Manusia Mudah Lupa!
MANUSIA MUDAH LUPA:
Memang benar manusia mudah lupa. Asal perkataan manusia (al-ihsaan) itu sendiri bemaksud lupa. Oleh itu, manusia semestinya
sering ingin diingatkan. Kalau tidak, manusia akan mudah lalai dan segala
kewajibannya akan mula terabai.
“Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya
peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.”
[Adz Dzaariyaat 51:
55]
“Akhi, kita semua perlu selalu menjaga keikhlasan niat kita kepada Allah
SWT. Ana takut dengan kesibukan kita merancang dan berlomba-lomba menggencarkan
strategi dakwah, kejernihan hati dan keikhlasan kita beribadah hanya kepada
Allah SWT mula terabai. Mudah mengeluh dan merasakan tanggungjawab akan dakwah
dianggap sebagai beban. Maka itu akhi, jangan pernah berhenti memberi
peringatan antara kita. Ana harap dengan peringatan ini, ana dan antum semuanya
sentiasa ikhlas berbuat kerana Allah SWT”
Itulah mukaddimah seorang sahabat saya semasa mengendalikan
majlis taklim tempoh hari. Saya benar-benar tersentuh dengan kata-kata sahabat
tersebut. Bermula saat itu, saya sentiasa muhasabah diri dan bertanya kepada
diri agar sentiasa menjaga kesucian hati dengan beristighfar kepada Allah SWT.
Sehingga kini, pesanan itu tidak pernah pudar dalam ingatan.
Akhi, ingatlah dan hayantilah firman Allah SWT ini;
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang
yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata:
"Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" [Fushshilat
41: 33]
Majlis taklim tersebut diakhiri dengan ayat
di atas. Walaupun masa pengisian sahabat saya itu sangat singkat namun,
sahabat-sahabat yang hadir ketika itu seolah-oleh mendapat kuasa baru yang
memberi cahaya kepada jiwa masing-masing.
Siapa
yang beruntung?
“Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu:
"Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah
akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah
kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang
beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa
derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
[Al-Mujaadilah 58:
11]
Beruntunglah bagi manusia yang sentiasa
menghadiri majlis-majlis ilmu. Merasakan jiwa kosong dengan peringatan, maka
berusaha mencari hidangan-hidangan penghuni syurga.
‘Hati gelisah
menjadi tenang’
‘Jiwa sempit menjadi lapang’
‘Hidup miskin menjadi kaya’
Itulah hasilnya daripada menjamu
hidangan-hidangan peringatan dalam majlis ilmu atau taklim. Jika semua itu
hanya bersandarkan kepada Allah SWT, nescaya kebahagian dunia dan akhirat
menjadi habuannya. Itulah kelebihan peringatan antara kita. kerana itu, kita
sedar manusia mudah lupa.
Kitakan
bersaudara
“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah
(perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah,
supaya kamu mendapat rahmat.”
[Al-Hujurat 49: 10]
Bila kita mengetahui bahawa orang-orang mukmin itu
bersaudara, maka kita tidak akan keseorangan menaiki dan mengemudi bahterah menuju
syurga.
Syurga itu sangat luas. Mana mungkin kita merasai
keseronokkan dan kebahagiaan hidup di syurga jika kita bersendirian. Suasana
sunyi dan sepi menghantui diri. Oleh kerana itu, Allah SWT menciptakan Hawa
untuk Adam sebagai teman hidup ketika syurga. Ini ada dikisahkan dalam
Al-Quran.
Sebab itu, kita diwajibkan menyebarkan kalimah-kalimah Allah
SWT dengan berdakwah. Tidak kisahlah dengan cara apa sekalipun anda berdakwah.
Namun, jangan dilupa agar berdakwah dengan mengikut cara yang diajarkan oleh
Rasulullah SAW. Berdakwah penuh hikmah dan berakhlak terpuji. Dengan itu, mudah
bagi manusia menerima peringatan kita. Maka itu, jadikan Rasulullah SAW sebagai
taladan bagi kita.
“Sesungguhnya telah ada pada (diri)
Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap
(rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
[Al-Ahzab 33: 21]
Denga penuh ikhlas dan pengharapan, kita akan saling
menyintai kerana Allah SWT. Cinta yang menguntungkan semua manusia. Kerana
cinta itu membawa kita ke syurga. Inilah dikatakan kita bersaudara. Saling
menyintai kerana Allah SWT. Itsar dalam
berukhuwah. Terimalah, Uhibbukafillah
untuk kita semuanya.
Tunggu
apa lagi!
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa
ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan
Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”
[At-Taubah 9: 41]
Bersiaplah, berangkatlah, dan berjuanglah
menjadi mukmin yang sejati. Proaktif memberi peringatan berguna untuk orang
lain dan proaktif mencari peringatan berguna untuk diri sendiri. Jangan pernah
merasa berat dan sukar ke arah itu. Berkorbanlah dengan harta dan jiwamu.
Kerana pengorbanan itu adalah bukti penghambaan kita kepada Allah SWT.
Ayuh! Berlomba-lomba mengajak keluarga kita,
sahabat kita dan masyarakat kita menaiki bahterah menuju syurga. Sungguh itulah
pengakhiran yang kekal abadi. Kenikmatan yang tiada tara tandingnya. Syurga
bumi bagi orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.
“Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam syurga
berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang
pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya:
"Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu. Berbahagialah kamu! maka masukilah
syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya."
[Az-Zumar 39: 73]
Jadi, tunggu apa lagi!
Mulakan langkahmu.
Berangkatlah menuju syurga.
****
P/S: Karya Asli Hadi
Muslim, 01/09/2012, Kota Kinabalu Sabah. Hak Cipta Terpelihara!
No comments:
Post a Comment