Pages

Sunday, February 19, 2012

Semua Nak Ke Syurga


Assamu'alaikum..WBT..

Alhamdulillah..
akhirnya blog ana selesai dibaiki. sebelum ini blog ana mengalami banyak kerosakan seperti siling runtuh, lantai terbongkar, cat tercalar, zink bocor, tandas pecah dan ana juga baru selesai cuci blog nie serta mop sekali dengan sabun. sebab itulah, blog ana lama baru update. masa penyelenggaraan yang agak lama.

Ana ucapkan terima kasih dengan akhi Adib kerna membantu ana membaiki blog ana. Moga blog ana dengan nama Hadi Muslim terus berkarya dan terus belajar berkarya.

InsyaAllah hari ini ana memberi sedikit perkongsian untuk menjadi renungan kita bersama. Pagi tadi, ana ada terbaca satu artikel yang sangat menyentuh hati dan memberi motivasi kepada diri ana untuk hidup semata-mata mencari redha Allah SWT.

Semua nak SYURGA

Semua makhluk yang ada di muka bumi ini pasti maukan syurga. Tidak kiralah orang itu kaki maksiat dan sebagainya. Pastilah bila diberi pilihan antara Syurga dan Neraka. Tentunya mereka akan memilih syurga. Itulah manusia, inginkan kesenangan, keindahan, dan kebahagian secara fitranya.

Siapa sebenarnya penghuni Syurga?

Ana ringkaskan dan kita renung-renungkan bersama;

“Ahli Syurga ialah mereka-mereka yang melaksanakan amalan-amalan ahli syurga”
“Ahli neraka pula ialah mereka-mereka yang melaksanakan amalam-amalan ahli neraka”
Mari fikirkan bersama, setakat ini amalan mana yang laksanakan sekarang? Adakah amalan Ahli Syurga atau amalan Ahli neraka.

************
1 kisah 5 pengajaran

Kisah ini mengajar kita bagaimana menghindarkan diri daripada terus menerus melakukan kemaksiatan;
Pada suatu ketika, ada seorang lelaki menghadap Ibrahim Bin Adham seraya berkata:

“Wahai Abu Ishaq (Ibrahim bin Adham), aku ialah orang yang lupa diri. Oleh itu, berilah aku sesuatu yang dapat mencegah serta menyelamatkan hatiku daripada kecuaian.”

Ibrahim pun menjawab:

“jika kamu menerima 5 hal ini serta mampu melaksanakannya, nescaya kemaksiatan tidak akan menyerang dirimu dan kamu tidak akan dihancurkan oleh kelazatan duniawi.”
Lelaki itupun berkata: “tolong sampaikan hal itu kepadaku, kemudian Ibrahim pun berkata;

Pertama;

“Apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia, janganlah kamu memakan rezekiNya”

Kemudian lelaki itu berkata; “lalu dari mana aku makan,bukankah semua yang ada di bumi adalah rezekiNya. Ibrahim menjelaskan:”Wajarkah kamu memakan rezekiNya sedangkan kamu derhaka kepadaNya”

Kedua

“Apabila kamu hendak berlaku derhaka kepadaNya, jangan sampai kamu menginjak buminya.” Ujar lelaki itu:”perkara ini lagi berat daripada yang pertama. Segala sesuatu yang ada di bumi ini adalah milikNya. Lalu di mana aku akan tinggal?” Ibrahim berkata:’wajarkah engkau memakan rezekiNya dan tinggal di WilayahNya sedangkan kamu masih derhaka kepadaNya.”

Ketiga

Jika kamu mahu melakukan kemaksiatan, sekarang cuba carilah sesuatu tempat yang mustahil diketahui olehNya, kemudian di tempat itu kamu bebas melakukan kemaksiatan.
Lelaki itu semakin bingung dan berkata “wahai Ibrahim ! bagaimana hal ini dapatku lakukan. Dia selalu mengetahui apa saja yang dirahsiakan.?”
 
Keempat

Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu, cuba mintalah kepadanya agar ditangguhkan dan diberi tempoh sehingga bertaubat serta beramal soleh kepada Allah.” Jawab lelaki itu, mustahil dia mahu menerima permohonan itu.”

Kelima

“jika pada hari kiamat nanti, malaikat zabaniyah datang kepadamu untuk membawamu ke neraka, usahakan untuk menolaknya.” Jawab lelaki itu; “mereka tidak mungkin bersedia meninggalkanku begitu saja, walaupun aku kemukakan pelbagai alasan.”

Ibrahim berkata; “jika demikan bagaimana kamu akan mengharapkan keselamatan?” kata lelaki itu: “wahai ibrahim! Cukup..cukup!! sekarang aku mohon ampun dan bertaubat kepada Allah SWT.”

Akhirnya..

Selepas peristiwa itu, lelaki tersebut tekun beribadat hingga ke akhir hanyatnya.

Wallahu’alam..






1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...