Pages

Saturday, March 5, 2011

Jangan Putus Asa



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamu’alaikum akhi...

Ana sempat bertegur sapa dengan ikhwah yang baru sampai di rumah kami. Entah mengapa terdetik dalam hati ingin mendekati ikhwah nie. Sejak belakangan ini, ana lihat ikhwah nie terlalu sibuk dan setiap waktu subuh dan selepas maghrib ada saja sms ikhwah nie terpapar di muka hadapan telefon ana.

Ana sangat bosan mendengar sms yang sama ana terima bermula ana duduk di rumah sewa nie. Makhlum lah belum genap sebulan pindah rumah. Sebelum nie ana duduk dalam kampus dan selepas menikah ana mula duduk luar bersama zaujah.

Sms ikhwah itu ana masih simpan..kata-kata dalam sms itu ana masih

“ salam Akhi, ana sebenarnya mau gtau antum..ana mau guna dapur Zaujah akhi guna dapur tak”.

Ana pun membalasnya “ wasalam akhi, zaujah ana tak guna dapur lagi, antum masuklah”.

Ikhwah itu membalas..”jazaklah khairon akhi..”

Ana pun tak berlenga lagi untuk melihat apa gerangan ikhwah itu lakukan setiap kali ingin menggunakan dapur. Ana terlihat sebungkus bijian putih dalam plastik yang dikenali sebagai Sagu dan sebungkus kelapa yang siap diparut.

Ana pun mulakan perbualan dengan ikhwah tersebut.

Akhi..antum mau buat apa nie akhi?

Ikhwah tu menjawab..saja akhi masak-masak kuih.

Ana pun terus menyoal ingin tahu..kuih apa yang antum mau buat, nampak macam banyak saja antum buat..

Ikhwah itu membalas..akhi sebenarnya ana mau buat Kuih sagu, then ana akan jual di kantin falkuti ana di SPPS (sekolah pendidikan).

Sebenarnya ikhwah nie masih belajar dan kini tahun yang terakhir pengajian dalam jurusan pendidikan dengan FIZIK. Hermmm hebat juga ikhwah nie..

Ana terus berkata..antum bisnes rupanya!!

Ya akhi..ana mau belajar bisnes, antum semua pandai bisnes ana saja nie masih blur entah mau bisnes apa...

Sebenarnya kami (semua ikhwah sabah) digalakkan berbisnes..kerna itu adalah salah satu sunnah Rasulullah Saw. Sebagai seorang Dai’e pekerjaan sebagai peniaga amat sesuai untuk kita bermasyarakat dan membina hubungan. Maklumlah sebagai Dai’e kita mesti berniaga juga kerna setiap program da’wah memerlukan perbelanjaan. Jadi melalui bisnes yang dijalankan, dapatlah ikhwah-ikhwah berinfak di dalam tabung da’wah kita. Dengan adanya badget dalam tabung da’wah dapatlah kita menjemput ikhwah semenanjung ke sabah memberi perkongsian ilmu. Dan kita juga dapat boleh menghantar ikhwah-ikhwah ke semenanjung untuk melihat sendiri medan da’wah masing-masing di sana.

Subahanallah...itulah aktiviti kami semua sehingga sekarang walaupun masih bergelar sebagai mahasiswa.

Ana tersedar dari lamunan..ekoran ikhwah itu memanggil ana berulang kali..

Rusdi..rusdi..rusdi....

Adeh na..melamun pula antum nie..biasalah antumkan (ana) pengantin baru..

Ana menjawab..apalah antum tak ada lah ana berfikir sesuatu tadi..

Ana sebenarnya mahu tambah duit simpanan, tak mau lagi pinjam dari emak...

Allhamdulillah akhi..ini merupakan langkah awak antum agar mudah lobi nikah nanti..

Aduh...ikhwah itu, menepuk bahu ana, agak kuat jugak...tapi terasa sakit sedikit..tapi ana tak kisah itu adalah pukul-pukul sayang sebagai seorang yang berukhwah Fillah.

Bagus lah akhi..ana menyokong antum...

Kuih dah siap!!! Waaah sedap bau akhi...mesti antum padai buat kuih..

Pandai katamu...ini first time ana buat kuih nie...

Kuih pun dihidang separuh dan selebihnya untuk jualan..

Nyamm.nyamm sedapnya akhi, ikhwah lain menyapa, ikhwah tu membalas tengoklah siapa yang buat..

Ana dapat rasakan kepuasan di raut wajah ikhwah itu..ana senyum dalam hati tanda terharu..

Selain itu juga ikhwah ini setiap hari, membuat hotdog roti untuk jualan juga, dan setiap minggu ikhwah ini juga mengajar Mengaji dengan anak jiran setaman dekat-dekat sini. Manakala setiap 3 kali dalam seminggu ikhwah nie bekerja sebagai penjaga kedai di Area Dewan kuliah..

Nampak kesungguhan ikhwah nie.. ana lihat sendiri tingkah lakunya..ikhwah ini tak mengenal erti putus asa..

Ana dapat membayangkan ikhwah nie mesti tahu mengenai ayat Allah SWT di Surah Yusuf (12:87).

Bermaksud “wahai anak-anakKu! Pergilah kamu, carilah(berita) tentang yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir”

Maka itu akhi semua janganlah kita berputus asa..teruskan langkah dan usaha. Minta bantuan Allah SWt. Yakinlah akhi, tanggungjawab kita nie akhi bukan mudah. Kita adalah Dai’e yang sangat diperlukan oleh masyarakat sana. Jika kita futur kembalilah mengingati Allah SWT.

Antum ingat tak janji Allah SWT dalam Surah ke 47:7 bermaksud.”sekiranya kamu membantu agamaKu yakni (islam) nescaya Aku (Allah) akan membantuMu...

Wallahu’alam...selamat bermujahadah akhi...

Ku tinggalkan serangkap puisi untuk Jiwa-Jiwa yang rindukan Syurga dan Mati Syahid:

"Kerna Allah"
Di penghujung jalanKu berbuat kernaMu
Setiap langkahKu Menuju JalanMu
Setiap nafasKu hanya UntukMu
Di penghujung nyawaKu mencari RedhaMu..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...