Pages

Thursday, April 25, 2013

Cerpen: Tiga Harapan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


Malam ini keadaan begitu tegang. Bilik Muslim seolah-olah menjadi gelanggang tinju yang bakal menyaksikan perlawanan. Dua sahabat kelihatan menghadapi masalah. Muaz dan Muslim masing-masing hidup dalam dunianya. Entah mengapa konflik tiba-tiba timbul dalam persahabatan mereka.

Muaz sejak akhir-akhir ini sering panas baran. Suka menyalahkan diri dan melakukan sesuatu diluar jangkaan. Muslim pula berubah sikap. Selalu mendiamkan diri seolah-olah tiada perasaan.

Perubahan sikap dua sahabat ini berlaku disebabkan kisah dua hari lepas. Kejadian berlaku tanpa diduga.

Pada suatu malam. Ketika Muslim sedang tidur. Muaz tiba-tiba melarikan diri. Entah penyakit apa yang telah dia alami ketika itu. Jam menunjukkan 1.30 pagi. Penghuni kolej kediaman sedang lena dibuai mimpi. Muslim masih dalam tidurnya. Dia tidak mengetahui perilaku Muaz ketika itu. Muaz dalam keadaan tekanan. Beg galasnya berisi laptop disandang. Jaket coklat miliknya dipakai. Helmet dicapai dan terus bergegas keluar daripada bilik.

Ketika itu juga, Muslim terbangun dari tidurnya. Dia terkejut kerana pintu bilik dihempap kuat. Muaz pantas berlalu. Muslim jadi bingung. Dia tidak mengetahui perihal Muaz bertindak seperti itu. Dia jadi bimbang akan sahabatnya.

‘Apa yang sedang berlaku kepada Muaz?’

‘Kenapa dia bersikap begitu?’

‘Salah apa yang telah aku lakukan kepadanya?’

‘Aku jadi buntu. Apa yang berlaku sebenarnya. Bertalu-talu persoalan menerpah kotak pemikirannya.’ Muslim bermonolog sendirian. Hatinya jadi resah. Sahabatnya telah pergi. Lampu bilik dihidupkan. Muslim duduk seketika sebelum bersiap untuk menjejaki sahabatnya.

‘Aku yakin. Muaz masih berada di sekitar blok ini ataupun dia sekarang berada di parking motor miliknya. Aku mesti menjejakinya. Aku tidak boleh membiarkannya pergi tanpa aku mengetahui perihal sebenarnya. Sahabatku. Apa yang terjadi sebenarnya. Ya Allah bantulah kami. Jika aku yang menyakitkan hati sahabatku maka ampunilah aku. Sekiranya bukan aku. Jadi siapa Ya Allah? Selamatkanlah sahabatku Muaz. Tabahkanlah hatinya mengharungi ujian-Mu.’ Muslim masih dengan monolognya. Hatinya tidak henti-henti mendoakan sahabatnya. Muslim sangat menyayangi Muaz.

Belum sempat Muslim menutup suis lampu untuk menjejaki pemergian Muaz. Muaz sudah berada di hadapan matanya. Muslim terkejut. Ucap syukur kepada Allah tidak terhingga. Walaupun, lafaz itu sekadar dalam hati.

Muaz terus meluruh masuk ke dalam bilik. Tanpa sebarang kata. Muslim hanya mampu mengelak daripada dilanggar oleh Muaz. Muslim bersangka baik dengan sahabatnya. Muaz  helmet dilempar ke atas tilam. Beg sandangnya dilempar sama. Jaket turut dicampakkan. Kemudian Muaz duduk di atas tilamnya. Muslim hanya memerhati gelagat sahabatnya bermula masuk ke dalam bilik sehinggalah Muaz duduk seperti sekarang.

Suasana sunyi seketika. Muaz masih nekad untuk diam. Muslim pun sama. Namun, akhirnya Muslim memulakan bicara.

“Akhi, apa yang berlaku sebenarnya? Ana betul-betul tidak tahu mengapa anta berkelakuan sebegini? Anta menghadapi masalah apa? Muaz tolong cerita dengan ana. Ana bimbang anta bersikap sebegini. Ana takut akhi.” Muslim mendekati Muaz dan duduk disampingnya. Muslim cuba untuk memujuk sahabatnya dan berharap Muaz menceritakan perihal sebenar yang dialaminya. Lembut suara Muslim. Bahu Muaz disentuh. Tapi, Muaz menepisnya.

“Muslim, ana sangat tidak berpuas hati dengan anta!” Muaz berdiri menjauhi Muslim. Nada suara Muaz agak lantang. Dia sangat marah. Pandangan kasih sayang terhadap sahabatnya sebelum ini tidak kelihatan lagi. Hilang segalanya. Hanya pandangan kebencian dan kemarahan menjadi gantinya.

“Akhi, ana tidak faham kenapa anta tidak berpuas hati dengan ana? Apa yang ana dah buat dengan anta? Ana bingung Akhi.” Muslim masih mampu mengawal amarahnya. Kalimah istighfar juga sudah mula kedengaran daripada mulutnya.  Dia memujuk dirinya untuk bersabar. Namun, persoalannya masih belum terjawab.

“Muslim, Khairil ana ajak ke bilik ini bukan untuk bersuka ria dengan anta. Ana ada hal lain nak dibincangkan dengan dia. Bahkan lebih penting daripada apa yang anta bincangkan tadi! Anta seolah-olah tidak memahami ana. Anta biarkan ana keseorangan. Sebaliknya, anta….?” Muaz membongkar perihal kemarahannya terhadap Muslim. Dia tidak berpuas hati akan kemesraan Khairil dan Muslim.

Muslim terkejut dengan keterangan Muaz sebentar tadi. Dia benar-benar hairan. Muaz marah hanya disebabkan Khairil dan Muslim bersembang terlalu lama sehinggakan dirinya disisikan sebentar tadi.

“Arr kenapa diam!” Muaz bersuara kembali.

“Muaz, anta marah hanya kerana itu. Peliklah anta ini. Ana tak buat apa pun dengan dia. Anta sendirikan tengok, kami berbual mengenal pelajaran. Esok ana ada midterm subjek Perakaunan. Kebetulan Khairil tu mahir subjek ini. Jadi ana pun minta tunjuk ajar. Salah ke ana berbuat begitu?” Muslim juga memberitahu perihal sebenarnya . Dia tenang sahaja. Ayat-ayat yang dilontarkannya juga diolah sebaik-baiknya. Bimbang penyataannya merosakkan lagi keadaan.

Muaz bisu seketika. Entah apa yang difikirkan. Pandangannya hanya tertumpu ke lantai. Wajah Muslim berusaha agar tidak dilihatnya. Dia seolah-olah tewas dalam pertarungan ini. Muaz masih mendiamkan diri. Muslim hanya memerhati sahabatnya.

“Anta cemburu ya?” Muslim bersuara.

Entah mengapa perkataan cemburu keluar daripada mulut Muslim. Terungkap secara tiba-tiba. Muslim mula rasa bersalah tentang pertanyaan itu. Namun, dia juga mengharapkan jawapan daripada mulut Muaz. Adakah Muaz sedang cemburu dengan Khairil?’ Inilah persoalan yang bergelegar dalam kotak pemikirannya.

Muslim jadi bingung dengan apa yang terjadi. Muaz masih dengan egonya.

“Persoalannya, adakah punca perbalahan dua sahabat ini disebabkan kecemburuan Muaz terhadap Muslim?”

“Atau punca perubahan sikap Muaz disebabkan perancangan yang dibuatnya gagal disampaikan kepada Khairil?”

Muslim bersahabat dengan Muaz kerana agamanya. Muslim juga mengharapkan agar Muaz membimbingnya mencari jalan cahaya. Muaz bersahabat dengan Muslim kerana menjadi kewajipan. Allah SWT yang suruh. Bahkan Rasulullah SAW sendiri bersahabat. Bersahabat kerana Allah SWT. Itulah prinsip Muaz dalam persahabatan. Muslim pun sama.

Jadi, benarkah persoalan di atas punca segalanya?

Ikuti cerpen seterusnya..
Tajuk: Harapan 2
Karya: Hadi Muslim

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...