Pages

Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Friday, June 14, 2013

Cerpen: Bimbing Aku Ke Syurga



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

‘Aku ingin kembali pada jalan-Nya. Cukuplah apa yang telah aku lalui selama ini. Kisah hitam yang nyaris menghacurkan hidupku. Menghacurkan harapan abahku dan adik-adikku. Aku mesti kembali nekad menguatkan azamku. Azam menjadi anak yang soleh seperti azamku mula-mula menjejakan kaki di alam universiti. Dulu, inilah azamku. Seolah-olah pudar dan hilang sejak aku hanyut dengan kemaksiatan kepada-Nya. Kini, aku nekad merealisasikan hasratku. Hasrat menjadi anak yang soleh dan harapan abahku dan adik-adikku’.

Azmaul memuhasabah diri. Usai solat isyak. Inilah kalimat yang sering dilantunkan untuk dirinya. Dengan harapan Allah SWT membukakan pintu hatinya untuk kembali mengabdi pada-Nya. Azmaul juga mengharapkan agar Allah SWT menghadirkan seorang sahabat yang akan membimbingnya ke syurga. 

Azmaul menitiskan air mata kesedihan dan kesyukuran saat itu. Dia kembali sujud di atas sajadah. Lama sujudnya. Dia bertekad untuk bertaubat kepada Allah SWT. Surau kediaman ketika itu tidak berpenghuni. Hanya Azmaul. Saat itu, dia dapat bermuhasabah tanpa sebarang gangguan. Dia kembali tenang. Azmaul bangun dari sujudnya. Azamnya untuk berubah semakin ketal. Dia tersenyum sendirian. Al-quran miliknya dicapai. Azmaul mula membaca lembaran-lembaran kitab-Nya.

Dalam keasyikan membaca al-quran. Azmaul sempat mentadaburi ayat-ayat yang dibaca. Dia tertarik dengan salah satu ayat yang dibacanya. Senyumannya kembali terukir. Ucap syukur tidak terhingga hanya pada-Nya. Hebatnya Allah. Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bisik hatinya.

Allah SWT berfirman; 

“Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Az-Zumar 39:53)
 
Azmaul menandahkan ayat itu. Dia mendapat ibrah bahawa kita tidak perlu berputus asa daripada rahmat Allah. Walau sebesar apapun dosa yang telah kita lakukan kepada-Nya. Teruslah mengharapkan rahmat dari-Nya. Sungguh Allah SWT tidak mengzalimi hamba-hamba-Nya yang ingin bertaubat. 

Azamnya untuk kembali kepada Allah SWT semakin memuncak. Dia nekad.

‘Sah. Inilah jalan yang seharusnya aku pilih. Jalan yang akan membawaku untuk merealisasikan impian abahku dan adik-adikku. Dan aku yakin. Jalan inilah juga mempertemukan aku dengan seorang sahabat yang akan membimbingku ke syurga.’ Azmaul masih dengan khayalannya.
 
****

Saya terpegun mendengarkan curahan hati Azmaul ketika itu. Azamnya begitu kuat. Saat dia jatuh seketika akhirnya dia bangkit semula mencari jalan cahaya. Jalan yang akan merealisasikan harapannya yang mulia. Seterusnya harapan itu dihadiahkan untuk abah dan adik-adiknya. Saya sedih mendengarkan curahan hatinya. Sedikit air mata sempat membasahi pipi.

Friday, June 7, 2013

Cerpen: Dialog Dengan Jin

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


 
Beberapa hari lepas, saya berkesempatan pulang ke kampung halaman saya iaitu di kampung pinggan-pinggan pitas. Terubat rasa rindu apabila bertemu dengan orang yang disayangi iaitu kedua orang tua saya. Alhmadulillah. Mereka berdua masih sihat. Terima kasih Ya Allah kerana menjaga mereka dengan baik.
 
Kedatangan saya membuatkan mereka kaget. Saya datang tanpa memaklumkan kepada mereka terlebih dahulu. Namun, ibu bapa saya tetap meraihkan kedatangan saya. Tapi yang menyedihkan mereka, isteri dan anak saya tidak dibawa bersama. Hampir lima bulan ibu bapa saya tidak melihat isteri dan anak saya. Mereka hanya berrhubung menggunakan telefon. Kekadang dua kali seminggu. Namun, sudah terasa cukup bagi ibu bapa saya kerana mereka sangat memahami kesibukan kami sebagai seorang pelajar universiti. Masih terikat dengan jadual kelas yang disediakan oleh pihak universiti itu sendiri.

****
Saya tidak duduk lama di kampung. Hanya tiga hari kerana banyak urusan lain terpaksa diuruskan di universiti. Saya dan isteri sebenarnya masih pelajar universiti. Kami berdua menuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu Sabah. Isteri saya akan menghabiskan ijazahnya pada tahun ini dalam bidang kejuruteraan Kimia. Manakala, saya pula sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang perniagaan semester yang kedua. Namun, itu bukan alasan bagi saya untuk tidak pulang ke kampung

Alhamdulillah. Mereka berdua sangat memahami kesibukan kami. Jadi, mereka tidak kecewa sekiranya kepulangan saya dan isteri hanya beberapa hari sahaja

Kepulangan saya kali ini mencipta satu sejarah dalam kehidupan saya. Peristiwa 8 May 2013 menjadi kisah sejarah yang tidak mungkin saya lupakan. Saya fikir ia hanya mimpi atau sekadar fantasi. Tapi ianya benar-benar berlaku dalam siri kehidupan saya.

Thursday, April 25, 2013

Cerpen: Tiga Harapan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


Malam ini keadaan begitu tegang. Bilik Muslim seolah-olah menjadi gelanggang tinju yang bakal menyaksikan perlawanan. Dua sahabat kelihatan menghadapi masalah. Muaz dan Muslim masing-masing hidup dalam dunianya. Entah mengapa konflik tiba-tiba timbul dalam persahabatan mereka.

Muaz sejak akhir-akhir ini sering panas baran. Suka menyalahkan diri dan melakukan sesuatu diluar jangkaan. Muslim pula berubah sikap. Selalu mendiamkan diri seolah-olah tiada perasaan.

Perubahan sikap dua sahabat ini berlaku disebabkan kisah dua hari lepas. Kejadian berlaku tanpa diduga.

Pada suatu malam. Ketika Muslim sedang tidur. Muaz tiba-tiba melarikan diri. Entah penyakit apa yang telah dia alami ketika itu. Jam menunjukkan 1.30 pagi. Penghuni kolej kediaman sedang lena dibuai mimpi. Muslim masih dalam tidurnya. Dia tidak mengetahui perilaku Muaz ketika itu. Muaz dalam keadaan tekanan. Beg galasnya berisi laptop disandang. Jaket coklat miliknya dipakai. Helmet dicapai dan terus bergegas keluar daripada bilik.

Ketika itu juga, Muslim terbangun dari tidurnya. Dia terkejut kerana pintu bilik dihempap kuat. Muaz pantas berlalu. Muslim jadi bingung. Dia tidak mengetahui perihal Muaz bertindak seperti itu. Dia jadi bimbang akan sahabatnya.

‘Apa yang sedang berlaku kepada Muaz?’

‘Kenapa dia bersikap begitu?’

‘Salah apa yang telah aku lakukan kepadanya?’

‘Aku jadi buntu. Apa yang berlaku sebenarnya. Bertalu-talu persoalan menerpah kotak pemikirannya.’ Muslim bermonolog sendirian. Hatinya jadi resah. Sahabatnya telah pergi. Lampu bilik dihidupkan. Muslim duduk seketika sebelum bersiap untuk menjejaki sahabatnya.

Tuesday, December 11, 2012

Cerpen: Jangan Tunggu Diuji




“Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” Surah Adz-Dzaariyat 51 ayat ke-55 dibacakan oleh Hadi sebagai penutup sesi taklimnya bersama junior-junior pada malam tersebut.

"InsyaAllah, setakat itu saja perkongsian abg malam ni. Jadi, sebelum bersurai, ada persoalan?" Hadi bertanya kepada junior yang hadir taklim ketika itu. Junior-junior hanya berpandangan, entah mahu bertanya mengenai apa.

Arif mengangkat tangannya. Senyumannya tak pernah lekang dari wajahnya. Ceria dan seronok mendengar pengisian mengenai tarbiyah. Seolah-olah ini adalah hiburan yang dicari-cari selama ini. Dia juga antara junior yang paling bersemangat ketika itu.

 "Arr..Soalan apa tu Arif?"Soal Hadi.

"Abg, sebenarnya saya cuma mau gtau...?" Suara Arif tersekat-sekat. Nada suaranya sayu dan sebak. Nampaknya dia tengah sedih. Kelopak matanya mula berkaca-kaca.

"Arif nak bagitau apa ya? InsyaAllah abg sedia mendengarkan. Jangan malu. Ceritalah ngn Abg dan kawan-kawan yang lain." Hadi memujuk. Bahu Arif ditepuk dengan lembut.


Arif hanya terdiam. Padangannya terarah ke lantai surau berwarna biru. Namun, kepalanya terangguk-angguk menandakan dia bersetuju untuk memberitahu perihal sebenarnya. Wajahnya kembali ceria. Walaupun, air matanya masih berbaki. Senyumannya yang menawan kembali menghiburkan dirinya dan sahabat-sahabat yang hadir ketika itu.

"Abg, saya tersentuh dengan pengisian abg. Dengan mengingati Allah hati akan tenteram dan tenang. Dari ketenangan itu, kita seronok melakukan kerja termaksudlah belajar. Ibadah tidak tinggal. Kita semakin dekat dengan Allah.” Luahan Arif.


Dia memegang erat terjemahan Al-Quran ditangannya. Surah Al-Ra’d ayat ke-28 dibuka dan terjemahannya dibaca. (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”


“Satu lagi Abg, Abg juga mengatakan bahawa Allah akan membantu bagi orang mereka yang membantu agamanya. Yang sedihnya Abg, saya hanya akan ingat Allah bila saya ditimpah musibah. Last Semester CGPA saya jatuh teruk. Saya tidak mau jadi begini lagi abg. Mulai skrg  , saya mau mendalami islam Abg. Saya nak dekat dengan Allah." Arif terhenti setakat itu.


Sekali lagi, Hadi memintanya untuk membacakan kata-kata Allah iaitu surah Muhammad ayat ke-7. Al-quran terjemahan miliknya dibuka semula. Surah yang diminta dibacakan terjemahannya. “Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” Dia terangguk-angguk. Sahabat-sahabat lain turut sama. Surah dan ayat tersebut ditanda dengan menggunakan pen miliknya. Harapannya agar mudah dirujuk semula.

Rakan-rakan yang ada ketika itu, ada yang menitiskan air mata. Hadi tidak terkecuali. Semua yang hadir kembali muhasabah diri. Bertanyakan kepada diri. Apa tujuan hidup kita?
  
"Benar katamu Arif. Kita kena kembali kepada Allah. Beribadah kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan. “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku” Surah Adz.Dzaariyat ayat ke-56. Ramai diantara kita, bila ditimpah musibah baru nak ingat Allah. Abg tegaskan, susah atau senang sekalipun, kita kena sering mengingati Allah. InsyaAllah, Allah akan mententeramkan hati kita. Allah juga akan membantu kita dalam semua hal kehidupan kita." Hadi membuat kesimpulan.

Arif dan sahabat-sahabat lain khusyuk mendengar. Ada yang menulis dan ada juga sekadar memerhati wajah seniornya.

"InsyaAllah, kita akan jumpa pada minggu depan ya?. Hari yang sama. Abg minta maaf kalau abg ada menyinggung perasaan kamu semuanya. Cuma abg nak, kita semua perlu sama-sama istiqamah mentarbiyah diri. Jangan semangat jak hari ini, lepas tu minggu depan semua tidak hadir. Allah tidak suka. Abg lagilah tidak suka.” Lanjutnya. Semua yang hadir ketawa.

“InsyaAllah Abg. Kami semua akan datang.” Arif dan sahabat lainnya bersuara serentak. Semangat bunyinya.


“Alhamdulillah. Oklah, Kita tangguh majlis kita dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr"

"Assalamu'alaikum WBT?"


"Wasalam"

-The End-


P/s: Pengajaran:
-Mau hati tenang, ingatlah Allah.
-Jangan tunggu diuji baru nak ingat Allah.
-Kalau mau cemerlang, bantulah agama Allah iaitu mentarbiyah dengan ajaran islam.

Coretan Memori: Musykilah daripada seorang Mad'u yang mula mencintai Allah Dan Rasul-Nya serta orang-orang yang soleh. Semoga Allah Mencintaimu dan terus tsabat dijalan-Nya. InsyaAllah Amien. 


Karya Asli: Hadi Muslim 
"Everything for Allah"
12/12/12. Masjid,UMSKK.Sabah.




Tuesday, December 4, 2012

Cerpen: Uhibbukafillah (4)



Sepintas Aktiviti Raket Mukhoyyam 2012

Hari pertama Mukhoyyam Nasional Ikhwah 2012 iaitu pada 07/07/2012 di Greek Perak, aktiviti naik rakit dimulakan sekitar jam2.30 petang. Sungai perak yang sangat besar lagi deras menimbulkan perasaan cemas dan menakutkan kepada para peserta sebelum memulakan aktiviti naik raket.

Akhi Zainol sebagai urusetia aktiviti dan modul memulakan aktiviti dengan mengajak semua peserta sekitar 40 orang untuk mencabar keyakinan diri dengan berendam dalam air beberapa minit. Ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri peserta semasa menaiki raket.

Sekitar jam3.00 petang, peserta masing-masing memulakan aktiviti beraket. Arus yang deras dan lagi dalam menimbulkan kebimbangan kepada semua peserta. Apa yang bermain dalam fikiran para peserta adalah pentingnya sikap bekerjasama, berhati-hati dan berusaha menyeimbangkan kedudukan raket agar tidak tenggelam.

Beberapa jam berlalu, dua peristiwa mengerikan berlaku ke atas raket ikhwah. Dua kumpulan ikhwah mengalami kemalangan kerana mereka gagal mengemudi raket dan kemudian melanggar tiang jembatan sungai perak dan sekumpulan lagi melanggar batang kayu besar di tengah-tengah sungai perak. Amat membimbangkan kerana ada di antara ikhwah tidak tahu berenang dan ada juga antara ikhwah kali pertama beraket. Daripada peristiwa itu juga, dua dari ikhwah Sabah hampir meninggal dunia iaitu Akhi Ismail dan Akhi Azanlee. Akhi Ismail hanyut di bawah arus yang sangat deras namun berjaya menyelamatkan diri apabila berpaut dengan sebatang pohon ketika itu. Namun Akhi Azanlee pula, mengalami kecederaan di kepala dan mengalami pendaraan yang banyak.

Kedua-dua kumpulan tersebut terpaksa menamatkan aktiviti beraket pada peringkat awal aktiviti kerana mengalami kerusakan yang teruk pada raket. Manakala empat kumpulan yang lain selamat meneruskan aktiviti beraket sehingga malam.

Perasaan Cemas, Beginilah ukhuwah

‘Mendengar peristiwa yang berlaku dengan ikhwah, ana terus tertanya-tanya kumpulan yang mengalami kemalangan. Ana mula cemas dan risau kerana bimbang sekiranya ikhwah yang ana anggap sebagai sahabat mangalami peristiwa ini. Ana sangat mengenalinya, dia seorang sahabat yang tidak mahir berenang dan kali pertama mengikuti aktiviti beraket. Macam-macam bermain di minda ana. Doa dan harapan yang tinggi kepada Allah SWT agar menyelamatkan ikhwah dan sahabat ana daripada peristiwa tersebut.’ Monologku dalam hati.

‘Ana masih tidak berpuas hati dan terpanggil untuk ingin tahu kumpulan yang mengalami kemalangan?’Monologku lagi.

‘Sebuah bot ikhwah selaku urusetia program menghampiri raket kami. Ana anggap ini adalah peluang terbaik bagi ana untuk bertanya kumpulan yang mengalami kemalangan.’

“Akhi ana nak tau, kumpulan yang kemalangan raket?”

“Kumpulan 3 akhi” Jawab urusetia (suara yang agak kuat dan jelas dilontarkan)

“Jazakumullah akhi” Balasku.

‘Ana cuba mengingati satu persatu ahli dalam kumpulan tersebut. Rupanya dalam kumpulan tersebut Akhi bergelar sahabat adalah salah seorang daripadanya mengalami peristiwa yang malang itu. Ana mula tidak tenang, gelisah, dan tertanya-tanya akan nasib dan keadaannya pada masa itu.‘

Diakah sahabat yang Kucari

Lebih kurang 6 jam beraket dan kini sekitar jam7.00 petang, nampaknya semua kumpulan masih tercari-cari ‘chek point’ pertama yang mana semua peserta akan berkumpul sebelum meneruskan aktiviti beraket pada keesokan harinya.

Di sebabkan kelewatan semua peserta tiba ke ‘chek point’ pertama, semua bot terpaksa mengambil inisiatif untuk menarik semua raket untuk tiba ke destinasi. Lebih kurang sejam setengah, bantuan diberikan kepada semua raket akhirnya semua peserta tiba ke destinasi sekitar jam8.45 malam.

Satu persatu, peserta ditarik naik ke tebing sungai. Ana merupakan peserta ketiga yang berjaya naik.

‘Entah kenapa ana tiba-tiba terfikir ikhwah berjenama sahabat?’

‘Di mana dia? Bagaimana keadaannya? Ana seolah-olah tidak mampu lagi bersabar untuk menemuinya!’

‘Setibanya di daratan, ana agak terkejut dan inilah kuasa tuhan yang menyatukan hati-hati hamba-Nya. Sahabat yang ana cintai kerana Allah berdiri di hadapan ana sambil menghulurkan tangannya. Tanpa berfikir panjang, ana pun menyambut bantuannya. Ana hanya mampu tersenyum kerana melihat keadaannya yang sihat walafiat. Alhamdulillah, Ya Rabb.’

“Akhi anta ok juga?” Faris Aiman memulakan bicara (Sambil menepuk bahu dan belakang ana).

“Alhamdulillah akhi, ana baik-baik saja. Cuma ana sejuk betul nie.” Balasku.

Faris Aiman mengajakku ke surau dan hendak memberikanku segelas The panas sebagai pemanas badan. Tapi malangnya, urusetia telah memindahkan air the itu ke ruangan dapur.

“Laah akhi the panas sudah AJK ambil.” Faris Aiman memberitahu. Kelihatan wajah sahabatku ini agak kecewa.

“Tak apalah akhi, ana mau tukar baju dan mandi kejab. Boleh tolong ambilkan beg baju ana?” Pintaku.

Dengan pantas sahabatku ini mencari beg baju seperti yang ku pinta. Ana dapat lihat kesungguhannya dan keikhlasannya ingin membantuku. Satu persatu beg peserta diteliti dan diperiksa. Namun, Faris Aiman tidak berjaya menemuinya.

“Akhi ana tak jumpa lah beg anta?” Faris Aiman memberitahu.

“Akhi beg ana warna hitam jenama Asus. Cuba anta cari lagi.” Saranku.

“Bah, baiklah akhi” Balasnya pantas.

Sahabatku terus tercari-cari beg ana. sekali lagi, ana dapat memerhatikan raut wajahnya yang bersungguh-sungguh dan ikhlas. Sekali lagi sahabat ana ini gagal menemui beg baju ana.

“Akhi beg anta ana tidak jumpa lagi?”

“Tak apalah akhi, nanti ana cuba cari dalam kereta lah. Jazakallah akhi kerana berusaha membantu ana.”

“Bah afwan akhi”

Akhirnya ana dapat menemukan beg sandang ana di dalam kereta urusetia. Selesai menukar pakaian, ana dan sahabat ana berbual-bual sambil-sambil menikmati kehangatan the panas yang dihidangkan. Faris Aiman menceritakan peristiwa siang tadi yang amat mengerikan. Dia juga memberitahu bahawa topeng yang digunakan semasa beraket hilang dibawah arus deras.

Ana dan Faris Aiman, masing-masing mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana kita dan ikhwah semuanya selamat menempuh cabaran naik raket siang tadi.

Kami saling berpandangan. Teh panas semakin hangat dihirup. Peristiwa siang tadi seolah-olah mendewasakan kami. Faris Aiman tersenyum. Ana pun sama.

“Akhi, semoga perjalanan esok berjalan dengan lancar” Zafwan Ar-Rasyidi berharap.

“Ana pun sama akhi. Tapi raket ana hancur sudah. Mau buat baru lagi. Hee..hee3” Faris Aiman pun meluahkan.

“Sabar ya Akhi.” Ana menepuk bahu sahabatku.

‘Semoga diberi kekuatan untuk terus tsabat dijalan-Nya.’ Bisik hatiku.

‘Ana ternanti-nanti bila saatnya kalimah agung ini ka nana ungkapkan kepadamu akhi. Ana dapat rasakan, anta adalah sahabat sejati yang ana impikan? Setelah sekian lama kembara ana mencari sahabat sejati, adakah anta orangnya? Ana seronok bersama anta. Ana lebih yakin dengan anta. Bilalah agaknya ana mahu sampaikan hasrat di hati bahawa ana ingin menjadi SAHABATMU?’ khayalku.

“Akhi?”

Terasa bahuku disentuh. Ana tersedar dari lamunan. “Ya akhi. Afwan ana berkhayal pulak.” Balasku.

“Ingat Zaujah dan anak anta kah?”

“He3.” Ana hanya membalas persoalannya dengan senyuman.

‘Akhi, adakah benar anta sahabat sejati yang ana cari? Ya Allah permudahkan urusan hamba-Mu. Semoga Engkau menemukanku sahabat yang saling menyintai kerana-Mu. Bersama dan bersatu memperjuangkan syariat-Mu. Amien.’

Karya Asli: Hadi Muslim
Hak Cipta Terpelihara 04/12/2012/ums/kota kinabalu/10.18pm, sabah malaysia.

Thursday, November 1, 2012

Cerpen: Ikhlas



Saya teringat pula seorang junior mengadu dengan saya, katanya; "Abg Rusdi, saya ni susah sangat nak IKHLAS jika berbuat sesuatu. Kadang2 'roomate' saya ajak ke majlis ilmu di surau blok,  tpi saya selalu bagi alasan saya tidak layaklah,tidak ikhlas lah dan sia-sia saja dtg kalau perasaan tu masih ada." curahan hati seorang junior.

"Abg, macam mana ya supaya kita ini ikhlas dalam berbuat sesuatu?" Lanjutnya.

"Adik, abg sayang adik kerana Allah SWT. Kerana memberi abg peluang membuat pahala dengan cuba menyelesaikan masalah Adik." Ujarku.

'Dia hanya mampu tersenyum. Wajahnya juga nampak ceria dan tidak sabar menanti jawapan daripada persoalannya' Tafsirku.

"Adik, berbuat ikhlas tu, memang susah nak capai. Abg sendiri pun tak dapat kesan bila agaknya abg ni ikhlas berbuat sesuatu. Tapi Adik, Abg tak pernah berhenti berusaha dan belajar agar abg ni mencapai ikhlas. Kalau tunggu abg nak ikhlas baru berbuat sesuatu, mungkin solat pun abg dah tak buat dah." Jelasku.

"Jadi Abg, apa yang perlu saya buat?" Soalnya.

"Adik, jangan kata lagi saya tak layak dan susah nak ikhlas. Tapi, abg cadangkan agar Adik dan Abg berusaha melayakan diri dan jangan berhenti belajar untuk ikhlas." Nasihatku.

"Jadi saya kena belajar untuk ikhlaslah?"

"Ya, Belajar dengan berbuat  kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dengan itu, Adik boleh belajar bagaimana nak ikhlas. Kena buat tau, bukan sekadar cakap nak belajar untuk ikhlas".

"Alhamdulillah. InsyaAllah..Terima kasih banyak abg"

"Sama2 Adik"

(Nantikan Cerpen lengkap Tajuk "Ikhlas")

(Hadi Muslim)
"Everything for Allah"
UMS/2-11-2012

Thursday, September 27, 2012

Cerpen: Uhibbukafillah (3)



Jangan Berhenti berharap!

“Akhi, ini ujian Allah SWT kepada diri anta. Jangan berhenti berharap dari-Nya. InsyaAllah, akan ada jalannya.” Ujar Faris Aiman.

“Faris, ana sangat mengharapkan bantuan ni. Inilah satu-satunya jalan untuk ana. Tapi..”

Zafwan Ar-Rasyidhi tidak mampu berkata apa lagi. Tangisan dan kesedihan semakin menguasai dirinya. Keadaan semakin suram. Faris Aiman tidak mahu lagi mengganggu kesedihan sahabatnya. Zafwan Ar-Rasyidhi melayani kesedihannya. ‘Bila kesedihannya mula reda, saya akan memberikan cadangan  dan membantunya. Saya mesti membantunya. Ini tangungjawab saya sebagai seorang sahabat dan selalu berdamping dengannya.’ Monolog Faris Aiman.

Sambil memandu, Faris Aiman mendapatkan telefonnya dan menaip sesuatu. Butang send ditekan. Zafwan Ar-Rasyidhi hanya memerhati sekilas tanpa disedari oleh sahabatnya.

Cuaca pada hari itu agak kurang baik. Hujan lebat sepanjang hari menyebabkan perjalanan semakin terhad. Selesai sahaja urusan menghantar borang bantuan zakat siswa dengan keputusan yang mengecewakan kerana ditolak. Mereka beransur pergi dengan harapan yang hampa. Zafwan Ar-Rasyidhi sangat kecewa pada masa itu. Faris Aiman turut merasakannya. Kita hanya mampu merancang dan berusaha, namun Allah jualah yang menentukannya.

Isyarat mesej menerjah masuk ke telefon bimbit Faris Aiman memecahkan kesepian bicara antara mereka berdua.

“Akhi, anta kena kuatkan semangat. Ana yakin pasti ada jalannya. Takkan anta mau lepaskan tawaran sambung belajar hanya kerana permohonan anta untuk mendapatkan bantuan ditolak. Ada cara lain lagi, insyaAllah.” Faris Aiman cuba menguatkan semangat sahabatnya.

“Anta sudah tanya dengan keluarga terdekat dan kawan-kawan anta tentang masalah ini. Ana yakin akhi, mereka akan membantu. Tapi anta kena cuba dulu, kalau tidak mana mungkin kita tahu mereka mau membantu atau tidak.” Lanjutnya.

Faris Aiman amat dikenali sebagai seorang sahabat yang kurang bercakap. Namun, dalam bab memberi nasihat, pantang melihat sahabatnya bermasalah. Ada saja kata-kata motivasi dan cadangan penyelesaian yang cuba diberikan. Sebab itulah, Zafwan Ar-Rasyidhi lebih selesa berdamping dengannya walaupun personaliti mereka jauh berbeza. Pendek kata dua sahabat ini saling melengkapi antara satu sama lain.

“Akhi, esok pendaftaran universiti bermula. Mana mungkin, keluarga dan kawan-kawan mampu menyediakan wang yang cukup membiayai yuran pendaftaran. Hatta, ana beritahu hari ini akhi.” Zafwan Ar-Rasyidhi menjelaskan.

“Ana tangguh sajalah tawaran ni.” Lanjutnya. Mata Zafwan Ar-Rasyidhi berkaca-kaca semula.

“Tungguh akhi, jangan cepat sangat buat keputusan. Anta sekarang ni dalam keadaan emosi dan tidak stabil. Sebaiknya anta bincang dulu dengan sahabat-sahabat yang lain.” Faris Aiman mencadangkan.

“Untuk pengetahuan anta, kakak ana bersedia membantu separuh yuran pendaftaran. Selebihnya, ana cadangkan anta maklumkan dengan sahabat-sahabat lain. Yakinlah akhi, Allah sentiasa membantu sekiranya kita benar-benar ikhlas. Ana yakin, anta sambung belajar ini pun bukan untuk kepentingan peribadi, tetapi anta mahu menyumbang dan meneruskan keberlangsungan dakwah ilallah.” Tegas Faris Aiman.

Zafwan Ar-Rasyidhi teliti mendengarkan kata-kata sahabatnya. Kata-kata itu sangat membumi. Membangkitkan semangat dan menyentuh hati bagi sesiapa yang mendengarkannya. Air mata Zafwan Ar-Rasyidhi masih kelihatan bukan kerana kesedihan borang tawaran bantuan zakat siswanya ditolak. Namun, kagum dan beruntung kerana Allah menganugerakan seorang sahabat yang memahami dan setia. Wajah Zafwan Ar-Rasyidhi menunjukkan perubahan. Wajah sedih dan berduka berubah menjadi wajah yang mengukirkan senyuman. Senyuman penuh syukur dan pengharapan kepada Allah SWT. Dia Maha Berkuasa dan Maha Kaya.

“Jazakallah akhi. Allhamdulillah , sekarang ana faham. Ana sepatutnya tetap kuat dan terus mengharapkan bantuan Allah SWT. Allahlah yang membantu hamba-hambanya. Tidak sangka pula, pertolongan Allah itu dekat. Hanya disebelah ana iaitu anta. Allah menurunkan pertolongan lewat anta.” Zafwan Ar-Rasyidhi meluahkan.

“InsyaAllah akhi, ini percaturan Allah SWT. Sebab itulah kita kena yakin akan pertolongan Allah. Jangan berhenti berharap dengan kebaikan-Nya. Semoga ana terus menjaga keikhlasan hati ana akhi. Doakan ya.” Faris Aiman mengingatkan untuk dirinya dan sahabatnya.

“InsyaAllah akhi.” Balasnya.

Faris Aiman hanya mampu tersenyum. Bahu sahabatnya ditepuk dua kali menunjukkan dia akan sentiasa menjadi pendorong saat sahabatnya berada dalam kesusahan. Mereka saling berpandangan. Senyuman Faris Aiman tidak pernah lekang. Zafwan Ar-Rasyidhi terhibur dengan senyuman sahabatnya. Senyumannya juga mula terukir. Senyuman kegembiraan dan kebahagiaan dengan penuh kesyukuran kepada-Nya.

‘Akhi, ana uhibbukafillah.’Bisik hati Zafwan Ar-Rasyidhi. Kalimah itu, tidak mampu ku ungkapkan secara zahir. Semoga Allah, menyampaikan bisik hati ini kepada sahabatku.

“Akhi, teruskan pengajian anta di peringkat Master ya. Pastikan esok datang mendaftar.” Faris Aiman mengingatkan.

“Baiklah akhi.” Balas Zafwan Ar-Rasyidhi.


Tuesday, August 28, 2012

Cerpen: Saatnya Aku Menikah 2



Percik Memori di Rumah Allah

Cuaca hari ini agak baik berbanding semalam. Alhamdulillah. Semoga urusanku pada hari ini selesai seperti yang direncana. Malam nanti ada halaqah (usrah) tepat jam9.00 malam di Surau Nur Iman Kolej Kediaman E. Jadi, aku akan pastikan ‘Resume Nikah’ telah dihantar ke email murabbiku sebelum hadir ke halaqah. Monolog Hadi sendirian.

Aku memandang di sekeliling pantai. Pemandangan yang mendamaikan di sekitar ODEC Ums menenangkan jiwa. Kekadang tersenyum sendirian tatkala teringat akan niatku ingin berkahwin pada tahun ini. Umurku saat ini, empat bulan lagi genap 22 tahun. Masih muda. Aku terus tersenyum sendirian. Seakan-akan ada seseorang sedang menghiburkanku. Aku bahagia.

‘Astaghfirullah’. Kenapa aku selalu berkhayal tentang itu? Adakah syaitan sedang menggodaku dan cuba mengotori niatku? Astaghfirullah. Astaghfirullah. Ya Allah, hanya kepada-Mu hamba berserah diri.
Pandanganku kembali terarah pada keindahan pantai senja. Tapi kali ini, fokusku tertumpu ke arah terbenamnya matahari. Sungguh indah dan mengagumkan. Spontan bibirku memuji yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.Allah Ya Jamal.Yang Maha Indah. Aku bersyukur. Jiwaku tenang dan bahagia. Semoga akan datang nanti aku tidak keseorangan lagi menikmati keindahan ciptaan Allah SWT di sini. Aku akan membawa kekasih hati yang dikurniakan dari-Nya. Berkasih sayang dan beramah mesra dengannya. Hati tidak bimbang lagi kerana dirinya akan halal bagiku. Semuanya jadi ibadah dan mendapat pahala jika disandarkan hanya pada-Nya. Aku semacam tidak sabar menanti saatnya.

Sesekali aku melirik jam ditanganku. Waktu maghrib semakin hampir. Siang juga seakan-akan mahu melabuhkan tirainya. Langit kelihatan kelabu dan perlahan-perlahan menjadi gelap. Kelihatan bilangan pengunjung pantai ini semakin surut. Hanya aku dan beberapa orang lagi masih menikmati suasana senja yang mendamaikan. Namun aku perlu beransur pergi juga. Waktu maghrib semakin dekat. Masjid Universiti menjadi destinasi.

                            ****

Usai solat fardhu maghrib, aku menuju ke tingkat satu Masjid Universiti. Resume Nikah mesti dihantar kepada murabbiku. Bisikku dalam hati. Laptop dihidupkan. Kemudian email dihantar yang mengandungi resume nikah. Hati seakan-akan berdebar, gembira dan sedikit risau kalau resume nikah dan diriku ditolak. Namun, aku sudah bersedia jika sebarang kemungkinan berlaku. Diterima dan ditolak. Aku redha dengan ketentuan-Nya. Sungguh Allah SWT sebaik-baik perancang dan pemberi anugerah.

Sementara menunggu waktu isyak. Aku menyandarkan tubuhku di tembok masjid. Lembaran-lembaran cinta-Nya kubaca. Namun, bacaanku terganggu dan tersekat-sekat, tatkala mengimbau kembali kisah di kampung tempoh hari. Aku menamatkan bacaanku.Terjemahan  Al-Quran kututup. Kemudian kucuba mengingati kembali saat aku berhajat untuk melamar muslimah dikampungku.

“Hadi, makcik mau tanya boleh?”

“InsyaAllah boleh makcik. Tanya apa ya?”

“Makcik mau tanya ni.  Bila kau kahwin sebab hari tu makcik ada dengar Hadi mau kahwin. Makcik pun suka kalau kau kahwin awal. Ada yang boleh jaga dan bagi kau kasih sayang. Kasian makcik tengok kau ini. Mana tau lepas kahwin nanti, keluargamu baru sedar kehadiran kau di rumah. Makcik akan sokong kau nanti. Kalau mau biar makcik berbincang dengan emak bapa kau” Jelas Makcik Satri panjang lebar.

Aku ketika itu terdiam seribu bahasa. Mulut terkunci. Sukar untukku menjawab persoalan makcik. Aku tiba-tiba terhenti daripada membaca. Ketika itu aku sedang membaca majalah solusi isu 29 yang bertajuk ‘Ada Syurga Rumahtangga’. Majalah kututup semula dan kuletakkan di atas meja tempat aku sedang duduk. Kami saling berpandangan. Namun, aku menundukkan semula wajahku. Aku malu. Mesti orang-orang kampung mengejek dan mentertawakanku bila mereka tahu hajatku mahu berkahwin. ‘Aduh, mau jawab apa nanti’. Jiwaku semakin memberontak. Sedikit peluh keluar di dahiku tapi kubiarkan saja.

“Makcik, keinginan tu ada tapi siapalah yang mau dengan saya makcik. Bukan makcik tidak tau keadaan keluarga saya. Emak dan bapa saya juga mesti tak setuju. Mereka mau saya habis belajar dulu dan lepas tu kerja” Balasku.

“Hadi, biar makcik tolong bincang dengan emak bapa kau. InsyaAllah, sekurang-kurangnya kita cuba dulu. Makcik tau siapa yang kau suka. Makcik pasti mereka tidak menolak lamaran kau dan orang tua mu juga akan setuju.”

“Siapa makcik dan siapa yang bagi tahu makcik” Aku pantas bersuara dan inginkan kepastian.
“Si Suhana anak Pakcik Ahmad yang belajar di Politeknik tu. Makcik dengar semua ini pun dari  Sukardi” Cepat Makcik Satri menjawab.

Aku sedikit tersenyum. Namun, senyumanku itu cuba kusembunyikan daripada makcik. Tepat sangkaanku. Semua cerita ini mesti Sukardi yang bagi tau sebab tiga hari lepas aku ada bercerita kepadanya.
“Makcik, keluarga Suhana mahu jugakah tu? Mana tau keluarganya menolak.” Ujarku

“Tidak perlu risau Hadi, Makcik kenal keluarga Suhana dan mereka juga sangat tau peribadi kau. Sekarang hubungi emak bapa kau dan tunggu makcik di rumah. Makcik akan datang lepas isyak. Kita selesaikan juga malam ini. InsyaAllah besok pagi kita boleh terus merisik  Suhana.” Jelas Makcik dengan penuh yakin.

Hairan ! Makcik Satri pula yang semangat mahu aku menikah awal. Aku pun tak tau apa sebenarnya yang difikirkan oleh Makcik Satri. Namun aku yakin, semua itu demi kebaikan aku. Makcik Satri boleh dikatakan emak keduaku. Makcik inilah tempat aku selalu mengadu jika ada masalah. ‘Makcik,terima kasih banyak. Mau saja aku peluk sebagai tanda terima kasih. Namun, kutahan sahaja kerana antara aku dan Makcik Satri bukan muhrim ‘ Desis hatiku.

“InsyaAllah, makcik kejap lagi saya hubungi orang tua saya”

“Bagus kalau begitu, makcik harap perkara ni tidak perlu ditangguh lama-lama. Kau juga yang rugi nanti” Makcik Satri menasihati.

“Terima Kasih banyak makcik” Jawabku.

Aku segera pulang ke rumah. Dalam perjalanan ke rumah, aku seperti berjalan di awan-awangan. Bahagia sungguh. Mahu saja aku khabarkan dengan peduduk kampung. Menjerit kegembiraan. Tatkala diriku yang sangat jahil ini bakal menikahi seorang wanita solehah. Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu. Semoga niat hambamu ini sentiasa suci dan tulus mencari redha-Mu. Mendirikan rumahtangga sebagai permulaan bagiku membina bangunan ummah yang kukuh. Amien Ya Rabb.

Setibanya di rumah. Perasaan gembira tidak mampu terkawal. Telefon ‘Sony Ericson’ kucapai. Tujuanku adalah untuk mengkhabarkan kepada sahabatku tentang hal ini. Nama sahabat yang telah berkahwin menjadi sasaranku. Akhi Shahrul Nizam namanya. Butang panggilan kutekan.

Tut..tut..tut..

“Assalamu’alaikum akhi” Hadi memulakan bicara.

“Wa’alaikumussalam, ya akhi. Apa khabar dan anta ada hajat apa ni?” Balasnya.

“Alhamdulillah, ana sihat walafiat. Akhi, ana ada khabar gembira. Anta nak tau tak” Ceria nada suara Hadi.

“Ya, ana nak tau. Tapi khabar apa tu?”

“Akhi, malam ni semua keluarga ana akan berkumpul untuk membincangkan perancangan untuk meminang seorang muslimah sebagai bakal isteri ana. Muslimah tu duduk sekampung dengan ana. Sekarang dia tengah belajar di Politeknik Sarawak. Kami tunang saja dulu sementara dia habiskan belajar tahun ni. Lepas tu, kami akan nikah” Jelasku panjang lebar.

“Tahniah akhi, tak sangka ya anta juga akan menikah. Lagi pantas berbanding dengan sahabat lain. Bagus-bagus!” Sokong Shahrul Nizam.

“He3, Alhamdulillah akhi, seru dah sampai. Doakan ana agar terus menjaga niat” Pintaku.

“Ana sentiasa doakan akhi”

“Tapi?”

“Tapi apa akhi?” Hadi tertanya-tanya.

“Tapi akhi, ana lebih ‘prefer’ kalau anta kahwin dengan ‘Akhwat’” Cadang Shahrul Nizam.

“Kenapa pulak. Ana tak faham. Kenapa mesti akhwat.Lagipun, ada  ke akhwat yang available dan nak menikah dengan ana?” bertalu-talu soalan kulemparkan.

Available tu ada akhi. Bila-bila masa saja kalau anta nak. Tapi, anta kena siapkan ‘resume nikah’ dulu. Dengan adanya ‘resume nikah’ anta, senang sikit kita cari calon zaujah (isteri) yang anta nak. Kalau anta nak contoh resume nikah tu, ana ada. Malam ini juga ana hantar ke email anta. Tapi, sebaiknya anta pulang ke UMS dulu kita bincang secara matang” Jelas Shahrul Nizam.

“Akhi, kejap lagi keluarga ana semua datang ke rumah bincang hal ini. Ana nak bagi alasan apa? Ana tak berani pulak tarik balik kata-kata ana siang tadi. Sebab ana yang beria-ria sangat mau melamar muslimah tu” Luah Hadi.

“Seperkara lagi, ana masih tak faham kenapa ana kena menikah dengan akhwat?”Lanjutnya.

“Begini akhi, kalau anta menikah dengan akhwat mudah bagi anta, InsyaAllah. Akhwat faham gerak kerja dakwah ikhwah dan anta juga faham gerak kerja dakwah akhwat. Ada kesamaan fikrah. Jadi, keberlangsungan dakwah anta tidak sulit kerana saling memahami. Tetapi, tak salah kalau anta mau juga menikah dengan muslimah tu. Cumanya, nanti dia tak faham dakwah anta. Ini akan merumitkan kehadiran anta ke halaqah, jaulah, daurah dah mukhoyyam. Terpulang dengan anta, sejauhmana anta cinta akan dakwah ilallah seperti yang anta rasai sekarang” Shahrul Nizam mencadangkan.

“Kalau anta setuju, ana bersedia membantu anta, InsyaAllah” Lanjutnya.

‘Betul juga kata Nizam’ Bisik hatiku.

“Ok Akhi, ana setuju cadangan anta. InsyaAllah esok petang ana akan ke UMS. Berkenaan perbincangan keluarga ana malam ni. Ana sudah ada alasan yang kuat untuk menangguhkan lamaran esok pagi. Tapi, alasan tu biarlah rahsia, ok. Jadi akhi, doakan ana agar semua berjalan seperti yang dirancang dan yang paling penting Allah SWT Redha-Nya dengan niat kita” Balasku.

“InsyaAllah, ana senantiasa mendoakan kesejahteraan sahabat akhi”

“Jazakallah Khairon”

Perbualan telefon hampir setengah jam itu berjaya membuka mindanya. Dalam membuat sebarang keputusan sebaik-baiknya berbincang dengan sahabat. Minta nasihat dan pandangannya. Selain itu juga, keputusan yang bakal diambil perlu juga mengambil kira kesan kepada dakwah. Ini penting bagi mengelakkan kecelaruan, penyesalan dan permasalahan dan akhirnya memutuskan untuk keluar daripada jemaah. Bahkan, lebih parah lagi sekiranya tidak mau meneruskan gerak kerja dakwah. Siapa yang rugi?

                                     ****
Kedengaran suara emak, bapa, makcik, pakcik, anak saudara, abang sepupu dan lain-lain saudara lagi di luar rumah. Hatiku semakin berdebar. Peluh mula memenuhi dahi. Tapi, segera aku hilangkannya. Aku semakin risau, kalau semua alasanku ditolak dan mereka nekad untuk melamar muslimah tu pada hari esok.’ Ya Allah, bantulah hambamu ini’ doaku dalam hati.

Semua ahli keluargaku mengambil tempat masing-masing di ruang tamu.Melihat mereka, jantungku berdegup semakin kencang. Wajahku terasa pucat. Namun, aku cuba menguatkan tekad. Demi keberlangsungan dakwah. Ya Allah kuatkan semangatku. Fahamkan keluargaku akan maksudku. Hatiku terus-menerus berdoa dan memohon pertolongan dari-Nya. Tidak berhenti ku berdoa.

Suasana kurasa sangat  tegang. Semua mata sedang memerhatiku. Saat ini aku masih menundukkan wajahku. Lantai kayu beralas tikar diperhati tanpa ada tujuan. Aku sedang menunggu masa yang sesuai untuk memberanikan diri agar mampu bertentangan mata dengan ahli keluargaku. Nafas kutarik dan kulepaskan perlahan-lahan. Terasa  tenang dan lebih bertenaga.  Satu persatu wajah ahli keluarga kuperhatikan. Kelihatan ada yang ceria dan ada juga semacam tidak senang hati dengan keputusanku.

“Terima kasih semua kerana sudi datang. Hadi minta maaflah menyusahkan. Sebenarnya, Hadi baru dapat panggilan daripada kawan di UMS. Dia minta Hadi datang esok ke UMS, ada urusan pelajaran katanya. Kalau tidak datang juga kemungkinan besar markah Hadi akan ditolak dan gagal untuk kursus tu” Jawabku tenang walaupun ada perkataan yang tersekat-sekat.

‘Aku cuba membuat helah’ Bisik hatiku.

“Sebenarnya, memang ada assignment  yang sepatutnya saya hantar  pagi tadi, tapi belum siap. Ketua kumpulan sudah berkali-kali membuat panggilan. Tapi, semua tidak dilayan. Mesej pun tak direply.  Petangnya  ada perjumpaan kumpulan. Kami mahu bincang kerja-kerja yang tidak siap” Lanjutku.

“Jadi emak, bapa dan semuanya. Hadi tangguh dululah ya hajat kita mau datang melamar tu”

“Mak setuju sangat” Pantas emakku menjawab. Semua ahli keluarga lain pun setuju dengan cadangan tu.

Aku terkesima dengan jawapan mereka sebentar tadi. Pujian kupanjatkan kepada ilahi.Hatiku mula berbunga-bunga. Tekanan semakin berkurangan. Hati semakin tenang dan bersemangat semula. Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas pertolongan-Mu.

“Tapi, Hadi?” Makcik Satri tiba-tiba bersuara.

“Kenapa Makcik?”

Tidak sempat aku mendengarkan bicara makcik Satri. Tiba-tiba aku terbangun. Tatkala mendengar laungan suara azan menandakan masuknya solat  fardhu isyak di Masjid Universiti UMS.

Astaghfirullah, sebentar tadi aku tertidur rupanya. Aku bermimpi lagi.

‘Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah,’

Aku bingkas bangun dan terus mengambil wudhuk.

Nak difikirkan apalagi, resume nikah sudah dihantar. Sebarang keputusan aku bersedia menghadapinya. Aku yakin Allah SWT inginkan yang terbaik untuk hamba-Nya. Aku redha dengan ketentuannya!




Thursday, August 23, 2012

Cerpen: Layakkah Aku




Cerpen ini kuanggap sebagai hadiah kepada seorang mad'u tempoh hari. Kuharap ia bermanfaat sebagai hujah menguatkan dirinya untuk terus istiqomah mentarbiyah diri kerana-Nya dan bertemu kekasih hati yang membawa cintanya sampai ke syurga. Saat hatinya mula terganggu oleh perasaan yang tidak enak baginya. memikirkan sesuatu yang tidak halal baginya. Bimbang menjadi mudarat jika terus tersimpan tanpa meluah kepada orang yang sepatutnya. Maka, dia nekad untuk menamatkan segala kecelaruan dengan meluahkan segala perasaan yang tidak enak itu kepadaku. 

Maka itu, di sini kisahnya bermula!

"Akhi, sebenarnya ana mau meluah nie. Malu pulak mau cakap. Ana kadang2 teringat 'akhwat' yang.....macam mna ni akhi"

Sebak hati membacanya. Namun aku teringin juga membantunya. Memandangkan dia baru saja mengikuti halaqah (usrah) jadi banyak perkara belum difahaminya. Oleh itu, menjadi kewajibanku untuk mengilaj mengenai perkara ini sebelum 'nasi menjadi bubur'. Bisik hatiku.

"Akhi boleh anta online? kalau bersms rasanya kurang sesuai lah" Balasku.
"InsyaAllah boleh akhi"

'Akhi, itu perkara biasa bagi seorang lelaki. Lelaki normal. Teringin mencintai dan dicintai. Namun, sekiranya perasaan cinta itu tidak disalurkan di tempat yang betul dan diredhai Allah SWT, maka cinta yang terbina itu salah dan mendapat murka Allah SWT. Kita sebagai orang ditarbiyah tidak mungkin berbuat sedemikian. Ana yakin, anta mesti fahamkan maksud Allah SWT dalam surah al-isra' (17; 32) tentang jangan menghampiri zina dan surah an-nur (24; 30) mengenai jaga pandangan. Semua itu merupakan lorong-lorong agar cinta kita yang suci itu mudah ternodai'

"Ana kagum cara anta. Meluahkan perkara penting ini dengan ana. Bahaya kalau simpan lama-lama dan dipendam. lain jadinya nanti."

"Ana cuma risau akhi, ana selalu beristighfar dan membaca al-quran kalau ana tiba-tiba ingat lagi benda tu. Tapi kadang-kadang ana tidak mampu akhi. Sebab itulah ana meluahkan perkara itu dengan anta tadi. Alhamdulillah, ana mula lega kerana dapat meluahkan perasaan yang tersimpan beberapa hari ini"

"Bagus cara anta. Tapi akhi, ana sarankan agar jangan selalu berseorangan. Mudah nanti digoda oleh syaitan. Buatlah aktiviti bersama adik-adik atau anta pergi ziarah kawan-kawan yang terdekat. Lebih baik sms atau telefon ikhwah"

"Akhi, layakkah ana berkahwin dengan muslimah?"

Waah. Hebat juga soalan ini. Bisik hatiku.

"InsyaAllah, anta layak yang penting teruskan tarbiyah diri, berdoa kepada Allah SWT dan betulkan niat agar Allah SWT menghadiahkan untuk anta"

"InsyaAllah akhi, Jazakallah" Balasnya ringkas.

"Akhi, tunggu kejab. Bagi email anta. Ana mau hadiahkan anta sebuah cerpen. Ana baru baca dari website iluvislam. Menangis juga ana baca dan ana yakin ini sesuai untuk anta hayati. Jangan kata tidak layak lagi, ok"

Pada malam itu, aku pun mengirimkan cerpen yang bertajuk  'Aku Bukan Saidina Ali' sebagai hadiah untuknya. Dengan harapan, cerpen tersebut boleh menjadi motivasi baginya untuk terus menjernihkan hati dan cintanya dalam mencari redha-Nya.

                                             ****
"Aku Bukan Saidina Ali"

Nurul Salwa Al-Fateh. Pertemuan pertama kali dengan wanita hebat seperti Nurul Salwa Al-Fateh pasti tidak mampu dilupakan. Pelajar perundangan syariah yang sangat hebat tentang hukum agama. Penegak keadilan. Pembanteras kezaliman. Begitu tabik aku kepada Nurul Salwa Al-Fateh. Namun apa yang pasti, wanita ini sebenarnya amat sukar untuk didekati. Terlalu sukar. Wanita yang begitu sibuk beribadah dan berhubung dengan kekasihNya menyebabkan dia sentiasa menyendiri daripada kelompok manusia yang sibuk dengan kehidupan sosial masing-masing.

Jika dibandingkan aku dan Nurul Salwa Al-Fateh, terlalu jauh perbezaan kami berdua. Hidup Nurul Salwa Al-Fateh begitu mengikut syariat padahal aku pula banyak melanggarnya. Jauh di sudut hatiku, aku mahu memiliki Nurul Salwa Al-Fateh itu. Aku seperti telah jatuh hati pada wanita yang hujung namanya Al-Fateh itu. Tapi, bolehkah aku memilikinya? Sedangkan kehidupan kami berdua saja sudah boleh membezakan aku yang jahat dan dia yang baik. Hati ini sukar untuk dijangka. Bila aku tidak memerlukan cinta, ia datang menyinggah. Bila diperlukan, ia tidak mahu datang. Itulah lumrahnya perkataan yang bernama cinta.

Tetapi pada suatu hari, terjadi satu peristiwa yang telah mengubah kehidupanku. Aku bertemu Nurul Salwa Al-Fateh. Pada ketika itu, dia berada di perpustakaan kampus dan pada waktu yang sama, aku sedang mencari bahan rujukan untuk menyiapkan kerja khusus yang diberikan oleh pensyarah. Tiba-tiba, Nurul Salwa Al-Fateh memberi salam dan meminta aku mengambil buku yang berada tidak jauh dari tempat aku berdiri. Aku begitu terkejut dan terpegun dengan keindahan Nurul Salwa Al-Fateh. Memang benar kata para pelajar di sini, dia pelajar yang luar biasa.

"Errr... Encik? Boleh ambilkan saya buku yang tidak jauh dari tempat encik berdiri?"

Aku pun mengambil buku tersebut setelah lamunan aku terhenti. Aku memberanikan diri untuk bertanya padanya adakah betul dia Nurul Salwa Al-Fateh. Dia tersenyum. Aku sungguh terpukau dengan senyuman manis bersama lesung pipitnya itu. Nurul Salwa Al-Fateh menganggukkan kepala dan berlalu seraya meninggalkan aku salam. Hatiku berdebar-debar. Aura Nurul Salwa Al-Fateh masih bersama denganku.
Sejak dari itu, aku mula kerap ke perpustakaan agar sentiasa bertemu wanita hebat itu.

Ke mana saja dia pergi, aku pun mengikutinya. Segala aktiviti Nurul Salwa Al-Fateh sentiasa aku ketahui. Sifat peribadinya tiada beza seperti Saidatina Fatimah Az-Zahra. Mungkin aku boleh samakan dia dengan Ummu Abiha itu. Nurul Salwa Al-Fateh sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid dan mengikuti aktiviti kebajikan. Sedikit demi sedikit, aku telah berubah. Dahulu gaya hidupku terlalu kebaratan. Di dalam rumahku ini aku sedar tiada sedikit pun sinar Islam. Botol arak tersimpan kemas di dalam almari. Maksiat bermaharajalela di rumah ini. Aku sangat berasa jahil dan sememangnya aku jahil dalam bab agama. Aku ingin berubah menjadi yang lebih baik. Aku tidak mahu tersesat di jalan yang lagi menyesatkan ini. Namun pada siapa harus aku bertemu?

Sedang asyik aku duduk di tasik buatan kampus, hadirnya wanita idaman semua lelaki. Nurul Salwa Al-Fateh bersama beberapa temannya menyapaku. Mungkin dia terlihat aku di dalam masalah. Entah bagaimana dia boleh tahu tentang masalah yang dihadapiku ini. Nurul Salwa Al-Fateh menyerahkan sekeping kertas yang tercatat padanya nama dan nombor telefon seseorang. Dia meminta aku untuk berjumpa dengan orang tersebut. Kemudian dia pun pergi bersama-sama rakannya dengan meninggalkan aku salam. Tanpa melengah-lengahkan masa, aku mengeluarkan telefon bimbit lalu mendail nombor tersebut. Perbualan antara aku dan Ustaz Muhammad tidaklah panjang. Aku hanya meminta untuk berjumpa.

Pada malam itu, aku berjumpa Ustaz Muhammad di sebuah masjid tidak jauh daripada kediamanku. Aku menceritakan segala kisah hidupku dan meminta Ustaz Muhammad membimbingku. Dengan hati yang besar, Ustaz Muhammad menerimaku sebagai anak didiknya. Kini aku mampu tersenyum. Aku mula belajar untuk mengambil wuduk kemudian solat. Setelah itu aku mula membaca surah-surah lazim. Bermula dengan surah Al-Fatihah dan 3 surah Qul. Dalam masa beberapa hari aku sudah menguasainya. Aku umpama bayi. Bayi yang mula-mula hanya tahu merangkak. Cuba berdiri dan berjalan tetapi pada suatu saat, aku tersungkur. Walaupun sering aku rasa kesakitan, tapi aku tidak mengalah. Aku berdiri lagi dan berjalan perlahan-lahan. Alhamdulilah, sekarang aku mampu melaksanakan perintah Allah yang menjadi perkara yang pertama dihisab di alam barzakh, solat.

Usai saja solat Zohor di masjid kampus, aku terserempak dengan Nurul Salwa Al-Fateh. Aku menyapanya dengan memberi salam. Nurul Salwa Al-Fateh yang ketika itu bersama temannya memalingkan wajah ke belakang dan menjawab salam yang aku berikan. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah menemukan aku kepada Ustaz Muhammad. Nurul Salwa Al-Fateh menganggukkan kepala dan berkata dia hanya membantu mempertemukan saja aku dan Ustaz Muhammad. Tidak lebih daripada itu. Ya Allah, wanita di hadapanku ini sungguh merendah diri. Sebelum meminta diri, aku sekali lagi mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepadanya. Aku pun pergi meninggalkan Nurul Salwa Al-Fateh dengan sebuah senyuman yang telah aku khaskan buatnya.

Beberapa hari kemudian, aku mendapat khabar Nurul Salwa Al-Fateh dilamar oleh seorang ustaz. Ustaz Salahuddin Al-Ayyubi. Bekas pelajar Universiti Al Azhar. Tetapi ditolak oleh Nurul Salwa Al-Fateh. Ramai lelaki yang telah cuba melamar Nurul Salwa Al-Fateh tetapi kesemuanya pulang dengan hampa kerana lamaran masing-masing telah ditolak olehnya. Lelaki-lelaki yang melamar Nurul Salwa Al-Fateh bukan calang-calang orang. Kesemuanya kuat agama dan merupakan anak orang berada. Di hatiku timbul satu soalan: Siapakah yang boleh mendapatkan Nurul Salwa Al-Fateh itu?

Seperti biasa, aku akan berada di masjid bersama-sama Ustaz Muhammad pada setiap malam Jumaat. Mengaji Al-Quran bersama dengannya. Memperbetulkan tajwid jika aku tersalah. Malam itu, aku merasakan bacaanku semuanya tidak betul sehingga Ustaz Muhammad menjadi hairan. Apakah yang bermain di fikiranku sebenarnya? Mengapa setiap bacaanku menjadi salah?

Ustaz Muhammad meminta aku berhenti membaca. Takut jika aku terus membaca, banyak lagi kesalahan yang aku lakukan. Aku rasa gundah gulana. Wajah Nurul Salwa Al-Fateh bermain di minda. Patut saja aku tidak boleh membaca al-Quran dengan baik. Ustaz Muhammad bertanya kepadaku andai aku mempunyai masalah. Aku telah menganggap Ustaz Muhammad seperti ayahku sendiri dan begitu senang untuk aku bercerita kepadanya. Aku menceritakan kepadanya mengenai Nurul Salwa Al-Fateh itu. Ketika aku bercerita, aku tidak mahu menyebut nama Nurul Salwa Al-Fateh.

"Kenapa tidak cuba untuk melamar wanita itu?" soal Ustaz Muhammad. Aku yang bersandar pada dinding masjid tersenyum.

"Saya dan wanita itu umpama langit dan bumi. Bagaimana untuk saya melamar wanita solehah itu padahal sebelum saya, ramai lelaki yang telah pulang dengan hampa kerana lamaran sudah ditolak. Jika saya yang pergi melamarnya, sudah pasti ditolak oleh wanita itu," jawabku. Tiba-tiba Ustaz Muhammad ketawa.

"Bagaimana kamu tahu kamu ditolak oleh wanita itu padahal kamu belum mencubanya? Belum cuba, kamu sendiri tidak akan tahu keputusannya bagaimana. Mungkin wanita itu akan menerima kamu sebagai suaminya," kata Ustaz Muhammad. Aku terdiam. Ada benarnya juga kata Ustaz Muhammad.

Kemudian Ustaz Muhammad menceritakan kisah Saidina Ali bin Abi Talib dan Saidatina Fatimah Az-Zahra. Aku mendengar penuh khsuyuk cerita yang diceritakan oleh Ustaz Muhammad. Cinta diam itu hanya dipendamkan kerana takut melebihi cinta kepada Allah. Namun cinta mereka itu disatukan juga. Aku begitu kagum kepada Saidina Ali bin Abi Talib yang begitu sabar bagi menunggu cintanya.

"Namun saya bukan Saidina Ali, ustaz. Saya hanyalah hamba Allah yang serba kekurangan. Saya mungkin tidak layak untuk wanita itu. Wanita itu terlalu baik dan solehah. Dia mungkin layak untuk orang lain. Bukan saya, ustaz," kataku kepada Ustaz Muhammad.

"Jika kamu bukan Saidina Ali, wanita itu juga bukan Saidatina Fatimah. Terlalu awal untuk berputus asa. Cubalah dahulu. Aku yakin kamu pasti akan memiliki wanita solehah itu." Kata-kata Ustaz Muhammad memberi aku semangat. Aku perlu mencuba dahulu agar mengetahui jawapannya. Aku melakukan solat hajat dan solat istikarah. Jika lamaranku ditolak, aku redha. Aku tahu aku tidak layak buat Nurul Salwa Al-Fateh.
Berbekalkan doa, aku memberanikan diri berjumpa orang tua Nurul Salwa Al-Fateh. Semasa aku bertemu orang tua Nurul Salwa Al-Fateh, aku begitu terkejut besar sehingga menyebabkan aku tidak dapat berkata-kata. Lelaki yang menjadi ayah kepada Nurul Salwa Al-Fateh itu adalah Ustaz Muhammad. Kedatanganku disambut dengan penuh gembira oleh Ustaz Muhammad. Aku berasa seperti dalam mimpi!

"Apakah kedatanganmu ke rumahku ini anak muda?" soal Ustaz Muhammad. Aku menjadi sedikit gementar. Ragu-ragu untuk meluahkan apa yang sudah tersirat di hati. Aku menarik nafas.

"Maaf kalau saya mengganggu ustaz, tetapi kedatangan saya ke sini membawa hajat yang besar. Saya tahu saya bakal ditolak tetapi saya mahu mencubanya dahulu. Saya ingin melamar Nurul Salwa Al-Fateh menjadi isteri saya. Menjadi peneman hidup saya," kata aku menyatakan kedatanganku kepada Ustaz Muhammad.

"Persoalan yang bermain di minda dan di hatimmu itu bakal dijawab sendiri oleh Nurul Salwa Al-Fateh. Andai dia menerima, aku juga akan menerima. Andai ditolak, redhakan saja," kata Ustaz Muhammad. Aku hanya menganggukkan kepala. Ustaz Muhammad pun memanggil Nurul Salwa Al-Fateh ke ruang tamu dan bertanya kepadanya sama ada dia menerima lamaranku atau menolaknya. Aku perlu bersedia.

"Abah, Salwa pernah mendengar ada lelaki yang mengatakan dia bukan sehebat Saidina Ali kerana kehebatan cinta Saidina Ali kepada puteri Rasulullah SAW. Sedangkan Salwa juga bukanlah Saidatina Fatimah Az-Zahra. Salwa juga ada kekurangannya. Setiap hari Salwa menunggu lelaki itu melamar, namun hampa. Sehinggalah hari ini, penantian Salwa telah tamat, abah. Lelaki itu hadir juga dan lelaki yang Salwa maksudkan adalah Muhammad Zoriffudin. Lelaki yang menjadi anak didik abah. Dengan itu, Salwa menerima lamaran lelaki yang ada di hadapan abah," jawab Nurul Salwa Al-Fateh. Aku rasa begitu gembira sehingga melakukan sujud syukur. Ya Allah, terima kasih!

Siapa menyangka penghujungnya indah? Aku yang dahulunya berfikiran akan ditolak oleh Nurul Salwa Al-Fateh, tetapi diterima lamaranku. Aku bukanlah sehebat lelaki-lelaki lain yang bekerjaya tinggi dan luas ilmu agama. Aku masih lagi dalam keadaan kekurangan. Kekurangan kerana tiada yang mengembalikan tulang rusukku yang hilang. Aku yang perlu mencarinya kembali dan akhirnya aku menjumpainya. Bertemu kembali tulang rusukku yang hilang dan tulang rusukku itu adalah Nurul Salwa Al-Fateh binti Muhammad.

P/s: Cerpen ini saya ambil dari website iluvislam. Moga bermanfaat kepada pembaca blog Hadi Muslim.Com.

Wednesday, August 15, 2012

Cerpen: Uhibbukafillah (2)



“Penatnya” Luah Faris seorang diri.

 Faris berada di University Condo Apartment (UCA) bersiap-siap untuk ‘check out’ hari ini. Semua pakaian dan barangan lain akhirnya selesai dikemas dan dimasukkan ke dalam kereta. Jam menunjukkan pukul 10.00 pagi, Faris melihatnya lewat telefon blackberry miliknya. ‘Lepas ini ada urusan lagi’,bisiknya di dalam hati.

Faris segera bergegas ke pejabat kediaman untuk ‘check out’.

“Alhamdulillah”, syukur kepada Allah SWT.

Faris nampak lega dan bertenaga semula tatkala semua perkara penting hari ini telah diselesaikan. Dia meraba-raba poket seluarnya. Kiri dan kanan diperiksa seakan-akan mencari sesuatu yang hilang. Namun, senyumannya tergambar semula setelah melihat telefon bimbitnya di atas meja pejabat. Hampir saja ditinggalkan.

Ketika itu, Faris sedang memikirkan sesuatu. Telefon bimbitnya diperhatikan semula. Kemudian mesej ditaip.

Salam..Akhi,anta di mana?”

Senarai nama penerima dicari. Akhirnya, nama Rasyid dipilih. Butang ‘send’  ditekan. Isyarat mesej terhantar kelihatan di skrin telefonnya.

Faris menuju ke kereta hondanya. Enjin dihidupkan kemudian radio dipasang. Saat itu lagu Maher Zain ‘So Soon’ terpasang. Lagu kegemaran Faris daripada album terbaru Maher Zain.

Sebelum ini, Faris sering mendengarkan lagu Irfan Makki seperti ‘I believe’  dan ‘You and I’. Namun, kehadiran album baru Maher Zain menyebabkan minat dia mula beralih. Sesiapa saja yang naik bersama Faris , lagu inilah tidak pernah lekang didengarinya. Sehinggakan Rasyid pun terpengaruh untuk mendengarnya. Itulah sedikit persamaan artis yang diminati oleh dua sahabat ini.

Faris meneruskan pemanduannya. Sebentar lagi dia akan meninggalkan UCA yang penuh dengan kenangan sepanjang satu semester pengajian. ‘Signal’ kiri kereta dipasang menandakan dia akan memasuki jalan utama meninggalkan kediaman UCA. ‘Selamat tinggal UCA’ bisik hatinya.

Sambil memandu, kekadang pandangan Faris sering ke arah telefon bimbitnya. Mesej yang dihantar sebentar tadi tidak mendapat maklum balas. Dia kembali fokus memandu. Sesekali, matanya menjeling ke arah telefonnya. Kesabarannya menanti mesej daripada Rasyid seakan-akan punah. Bangunan indah ‘One Borneo’ berdiri kukuh dihadapannya menarik perhatian Faris  seketika walaupun hanya  dipandang dari dalam keretanya. Namun, fokusnya masih kepada mesej yang belum dibalas.

Isyarat mesej menerjah masuk ke telefonnya. Faris pantas mendapatkannya. Nama Rasyid terpampang di skrin telefon. Senyuman mula terukir menamatkan penantiannya. Sambil memandu, mesej yang baru diterima dibaca.

“Wasalam akhi, Ana di rumah Kingfisher..ada apa ya?” balas Rasyid.

Memandangkan  sedang dalam pemanduan, Faris memilih untuk membuat panggilan daripada menaip mesej. Lagi selamat. Bisiknya.

“Calling”

Tut..tut..tut..

Kedengaran suara Rasyid ditalian. “Assalamu’alaikum?”

“Wasalam akhi, asif mengganggu anta. Anta masih di rumah lagikah?” tanya Faris.

“Ya”

“Akhi, ana mahu ajak anta makan tengah hari sebelum ana balik ke rumah kakak ana di Papar” lanjutnya.

 “Pukul berapa akhi” Rasyid ingin tahu.

“Anta tunggu saja di rumah insyaAllah, kejap lagi ana sampai. Nanti anta naik kereta analah,ok?” Faris menamatkan panggilan.

Tidak lama selepas panggilan dibuat, kedengaran bunyi ‘hon’ kereta milik Faris di luar rumah. Rasyid bergegas keluar dan siap untuk bergerak. Sebelum keluar Rasyid mematikan suis kipas kemudian pintu rumah dikunci dari luar. Faris hanya memerhati kelibat sahabatnya dari kereta. Rasyid menuju ke kereta dan duduk di bahagian hadapan sebelah kiri Faris.

“Banyak barang?” Rasyid memulakan bicara.

“Barang-barang ana ni dari UCA, nak hantar ke rumah kakak ana di Papar. Lepas kita makan nanti ana pulanglah” balasnya sambil menghalakan kereta menuju ke Restoran Farvis.

Rasyid mengangguk tanpa sebarang kata.

Faris dan Rasyid kerap keluar makan bersama. Sejak mereka berdua rapat dan berukhuwah, makan bersama dan iftar Isnin dan Khamis menjadi satu agenda wajib dalam kamus hidup mereka. Kekadang mereka juga makan dan iftar bersama dengan sahabat-sahabat yang ada di UMS. Tetapi yang pasti mereka sering makan berdua sama ada di cafe mahupun restoran di luar kampus.

Bagi mereka, makan bersama adalah antara salah satu cara merapatkan dan menghangatkan ikatan ukhuwah. Begitu juga qiamullail dan berjaulah (jalan-jalan) bersama. jadi, ketiga-tiga perkara tersebut menjadi resepi keakraban ukhuwah antara Faris dan Rasyid.

Selain itu, Rasyid dan Faris sering saja mendedahkan resepi merapatkan ukhuwah ini semasa memberi tazkirah, taklim mahupun halaqah (usrah) apabila menyentuh bab berkenaan ukhuwah memandangkan mereka berdua sama-sama mengelola  satu kelompok halaqah (usrah) yang ada di Ums.

Itulah penghubung ukhuwahfillah antara Faris dan Rasyid di jalan dakwah ini. Ukhuwah atas dasar iman dan takwa menuju redha Allah SWT. Harapan mereka agar ukhuwahfillah ini subur hingga ke syurga.  Mereka juga berusaha mengajak lebih ramai kawan-kawan  memahami nikmat berukhuwah kerana Allah SWT.

                           ***

“Akhi, hari ini ana belanja anta makan. Jadi biar ana bayarkan ok”

“Tak apalah akhi, biar ana belanja anta. Anta selalu belanja ana, bagi pula ana peluang membuat pahala lebih,” ujar Rasyid.

Namun, Faris tetap dengan pendiriannya. Faris terus ke kaunter dan membuat bayaran. Rasyid mengikut dan menghulurkan RM10 ringgit kepadanya tapi Faris menolaknya. “Anta bagi saja duit ni dengan Amir Harriz  anak anta tu” Ungkapnya.

“Jazakallah akhi, anta banyak menolong ana” luah Rasyid.

 “Afwan, sikit jak tu. InsyaAllah akhi ana ikhlas”

Mengimbau kembali lembaran sirah kehidupan para sahabat. Indah sungguh ukhuwah mereka. Harta, tenaga, keluarga bahkan nyawa menjadi taruhan semata-mata kerana ukhuwah. Kagum dengan perngorbanan  para sahabat. Kisah Abu Bakar bersama Rasulullah dalam gua. Kisah tiga sahabat Ikrimah, Suhail bin Amru, dan Harits bin Hisyam yang mati syahid. Kisah ukhuwah antara kaum Muhajirin dan kaum Ansar. Dan banyak lagi kisah yang menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk menjaga ikatan ukhuwah agar sentiasa kukuh mencari redha Allah SWT. Khayal Rasyid.

“Aik, anta fikir apa tadi? ana tengok macam ada masalah saja. Sedihkah ana mau pulang,” Faris tersengih memulakan bicara. Ketika ini, mereka berdua berada di surau Kingfisher. Menunggu waktu zohor. Hanya Rasyid dan Faris saja di surau itu. Maklumlah, pelajar Ums yang menetap di kediaman kingfisher tersebut semua pulang bercuti. Jadi, surau itu kadang-kadang tiada sesiapa yang mengimarahkan.

“Ana teringatkan pengorbanan para sahabat dalam berukhuwahfillah. Ana kagumlah akhi. Kalaulah kita boleh macam para sahabat menghargai ukhuwah dan wujud perasaan kasih sayang antara satu sama lain. ‘Kan best’. Ana mengimpikan model ukhuwah para sahabat. Ana harap kita boleh merealisasikan akhi, walaupun mungkin orang akan berfikir itu  mustahil” Rasyid berterus-terang.

“InsyaAllah akhi, kita boleh realisasikan. Cuma apa yang patut kita lakukan sekarang ialah kita teruskan tarbiyah diri kita, istiqomah dan komitmen. Mari kita ajak kawan-kawan di kampus tu memahami Islam dan fahamkan mereka tentang ukhuwah imaniyyah. Suatu hari nanti, Ums ni akan menjadi Universiti Tarbiyah Sabah (UTS) bukan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dipenuhi oleh mahasiswa-mahasiswi yang berukhuwah kerana Allah SWT” Faris turut meluah perasaan berkenaan impiannya dalam berukhuwah.

“Jadi akhi, kita fokus dan jaga ukhuwah kita sekarang agar tidak tersasar dari landasan syariat Allah SWT” Balas Rasyid.

“InsyaAllah akhi” Bahu kanan Rasyid ditepuk.

Perbualan mereka terhenti seketika. Rasyid memerhati takwim waktu solat. Hari ini solat zohor masuk pukul 12.35p.m. Jam dinding surau diperhatikan. Sekarang tepat pukul 12.35p.m. Rasyid melaungkan azan.
Beberapa minit azan dilaungkan. Nampaknya tiada siapa yang datang solat berjemaah di surau ini. Hanya Faris dan Rasyid saja.

“Akhi, anta imam ok”

“InsyaAllah” Balas Faris. Lantas Rasyid pun iqamah.

                                        ****

Usai saja solat zohor ditunaikan. Mereka berdua-dua pun bersiap untuk pulang. Faris akan ke rumah kakaknya di papar manakala Rasyid kembali semula ke rumah sewa Kingfisher.

“Akhi, hati-hati memandu. Kirim salam dengan keluarga anta di sana” ujar Rasyid .

“InsyaAllah akhi doakan ana selamat. Ana ni bukan apa, jarang-jarang bah memandu jauh sampai ke Papar. Tidak berani lagi seorang-seorang,” jawab Faris.

“InsyaAllah, ana doakan. Lagipun sekarang waktu siang, ana yakin anta tak ada apa-apa. Anta tidak perlu risaulah,” Rasyid memberi sokongan dan motivasi kepada sahabatnya. Faris ketika itu hanya mampu tersenyum. Rasyid pun sama. Tiba-tiba Rasyid membangkitkan isu nikah kepada Faris. Faris tersenyum tanpa suara dan berulang-alik ke kiri dan ke kanan. Tingkah lakunya berubah secara drastik seakan-akan ada yang tidak kena.

“Akhi, jangan sebut pasal nikah lagi. Ana lama lagi ni tunggu umur 24 tahun seperti yang ana isi dalam resume nikah tempoh hari.” Ujar Faris. Faris memang ada perancangan untuk menikah pada usia muda. Namun, kondisinya sekarang tidak mengizinkannya kerana ada beberapa hal lagi yang perlu diberi keutamaan terutamanya studi dan dakwah untuk memantapkan diri.

“Buat masa ni, ana mau memanfaatkan anta yang sudah nikah ni. Bagi tip macam mana lobi nikah dengan keluarga dan memantapkan ekonomi peribadi,” lanjutnya.

“InsyaAllah boleh akhi” Balas Rasyid.

“Ana beruntung bersahabat dengan orang sudah menikah dan matang macam anta. Susah tu mau cari. Adapun kawan yang sudah kahwin, tapi ana susah mau ‘ngam’ dan bersembang-sembang macam anta, kalau boleh ana tidak mau berpisah dengan anta , Rasyid”.

Rasyid hanya mampu mengukirkan senyuman buat sahabatnya. “InsyaAllah akhi, ana bersedia membantu apa yang termampu demi ukhuwahku kerana Allah SWT. Doakan ana agar terus istiqomah.”

“Ana pun sama juga akhi, doakan ana terus istiqomah dan komitmen dalam tarbiyah ni,” ucap Faris.

Mereka berdua seakan-akan adik beradik. Rapat dan sangat akrab. Kadang-kadang ada sesetengah kawan universiti cuba mengusik dan menguji keakraban mereka. Namun, Faris dan Rasyid hanya mampu tersenyum kerana mereka berdua yakin, kefahaman tentang ukhuwah mereka adalah sama. Berukhuwah kerana Allah SWT dan tidak lebih dari itu.

Juga ada ketikanya, mereka menggelarkan Faris dan Rasyid sebagai pasangan ‘gay’ (suka sama lelaki). Namun, Faris dan Rasyid memilih untuk bersangka baik. Tafsir dua sahabat ini, mungkin mereka hanya bergurau dan belum memahami makna ukhuwahfillah (bersaudara kerana Allah SWT). 

Mereka  berdua seronok dan bahagia dengan kehidupan berukhuwah ini. Harapan Faris dan Rasyid, suatu hari nanti agar ukhuwah mereka ini dapat dikongsikan dengan orang lain.

“Akhi, ana gerak sekarang ok”

“InsyaAllah akhi, hati-hati ya”

“Jazakallah khairon , Assalamu’alaikum”

“Wa’alaikumussalam”Jawab Rasyid.

Seperti biasa, sebelum berpisah salam ukhuwah tidak dilupakan. Rasyid dan Faris bersalaman sambil pipi dilagakan. Bahagia sungguh mereka. Sesiapa yang melihat ketika itu mesti rasa cemburu dengan keakrabannya. Rasa pelik pun mesti ada. Namun, Faris dan Rasyid sudah biasa dengan situasi macam ini. Berukhuwah itu perintah Allah SWT. Jadi, apa yang nak dirisaukan. Teruskan saja berukhuwah kerana Allah SWT.

 Faris dan Rasyid pun beransur pergi!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...