Pages

Sunday, October 2, 2011

"Memberi Di Utamakan, Menerima Di Amal Jangan"


Dengan Nama Allah Yg Maha Pengasih Lg Maha Penyayang

Dari Abdullah bin Amr, Berkata:

"Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW katanya: Perbuatan apakah yang sebaik-baiknya dalam islam?"

Jawab Rasulullah SAW:


"Mendermakan makanan, dan memberi salam kepada orang yang telah dikenal dan belum engkau kenal."

-HR Muslim-

Saudaraku yang di Rahmati Allah SWT

Saya memohon maaf atas kelewatan menulis perkongsian baru di blog ini. Kerana ada beberapa komitmen lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. InsyaAllah kali ini saya ingin berkongsi sebuah hadits untuk Sahabat-Sahabat sekalian. Moga bermafaat untuk semuanya.

Dalam hadits kali ini:

Rasulullah SAW memberi jawapan kepada seorang Sahabat tentang amalan-amalan yang perlu dilakukan seseorang muslim dalam hidup bermasyarakat.

"Soalan Minda" Mari jawab: Islam Itu Indah?...................... Bagaimana?........................................

Islam tidak pernah menyusahkan para penganutnya apatalagi mengzaliminya. Islam mencintai perpaduan, kasih sayang, keamanan, kebahagian dan sebagainya.

Adakah ia benar? Saudaraku Mari kita fikirkan bersama ok...

Maka Jawab Rasulullah SAW
"Mendermakan makanan, dan memberi salam kepada orang yang telah dikenal dan belum engkau kenal."

Oleh itu, perkara yang nyatakan ialah:

  1. Menderma
  2. Memberi Salam
Sahabat yang saya cintai kerana Allah SWT,

Rasulullah SAW memberitahu kepada kita bahawasanya amalan yang sebaik-baiknya yang perlu dilakukan oleh seseorang muslim dalam kehidupan sehariannya adalah MEMBERI!

Menderma adalah kita memberi!
Memberi salam adalah membri!

Sahabat Sekalian:

Pernah sahabat mendengar kalimah ini;

"Jadilah Seorang Yang Suka Memberi, Bukan Menjadi Seorang Yang Suka Menerima"
Mungkin ada beberapa Sahabat yang kurang jelas mengenai DERMA & SALAM

Derma ialah seseorang memberi sesuatu yang bermafaat kepada orang lain dan sebaiknya Derma yang kita berikan itu adalah sesuatu yang sukai dan dicintai.

Contohnya:
  1. Memberi makanan & minuman
  2. Memberi Senyuman
  3. Memberi pakaian
  4. Memberi bantuan Kewangan
  5. Memberi bantuan tenaga
  6. Dan sebagainya....

Salam ialah ucapan berbentuk doa yang sepatutnya diberikan sebelum dan selepas menemui seseorang. Seseorang itu tidak semestinya orang yang kita kenal atau orang yang kita tidak kenal. Kitakan mahu menjadi seorang yang Memberi, maka itu Ucapkanlah salam "Assalamu'alaikum WBT"

Sebagai seorang Daie, seharusnya nilai ini menjadi salah satu senjata & perisai dalam proses mengajak seramai mungkin umat islam yang jauh dengan islam untuk memahami islam dan menyebarkan ajaran islam.

Sahabat sekalian

Saya berharap dengan sedikit perkongsian bermanfaat untuk kita semuanya. Pesanan ini terutamanya untuk diri saya.

"Memberi Di Utamakan, Menerima Di Amal Jangan"

Wallahu'alam...

Friday, September 2, 2011

Seronok Beraya, Solat Jangan Lupa!!

Dengan Nama Allah Yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Anugerah dan Rahmat Allah SWT buat Umat Muhammad

Sedar ataupun tidak, Aidilfitri dan Aidiladha yang kita raikannya saban tahun adalah rahmat dan anugerah Allah buat umat ini.

Ini terbukti apabila Anas menceritakan;

Selepas Rasulullah tiba di Madinah, beliau mendapati penduduk Madinah mempunyai dua hari yang mereka raikannya pada zaman jahiliah. Lalu beliau berkata :

“Aku sampai kepada kamu semua dan aku dapati ada dua hari yang kamu semua raikannya pada zaman Jahiliah. Allah menggangtikannya bagi kamu dengan dua hari yang lebih baik daripadanya:

Iaitu “Hari Raya Korban dan Aidilfitri.”

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasaei)

Ali Hasan Al-Halabi di dalam bukunya Ahkam Al-Idyain menukilkan komentarnya Syeikh Ahmad Abdul Rahman Al-Banna: “ini kerana Aidilfitri dan hari Raya Korban ini adalah syariat Allah, dipilih buat maklumat ciptaan-Nya.

Kedua-duanya datang selepas melaksanakan dua rukun yang besar daripada rukun islam iaitu : Haji & Puasa. Pada kedua-dua rukun ini, Allah mengampunkan dosa mereka yang menunaikan Haji & orang yang Berpuasa. Dia mencurahkan rahmat-Nya kepada makhluk ciptaan-Nya yang taat.”

Saudaraku..

Marilahlah kita berfikir sejenak dan bertanya kepada diri kita setakat dua hari yang dimaksudkan itu, sejauhmana kita benar-benar menghayati Anugerah & Rahmat Allah SWT buat kita??

Seronok Beraya, Solat Jangan Lupa!

Memang seronok apabila tibanya Hari Raya. Kanak-kanak, remaja hingga orang dewasa semuanya gembira dan seronok meraikan hari mulia ini. Masing-masing dengan cara tersendiri.

Kanak-kanak semangat mengumpul duit raya. golongsn remaja saling ziarah-menziarahi rumah kawan dan sahabat handai. Golongan dewasa gembira menerima dan melayan para tetamu.

Betapa harmoninya suasana hari ini.

Namun, alangkah sedihnya sekirahnya keharmonian dan kemuliaan hari ini dicemari dengan dosa dan maksiat.

Menyambut hari raya adalah ibadah. Apakah patut kita melakukan ibadah dengan mengabaikan ibadah yang lain.

Oleh itu, mari kita saling berpesan dan nasihat-menasihati ahli keluarga, saak-saudara dan sahabat handai: “Raya, Raya juga, Solat Jangan Lupa.”


Saling Bersalaman, Jangan Sampai Melanggar Batasan!

Sememangnya tradisi ziarah-menziarahi sanak-saudara, jiran tetanggan adalah amalan yang dipuji oleh islam.

Biasanya kita saling bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Tetapi jangan sampai terlanggar batasan.

Lelaki dan perempuan yang buka mahram tidak boleh bersalaman. Ingat, kita ada adab dan batasan syariat.

Biar di Hari Raya ini kita dikurniakan berkat. Jangan cemarkan ia dengan maksiat.


Ramadhan Tahun Hadapan, Adakah Kita Berkesempatan?

Tiada siapa yang dapat menjawab soalan. Lihat, berapa ramai ahli keluarga dan sanak saudar, yang tahun lepas mereka bergembira bersama kita menuninaikan ibadah puasa dan menyambut hari raya. Namun, tahun ini tiada tawa riang yang kedengaran daripada mereka.

Mereka kembali kepada Maha Pencipta yang memiliki segala-galanya. Pasti janji kematian kepada mereka. Hari mereka sudah tiba. Entah esok ataupun lusa, saat itu pasti menjelma bagi kita. Sama ada kita bersedia ataupun masih leka.

Oleh itu, mari bersama-sama menjadikan didikan dan amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini berterusan hingga bulan-bulan seterusnya. Doa dan harapan kita supaya dizinkan bertemu Ramadhan tahun hadapan, bulan rahmat yang penuh keberkatan.


“Selamat Hari Raya Aidilfitri!”


Sunday, August 28, 2011

Bila HidayahNya Menyatu.

Dengan Nama Allah Yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Sekarang kita semakin hampir dipenghujung Ramadhan!! Sahutan seorang sahabat kepada saya. Cepat sungguh Ramadhan berlalu, saya rasa baru 2-3 hari puasa dan tak sangkah 2 hari lagi adalah hari di mana Ramdhan akan berlalu pergi. Dia teruskan bicaranya..

Saya pun perasanlah Said!!

Entahlah rasanya ini adalah Ramadhan paling singkat yang aku pernah lalui setakat ini.

Kami berdua sama-sama mendiamkan diri dan masing-masing cuba memikirkan jawapan persoalan tadi??

Said memulakan bicara!!

Rus, kau sudah kahwin mesti tidak perasan punya sebulan Ramadhan. Apakan tidak, duduk bersama isteri dan dengan isterilah juga makan sahur, buka puasa, dan solat bersama. Said meluahkan perasaan terasa nada suara orang yang sedang cemburuh!!

Said masa ini belum menikah lagi..belum ada lagi yang sesuai dengan cita rasanya. Lagi pun kami berdua masih belajar di salah sebuah IPT tempatan dengan fakulti yang sama. Kami memang rapat. Sehinggahkan ada satu ketika kawan-kawan sekuliah mencopkan kami sebagai kembar tak seiras. Aku hanya tersenyum mendengarkan kata-kata mereka di dewan kuliah tempoh hari.

Said? Saya menyebut nama itu tiba-tiba...

Masa itu juga said menoleh ke arahku di mana said masa itu memandang ke arah masjid yang tersergam indah dengan kilauan lampu yang berwarna-warni menambahkan lagi pesona mata bagi sesiapa yang memandang masjid itu. MRB itu lah namanya iaitu Masjid Bandar Raya atau lebih dikenali masjid Terapung.

Rus kenapa tiba-tiba memanggilku!!

Said saya minta maaf sekirahnya sepanjang perkenalan kita saya pernah menyakitkan hati kau.

Saya macam banyak terhutang budidan melakukan kesalahan dengan kau..

Rus...Saya pun minta maaf juga..Rasanya saya lagi banyak menyinggung perasaan kau. Aku masih ingat lagi?

Ingat pasal apa Said..

Saya bersuara ingin tahu perkara yang pernah saya ucapkan sebelum ini.

Saya rasa bersalah pula..bersalah apa Said?

Kau ingat lagi tak masa kita tahun 1 dulu..kau selalu ajak aku ke majlis-majlis ilmu (Usrah/Halaqah) dan qiamullai di Surau kediaman. ..Nada suaranya mulai sayu seakan-akan suara orang yang sedih dan menangis.

Rus..Aku minta maaf!!

Saya menghampiri sahabat saya Said..Saya menyentuh bahunya dari belakang..

Said cuba menjauhkan diri dan berpaling dariku..Saya dapat tahu mengapa Said berbuat demikan. Dia cuba menyembunyikan air matanya yang mula membasahi pipi. Sepatutnya saya menghormati kau Rus sebab masa itu Kau saja kawan Aku walaupun saat itu aku susah. Tapi..tapi...

Kesedihan mula menguasai suasana..bicara hati dua sahabat benar-benar memberi muhasabah kepada diri untuk menghargai erti Persahabatan. Persahabatan yang dibina atas dasar iman dan taqwa kepada Sang Pencipta. Begitu lah Maha Kuasanya Allah yang menyatukan hati manusia;


Saya terus mengingati satu ayat dalam Surah Ali-Imran ayat yang ke-103;

“Berpegang teguhlah kamu Semuanya pada Tali Agama Allah dan janganlah kamu bercerai berai..”


"Kami berdua mendiamkan diri agak lama.."

Said kemudianya memulakan bicara..

Dia menghampiriku dan menggapai tanganku seterusnya memeluk tubuhku..Aku sangat hairan dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Said, sebelum ini Said Fobia melihat lelaki sama-sama berpelukan, dia sangat jijik!!

Tapi malam ini, saya merasai kelainan yang menakjubkan!!

Saya hanya mampu berperasangkah baik dengan perubahannya. Mungkin juga hasil didikan Tarbiah sebulan di bulan Ramadhan.

Dengan izin Allah hidayah keimanan akhirnya hinggap juga di jiwa sahabat ku ini..”Rus terus bermonolog dalaman takalah kami masih dalam pelukan seorang UkhuwahFillah ( Berkasih Kasih Sayang Kerna Allah)”.

Saya menitiskan air mata sebagai tanda syukur kepada Allah SWT dengan Hidayah yang diberikan. Perjuangan saya selama ini dalam mendekatinya dan membimbingnya akhirnya berhasil dengan sifat PemurahNya Sang Pencipta. Kini sahabat saya semakin ingin mengenali dan mendalami islam serta nekad menujuh permulaan perubahan hidup..

Terima Kasih Ya Allah...

Aklhirnya..

Pelukan dilepaskan..kemudian masing-masing mengesak-esak air mata yang berlinang sebentar tadi..

Kami berdua berpandangan dan melemparkan senyuman antara satu sama lain.

Pada masa itu juga..Saya dan Said memasang Nekad untuk perjalanan seterusnya takalah bulan Ramadhan akan melaburkan tirainya tidak lama lagi..

Kami berhajat..sekirahnya Allah memanjangkan umur kami berdua Saya dan Said akan menjadi sahabat dunia dan akhirat iaitu Sahabat atas dasar mencari redha Allah swt. Kami juga berjanji agar 5 tahun akan datang kami akan berkunjung di tempat ini pada 10 malam terakhir di Bulan Ramadhan dengan membawa isteri dan Anak masing-masing. InsyaAllah..

So..

Saya terus berbicara disamping memecahkan dinding kesedihan yang menguasai suasana sebentar tadi..

Said..Lusa Raya di mana? Rus bertanya..

Saya beraya di Kg saja dengan keluarga tercinta..macam biasa Rus raya ke-3 datang rumah saya tau..

Kau pula..Rus raya di mana tahun ini..takkan beraya di perantauan lagi kot..Said Cuba mengungkit kisah lalu..kami ketawa sesungguhnya bagaikan usahawan meraih untung besar..

InsyaAllah Said..esok pagi aku pulang Kg dengan isteri sekali..Doakanlah keselamatan kami.

Baik sahabat..dengan berbaki 2 hari lagi Ramadhan saya ingin meluangkan lebih banyak masa dengan beriktikaf di Masjid untuk beribadah kepada Allah. Aku pun nak juga merasai kemuliaan malam lailatul Qadar yang dikatakan lebih baik dari 1000 bulan itu..

Itulah..kata-kata terakhir yang saya dengar dari luahan hati seorang sahabat dengan nikmat hidayah yang diperolehnya disaat akhir bulan Ramadhan..bicaraku dalam hati..

InsyaAllah Said..doakan aku tau..

InsyaAllah Rus..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...