Jangan Berhenti berharap!
“Akhi, ini ujian Allah
SWT kepada diri anta. Jangan berhenti berharap dari-Nya. InsyaAllah, akan ada
jalannya.” Ujar Faris Aiman.
“Faris, ana sangat
mengharapkan bantuan ni. Inilah satu-satunya jalan untuk ana. Tapi..”
Zafwan Ar-Rasyidhi tidak mampu berkata apa lagi. Tangisan
dan kesedihan semakin menguasai dirinya. Keadaan semakin suram. Faris Aiman
tidak mahu lagi mengganggu kesedihan sahabatnya. Zafwan Ar-Rasyidhi melayani
kesedihannya. ‘Bila kesedihannya mula
reda, saya akan memberikan cadangan dan
membantunya. Saya mesti membantunya. Ini tangungjawab saya sebagai seorang
sahabat dan selalu berdamping dengannya.’ Monolog Faris Aiman.
Sambil memandu, Faris Aiman mendapatkan telefonnya dan
menaip sesuatu. Butang send ditekan.
Zafwan Ar-Rasyidhi hanya memerhati sekilas tanpa disedari oleh sahabatnya.
Cuaca pada hari itu agak kurang baik. Hujan lebat sepanjang
hari menyebabkan perjalanan semakin terhad. Selesai sahaja urusan menghantar
borang bantuan zakat siswa dengan keputusan yang mengecewakan kerana ditolak.
Mereka beransur pergi dengan harapan yang hampa. Zafwan Ar-Rasyidhi sangat
kecewa pada masa itu. Faris Aiman turut merasakannya. Kita hanya mampu
merancang dan berusaha, namun Allah jualah yang menentukannya.
Isyarat mesej menerjah masuk ke telefon bimbit Faris Aiman
memecahkan kesepian bicara antara mereka berdua.
“Akhi, anta kena
kuatkan semangat. Ana yakin pasti ada jalannya. Takkan anta mau lepaskan
tawaran sambung belajar hanya kerana permohonan anta untuk mendapatkan bantuan
ditolak. Ada cara lain lagi, insyaAllah.” Faris Aiman cuba menguatkan
semangat sahabatnya.
“Anta sudah tanya
dengan keluarga terdekat dan kawan-kawan anta tentang masalah ini. Ana yakin
akhi, mereka akan membantu. Tapi anta kena cuba dulu, kalau tidak mana mungkin
kita tahu mereka mau membantu atau tidak.” Lanjutnya.
Faris Aiman amat dikenali sebagai seorang sahabat yang
kurang bercakap. Namun, dalam bab memberi nasihat, pantang melihat sahabatnya
bermasalah. Ada saja kata-kata motivasi dan cadangan penyelesaian yang cuba
diberikan. Sebab itulah, Zafwan Ar-Rasyidhi lebih selesa berdamping dengannya
walaupun personaliti mereka jauh berbeza. Pendek kata dua sahabat ini saling
melengkapi antara satu sama lain.
“Akhi, esok
pendaftaran universiti bermula. Mana mungkin, keluarga dan kawan-kawan mampu
menyediakan wang yang cukup membiayai yuran pendaftaran. Hatta, ana beritahu
hari ini akhi.” Zafwan Ar-Rasyidhi menjelaskan.
“Ana tangguh sajalah
tawaran ni.” Lanjutnya. Mata Zafwan Ar-Rasyidhi berkaca-kaca semula.
“Tungguh akhi, jangan
cepat sangat buat keputusan. Anta sekarang ni dalam keadaan emosi dan tidak
stabil. Sebaiknya anta bincang dulu dengan sahabat-sahabat yang lain.”
Faris Aiman mencadangkan.
“Untuk pengetahuan
anta, kakak ana bersedia membantu separuh yuran pendaftaran. Selebihnya, ana
cadangkan anta maklumkan dengan sahabat-sahabat lain. Yakinlah akhi, Allah
sentiasa membantu sekiranya kita benar-benar ikhlas. Ana yakin, anta sambung
belajar ini pun bukan untuk kepentingan peribadi, tetapi anta mahu menyumbang
dan meneruskan keberlangsungan dakwah ilallah.” Tegas Faris Aiman.
Zafwan Ar-Rasyidhi teliti mendengarkan kata-kata sahabatnya.
Kata-kata itu sangat membumi. Membangkitkan semangat dan menyentuh hati bagi
sesiapa yang mendengarkannya. Air mata Zafwan Ar-Rasyidhi masih kelihatan bukan
kerana kesedihan borang tawaran bantuan zakat siswanya ditolak. Namun, kagum
dan beruntung kerana Allah menganugerakan seorang sahabat yang memahami dan
setia. Wajah Zafwan Ar-Rasyidhi menunjukkan perubahan. Wajah sedih dan berduka
berubah menjadi wajah yang mengukirkan senyuman. Senyuman penuh syukur dan
pengharapan kepada Allah SWT. Dia Maha Berkuasa dan Maha Kaya.
“Jazakallah akhi.
Allhamdulillah , sekarang ana faham. Ana sepatutnya tetap kuat dan terus
mengharapkan bantuan Allah SWT. Allahlah yang membantu hamba-hambanya. Tidak
sangka pula, pertolongan Allah itu dekat. Hanya disebelah ana iaitu anta. Allah
menurunkan pertolongan lewat anta.” Zafwan Ar-Rasyidhi meluahkan.
“InsyaAllah akhi, ini
percaturan Allah SWT. Sebab itulah kita kena yakin akan pertolongan Allah.
Jangan berhenti berharap dengan kebaikan-Nya. Semoga ana terus menjaga
keikhlasan hati ana akhi. Doakan ya.” Faris Aiman mengingatkan untuk
dirinya dan sahabatnya.
“InsyaAllah akhi.”
Balasnya.
Faris Aiman hanya mampu tersenyum. Bahu sahabatnya ditepuk
dua kali menunjukkan dia akan sentiasa menjadi pendorong saat sahabatnya berada
dalam kesusahan. Mereka saling berpandangan. Senyuman Faris Aiman tidak pernah
lekang. Zafwan Ar-Rasyidhi terhibur dengan senyuman sahabatnya. Senyumannya
juga mula terukir. Senyuman kegembiraan dan kebahagiaan dengan penuh kesyukuran
kepada-Nya.
‘Akhi, ana
uhibbukafillah.’Bisik hati Zafwan Ar-Rasyidhi. Kalimah itu, tidak mampu ku
ungkapkan secara zahir. Semoga Allah, menyampaikan bisik hati ini kepada
sahabatku.
“Akhi, teruskan
pengajian anta di peringkat Master ya. Pastikan esok datang mendaftar.”
Faris Aiman mengingatkan.
“Baiklah akhi.”
Balas Zafwan Ar-Rasyidhi.
panjangnyanama... zafwan alshjahkhsua
ReplyDelete