Pages

Tuesday, November 13, 2012

Aku Pernah Jadi Sahabatmu


Luahan Hati itu benar

Rasa ingin memiliki itu fitrah bagi manusia.

Ingin memiliki seseorang itu sama ada sebagai isteri, suami, atau sahabat. kita akan sanggup berkorban dan kita sangat baik dengannya. Korbankan masa, perasaan, tenaga dan apa-apa saja layanan yang selayaknya bagi seseorang yang dihargai.

Namun hakikatnya, majoriti sebelah pihak saja yang menyayangi seseorang. Tetapi sebaliknya seseorang yang kita sayangi dan hargai itu sekadar terima kita kerana terpaksa dan ingin menjaga hati.


Apabila seseorang itu terlalu menyayangi dan tiba masanya untuk berputus asa, kecewa, lelah berinisiatif dan berputus harap kerana tidak berbalas, sms tidak reply,call tak angkat, kita juga kena mulakan bicara, tidak seronok dengan kita, tapi dengan orang lain boleh pula banyak kata, menjaga jarak, mula memberi alasan, kata mengetahui kelemahan diri tapi tidak berinisiatif memperbaiki, tiada usaha untuk menghargai dan macam-macam lagi.


Atas dasar itulah seseorang itu akan terpikir untuk melupakannya walaupun seseorang terpaksa berkorban, hati terluka & menangisi keputusan tersebut. 

Namun, seseorang itu tetap nekad melupakan segalanya walaupun terasa berat.

Pandangan Saya.

Bermula disitulah, orang yang kita sayangi dan hargai itu akan melihat pengorbanan kita, rasa kasihan, dan rasa bersalah kerana kita memutuskan untuk meninggalkan dan melupakannya. 

Saya yakin. Bukan mudah mencari seseorang seperti itu yang sanggup menghargai kita. Bukan mudah. Bukan mudah.

Orang yang ditinggalkan itu, tidak mungkin akan menemui seseorang seperti orang yang menyayangi dirinya sebelum ini. Kalau tidak pun, seseorang yang ditinggalkan itu akan berbuat seperti apa yang telah dilakukan oleh seseorang yang menghargainya sebelum ini. Tapi hakikatnya. Kisah akan berulang semula. Kita akan merasa seperti mana apa yang dirasai oleh orang yang kita abaikan perasaannya sebelum ini. Yakinlah kisah yang sama akan berulang.

Kita baru sedari, bahawa beginilah perasaan jika menghargai seseorang tanpa maklum balas dari hati. Hanya sekadar menjaga hati. Itu tidak cukup. 

Penyesalan akan berlaku. Perasaan rindu dengan layanannya akan bermain-main dalam kotak pemikiran kita. 

Semuanya sudah terlambat. 

Dia sudah meninggalkan kita. 

Meninggalkan seseorang yang tidak menyayanginya. 

Namun, seseorang itu pula sangat menyayangi seseorang yang ditinggalkan.

Nasihat dari orang yang pernah bergelar sahabat.

Sekiranya ada lagi seseorang seperti ini menemuimu.

Hargailah dia. Orang yang sanggup berkorban masa dan perasaan untukmu. Sebenarnya dialah orang sanggup hidup susah senang bersamamu. Yakinlah!. Sahabat cukuplah aku sebagai pengajaran atas semua kisah persahabatan ini.

Atas nilai ukhuwah ini, aku akan tetap menjadi sahabatmu. Tapi di akhirat sana. Sahabat, aku sudah lalui kembara mencari sahabat ini sejak sekian lama. Hakikatnya memang “Sukar mencari sahabat sejati”. Kesabaran, kejujuran, pengorbanan, dan perasaan menjadi taruhan untuk mendapatkannya. Tangisan mengimbau kisah lalu akan sentiasa bermain difikiran sehinggakan kisah itu akan sentiasa segar dalam ingatan.

Peluang yang ada jangan disia-siakan. Sikap kita yang kurang memahami jangan jadikan alasan untuk kita hanya sekadar berpeluk tubuh tanpa ada usaha untuk memahami.

Sahabat...

Aku doakan agar sahabat menemui orang yang lebih memahamimu, menyeronokkanmu, membimbingmu, memenuhi ciri-ciri sahabat yang sahabat impikan dan membuatkan sahabat lebih termotivasi dalam segala hal. Itupun sekiranya sahabat memerlukan persahabatan. Tapi hakikatnya sahabat, semua orang mengimpikan sahabat sejati. tapi persoalannya bila?di mana? siapa?

Moga menemui seseorang yang lebih sehaluan denganmu. Bukan sepertiku yang hanya berperasaan bahawa engkaulah sahabatku. Namun, engkau hanya menerimanya hanya sekadar menjaga hati.

Sahabat sentiasalah bersedia menjadi sahabat sejati walaupun sahabat tidak berusaha untuk mendapatkannya.

InsyaAllah Sahabatku, Aku doakan agar kau menemui sahabat yang kau inginkan sebagai penguat dan saling menyayangi kerna-Nya.

Akhir kalam sahabatku..

Ana ‘Uhibbukafillah'.

Dari  Hamba Allah: Yang Pernah Jadi Sahabatmu.

                                 *****

Coretan Memori: Nukilan ini hanya sekadar persepsi mengenai kisah persahabatan. Namun sekiranya, kisah ini berlaku terhadap diri kita dan orang lain. Maka jadikanlah nukilan ini sebagai salah satu pengajaran.

Karya Asli Hadi Muslim. UMS, Kota Kinabalu, Sabah. 14/11/2012. Malaysia.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...