Pages

Thursday, March 31, 2011

Menjadi Usahawan Itu Mudah!!

E-Commerce Business

Ramai di antara kita berminat untuk menjalankan perniagaan. Ada yang sanggup menghabiskan hingga ratusan ringgit mahupun ribuan ringgit sebagai permulaan yang mana pada akhirnya tidak mendapat pulangan yang diidam-idamkan.

Berniaga merupakan salah satu daripada sumber pendapatan yang boleh diperolehi samaada dilakukan sepenuh masa ataupun sambilan ketika ada masa yang terluang. Berniaga juga bukanlah semudah yang disangkakan kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi untuk memenuhi permintaan pelanggan serta perkhidmatan yang memuashan hati mereka. Kejujuran serta komunikasi terhadap pelanggan harus diutamakan dalam apa jua transaksi perniagaan.

Produk Fizikal dan Produk Digital

Di alam internet masa kini, terdapat pelbagai perniagaan yang menggunakan internet sebagai alat pemasaran sesuatu produk ataupun perkhidmatan. Ada yang menjual produk fizikal dan tidak kurang juga ada yang menjual produk digital. Ada juga yang membantu memasarkan produk tersebut melalui internet dengan hanya mengambil komisyen setiap produk yang terjual.

Kini, dengan kepesatan teknologi maklumat yang semakin berkembang, terdapat juga perkhidmatan di mana anda boleh menjadi usahawan dengan cara yang paling mudah dan menjimatkan masa. Anda hanya perlu membuat pemasaran tanpa membeli produk terlebih dahulu, tanpa menyimpan stok dan tanpa melakukan penghantaran.

Sistem Dropship

Sistem 'Dropship' adalah satu sistem di mana anda menggunakan perkhidmatan syarikat tertentu untuk menghantar produk yang anda jual kepada pelanggan anda. Melalui cara ini, anda hanya perlu menerima bayaran serta pesanan dari pelanggan anda dan kemudian menggunakan syarikat tersebut untuk menghantar produk tersebut bagi pihak anda.

Cara ini mampu menjana pendapatan sampingan dengan kos yang amat murah serta masa yang sedikit untuk melaksanakannya. Maka anda bolehlah meluangkan masa dengan keluarga di samping anda melatih diri untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Di harap perkongsian ini mampu meningkatkan ekonomi seisi rumah dengan menggunakan kemudahan internet serta sedikit sebanyak mampu menyelesaikan masalah kewangan yang seringkali merebak menjadi masalah lain di dalam institusi kekeluargaan

Monday, March 28, 2011

Cerita Da'wah #2

Prolog Da’wah #2

Perawi yang lain bercerita, “pernah aku ditugaskan oleh lembaga tempatku beraktivitas, untuk berkeliling di petang hari. Saat irulah aku berjumpa dengan beberapa orang pemuda yang suka bersembang ke sana ke mari dan melakukan hal-hal yang sia-sia dan lalai belaka. Ketika aku melihatnya, berbisik di hatiku; besok aku akan mendatanginya untuk menunaikan kewajipanku menasihati mereka. Namun, syaitan berhasil menggodaku untuk menangguhkan niatku itu....

Setelah hampir sebulan, aku baru mampu melawan godaan itu, lalu aku menemui mereka serta berbasa-basi sejenak, bahwa aku telah berniat mengunjungi mereka sejak sebulan yang lalu. Kemudian aku sampaikan kepada mereka kewajipan-kewajipan seorang Muslim kepada mereka jawabnya terhadap Allah SWT, terhadap diri sendiri, serta terhadap keluarga. Aku pun menerangkan kepada mereka hakikat kematian dan kedatangannya yang dapat merenggut jiwa manusia bila-bila saja, pentingnya amal soleh dan menjauhi aneka kesiaan dan kemaksiatan, serta nasihat-nasihat yang lainnya.

Kulihat respon di wajah mereka menunjukan tanda-tanda terpengaruh dengan kata-kataku. Bahkan sebahagian mereka mencucurkan air matanya menyadari perilaku dirinya yang memprihatinkan itu. Setelah selesai aku bercerita, salah seorang dari mereka tampak berupaya menghimpun kekuatannya, lalu tiba-tiba mencercaku dengan suara penuh penekanan, “ hai abang, mengapa engkau tak nasihati kami sebelum ini!! Padahal telah sebulan lamanya engkau melihat keadaan kami yang buruk ini, dan mengapa engkau tidak peduli? Bagaimana kelak nasib kami, jika kematian itu datang, sedangkan kami tidak berada dalam ridha Allah SWT dan RasulNya? Bukankah engkau pun akan ditanya akan hal itu di hari kiamat kelak? Mana tanggungjawabmu menegur kami semenjak engkau melihat kami waktu itu?!.”

Ketika aku berpaling dari mereka, lanjut perawi itu, aku merasakan kebahagiaan, sekaligus kesedihan di saat yang sama. Aku bahagia karena mereka mau bertaubat dan melihat antusias untuk beristiqamah. Namun, aku pun sedih kerana kekurang pekaanku untuk menasihati orang-orang yang dangkal ilmu dan wawasannya serta semua yang memelurkan, sekalipun sekilas mereka tidak akan menerimaku.

*****

“Amat jelas tugas kita para Da’i untuk memberi peringatan dan menyampaikan da’wah kepada masyarakat. Tahu kah kamu para Da’i bahawasanya kamu adalah ubat kepada penyakit keimanan kepada masyarakat. Wahai para Da’i jangan takut dan jangan gentar berda’wah dijalan Allah SWT kerana Surah ke 47:7 akan sentiasa menjadi pegangan. Para Da’i tugas kita tak lain tak bukan menyeruh ke Jalan Allah SWT bukan kah itu lebih baik ucapannya Surah 41:33.”

wallahu'alam...

BERSAMBUNG....

Tuesday, March 22, 2011

Cerita Da'wah #1

Prolog Da’wah #1

Seorang perawi bercerita, “pernah suatu hari kami merasakan kegembiraan dan keharuan ketika saat itu kami menyaksikan seorang lelaki berasal dari Filipina melafaskan Dua Kalimah Syahadat serta mengumumkan keislamannya".Ia melepaskan diri dari agamanya dahulu yang batil dan dari keyakinannya yang meyimpang... namun, kegembiraan itu tak sampai pada puncaknya. Kerana kami melihat aura kebahagian yang terpancar dari mukanya setelah rasmi masuk agama yang haq ini, tiba-tiba berbalik menampakkan raut muka sedih dan galau. Tak lama kemudian, terlihat air matanya pun bercucuran...

Sejenak kami membiarkannya, seraya berfikir apa gerangan yang berkecamuk di hatinya dan masing-masing kami hanya saling berpandangan antara satu sama lain; merasa heran dengan yang kami lihat. Ketika ia mulai kelihatan tenang, kami meminta seorang penerjemah untuk menanyakan mengapa tiba-tiba ia menangis. Tahukah kalian apa jawapannya? Sungguh kami semua terpegun mendengarnya, ia mengatakan, “sesungguhnya aku brsyukur kepada Allah SWT yang telah mencurahnkan nikmat-Nya kepadaku, hingga aku bisa masuk islam serta Allah SWT menyelamatkanku dari api neraka dan tidak membiarkanku berada dalam kekufuran. Akan tetapi, sungguh sekarang aku memikirkan keadaan ayah dan ibuku yang telah meninggal dalam kekufuranya. Bukankah kalian bertanggungjawab untuk membimbing mereka? Mengapa kalian tidak pernah menda’wahi mereka dan orang-orang sesat lainnya ke dalam islam? Mengapa kalian tidak menunaikan kewajiban kalian terhadap agama yang haq ini dan menyebarkannya kepada mereka yang penuh rasa dahaga, bahkan melebihi dahaga mereka terhadap makanan dan minuman? Mengapa.....mengapa...?!”

Semua orang menggigil, terpana, dan tiba-tiba dilanda perasaan bersalah seraya mengakui reality pahit seperti yang dikemukakannya itu. Kata-katanya begitu menyentuh hati, hingga mereka pun berfikir; ya, ke mana sebagian orang yang enggan menunaikankewajiban da’wah ini? Supaya mendengar pula kata-kata lelaki ini, dan menyadari agungnya risalah dan amanah yang diemban oleh masing-masing mereka!

wallahu'alam...

BERSAMBUNG....

*****************

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...