi mereka yang tergolong sebagai samseng biasa ini lazimnya tidak mendapat bimbingan agama yang betul dari keluarga. Mereka hanya dibiarkan serta diberi kesenangan hidup sedangkan kedua-dua orang tua mereka sibuk mencari rezeki tanpa menghiraukan dengan siapa anak mereka bergaul. Kita sebagai orang yang beriman dan sedar bahawa musuh nyata bagi manusia adalah syaitan laknatullah.



Bagaimana pula dengan samseng beriman.??? Apa yang membezakan kedua-dua konsep ini. Selain dari sudut perkataan, perbezaanya boleh kita amati melalui peranannya dalam memperjuangkan agamanya yakni agama Allah swt. Sekirahnya samseng biasa kita adaptasikan sebagai perkaitan yang negatif, ini bermakna samseng beriman kita justifikasikan sebagai perkaitan yang positif.

Perkaitan positif di sini bermakna, mereka yang sering bertindak mengikut syariat islam dan sama sekali takut melanggar segala perintah dan larangan yang telah ditetapkan oleh Allah swt dan rasulnya. Mereka ini mengorbankan segala jiwa raganya untuk mempertahankan kesucian agamanya. setiap perkataan mereka hanyalah menyeruh kepada jalan yang lurus dan menjauhi perkara-perkara yang tidak baik. Mereka juga dikatakan samseng beriman kerana kesamsingan mereka hanya terlihat sekirahnya agama islam diperlekehkan dan dicemari kesuciannya. Mereka sangat benci akan kemaksiatan dan mereka akan sentiasa berusaha agar kemaksiatan itu sama sekali tidak merosakkan mereka. Mereka hanya meminta pertolongan daripada Allah swt dan sabar menghadapi kesulitan.

Berbanding dengan samsing biasa, pertolongan mereka hanya kepada sesama manusia, ahli sihir, bomoh dan lain-lain agar mereka menang dalam pertaruhan dan mendapatkan sekalung darjat daripada masyarakat. Manakala samsing beriman, perjuangan mereka hanya semata-mata kerana Allah swt dan berjihad serta mati syahid dijalannya.

Persoalannya di sini, adakah kita tergolongan di antara mereka iaitu samseng beriman dan samseng biasa.?? Melalui perkongsian ilmu ini daripada saya diharapkan kita semua umat nabi Muhammad saw senantiasa muhasabah diri agar kita tergolong antara mereka yang samsing tetapi samseng Beriman. Nukilan ini, untuk peringatan penulis sendiri sebelum kepada para pembaca yang saya hormati.

Sebelum saya membuat coretan yang terakhir, penulis ingin memohon keampunan daripada allah swt kerana mungkin di setiap baris kata-kata saya ada mengguris hati para pembaca sekalian. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah swt dan keburukan itu juga datangnya daripada allah swt namun disebabkan kecetetan ilmu penulis menyebabkan kesilapan tidak dapat dielakan.

Wasalam..jazakallah kharon....


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...