Pages

Monday, August 13, 2012

Saatnya Aku Menikah (Episod 1)


"Terima Kasih Sahabat"

“Hadi..Hadi..Hadi” kedengaran suara mengejutku. Aku kira itu hanya mimpi jadi aku tidak menghiraukan suara itu. Sekali lagi suara yang sama hadir dalam tidurku dan memanggil-memanggil namaku. Kali ini aku sudah tak tahan mendengarnya. Tidurku seakan-akan diganggu. Aku mahu memastikan sama ada ia mimpi atau tidak. Monolog hatinya.

“Herm..kenapa?” Jawabku.

“Bangun! tak ada kuliahkah pagi ini?” Jeritnya. Namun, suara itu seakan-akan  semakin jauh dariku. Namun aku masih boleh mendengarnya dengan jelas.

Johari merupakan rakan sebilikku. Kami sangat rapat ketika Minggu Suai Mesra (MSM) lagi sehingga sekarang. Lagipun kami berdua duduk dalam fakulti yang sama iaitu Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, tapi mengambil bidang yang berbeza. Aku  mengambil bidang Keusahawanan manakala Johari mengambil bidang Pengurusan Hotel. Oleh itu, ukhuwah kami sangat kuat.

Astaghfirullah!! Jam ditangan diperhatikan. Aku semacam tidak percaya. Aku menggapai kaca mataku dan memakainya untuk memastikan masa ketika itu. Ya aku yakin. Jam ini betul aku yang salah. Jam ketika itu sekitar jam8.30 pagi. Kelas aku bermula jam8.00 pagi. Pensyarah hari ini berasal dari Indonesia yang mengajarkan Pengurusan Perakaunan. Kelas ini wajib hadir kalau tidak markah dan tugasan akan ditolak. Apa yang harus aku lakukan sekarang? Jiwaku semakin memberontak.

“Aik, apa tunggu lagi. Bangunlah dari katil itu. Pergi mandi!” Johari sekali lagi bersuara.

Aku sudah biasa teguran-teguran semacam ini. Lagipun, Johari adalah sahabat  yang sangat aku hormati. Sebarang teguran dan nasihat Johari biasanya aku dengarkan dan menerimanya sebagai satu peringatan.

Hadi pun berdiri dan menggapai tualanya yang berwarna biru. Keperluan mandinya dibawah bersama dan seterusnya ke bilik air.  Beberepa minit kemudian, Hadi selesai mandi dan bersiap-siap untuk hadir ke kelas.

“Itulah, tidur lewat. Aku pun tak tau kau buat apa semalam. Nak kata studi pun tidak. Aku pun tak taulah. Dahlah final  exam semakin dekat?” Johari meneruskan ceramahnya.

Aku hanya memilih untuk mendiamkan diri. Malas nak memanjangkan cerita. Lagipun aku semacam stress kerana terpaksa datang lewat ke kelas hari ini. Apalagi markah dan tugasanku akan ditolak. Lagi stress! Geramnya!

Isyarat mesej kedengaran di atas katil milik Hadi. Hadi terus bangkit dari kerusi belajarnya dan bergerak mendapatkan telefonnya. Telefonnya dicapai. Kemudian melangkah semula menuju ke kerusi belajarnya. Kelihatan nama Rosaid pada skrin telefonnya. Rosaid merupakan rakan sekelas pagi ini. Mesej dibaca.

Mesej: “Salam Sahabat..Kelas hari ini batal. Semua tugasan akan dihantar pada minggu depan”

Pada ketika itu, aku menjerit meraih kegembiraan  yang tidak terhingga.

“Alhamdulillah”, “Alhamdulillah”  lafazku sekuat-kuatnya sambil merebahkan tubuhku semula di atas katil.

“Aik..Hadi kenapa kau nie? Macam tidak betullah budak ni? Kata nak ke kelas. Apasal tiba-tiba nak sambung tidur lagi ini” Ujar Johari .

“Jo, kelas aku hari ni batal. Said mesej tadi katanya kelas hari ini batal. Semua tugasan akan dihantar minggu depan” Balasku penuh semangat.

“Alhamdulillah, hari ini nasib kau baik Hadi” Ujarnya lagi.

Hadi bangkit semula dari tempat tidurnya. Beg laptop dicapainya dan terus mengambil posisi di meja studinya. Seakan-akan mahu memulakan ulangkaji. Laptop dihidupkan. Al-Quran terjemahan dibuka dan terus membacanya. Ketika itu, bacaannya dimulakan dengan surah An-Nisak ayat 1. Sementara laptonya sedia untuk digunakan. Hadi mengambil kesempatan menyambung bacaan Al-Qurannya yang terputus selepas solat subuh tadi.

Laptopnya sedia untuk digunakan. Al-Quran terjemahannya ditutup. Hadi mencapai tetikus kemudian mencari satu folder yang baru dibuat semalam. Senyuman tergambar. Folder akhirnya dijumpai. “RESUME NIKAH” ditulis dengan huruf besar. Hadi membuka folder itu. Resume nikah diteliti semula bermula dari A ke Z. Nampaknya semua maklumat yang diperlukan lengkap. Resume nikah tersebut mengandungi maklumat peribadi dan sedikit ruang yang menyenaraikan ciri-ciri isteri idaman yang dihajati oleh Hadi. Hadi kelihatan berpuas hati. Butang ‘save’ ditekan. Laptopnya ditutup semula.

Alhamdulilla, bolehlah aku hantar resume nikah aku malam ini dengan Murabbi. Bisiknya dalam hati.

Jam ditangan diperhatikan. Jam sekarang sudah jam10.05 pagi. Hadi bangkit semula dari tempat duduknya dan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Hadi kembali semula ke bilik dan mendapatkan sajadah dan menghamparkannya. Solat Duha ditunaikan. Usai solat duha, Hadi berdiri semula untuk menunaikan solat dua rakaat iaitu solat sunat Istikarah.

Solat sunat ini dilakukan untuk memantapkan keputusannya untuk  menikah semasa belajar. Doa yang panjang dilafazkan dalam hati. Hadi seakan-akan tidak pernah jemu memohon petunjuk daripada Allah SWT agar hatinya benar-benar mantap menempuh kehidupan berumah tangga.

(bersambung)

2 comments:

  1. Assalam..
    Maaf bertanya, teda smbungan kah?

    ReplyDelete
  2. Wasalam...InsyaAllah, akan dipost tak lama lagi..skrg tengah sibuk berhari raya..Moga bermanfaat..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...