Pages

Tuesday, November 13, 2012

Aku Pernah Jadi Sahabatmu


Luahan Hati itu benar

Rasa ingin memiliki itu fitrah bagi manusia.

Ingin memiliki seseorang itu sama ada sebagai isteri, suami, atau sahabat. kita akan sanggup berkorban dan kita sangat baik dengannya. Korbankan masa, perasaan, tenaga dan apa-apa saja layanan yang selayaknya bagi seseorang yang dihargai.

Namun hakikatnya, majoriti sebelah pihak saja yang menyayangi seseorang. Tetapi sebaliknya seseorang yang kita sayangi dan hargai itu sekadar terima kita kerana terpaksa dan ingin menjaga hati.


Apabila seseorang itu terlalu menyayangi dan tiba masanya untuk berputus asa, kecewa, lelah berinisiatif dan berputus harap kerana tidak berbalas, sms tidak reply,call tak angkat, kita juga kena mulakan bicara, tidak seronok dengan kita, tapi dengan orang lain boleh pula banyak kata, menjaga jarak, mula memberi alasan, kata mengetahui kelemahan diri tapi tidak berinisiatif memperbaiki, tiada usaha untuk menghargai dan macam-macam lagi.


Atas dasar itulah seseorang itu akan terpikir untuk melupakannya walaupun seseorang terpaksa berkorban, hati terluka & menangisi keputusan tersebut. 

Namun, seseorang itu tetap nekad melupakan segalanya walaupun terasa berat.

Pandangan Saya.

Bermula disitulah, orang yang kita sayangi dan hargai itu akan melihat pengorbanan kita, rasa kasihan, dan rasa bersalah kerana kita memutuskan untuk meninggalkan dan melupakannya. 

Saya yakin. Bukan mudah mencari seseorang seperti itu yang sanggup menghargai kita. Bukan mudah. Bukan mudah.

Orang yang ditinggalkan itu, tidak mungkin akan menemui seseorang seperti orang yang menyayangi dirinya sebelum ini. Kalau tidak pun, seseorang yang ditinggalkan itu akan berbuat seperti apa yang telah dilakukan oleh seseorang yang menghargainya sebelum ini. Tapi hakikatnya. Kisah akan berulang semula. Kita akan merasa seperti mana apa yang dirasai oleh orang yang kita abaikan perasaannya sebelum ini. Yakinlah kisah yang sama akan berulang.

Kita baru sedari, bahawa beginilah perasaan jika menghargai seseorang tanpa maklum balas dari hati. Hanya sekadar menjaga hati. Itu tidak cukup. 

Penyesalan akan berlaku. Perasaan rindu dengan layanannya akan bermain-main dalam kotak pemikiran kita. 

Semuanya sudah terlambat. 

Dia sudah meninggalkan kita. 

Meninggalkan seseorang yang tidak menyayanginya. 

Namun, seseorang itu pula sangat menyayangi seseorang yang ditinggalkan.

Nasihat dari orang yang pernah bergelar sahabat.

Sekiranya ada lagi seseorang seperti ini menemuimu.

Hargailah dia. Orang yang sanggup berkorban masa dan perasaan untukmu. Sebenarnya dialah orang sanggup hidup susah senang bersamamu. Yakinlah!. Sahabat cukuplah aku sebagai pengajaran atas semua kisah persahabatan ini.

Atas nilai ukhuwah ini, aku akan tetap menjadi sahabatmu. Tapi di akhirat sana. Sahabat, aku sudah lalui kembara mencari sahabat ini sejak sekian lama. Hakikatnya memang “Sukar mencari sahabat sejati”. Kesabaran, kejujuran, pengorbanan, dan perasaan menjadi taruhan untuk mendapatkannya. Tangisan mengimbau kisah lalu akan sentiasa bermain difikiran sehinggakan kisah itu akan sentiasa segar dalam ingatan.

Peluang yang ada jangan disia-siakan. Sikap kita yang kurang memahami jangan jadikan alasan untuk kita hanya sekadar berpeluk tubuh tanpa ada usaha untuk memahami.

Sahabat...

Aku doakan agar sahabat menemui orang yang lebih memahamimu, menyeronokkanmu, membimbingmu, memenuhi ciri-ciri sahabat yang sahabat impikan dan membuatkan sahabat lebih termotivasi dalam segala hal. Itupun sekiranya sahabat memerlukan persahabatan. Tapi hakikatnya sahabat, semua orang mengimpikan sahabat sejati. tapi persoalannya bila?di mana? siapa?

Moga menemui seseorang yang lebih sehaluan denganmu. Bukan sepertiku yang hanya berperasaan bahawa engkaulah sahabatku. Namun, engkau hanya menerimanya hanya sekadar menjaga hati.

Sahabat sentiasalah bersedia menjadi sahabat sejati walaupun sahabat tidak berusaha untuk mendapatkannya.

InsyaAllah Sahabatku, Aku doakan agar kau menemui sahabat yang kau inginkan sebagai penguat dan saling menyayangi kerna-Nya.

Akhir kalam sahabatku..

Ana ‘Uhibbukafillah'.

Dari  Hamba Allah: Yang Pernah Jadi Sahabatmu.

                                 *****

Coretan Memori: Nukilan ini hanya sekadar persepsi mengenai kisah persahabatan. Namun sekiranya, kisah ini berlaku terhadap diri kita dan orang lain. Maka jadikanlah nukilan ini sebagai salah satu pengajaran.

Karya Asli Hadi Muslim. UMS, Kota Kinabalu, Sabah. 14/11/2012. Malaysia.


Saturday, November 3, 2012

Makna Hidup Kita!



Kita milik-Nya

Sahabatku…

Hidup ini adalah pinjaman daripada Allah SWT. Segala apa yang kita ada sekarang adalah milik-Nya. Allah SWT berhak mengambilnya bila-bila masa daripada pangkuan kita, kerana itu milik-Nya. Diri kita adalah milik mutlak Allah SWT. Diri kita ini adalah pinjaman dari-Nya untuk kita. Untuk apa? Untuk mengabdi dan beribadah kepada-Nya.

“Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan hanya beribadah kepada-Ku”
[Surah Adz-Dzariyat 51:56]

Tapi, kita selalu mengsia-siakan pinjaman hidup ini. Kita gunakan masa hidup kita untuk kepentingan dunia. Kita sayangkan dunia. Kita sanggup berkorban demi mendapatkan nikmat dunia. Kita ingkar kepada-Nya. Kita menangguhkan pengabdian dan penghambaan kita kepada Allah SWT.

Kita seolah-olah berhak dan berkuasa ke atas diri kita. Bebas berbuat apa saja. Tidak solat, tidak baca al-quran, meninggalkan sunnah Nabi, memakan riba, minum arak, berzina, pergaulan bebas, menagih dadah, memutuskan tali persaudaraan, durhaka dengan kedua orang tua, sering menipu, dan macam-macam lagi kita lakukan.

Kita hendak menipu Allah SWT, tapi sebenarnya kita yang menipu dan memperbodohkan diri kita sendiri. Mata hati kita telah dikuasai oleh kenikmatan dunia.

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”
[Surah Ali Imran 3:14]
Sahabatku….

Nikmat dunia ini sementara saja. Nikmat dunia ini walaupun memberi keseronokkan kepada diri kita, tapi sebenarnya membuat hati kita gelisah. Kita gelisah dan bimbang untuk melepaskannya. Takut kehilangannya. Kita merasakan itu milik kita. Setiap masa kita bimbang dan gelisah akan keselamatanya. Hidup kita tidak tenang dan bahagia. Kita hanya sekadar belakon atau berdrama dengan mempamerkan perasaan gembira dan bahagia kepada manusia. Tetapi hakikatnya, jiwa kita tidak tenang kerana terlalu memikirkan nikmat-nikmat dunia. Ketenangan hanya milik Allah SWT. Oleh itu, dengan mengingati Allah SWT hati kita akan jadi tenang dan tenteram.

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
[Surah Ar-Ra’d 11:28]
Berhentilah!

Sahabatku….

berhentilah mengejar dunia. Dunia tidak memberi kebahagian hakiki buat kita. Dunia sentiasa membuatkan kita melawan fitrah. Mengelirukan kita. Menyukarkan kita membuat pilihan. Ambillah nikmat dunia seadanya. Jangan terlalu ghairah sehinggakan kita menjadi tamak haloba. Dunia hanya menyediakan kenikmatan yang sementara dan tidak kekal buat selamanya.

“Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.”
[Surah Al-Mu’min 40:39]

Dan;

“Allah meluaskan rezki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit).”
[Surah Ar-Ra’d 11:26]

Bertaubatlah dan kembalilah kepada Allah SWT. Jangan risau, Allah SWT tidak akan memandang besar atau kecil kesalahan kita. Namun, Allah SWT akan melihat kesungguhan, keikhlasan dan kesediaan kita memohon ampun kepada-Nya.

Jika kita benar-benar bertaubat. Allah SWT tidak akan menolak pemohonan ampun hamba-Nya. Walaupun dosa kita memenuhi langit dan bumi. Allah SWT sayang kita. Pintu taubat dan rahmatnya sentiasa terbentang luas di hapapan kita.

Semua itu untuk kita sebenarnya.

Kejarlah!

Sahabatku…

Jadikanlah kehidupan dunia sebagai jambatan buat kita menuju redha Allah SWT. Jangan jadikan dunia sebagai sungai yang akan menghanyutkan kita dan menyebabkan kita semakin jauh dari-Nya.

Kerjalah kehidupan yang hakiki di akhirat sana. Alam syurga menyediakan kebahagiaan dan kenikmatan tiada tara tandingnya. Kita hidup kekal di dalamnya. Nikmatilah segalanya. Itu milik kita. Milik penghuni syurga. Kita dilayani oleh bidadari-bidadari syurga. Bukan bidadari dunia yang penuh kekurangan dan kelemahan. Hidup di syurga puncak segala nikmati. Berseronoklah dan bergembiralah di dalamnya.

“Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam syurga berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu. Berbahagialah kamu! maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya." Dan mereka mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan) menempati tempat dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki; maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal."
[Surah Az-Zumar 39:73-74]

Itulah hasil pengorbanan kita di dunia. Menjadikan hidup ini umpama pengembara. Singgah di dunia mendapatkan bekalan pahala dan amal soleh. Bekalan itulah menjadi tiket layaknya kita memasuki syurga-Nya. ‘Salam sejahtera buat kita dari Yang Maha Esa.’

Daripada Ibn Umar r.a., beliau berkata: Rasullah s.a.w. memegang bahuku lalu bersabda: "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan".

[Diriwayatkan oleh al-Bukhari]
Sahabatku…

Sedarilah, kehidupan kita hanya sementara. Manfaatkanlah sisa hidup ini sebaik-baiknya iaitu hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT dan mencari keredaan-Nya. Kita hidup hanya sekali. Jangan sampai kehidupan kita di dunia menyebabkan kita menyesal selama-lamanya di akhirat sana.

Marilah kita beramal soleh. Meningkatkan ketakwaan atau rasa takut kita kepada-Nya. Moga kita tergolong antara hamba-Nya yang beruntung.

Maknai Hidup kita!

Ayoh!! Sahabatku..
Muhasabah kembali diri kita.
Jernihkan semula matlamat hidup kita. 
Tamatkan perilaku dosa kita.
Mulakan kehidupan baru kita.
Kehidupan hanya mencari keredaan-Nya.
Hanya itulah Makna Hidup Kita!


Karya Asli: Hadi Muslim
"Everything for Allah"
UMS: 04/11/2012

Thursday, November 1, 2012

Cerpen: Ikhlas



Saya teringat pula seorang junior mengadu dengan saya, katanya; "Abg Rusdi, saya ni susah sangat nak IKHLAS jika berbuat sesuatu. Kadang2 'roomate' saya ajak ke majlis ilmu di surau blok,  tpi saya selalu bagi alasan saya tidak layaklah,tidak ikhlas lah dan sia-sia saja dtg kalau perasaan tu masih ada." curahan hati seorang junior.

"Abg, macam mana ya supaya kita ini ikhlas dalam berbuat sesuatu?" Lanjutnya.

"Adik, abg sayang adik kerana Allah SWT. Kerana memberi abg peluang membuat pahala dengan cuba menyelesaikan masalah Adik." Ujarku.

'Dia hanya mampu tersenyum. Wajahnya juga nampak ceria dan tidak sabar menanti jawapan daripada persoalannya' Tafsirku.

"Adik, berbuat ikhlas tu, memang susah nak capai. Abg sendiri pun tak dapat kesan bila agaknya abg ni ikhlas berbuat sesuatu. Tapi Adik, Abg tak pernah berhenti berusaha dan belajar agar abg ni mencapai ikhlas. Kalau tunggu abg nak ikhlas baru berbuat sesuatu, mungkin solat pun abg dah tak buat dah." Jelasku.

"Jadi Abg, apa yang perlu saya buat?" Soalnya.

"Adik, jangan kata lagi saya tak layak dan susah nak ikhlas. Tapi, abg cadangkan agar Adik dan Abg berusaha melayakan diri dan jangan berhenti belajar untuk ikhlas." Nasihatku.

"Jadi saya kena belajar untuk ikhlaslah?"

"Ya, Belajar dengan berbuat  kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dengan itu, Adik boleh belajar bagaimana nak ikhlas. Kena buat tau, bukan sekadar cakap nak belajar untuk ikhlas".

"Alhamdulillah. InsyaAllah..Terima kasih banyak abg"

"Sama2 Adik"

(Nantikan Cerpen lengkap Tajuk "Ikhlas")

(Hadi Muslim)
"Everything for Allah"
UMS/2-11-2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...