Pages

Saturday, August 11, 2012

Benarkah! Malam Qadar diabaikan?



“Idea ini muncul ketika menaiki kenderaan seorang sahabat yang mana ketika itu saluran radio sedang rancak mempromosikan keperluan raya tanpa ada menyentuh sedikit pun tentang 10 malam terakhir ramadhan dan kemuliaan malam lailatul qadar. Moga bermanfaat.”

Inilah Realiti

Semakin rancak pihak media mempromosikan kegembiraan menyambut hari kemenangan iaitu hari raya Aidilfitri. Saluran radio, televisyen, media cetak dan internet tidak henti-henti memberitakan tentang keseronokkan berhari raya. Tidak dinafikan, seluruh rakyat Malaysia menyambut baik promosi-promosi tersebut tanpa ada sedikit pun kritikan mahunpun penolakan. Promosi baju baru, perabot baru, rumah baru, kereta baru, hiasan rumah baru, makanan dan minuman yang sedap dan sebagainya menjadi agenda utama semua pihak media.

Sangat menyedihkan bila ada sesetengah masyarakat sanggup membelanjakan ribuaan ringgit semata-mata untuk kelihatan hebat dan menarik menjelang hari perayaan. Kelihatan hebat dan menarik itu tidak salah, namun bukankah itu satu pembaziran yang berlaku dalam keluarga kita!

Saya mengajak agar kita sama-sama menilai keutamaan.

Itulah kehebatan daya pengaruh yang cuba dimanipuilasikan oleh semua media di seluruh Malaysia agar mereka mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Tanpa ada tolak ansur, media berlomba-lomba menpengaruhi minda masyarakat agar mudah terjebak akan pembaziran. Saya tidak kata salah, namun ada lagi kegembiraan hakiki yang perlu dipromosikan secara habis-habisan agar masyarakat kita mencapai kegembiraan dan kejayaan dunia dan akhirat.

Semakin diabaikan!

Lailatul qadar semakin diabaikan oleh sesetengah masyarakat islam di Malaysia. Kesedaran tentang kemuliaan malam yang dikatakan lebih baik daripada 1000 bulan itu seperti tiada maknanya. Ganjaran hebat yang diberikan oleh Allah SWT hanya di bulan ramadhan ini tidak memberi apa-apa motivasi kepada masyarakat untuk mendapatkannya.

Apa yang diraihkan saat akhir ramadhan ini ialah berkira-kira dan membuat “check list” perbelanjaan yang akan dipenuhi saat menjelangnya hari raya. Kesungguhan untuk memenuhi kehendak nafsu raya semakin memuncak sehinggakan sepuluh malam terakhir bulan ramadhan dibiarkan berlalu pergi. Sama sekali tidak terfikir untuk berusaha dan berikhtiar untuk memaknai lailatul qadar. Perkiraan dan check list ibadah sepanjang bulan ramadhan tidak seiring dengan kesungguhan menyediakan keperluan perbelanjaan hari raya.
 
Adilkah kita dalam hal ini!

Mana hak Allah SWT terhadap diri kita?

Selain itu, bukti nyata akan kesungguhan meraihkan hari raya ialah apabila Pasaraya dan “Shopping Mall” semakin sesak. Masyarakat islam berbondong-bondong memenuhi pasa raya bagi merealisasikan kehendak mereka. Lebih malang lagi, apabila sanggup mengabaikan kewajipan fardhu dan ibadah-ibadah lain semata-mata kerana itu.

Menakutkan bukan!

Inilah realiti masyarakat kita. Soal ibadah bukan lagi menjadi topik utama dalam kamus hidup. Bahkan soal ibadah semakin dipandang enteng bagi sesetengah masyarakat islam. Kata islam, namun tidak mengambil kira soal ibadah dan syariat dalam membuat sebarang keputusan. Hanya mengikut kehendak nafsu semata-mata.

Nauzubillah!

Sangat menyedihkan!

Siapa yang salah

Dalam hal ini kita tidak boleh menyalahkan siapa-siapa. Diri kita yang jahil. Cuma saya mahu mengajak masyarakat islam sekalian agar kita menilai kembali sebarang keputusan yang telah dan bakal kita lakukan. Adakah keputusan itu mengambil kira soal ibadah atau sebaliknya. Sekiranya tidak, maka saya memohon agar kita sama-sama beristighfar kepada Allah SWT. Mohon ampun kepada Allah SWT agar kita tidak termaksud orang-orang yang dijanjikan murka Allah SWT.

Masih ingat lagi kata-kata Allah SWT dalam surah Adz-Dzaariyat 51:56;

 Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”

Naah, Nak syurga tak?

Saya yakin, kita semua mahukan syurga Allah SWT.

Betul tak?

Oleh itu, marilah kita tinggalkan perkara-perkara yang membawa kepada murka Allah SWT. Terutamanya dalam hal-hal berkenaan persediaan menyambut hari raya. Semoga hari raya yang bakal menjelang nanti menambahkan lagi ganjaran pahala dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Bukan menambahkan lagi dosa dan keingkaran kita kepada Allah SWT.

Kita juga yang akan merugi!

Jujur saya katakan, saya tidak mahu menambahkan lagi dosa pada hari kemenangan islam yakni hari raya. saya mahu beribadah sambil bergembira bersama keluarga tercinta.
Saya yakin anda juga begitu!

Hidupkan malam Qadar

Ayuh! Hidupkan malam qadar mulai saat ini.

Jangan tunggu lagi!

Jangan beralasan lagi!

Yakinlah ganjaran Allah SWT pada malam Qadar iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Malam penuh keampunan. Malam penuh rahmat.

Namun, jangan dilupa. Tujuan utama kita bukan semata-mata memburu malam agung itu. Tetapi tujuan utama kita ialah menjadikan malam qadar sebagai wadah menuju keredhaan Allah SWT. Itulah matlamat utama kita agar menjadi masyarakat islam yang bertakwa. InsyaAllah.

Tanyakan diri kita? Pujuk diri kita? Agar kita memulakan langkah menuju rumah Allah SWT untuk melaksanakan iktikaf.

Sekiranya, takut berseorangan? Ajaklah rakan-rakan dan ahli keluarga anda bersama. Bagi yang sudah berumah tangga, ajaklah isteri dan anak-anak untuk beriktikaf di masjid. Ayuh meriahkan rumah Allah SWT dengan beribadah kepada-Nya. Jangan dilupa jiran-jiran kita. Ajak mereka sekali untuk memburu ganjaran Allah itu. Agar kita semua mencapai puncak ketakwaan dalam beribadah kepada Allah SWT.

Istimewa pihak media

Pihak media jangan lepaskan peluang ini untuk mengaut lebih banyak ganjaran pahala daripada Allah SWT. Keuntungan, keuntungan juga namun, pahala di sisi Allahlah sebaik-baik keuntungan Anda.

Gencarkan promosi di saluran media anda untuk menggalakkan masyarakat islam mengunjungi masjid dan mendapatkan ganjaran Allah SWT. Seperti mana halnya, pihak media anda memotivasikan masyarakat berlomba-lomba memenuhi pasaraya.

Promosikan program qiamullai di masjid-masjid. Sebarkan tip-tip beriktikaf, ganjaran malam qadar, amalan-amalan yang perlu dilakukan semasa beriktikaf, ceramah-ceramah motivasi, cerita pendek ramadhan dan sebagainya agar masyarakat sedar akan penting menghidupkan malam qadar.

Bukannya memuatkan lagu-lagu raya dan promosi yang melampau sehinggakan kita lalai beribadah kepada Allah SWT. Kita tidak mau itu!

 Dengan itu, sumbangan pihak media dalam mengharmonikan masyarakat dengan islam mampu menjadi contoh kepada saluran media lain yang ada di Malaysia. InsyaAllah

 Evaluasi ramadhan

Saya mengajak diri sendiri dan seluruh umat islam agar melakukan evaluasi ramadhan masing-masing. Semak semula kekurang ibadah kita dan berusaha melakukan pembaikan sama ada dengan 10 malam terakhir ramadhan ini mahupun ramadhan tahun hadapan.

Mari betulkan kembali niat kita. Adakah ibadah kita ketika ini benar-benar bersandarkan kepada Allah SWT atau sebaliknya. jika sebaliknya, maka kembalilah membetulkan niat kita. Mahukan anda bekerja tanpa sebarang gaji daripada majikan? Tentu saja tidak. Betul tak?

Begitu juga dalam beribadah, sekirahnya kita hendakkan ganjaran daripada Allah SWT. Pastikan niat kita beribadah hanya kepada Allah SWT semata-mata.

Rasulullah SAW bersabda “ Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat dan sesungguhnya ke atas setiap seseorang itu (dibalas) berdasarkan niat mereka” (Bukhari dan Muslim).

Jadi, jangan biarkan ramadhan kita berlalu tanpa makna. Pastikan ramadhan yang kita lalui memberi perubahan yang lebih baik dari segi akhlak, ibadah, cara hidup, pemahaman, rohani, kesihatan, dan persepsi kita terhadap kehidupan kita.

“Hiduplah untuk beribadah dan melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran di muka bumi ini. Bukannya hidup berterusan bermaksiat yang boleh membawa kerosakkan di atas muka bumi ini” Hadi Muslim.

Jadi tunggu apa lagi!

Carilah malam lailatul qadar.

Mulalah beiktikaf.

InsyaAllah, anda akan bertemu malam itu.

3 comments:

  1. uhm..Pasaraya sesat atau sesak? saya setuju la dgn artikel ni. Samapai sekarang sebenarnya saya tak faham kenapa kena cari lailatulqadr? Memang la dengar ceramah kena cari malam al qadr. lebih baik dr 1000bulan sume. tapi x tau kenapa. lebih baik dr 1000 bln so? patut di setiap pgram2 persiapan ramdhan atau pengisian ramadhan perlu go into detail lagi mengenai lailatulqadr ni.

    ReplyDelete
  2. salam.. terima kasih betulkan kesalahan ejaan.

    memang perlu kita mengejar dan mendapatkan malam lalilatul qadar..kerna usia atau umur umat muhammad SAW sangat singkat berbanding umat terdahulu. dengan ganjaran lailatur qadar drpd Allah SWT maka, ganjaran pahala umat muhammad standing dengan ganjaran pahala umat terdahulu krna digandakan sbnyk 1000 bulan. InsyaAllah semua itu bergantung kualiti niat kita melakukan sbarng pengabdiaan kepada Allah SWT. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  3. dengar je da tau. better than 100 months. wow.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...