The Name Of Allah
Assalamu’alaikum wbt
Khaifah haluka Ya Akhi?
Asif kerna baru update blog ini yang
sekian lama menyepi.
Untuk post kali ini, ana cuma mahu berkongsi kepada ikhwah
serta muslimin dan muslimat diluar sana mengenai “Jaga Pandangan”. Namun begitu,
ana akan membahaskan bagi pihak ikhwah saja. InsyaAllah.
Allah SWT berfirman dalam Surah ke 24 iaitu Surah An-Nur
ayat 30;
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka
menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih
suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka
perbuat."
Maka itu, ana mengajak diri sendiri dan para ikhwah sekalian agar
sentiasa menjaga pandangan sama ada pandangan hati atau pandangan mata.
Akhi..Jaga Pandanganmu!!
Ana percaya ikhwah sangat mengetahui akan bahaya jika tidak menjaga
pandangan. Betul tak?
Maka itu, ikhwah akan sentiasa berusaha
untuk menjaga pandangan mata dan mata hatinya agar tidak dicemari oleh
kemaksiatan. Ini kerna, hampir para ikhwah hafal mengenai ayat di atas.
Selain itu juga, Ikhwah selalu menyampaikan ayat surah Al-Isra’ 17 ayat
32 sama ada semasa taklim, halaqah, dan Daurah mengenai ayat ini akan larangan
menghampiri zina.
Allah SWT berfirman;
“Dan janganlah kamu mendekati zina;
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang
buruk.” QS 17:32
Kegagalan para ikhwah menjaga pandangan mata
juga akan dianggap sebagai zina mata kerana melihat sesuatu yang bukan haknya
seperti melihat kaum Hawa tanpa alasan yang syari’e.
Akhi betul ke ni?
Haa..
Betulah…
Adakalahnya kita hanya menundukkan pandangan
sekirahnya lawan laluan jalan kaki kita adalah Muslimah yang bertudung labu
saja. Hati berdebar-debar kerna sangkaan ikhwah mereka adalah Akhwat.
Alhamdulillah..ikhwah ana kagum dengan cara antum semuanya.
Akan tetapi Akhi?
Enta perasaan tak bila kita duduk dalam
dewan kuliah, ke lebri dan ke Café. Berapa ramai ikhwah yang mampu menjaga dan
menundukkan pandangan seperti mana bertembung dengan Akhwat tadi.
Hermm..”Tepu dada Tanya Iman”
Kesannya kepada Dakwah
Kita sering mengajak para mad’u agar mereka
menjaga pandangan mata dan mata hati. Namun kita kadang-kadang terlupa
mengingatkan diri sendiri. Asif Akhi..Macam ada pengalaman saja!!
Sekiranya benda macam ini saja masih belum
settle dalam kalangan ikhwah, bagaimana para mad’u merasai pesanan dakwah yang
kita sampaikan. Lebih parah lagi apabila para ikhwah dengan selambanya
bersembang-sembang tanpa tujuan yang jelas dengan wanita lain dengan penyaksian
para mad’u. Terus para Mad’u tak Tsiqoh dengan kita.
Selain itu, kejayaan Dakwah tidak mungkin akan diraih jika para penggerak dakwah masih bergelumang dengan sebarang dosa. Masih subur dengan penyakit-penyakit hati. Hati masih lagi cenderung bermakisat kepada Allah SWT walaupun bukan secara Zahir namun kemaksiatan hati akan bertunas lebih para sekirahnya tidak dirawat dengan segera. Astagfirullah.
Ana Berpesan kepada Diri
Oleh itu, ana berpesan kepada diri ana
sendiri agar menghindari kemaksiatan ini sama di dewan kuliah, lebri, café,laman
Facebook dan majalah-majalah. Bagi para ikhwah marilah kita sama-sama menjaga
Pandangan Mata dan Hati.
Wallahu’alam.