Pages

Tuesday, December 20, 2011

Beginilah Kalau Ikhwah nak Nikah!!


“Faiz nak cari calon yang macam mana?” Saya bertanya sambil menghirup kopi yang masih panas. Tika suasana sejuk begini, setiap hirupan dirasakan cukup nikmat. Tambahan pula berbicara isu-isu tentang Baitul Muslim yang memerlukan fokus yang tinggi.

"Faiz sebenarnya taklah memilih sangat, tapi abang Hisham tengoklah senarai ini, mudah-mudahan ada yang punya ciri sepertinya. Kalau tidak semua pun, saya amat berharap 2/3 darinya dapat dipenuhi, kerana saya ingin melahirkan generasi yang bakal menyambung perjuangan Solahuddin." Ujar Faiz dengan bersemangat sambil menghulurkan sekeping kertas berlipat kepada saya.

"Wah! Serius sungguh nampaknya!" Ujar saya, tetapi hanya di dalam hati.

Saya menyambut kertas yang dihulurkan dan kemudian membukanya perlahan-lahan. Berkerut-kerut dahi saya membacanya.
1. Berkulit putih.
2. Punya lesung pipit.
3. Bertudung labuh
4. Berkaca mata
5. Berasal dari Kelantan, kalau boleh dari jajahan Kota Bharu atau Pasir Mas sahaja (mak saya minta supaya menantunya boleh makan budu).
6. Berketurunan Melayu.
7. Muda dua tahun dari saya.
8. Pandai memasak.
9. Lemah lembut.
10. Punya sifat keibuan yang tinggi.
11. Pandai mengambil hati orang tua.
12. Menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk al-Quran.
13. Komited dalam dakwah.
14. Rajin bertahajjud.
15. Tidak lebih tinggi dari saya. Tinggi saya 1.63 cm sahaja.
16. Bertubuh sederhana, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk.
17. Aktif bersukan.
18. Ramah-tamah.
19. Pandai memandu kereta.
20. Jangan anak sulung atau bongsu.
21. Sanggup untuk berhari raya pertama di kampung saya di Pengkalan Chepa.
22. Tidak ada sakit yang kronik, terutamanya sakit kulit.
23. Boleh juga bekerja untuk menambah pendapatan keluarga.
24. Subur, kerana saya mahukan sekurang-kurangnya enam orang anak dalam keluarga seperti Dr. Z.

Saya membaca senarai itu dengan mata yang berpinar-pinar, terasa seperti mahu tersembur air kopi yang sedang dihirup. Subhanallah, di mana harus saya cari bidadari seperti ini untuk menjadi pasangan hidupnya.

Sedaya upaya saya cuba mengawal diri, menahan tawa dan mengelakkan dari raut wajah saya berubah untuk tidak mengecilkan hatinya. Perasaan terasa bercampur-baur antara lucu dan kasihan. Sungguh 'hebat' fantasi anak muda 'dakwah' ini dalam menentukan kriteria pemilihan pasangannya.

Saya menghabiskan kopi yang panas sebelum memulakan bicara. Ada sesuatu yang harus saya katakan padanya. Namun perlu berhalus agar tidak mengusik hatinya. Dalam berdepan isu begini, kadang-kadang ikhwah mudah terasa hati.

"Akhi, anta sekarang dah hafaz berapa juzuk?" Saya menukar sedikit topik perbualan.

"Errr...baru hafaz juz 30 dan 29, itupun masih ada yang tak berapa lancar." Jelasnya jujur sambil tersengih menampakkan susunan giginya yang tidak sama.

"Macamana dengan kriteria yang saya bagi tu Abang Hisham, agak-agak ada tak akhawat yang seperti itu?" Tanya Faiz. Namun sekali lagi saya tidak menjawab soalannya dan bertanya lagi.

"Akhi, malam tadi anta solat tahajjud dan khatam 1 juzu' bacaan al-Quran tak?"

"Tak pula, letih sangat, malam tadi habis mesyuarat lambat sangat. Insya-Allah malam ni kami ada program Qiam bersama mad'u junior. Insya-Allah malam ni kami akan Qiam."

Saya mendengar jawapannya dengan bersahaja, kemudian bertanya lagi.

"Akhi, semalam berapa kali anta solat berjemaah di masjid?"

"Kenapa abang Hisham tanya soalan-soalan ni? Bukankah kita sedang berbincang tentang Baitul Muslim? Apa kena mengenanya?" Balas Faiz dengan wajah yang sedikit berubah dan suara yang agak sedikit keras walaupun masih cuba dikawalnya.

Jika kulitnya putih mungkin telah berubah menjadi kemerah-merahan tanda tidak puas hati. Tetapi kulit sawo matang melayu Kelantan yang diwarisi menyebabkan hanya kerutan yang kelihatan sedikit di dahi.
Saya hanya tersenyum.

"Beginilah Faiz, apa yang Faiz tulis dalam kertas tu bagus, cuma ia terlalu bagus. Abang Hisham yakin, dalam zaman sekarang ini, sepuluh bahkan seratus tahun mencari pun belum tentu Faiz akan berjumpa dengan calon seperti yang diinginkan jika semua kriteria tersebut harus dipenuhi."

"Tidak ada eh?" balas Faiz penuh persoalan. Keningnya diangkat sedikit.

"Kalaupun ada, mungkin dia dah kahwin dengan juara Imam Muda musim kedua agaknya. Hahaa" Saya menjawab sambil ketawa kecil. Cuba menceriakan suasana. Dia juga kelihatan tersenyum.

"Abang Hisham tanya soalan-soalan tadi supaya Faiz tahu yang Faiz pun tak sempurna mana, jadi dalam mencari calon isteri ni, tak perlulah terlalu memilih itu dan ini, sebab kita pun bukan setaraf Imam Ghazali, dengan peserta Imam Muda yang terkeluar pada pusingan pertama pun belum tentu." Jelas saya dengan bersahaja sambil merenung tepat ke wajahnya dan memberikan senyuman yang manis.

"Habis tu, bagaimana Abang Hisham?" Tanya Faiz, wajahnya kelihatan penuh ingin tahu.

"Beginilah, ...."

"Abang Hisham akan cuba tanyakan pada isteri, kalau-kalau ada calon yang sesuai. Insya-Allah, kami akan cari calon yang terbaik untuk Faiz, tapi bukan yang sempurna. Kami akan cuba tengok kalau-kalau kriteria tersebut boleh dipenuhi, tapi untuk memenuhi 1/3 darinya pun hampir mustahil."
"Anta kena ingat akhi, walaupun berada dalam sistem tarbiah dan usrah, tetapi akhawat itu tetap manusia dan tetap seorang wanita." Saya menjelaskan.

"Ada yang rupanya cantik, tapi pengamalan agamanya mungkin agak kurang."

"Ada pula yang rupanya agak sederhana dan hafazannya cuma satu juz sahaja tapi komitmen dakwahnya baik.

"Lemah-lembutnya mungkinlah tidak selembut Asyiela Putri pelakon Upin Ipin tu, tapi tidaklah pula sekeras dan se 'brutal' Kak Ros. Haha" saya menjelaskan lagi sambil tertawa. Kemudian saya menyambung bicara.

"Tentang memasak, usah dirisaukan, asalkan dia punya keinginan untuk belajar, Insya-Allah beres semuanya. Kalau nak cari yang makan budu, orang Kelantan pun tak ramai yang makan budu. Isteri ana orang Pahang, tapi hantu budu juga. Dulu ana tak makan tempoyak, tapi lepas kahwin dengan orang Pahang, ana jadi hantu tempoyak."

"Kemudian, tentang kesihatan, orang perempuan ni, ada masa dia sihat dan ada juga masa dia akan sakit, terutamanya bila mengandung."

"Tentang menghormati orang tua dan sifat-sifat mahmudah yang lain, perkara itu boleh ditarbiah dan sebahagian dari tanggungjawab suami setelah berkahwin adalah untuk membimbing isterinya dengan sifat-sifat mulia, bukan mengharapkan cinta dari bidadari syurga yang serba sempurna." Panjang saya 'mengomel'.

"Tak mengapa Faiz, nanti abang Hisham akan carikan calon yang terbaik untuk Faiz dan semestinya kriteria yang akan abang Hisham cari adalah yang paling baik agamanya."
"Banyakkanlah berdoa agar kita dipertemukan dengan jodoh yang terbaik, bukan yang tercantik dan bukan yang sempurna segalanya dan lupa juga meminta agar Allah memudahkan segala urusan untuk membina masjid ini. Ok, Faiz?" Saya menepuk bahunya dengan mesra. Anak muda sepertinya banyak perlukan bimbingan. Bukan leteran yang akan menghancurkan perasaan.

Perbualan di atas mungkin hanya rekaan, tetapi ia adalah hasil dari pengalaman saya dan rakan-rakan dalam mengendalikan urusan Baitul Muslim para pemuda-pemudi dalam dan luar negara selama beberapa tahun.

Ia kisah benar yang saya rangkumkan dalam satu perbualan. Mungkin agak ideal, tetapi itu sebahagian dari realiti ikhwah ketika mencari calon pasangan.

Dalam urusan memilih calon, harus diingat bahawa kita memilih calon di kalangan manusia, bukan Malaikat atau bidadari syurga.

Apabila pasangan itu namanya manusia, maka akan wujudlah kekurangan di sana dan di sini. Cuma satu pesanan yang ingin saya titipkan buat anak muda, pilihlah calon yang baik pengamalan dan penghayatan agamanya, Insya-Allah, rumahtangga akan dipenuhi dengan kasih sayang dan keberkatan dari Allah S.W.T.

Boleh sahaja kita memilih calon yang senegeri, yang sedap dipandang mata, punya sifat keibuan yang tinggi, pandai memasak dan sebagainya, tetapi harus diingat, bahawa kriteria pertama yang harus dilihat adalah bagaimana penghayatan agamanya, dan sejauh mana dia mengiltizamkan diri untuk membaiki diri menjadi manusia yang lebih baik.

Jika penghayatan agamanya baik, maka berlapang dadalah sedikit jika calonnya dari negeri seberang atau selang dua buah negeri atau mungkin rupanya tidak secantik dan secomel Mia Sara.

Tidak ada perkara yang tidak boleh dirunding dengan ibu bapa. Mereka hanya mahu yang terbaik untuk kita, rundinglah dengan baik dan penuh hikmah, Insya-Allah, jalan keluarnya pasti ada jika kita ikhlas ingin membina rumahtangga. Tidak ada ibu bapa yang inginkan kesengsaraan anak-anaknya.

Tentang kecantikan pula, jika calon yang dipilih adalah kerana kecantikan wajahnya, maka ketahuilah bahawa selepas berkahwin, wajah yang cantik akan menjadi biasa selepas hari-hari dipandang mata dan syaitan akan menghias wanita-wanita lain yang bukan mahram agar kelihatan lebih cantik di pandangan mata kita.

Akhirnya, yang kekal hanyalah akhlak dan pekerti yang mulia, juga keazaman untuk melahirkan dan membangunkan anak-anak singa pewaris Imaduddin, Nuruddin Zinki dan Solahuddin Al Ayyubi.

Usah terlalu gedik dalam memilih calon, tetapi biarlah realistik.

Akhir sekali, apa yang paling penting adalah bermesyuaratlah dengan ibu bapa dan orang-orang baik yang dipercayai dan berpengalaman.

Jangan lupa untuk beristikharah selepasnya agar segala keputusan mendapat panduan dari langit yang tertinggi. Insya-Allah.
-Artikel iluvislam.com

Sunday, October 2, 2011

"Memberi Di Utamakan, Menerima Di Amal Jangan"


Dengan Nama Allah Yg Maha Pengasih Lg Maha Penyayang

Dari Abdullah bin Amr, Berkata:

"Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW katanya: Perbuatan apakah yang sebaik-baiknya dalam islam?"

Jawab Rasulullah SAW:


"Mendermakan makanan, dan memberi salam kepada orang yang telah dikenal dan belum engkau kenal."

-HR Muslim-

Saudaraku yang di Rahmati Allah SWT

Saya memohon maaf atas kelewatan menulis perkongsian baru di blog ini. Kerana ada beberapa komitmen lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. InsyaAllah kali ini saya ingin berkongsi sebuah hadits untuk Sahabat-Sahabat sekalian. Moga bermafaat untuk semuanya.

Dalam hadits kali ini:

Rasulullah SAW memberi jawapan kepada seorang Sahabat tentang amalan-amalan yang perlu dilakukan seseorang muslim dalam hidup bermasyarakat.

"Soalan Minda" Mari jawab: Islam Itu Indah?...................... Bagaimana?........................................

Islam tidak pernah menyusahkan para penganutnya apatalagi mengzaliminya. Islam mencintai perpaduan, kasih sayang, keamanan, kebahagian dan sebagainya.

Adakah ia benar? Saudaraku Mari kita fikirkan bersama ok...

Maka Jawab Rasulullah SAW
"Mendermakan makanan, dan memberi salam kepada orang yang telah dikenal dan belum engkau kenal."

Oleh itu, perkara yang nyatakan ialah:

  1. Menderma
  2. Memberi Salam
Sahabat yang saya cintai kerana Allah SWT,

Rasulullah SAW memberitahu kepada kita bahawasanya amalan yang sebaik-baiknya yang perlu dilakukan oleh seseorang muslim dalam kehidupan sehariannya adalah MEMBERI!

Menderma adalah kita memberi!
Memberi salam adalah membri!

Sahabat Sekalian:

Pernah sahabat mendengar kalimah ini;

"Jadilah Seorang Yang Suka Memberi, Bukan Menjadi Seorang Yang Suka Menerima"
Mungkin ada beberapa Sahabat yang kurang jelas mengenai DERMA & SALAM

Derma ialah seseorang memberi sesuatu yang bermafaat kepada orang lain dan sebaiknya Derma yang kita berikan itu adalah sesuatu yang sukai dan dicintai.

Contohnya:
  1. Memberi makanan & minuman
  2. Memberi Senyuman
  3. Memberi pakaian
  4. Memberi bantuan Kewangan
  5. Memberi bantuan tenaga
  6. Dan sebagainya....

Salam ialah ucapan berbentuk doa yang sepatutnya diberikan sebelum dan selepas menemui seseorang. Seseorang itu tidak semestinya orang yang kita kenal atau orang yang kita tidak kenal. Kitakan mahu menjadi seorang yang Memberi, maka itu Ucapkanlah salam "Assalamu'alaikum WBT"

Sebagai seorang Daie, seharusnya nilai ini menjadi salah satu senjata & perisai dalam proses mengajak seramai mungkin umat islam yang jauh dengan islam untuk memahami islam dan menyebarkan ajaran islam.

Sahabat sekalian

Saya berharap dengan sedikit perkongsian bermanfaat untuk kita semuanya. Pesanan ini terutamanya untuk diri saya.

"Memberi Di Utamakan, Menerima Di Amal Jangan"

Wallahu'alam...

Friday, September 2, 2011

Seronok Beraya, Solat Jangan Lupa!!

Dengan Nama Allah Yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Anugerah dan Rahmat Allah SWT buat Umat Muhammad

Sedar ataupun tidak, Aidilfitri dan Aidiladha yang kita raikannya saban tahun adalah rahmat dan anugerah Allah buat umat ini.

Ini terbukti apabila Anas menceritakan;

Selepas Rasulullah tiba di Madinah, beliau mendapati penduduk Madinah mempunyai dua hari yang mereka raikannya pada zaman jahiliah. Lalu beliau berkata :

“Aku sampai kepada kamu semua dan aku dapati ada dua hari yang kamu semua raikannya pada zaman Jahiliah. Allah menggangtikannya bagi kamu dengan dua hari yang lebih baik daripadanya:

Iaitu “Hari Raya Korban dan Aidilfitri.”

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasaei)

Ali Hasan Al-Halabi di dalam bukunya Ahkam Al-Idyain menukilkan komentarnya Syeikh Ahmad Abdul Rahman Al-Banna: “ini kerana Aidilfitri dan hari Raya Korban ini adalah syariat Allah, dipilih buat maklumat ciptaan-Nya.

Kedua-duanya datang selepas melaksanakan dua rukun yang besar daripada rukun islam iaitu : Haji & Puasa. Pada kedua-dua rukun ini, Allah mengampunkan dosa mereka yang menunaikan Haji & orang yang Berpuasa. Dia mencurahkan rahmat-Nya kepada makhluk ciptaan-Nya yang taat.”

Saudaraku..

Marilahlah kita berfikir sejenak dan bertanya kepada diri kita setakat dua hari yang dimaksudkan itu, sejauhmana kita benar-benar menghayati Anugerah & Rahmat Allah SWT buat kita??

Seronok Beraya, Solat Jangan Lupa!

Memang seronok apabila tibanya Hari Raya. Kanak-kanak, remaja hingga orang dewasa semuanya gembira dan seronok meraikan hari mulia ini. Masing-masing dengan cara tersendiri.

Kanak-kanak semangat mengumpul duit raya. golongsn remaja saling ziarah-menziarahi rumah kawan dan sahabat handai. Golongan dewasa gembira menerima dan melayan para tetamu.

Betapa harmoninya suasana hari ini.

Namun, alangkah sedihnya sekirahnya keharmonian dan kemuliaan hari ini dicemari dengan dosa dan maksiat.

Menyambut hari raya adalah ibadah. Apakah patut kita melakukan ibadah dengan mengabaikan ibadah yang lain.

Oleh itu, mari kita saling berpesan dan nasihat-menasihati ahli keluarga, saak-saudara dan sahabat handai: “Raya, Raya juga, Solat Jangan Lupa.”


Saling Bersalaman, Jangan Sampai Melanggar Batasan!

Sememangnya tradisi ziarah-menziarahi sanak-saudara, jiran tetanggan adalah amalan yang dipuji oleh islam.

Biasanya kita saling bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Tetapi jangan sampai terlanggar batasan.

Lelaki dan perempuan yang buka mahram tidak boleh bersalaman. Ingat, kita ada adab dan batasan syariat.

Biar di Hari Raya ini kita dikurniakan berkat. Jangan cemarkan ia dengan maksiat.


Ramadhan Tahun Hadapan, Adakah Kita Berkesempatan?

Tiada siapa yang dapat menjawab soalan. Lihat, berapa ramai ahli keluarga dan sanak saudar, yang tahun lepas mereka bergembira bersama kita menuninaikan ibadah puasa dan menyambut hari raya. Namun, tahun ini tiada tawa riang yang kedengaran daripada mereka.

Mereka kembali kepada Maha Pencipta yang memiliki segala-galanya. Pasti janji kematian kepada mereka. Hari mereka sudah tiba. Entah esok ataupun lusa, saat itu pasti menjelma bagi kita. Sama ada kita bersedia ataupun masih leka.

Oleh itu, mari bersama-sama menjadikan didikan dan amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini berterusan hingga bulan-bulan seterusnya. Doa dan harapan kita supaya dizinkan bertemu Ramadhan tahun hadapan, bulan rahmat yang penuh keberkatan.


“Selamat Hari Raya Aidilfitri!”


Sunday, August 28, 2011

Bila HidayahNya Menyatu.

Dengan Nama Allah Yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Sekarang kita semakin hampir dipenghujung Ramadhan!! Sahutan seorang sahabat kepada saya. Cepat sungguh Ramadhan berlalu, saya rasa baru 2-3 hari puasa dan tak sangkah 2 hari lagi adalah hari di mana Ramdhan akan berlalu pergi. Dia teruskan bicaranya..

Saya pun perasanlah Said!!

Entahlah rasanya ini adalah Ramadhan paling singkat yang aku pernah lalui setakat ini.

Kami berdua sama-sama mendiamkan diri dan masing-masing cuba memikirkan jawapan persoalan tadi??

Said memulakan bicara!!

Rus, kau sudah kahwin mesti tidak perasan punya sebulan Ramadhan. Apakan tidak, duduk bersama isteri dan dengan isterilah juga makan sahur, buka puasa, dan solat bersama. Said meluahkan perasaan terasa nada suara orang yang sedang cemburuh!!

Said masa ini belum menikah lagi..belum ada lagi yang sesuai dengan cita rasanya. Lagi pun kami berdua masih belajar di salah sebuah IPT tempatan dengan fakulti yang sama. Kami memang rapat. Sehinggahkan ada satu ketika kawan-kawan sekuliah mencopkan kami sebagai kembar tak seiras. Aku hanya tersenyum mendengarkan kata-kata mereka di dewan kuliah tempoh hari.

Said? Saya menyebut nama itu tiba-tiba...

Masa itu juga said menoleh ke arahku di mana said masa itu memandang ke arah masjid yang tersergam indah dengan kilauan lampu yang berwarna-warni menambahkan lagi pesona mata bagi sesiapa yang memandang masjid itu. MRB itu lah namanya iaitu Masjid Bandar Raya atau lebih dikenali masjid Terapung.

Rus kenapa tiba-tiba memanggilku!!

Said saya minta maaf sekirahnya sepanjang perkenalan kita saya pernah menyakitkan hati kau.

Saya macam banyak terhutang budidan melakukan kesalahan dengan kau..

Rus...Saya pun minta maaf juga..Rasanya saya lagi banyak menyinggung perasaan kau. Aku masih ingat lagi?

Ingat pasal apa Said..

Saya bersuara ingin tahu perkara yang pernah saya ucapkan sebelum ini.

Saya rasa bersalah pula..bersalah apa Said?

Kau ingat lagi tak masa kita tahun 1 dulu..kau selalu ajak aku ke majlis-majlis ilmu (Usrah/Halaqah) dan qiamullai di Surau kediaman. ..Nada suaranya mulai sayu seakan-akan suara orang yang sedih dan menangis.

Rus..Aku minta maaf!!

Saya menghampiri sahabat saya Said..Saya menyentuh bahunya dari belakang..

Said cuba menjauhkan diri dan berpaling dariku..Saya dapat tahu mengapa Said berbuat demikan. Dia cuba menyembunyikan air matanya yang mula membasahi pipi. Sepatutnya saya menghormati kau Rus sebab masa itu Kau saja kawan Aku walaupun saat itu aku susah. Tapi..tapi...

Kesedihan mula menguasai suasana..bicara hati dua sahabat benar-benar memberi muhasabah kepada diri untuk menghargai erti Persahabatan. Persahabatan yang dibina atas dasar iman dan taqwa kepada Sang Pencipta. Begitu lah Maha Kuasanya Allah yang menyatukan hati manusia;


Saya terus mengingati satu ayat dalam Surah Ali-Imran ayat yang ke-103;

“Berpegang teguhlah kamu Semuanya pada Tali Agama Allah dan janganlah kamu bercerai berai..”


"Kami berdua mendiamkan diri agak lama.."

Said kemudianya memulakan bicara..

Dia menghampiriku dan menggapai tanganku seterusnya memeluk tubuhku..Aku sangat hairan dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Said, sebelum ini Said Fobia melihat lelaki sama-sama berpelukan, dia sangat jijik!!

Tapi malam ini, saya merasai kelainan yang menakjubkan!!

Saya hanya mampu berperasangkah baik dengan perubahannya. Mungkin juga hasil didikan Tarbiah sebulan di bulan Ramadhan.

Dengan izin Allah hidayah keimanan akhirnya hinggap juga di jiwa sahabat ku ini..”Rus terus bermonolog dalaman takalah kami masih dalam pelukan seorang UkhuwahFillah ( Berkasih Kasih Sayang Kerna Allah)”.

Saya menitiskan air mata sebagai tanda syukur kepada Allah SWT dengan Hidayah yang diberikan. Perjuangan saya selama ini dalam mendekatinya dan membimbingnya akhirnya berhasil dengan sifat PemurahNya Sang Pencipta. Kini sahabat saya semakin ingin mengenali dan mendalami islam serta nekad menujuh permulaan perubahan hidup..

Terima Kasih Ya Allah...

Aklhirnya..

Pelukan dilepaskan..kemudian masing-masing mengesak-esak air mata yang berlinang sebentar tadi..

Kami berdua berpandangan dan melemparkan senyuman antara satu sama lain.

Pada masa itu juga..Saya dan Said memasang Nekad untuk perjalanan seterusnya takalah bulan Ramadhan akan melaburkan tirainya tidak lama lagi..

Kami berhajat..sekirahnya Allah memanjangkan umur kami berdua Saya dan Said akan menjadi sahabat dunia dan akhirat iaitu Sahabat atas dasar mencari redha Allah swt. Kami juga berjanji agar 5 tahun akan datang kami akan berkunjung di tempat ini pada 10 malam terakhir di Bulan Ramadhan dengan membawa isteri dan Anak masing-masing. InsyaAllah..

So..

Saya terus berbicara disamping memecahkan dinding kesedihan yang menguasai suasana sebentar tadi..

Said..Lusa Raya di mana? Rus bertanya..

Saya beraya di Kg saja dengan keluarga tercinta..macam biasa Rus raya ke-3 datang rumah saya tau..

Kau pula..Rus raya di mana tahun ini..takkan beraya di perantauan lagi kot..Said Cuba mengungkit kisah lalu..kami ketawa sesungguhnya bagaikan usahawan meraih untung besar..

InsyaAllah Said..esok pagi aku pulang Kg dengan isteri sekali..Doakanlah keselamatan kami.

Baik sahabat..dengan berbaki 2 hari lagi Ramadhan saya ingin meluangkan lebih banyak masa dengan beriktikaf di Masjid untuk beribadah kepada Allah. Aku pun nak juga merasai kemuliaan malam lailatul Qadar yang dikatakan lebih baik dari 1000 bulan itu..

Itulah..kata-kata terakhir yang saya dengar dari luahan hati seorang sahabat dengan nikmat hidayah yang diperolehnya disaat akhir bulan Ramadhan..bicaraku dalam hati..

InsyaAllah Said..doakan aku tau..

InsyaAllah Rus..

Tuesday, August 23, 2011

Kemuliaan Lailatul Qadar.

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang"


Apa Itu Al-Qadr?
Surat Al Qadr terdiri atas 5 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah, diturunkan sesudah surat 'Abasa. Surat ini dinamai Al Qadr (kemuliaan), diambil dari perkataan Al Qadr yang terdapat pada ayat pertama surat ini.
Intisari Surah Al-Qadr;
Al Quran dimulai diturunkan pada malam Lailatul Qadr, yang nilainya lebih dari seribu bulan; para malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam Lailatul Qadr untuk mengatur segala urusan.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Qadr;
Ayat 1: Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan
Ayat 2: Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
Ayat 3: Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
Ayat 4: Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Ayat 5: Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Disebalik Al-Qadr (Kemuliaan)?
[1593]. Malam kemuliaan dikenal dalam bahasa Indonesia dengan malam Lailatul Qadr yaitu suatu malam yang penuh kemuliaan, kebesaran, karena pada malam itu permulaan turunnya Al Quran.

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa Nabi saw. bermimpi melihat Bani Umayyah menduduki dan menguasai mimbarnya setelah beliau wafat. Beliau merasa tidak senang karenanya. Maka turunlah S.108:1, dan S.97:1-5) untuk membesarkan hati beliau.

(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan al-Hakim dan Ibnu Jarir yang bersumber dari al-Hasan bin Ali.)

Keterangan:

Al-Qasim al-Hirani menyatakan bahwa kerajaan Bani Umayyah itu ternyata berlangsung tidak lebih dan tidak kurang dari 1000 bulan. Menurut at-Tirmidzi, riwayat ini Gharib sedang al-Muzani dan Ibnu Katsir menyebutnya sangat munkar.

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa Rasulullah saw. pernah menyebut-nyebut seorang Bani Israil yang berjuang fii sabilillah menggunakan senjatanya selama seribu bulan terus menerus. Kaum muslimin mengagumi perjuangan orang tersebut. Maka allah menurunkan S.97:1-3, bahwa satu malam lailatul qadr lebih baik daripada perjuangan Bani Israil selama 1000 bulan.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan al-Wahidi yang bersumber dari Mujahid.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa di zaman Bani Israil terdapat seorang laki-laki yang beribadah malam hari hingga pagi dan berjuang memerangi musuh pada siang harinya. Perbuatan itu dilakukan selama seribu bulan.
Maka Allah menurunkan S.97:1-3 yang menegaskan bahwa satu malam lailatul qadr lebih baik daripada amal 1000 bulan Bani Isra'il tersebut.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Mujahid.)

Maka Itu?
Pada surat Al Qadr ini diterangkan bahwa permulaan Al Quran diturunkan ialah pada malam lailatul Qadr dan diterangkan juga ketinggian malam lailatul Qadr itu.

"HUBUNGAN SURAT AL QADR DENGAN SURAT AL BAYYINAH "

Surat Al Qadr menerangkan tentang permulaan Al Quran diturunkan, sedang surat Al Bayyinah menerangkan salah satu sebab Allah menurunkan Al Quran.
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.
Sahabat sekalian..
Marilah kita mengimarakkan lagi Malam Lailatul Qadar..Moga kita menemui saat atau detik malam yang Agung itu. InsyaAllah..
Walahu'alam..




Saturday, August 13, 2011

Dengan Asma ALLAH "Aku Mencintai Mu"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang:
"Hakikat Ukhuwah"



Bila mendengar kalimah Allah ini iaitu di mana Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerna itu damaikanlah antara kedua saudaramu itu yakni berselisih dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" Surah Al-Hujurat 49:10
Hati Aku sungguh menggetar dan kagum.
" Entah kenapa sedemikian rupa?"
Aku dapat merasai bagaimana Allah menciptakan kita ini dalam kehidupan bersaudara. persaudaraan di mana ianya tidak bersangkut paut dengan hubungan kekeluargaan, bahkan lebih luas dan menyeluruh. MasyaAllah!!!
"Agamaku ini yakni islam sungguh sempurna"
Sahabat sekalian...
Sedarkah kita, kita semua adalah bersaudara?
Allah mempersaudarakan kita tanpa mengira bangsa, darjat, keturunan, warna, miskin kaya, dan sebagainya di bawah satu payung islam yakni KEIMANAN. Iman yang menjadikan kita saling mencintai dan menyayangi kerana Allah. Kita menyatu dan bersinergi dalam Tarbiah Islamiyah menegakkan Kalimah Allah setinggi-tingginya, serta kita juga bersinergi dalam meruntuhkan kebatilan serendah-rendahnya.
Sahabatku...ingin saja Aku menjerit meluahkan rasa cinta dan kasihku kepadamu. Rasa cinta dan kasihku hanya kerna Allah. Namun, Aku hanya bias membisikannya dalam hati.
Oleh itu…
Sahabatku dengarlah luahan hati sahabatmu ini, Luahan hati yang hanya difahami oleh mukmin-mukmin yang saling menyayangi dan mencintai kerna Allah.
Hatiku berkata;
"Aku mencintaimu kerna Allah SWT"
"Aku Merinduimu Kerna Allah SWT"
"Aku Berpisah denganmu kerna Allah SWT"
"Aku Menemuimu kerna Allah SWT"
Ya Allah...
Indahnya hidup ini. Engkau kurniakan dalam jiwa hambamu ini nilai ITSAR. Nilai yang selalu membawa erti pengorbanan daripada seorang sahabat kepada seorang sahabat. Namun, Aku sangat cemburu dengan sahabat-sahabat yang sanggup mengadai nyawa demi seorang sahabat. Dirinya dibiarkan namun sahabatnya diutamakan. Engkau menemui syahid takkalah engkau sedang beribadah kepada Allah dengan nilai ITSAR yang Engkau tunjukkan.
Beginilah jeritan Hati
“Ya Allah..cemburuku itu bukan kerna Aku tidak suka dengan Itsar sahabat itu, Tapi Aku cemburu jika Engkau tidak memberikan nilai Itsar itu kepadaku”
Sahabatku..adakah diantara kita yang mengenali nama-nama ini;
  • Ikrimah bin Abu Jahal
  • Suhail bin Amr
  • Haris Ibn Hisyam
Sahabat-sahabat inilah yang menunjukkan nilai ITSAR yang memberi pengajaran yang besar bagi diri kita untuk memupuk Nilai ITSAR.
Takkalah ITSAR itu bermaksud "Setinggi-tinggi Ikatan Ukhuwah"
Allah SWT berfirman:
"Pada hari itu sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." Surah Az-Zukhruf 43:67.
Sangat menakjubkan!!!
Sahabatku..begitulah riwayat hidup dan critera ukhuwah yang kita impikan.
"Susah Bersama, Senang Bersama"
Semua itu tidak akan kita nikmati melainkan dasar pembentukan persahabatan kita berlandaskan keIMANan kepada Allah SWT. Itulah Keajaiban IMAN dalam islam yang mampu menyatukan diri kita tanpa mengira perbezaan antara keduanya.
Wahai sahabatku sekalian..
Aku sebagai sahabat kalian menyeruh agar kita sama-sama menjalinkan persaudaraan dengan inti Iman dan Taqwa kerna Allah SWT. Aku amat merindui suasana itu. Merindui ikatan ukhuwah yang bersemi dan terus bersemi sehingga ke Alam Syurga!!
Sahabatku..Aku berharap Sahabat juga mengimpikan hal yang sedemikian. Moga dalam DOA seharian sahabat sentiasa ada ruang yang indah untuk diri kami ini yang bergelar sahabat kerna Allah.
InsyaAllah!!
Walaupun hanya sekedar DOA dalam solat kita, bagi Aku itu sudah cukup bermakna sebagai tanda kita mencintai dan menyayangi sahabat kita. Mungkin kita tidak dapat bertemu dan bersua muka. Namun kekuatan ITSAR dalam jiwa kita yang berlandaskan Iman & Taqwa itu kerna Allah, insyaAllah Allah akan mempertemukan kita di Alam Syurga di Akhirat kelak.
Sahabat sekalian..
Sahabat sekarang semakin hampir selesai membaca nukilan ini. Oleh itu, Marilah kita sama-sama menghayati dan mentadabburi sejenak Hadis Rasulullah SAW ini:
Dari Abu Hamzah Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda;
"Seorang di antara kalian tidak (dikatakan) beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri." Riwayat Bukhari dan Muslim.
Moga dengan hadis tersebut, kita akan semakin termotivasi dan bersemangat untuk menjalinkan Ukhuwah hanya kerna Allah SWT.
Akhir Kalam..
Dengarkanlah kembali Luahan hati sahabatmu ini,
Sahabat untuk sahabat di Dunia & Akhirat,
Sahabat yang mengimpikan pertemuan Di Alam Syurga.
Wahai HATI ucapkanlah…
"Aku mencintaimu kerna Allah SWT"
"Aku Merinduimu Kerna Allah SWT"
"Aku Berpisah denganmu kerna Allah SWT"
"Aku Menemuimu kerna Allah SWT"
_Salam Ukhuwah Fillah_
Wallahu’alam.

Thursday, August 11, 2011

Puasa Mulut





Bila dengar sahaja perkataan Puasa. Kita mesti beranggapan bahawa kita tidak boleh makan atau minum. Tapi itu bukan yang saya maksudkan. Puasa yang lain ialah Puasa Mulut. Peliknya..ada juga di Malaysia ini Puasa Mulut.

Puasa Mulut Itu Apa?

"Tidak Kenal maka Tidak Tahu"

Maka itu saya akan kenalkan kepada Sahabat sekalian. Puasa Mulut itu merupakan sebarang bentuk ucapan kita yang terpelihara daripada membicarakan sesuatu perkara yang sia-sia. apa gunanya memperkatakan yang sia-sia apakah ia memberi manfaat kepada diri kita. Tentu tidak bukan. Oleh itu saya berharap kita semua akan sentiasa 'Puasakan Mulut kita dari ucapan yang sia-sia"

Ucapan Sia-sia?

Ia..banyak ucapan yang sia-sia yang sering kita bicarakan setiap hari sama ada kita sedar atau sedar. Biasanya yang paling POPULAR ialah Mengumpat dan Menfitnah. Astaghfirullah!! Janganlah ia menjadi amalan aku!!!

Mengumpat!!

Mengumpat perkara yang tidak asing lagi bagi kita. Betul tidak? pernahkah kita mengatakan sesuatu yang seseorang itu sendiri tidak menyukai apa yang kita bicarakan walaupun ia benar akan kelemahan itu ada pada diri seseorang itu. Cuba kita INGAT semula. Adakan? Lebih kurang begini kisahnya. Joom Mengumpat..aik bukan saya ajar mengumpat ok. Saya cuma mahu bagi situasi orang-orang Mengumpat.

#Kisah 1

" Kau tahukah semalam, si Fulan bin si Fulan solat terawih di Masjid nie!! Herm...siap pakai Juba dan Beserban lagi..macam imam masjid katakan. Menyampah aku tengok!!! kalau solat Terawih x pernah CUTI..Tapi solat Fardu habis kantoi. Hairan betul aku tengok dia tu..kita nie pun solat Fardu x tinggal..tidak sampai beserban dan berjuba pergi solat...simple-simple jak.."


#Kisah 2

Ahmad: Irfan, aku mau gtau kau sesuatu ni?

Irfan: Apa dia? cakaplah..

Ahmad: Kau kenalkah budak itu?

Irfan; Mana satu ini!!

Ahmad: Tuu..pakai baju melayu merah berkopiah putih..

Irfan: Kenapa?

Ahmad: Kau tau kah, dia tu datang masjid kalau mau buka puasa jak.
lepas solat maghrib terus pulang. tidak pandai malulah.

Irfan: Macam mana Tahu?

Ahmad: setiap hari aku perhatikan dia, kalau solat Isya' jangan harap kau muka tengok muka dia lagi, Irfan aku bencilah orang macam tu. Banyak lagi orang yang patut buka puasa di sini..dia pula melebih-lebih mau buka puasa di sini. kalau makan sikit ok jugak..tapi ini, macam gunung nasi di pinggan dia, selalu menambah pulak tuu!!! Geram aku..

Irfan: Biarlah dia..tak baik umpat orang macam tu..tak tentu pasal puasa kita tak berkat.

Ahmad: Mana-manalah Irfan..Tapi aku Geram juga tengok dia!!.

_The end_

Itu adalah 2 contoh kes yang berlaku dalam kalangan mahasiswa di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan masih lagi bernafsu mahu mengumpat. Adakah sahabat-sahabat faham dengan situasi di atas? InsyaAllah saya yakin, sahabat semuanya faham maksud saya dan mungkin ada di antara kita pernah melakukannya. Wallahu'alam..

Bagaimana dengan FITNAH?

Fitnah. sahabat tahukan fitnah itu apa? Ada yang tidak tahu!! Baiklah saya jelas. Fitnah itu boleh diertikan sebagai kita mengatakan sesuatu perkara yang palsu atau tidak benar kepada
seseorang dengan niat kita mahu menjatuhkannya atau mengalahkannya. Mungkin perasaan dengki menguasai jiwa kita sehinggakan kita sanggup Memfitnah sahabat sendiri. Banyak kes macam ini berlaku sekarang terutamanya di Negara kita Malaysia.

Sahabatku yang kucintai kerna Allah SWT. Berikut ini saya sertakan 1 contoh kes FITNAH yang berlaku dalam Mahasiswa;

#Kisah 1
Esok ada pertandingan menulis artikal berkenaan Al-Quran di Masjid sempena Bulan
Ramadhan. Saya fikir elok saya mendaftar mana tau ada Rezeki. Mungkin hari ini lepas solat Zohor saya terus isi borang di pejabat Masjid lah. Waah..ramai juga ikut pertandingan ini. Aik..macam kenal nama Faris ini. Setau saya Faris ini lulusan sekolah Agama. Aduuuh..susahlah mau menang kalau macam nie..sudahlah satu saja pemenang yang diambil. Mampuslah aku..Duit RM350 mesti aku yang punya. Banyak tu beb!!! Boleh simpan untuk duit raya...

Hari Pertandingan;
Waah cepatnya siap..Hebat sungguh Faris ini. ini tak boleh jadi, aku mesti buat sesuatu agar Faris tidak menang. Kebetulan pada hari pertandingan hanya 3 orang saja yang ambil bahagian. yang seorang lagi hantar artikal tapi tidak siap. jadi kemungkinan besar Faris yang menang..

yeah aku ada idea..

Aku mesti jumpa juri ini..Ustaz perasan tak tadi Faris hantar awal artikalnya. Ustaz membalas Perasan, kenapa? Ustaz Si Faris itu..buat artikal dari rumah lepas itu..dia salin semula masa pertandingan tadi..saya nampak Ustaz..cuma saya tidak mahu ganggu dia tunggu selesai pertandingan baru jumpa Ustaz. Ustaz membalas, patutlah artikalnya bagus sangat siap bagi Hadis dan ayat Al-quran lagi..baiklah Ustaz gugurkan penyertaannya..Horee..Horee..mampu kau Faris..aku juga yang menang!!!

Macam-macam benda yang mereka lakukan untuk kepentingan peribadi. Adakah mereka tidak sedar perbuatan mereka itu?? Inikan bulan Ramadhan, Bulan yang mulia. Bulan ramadhan ini juga memberi kita ruang untuk membersihkan jiwa kita yang Kotor itu. Namun ada saja perbuatan tercela kita lakukan.

Kenapa sedemikian!!

Sahabatku..sedarkah kita, Hati ini telah terkunci..telah dikunci oleh syaitan sebelum kita melangkah di Bulan Ramadhan. Hati kita hanya dipenuhi oleh tarbiyah dan amalan Syaitan Laknatullah!! Astaghfirullah..

Sebab itulah kita amat sukar meninggalkan perbuatan maksiat tersebut. Kata diri Beribadah tapi Hati terus bermaksiat.

Muhasabahlah:

Sahabatku..adakah kita orangnya?
Marilah kita beristighfar kepada Allah dengan hati yang ikhlas. Marilah kita menjadikan Ramadhan ini sebagai Gedung Ubat yang merawat penyakit hati kita. Berdoalah kepada Allah agar diterima Ibadah kita. Kita tidak mahu Ramadhan kali ini berlalu tanpa makna. maka itu, Marilah kita terus memaknai kurniaan Ramadhan ini kepada kita. Jangan pernah lelah dan berputus asa (Futur).

Kerna Allah SWT berfirman dalam Surah Yusuf 12:87
"Jangan Kamu berputus asa, sesungguhnya orang yang berputus asa itu adalah orang-orang kafir"

Oleh itu, Sahabat-Sahabat..

Marilah kita jadikan Ramadhan kali ini sebagai ladang kita membina ketaQwaan kepada Allah. Puasakan Mulut kita dari Mengumpat dan Memfitnah. Ucapkanlah kata-kata hikmah dengan saudara kita. Kerna sesungguhnya itu ucapan yang lebih baik.

Allah SWT Berfirman:
" Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeruh kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata. "sungguh aku termasuk orang-orang muslim yang berserah diri" Surah Fussilat 41:33

Wallahu'alam


Monday, August 1, 2011

Update IMAN Kita!!


Dari Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya telah Berjaya seseorang itu apabila dia:

1. Beriman dengan ikhlas,
2. Menjadikan hatinya suci (dari syirik dan kekufuran),
3. Ucapannya jujur dan benar,
4. Jiwanya tenang (orang yang banyak berzikir dan melaksanakan segala perintah Allah akan mendapat ketenangan),
5. Baik budi pekertinya,
6. Menjadikan telinganya mendengar (nasihat) dan
7. Matanya melihat kepada kebenaran.

(HR Musnad Ahmad)

Update IMAN kita

InsyaAllah dengan Hadits tersebut kita akan terus menerus berusaha dan termotivasi mencapai puncak TAQWA kepada Allah SWT. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menilai kembali kuantiti dan kualiti amal ibadah kita. Orang mukmin yang soleh tidak akan pernah rasa cukup dengan amalan ibadah yang dilakukan. Mereka akan terus dan terus menambah kuantiti & kualiti ibadah masing-masing. Moga perjuangan kita untuk bermujahadah melawan nafsu yang selama ini hanyut di lautan dunia yang penuh fitnah ini akan sirna dengan menemui detik-detik kemanisan iman beribadah kepada Allah iaitu TAQWA.

Sedarlah..

Saudaraku..

Marilah kita mengimbau kembali perjalanan hidup kita. Adakah perjalanan hidup kita selama ini hanya berpandukan Nafsu Syahwat. Di manakah Kalam Allah dan Sunnah Rasulullah SAW. Adakah kita telah lama mengetepikan mukjizat yang agung itu. Tahukah kita, dengan kitab Allah dan Sunnah Rasulullah sahaja yang akan membawa kita ke Syurga Allah.

Saudaraku sekalian..

Carilah kembali dan temuilah kembali mukjizat Allah itu. Bukalah setiap lembaran demi lemabaran. Hayatilah setiap bait ayat yang lafazkan dengan penuh hikmah dan tawaduk. Seterusnya marilah kita amalkan pesan dan seruan Allah dan RasulullaNya. Nescaya kita akan menemui titik kegembiraan, keseronokan , ketenangan, kebahagian dan kesyukuran yang tidak terhingga dalam diri kita.

cuba bayangkan kita berumur 23 tahun. Ini bermakna kita telah pun menemui bulan Ramadhan sebanyak 23 kali. Seterusnya darabkan umur kita iaitu 23 dengan jumlah 365 hari dalam setahun. Berapa jumlah hari hidup kita setakat ini tentu saja kita akan mendapat jumlahnya sebanyak 8395 hari. MasyaAllah..sudah masuk angka empat perjalanan hidup kita. Dengan hari tersebut berapa banyak amal kebaikan dan berapa banyak amal keburukan yang lakukan selama ini.. RENUNGKANLAH!!

Renungkan masa hadapan, masa lalu yang dilupa.

Saudaraku..

Pandanglah ke hadapan anda. Aturkanlah strategik hidup yang lebih baik di hadapan. Jadikan Al-Quran dan Ass-Sunnah sebagai panji dalam perjuangan hidupmu. Impikan pengakhiran hidup kita beribadah kepada Allah. Sesungguhnya itu pengakhiran yang terbaik.

Saudaraku yang kucintai kerna Allah..

Masa lalu jangan dilupa. Jangan membiarkan diri kita sibuk memikirkan masa depan namun masa lalu dilupa. Tahukah kita, masa lalu sangat bermakna bagi kita. Ini kerana, mungkin masa lalu kita telah banyak berbuat baik kepada Allah. Maka itu kita teruskan amalan itu dan jangan pernah rasa cukup. Marilah kita terus berusaha meningkatkan kuantiti & kualitinya.

Adapun masa lalu kita melakukan kemaksiatan kepada Allah. Maka itu kita jadikanlah sebagai pengajaran. Jangan kita ulanginya lagi kerana itu perbuatan yang dimurkai Allah. Tutuplah lembaran-lembaran kitab hidup kita yang hitam itu. Jangan berputus asa dengan kisah hitam itu. Bersabarlah dan berdoalah kepada Allah agar diberi hidayahNya.

Berbahagialah kita.

Saudaraku..

Marilah kita berbahagia dengan peluang hidup yang masih ada ini. Bukalah dan ciptalah kitab hidup dengan sisa hidup kurniaan Allah ini. Hiasilah kitab hidup kita dengan warna-warni islam. Kita Jadikanlah Al-Quran dan Ass-sunnah sebagai rujukan yang UTAMA. Pastikan diri kita ini merasa setiap detik dan saat adalah peluang terakhir hidup kita. Kualitikanlah amal ibadah kita kerana Allah, dan InsyaAllah kita akan menemui saat-saat hidup bahagia di bawah naungan Allah.

Ameen Ya Rabbal ‘alamin..



Saturday, July 30, 2011

Akademi Ramadhan..DAFTAR Sekarang!!!!


TAWARAN PENGAJIAN TERUNGGUL DI DUNIA:

Syarat: SELURUH UMAT ISLAM yg BERKEMAMPUAN

MISI KAMI: "Menghapuskan 11 bulan TARBIYAH Syaitan Dengan Hanya 1 bulan TARBIYAH Allah"

AKADEMI RAMADHAN (Menunjuh Puncak Taqwa) Membuka pendaftaran kepada Umat Islam Seluruh Dunia:

Jangan Lepaskan Peluang Anda..Pendaftaran PERCUMA!!!!

Mudah, Cepat, Seronok Dan Berkesan!!

Berikut merupakan Modul / tajuk yang perlu diambil semasa pengajian:

Kod Kursus: Tajuk Kursus

AR1101 : Berita Gembira Bagi Mereka yang Berpuasa

AR1102 : Akademi Ramadan Menuju Puncak Takwa

AR1103 : Ramadan Anugerah Ilahi Penuh Bererti

AR1104 : Awas! Maklumat Palsu Tentang Ramadan

AR1105 : Hari Raya adalah Ibadah, perlu disambut Mengikut Sunah

OBJEKTIF Kami:

Akademi Ramadan terbuka buat semua! Penerimaan kemasukan hanya setahun sekali, Pelajar perlu bersedia daripada segi rohani dan jasmani, Tujuan akhir adalah kembali kepada fitrah insani, Menjadi hamba yang taat kepada Tuhan langit dan bumi. Akademi ini mengajar erti kehidupan! Tiada beza darjat dan harta, Miskin dan kaya dirai serupa, Asal hati reda menerima, Terus berusaha sedaya upaya. Seseungguhnya Akademi Ramadan adalah hadiah daripada pencipta kepada hamba-hamba-Nya.

Daftarkan Diri Anda SEKARANG dengan ONLINE dengan Tuhan!!

Caranya: Luruskan Niat kita Kerna Allah.

_Salam Ramadhan Al-Mubarak_

Monday, June 20, 2011

Duhai Hati, Janganlah Terkorban dengan Dunia!!


bismillah..

"Beginilah Hati Bila Ditarbiyah"


Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup.
Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti.
Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?
Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati.
Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?
Duhai Hati, Janganlah Terkorban dengan Dunia!!

"Bicara tentang iman"

Iman itu ialah ketaqwaan kepada Allah, penuh khauf dan raja'. Jadi apabila kita ditimpa sesuatu musibah atau ujian pintalah kepada Allah agar dibesarkan iman untuk kita hadapinya bukan diminta dikecilkan masalah yang kita hadapi.

"Muhasabah Hati dengan Iman"

wahai saudaraku...
tanya kembali diri kecil kita..
bila ujian mendatang..apa keluhan hati kita..
adakah positif atau negatif..mungkin keduanya sekali..

Yakin lah wahai saudara ku..segala nikmat yang Allah timpahkan ke atas diri kita baik berupa kesenangan atau kesusahan itu semua adalah ujian..
oleh itu, saudara ku sekalian ketahuilah..hati orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah dan RasulNya..

"bila diberi nikmat kesenangan dan keselesaan oleh Allah SWT maka dia bersyukur, namun ditimpakan ke atas dirinya dan keluarganya akan kesusahan dan bencana maka dia bersabar"

Akhir kalam dari saya, marilah kita bersama-sama wahai saudara ku mendidik hati kita agar selalu redha akan segala ketentuan daripada Allah SWT..

Walahu'alam..

Monday, May 16, 2011

Jaulah KK to KL

perjalanan saya hari ini sungguh memenatkan. Alhamdulillah dengan izin Allah saya masih ada ruang untuk bercerita sedikit pengalaman hari ini di ruangan blog saya.

pada jam 9.20Am, saya telah bertolak ke Airport Kota Kinabalu Terminal 2. sebelum ini saya dari UMS mengambil beg untuk kegunaan saya semasa program nanti di Perak. Jazakalah Khairon Saya ucapkan kepada Akhi Mail kerna menghantar saya ke Airport.

Pernerbangan saya pada 10.55Am ke Kuala Lumpur bersama seorang Ikhwah iaitu Akhi G-Jul. pada hari yang sama salah seorang ikhwah juga berangkat dahulu kerana penerbangannya lebih awal.

sementara menunggu untuk chek in. saya bersama Akhi G-Jul ke Surau untuk solat sunat duha. selepasnya kami terus chek in dan tunggu panggilan untuk berangkat.

semasa proses pemeriksaan oleh pihak polis sebelum bertolak ke balai pelepas. nampaknya beg Saya terpaksa dibuka oleh salah seorang anggota polis wanita kerana menadapati ada sebatang gunting dalam beg saya. gunting tersebut dirampas dan Ic no serta nama penuh saya dicatat. perkara tersebut tidak memberi apa kesan dengan saya. cumanya, beg yang telah dibuka dan lupa untuk ditutup kembali akhirnya segala baju saya bertaburan atas lantai ekoran saya mengankatnya untuk terus balai pelepas. agak malu juga, kerana ada beberapa orang masa itu memerhatikan kami. Saya tak kisah, mereka tak kenal kami.

selama 2 jam 30 minit penerbangan, akhirnya kami saya juga di Lcct lapangan terbang airasia sekitar jam1.30Pm. Dalam perancangan saya akan ikut dengan Akhi G-Jul ke rumahnya. Maklumlah pada masa itu adiknya datang menjemput. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan kepenatan dapat terlerai kerana sepanjang perjalanan kami ke Rumah akhi g-jul di kelana jaya KL saya nyenyak tidur.

Akhirnya kami pun sampai, bagi saya baru beberapa minit naik kereta tu, walaupun sejam lebih masa perjalanan.

setibahnya di rumah iaitu di Kompleks perumahan Pengawai kanan polis di Raja Malaysia kelana Jaya KL. sebenarnya ayah Ikhwah ini seorang pegawai Polis. setibanya di muka pintu, adik akhi g-jul orang pertama menyambut kami kemudian ahli keluarga yang lain iaitu emak dan neneknya.

di rumah inilah kami berehat sebelum kami bertolak KLIA untuk perjalanan seterusnya esok ke Perak. terima kasih yang terhingga kepada ayah dan ibu akhi g-jul kerana menghantar kami ke KLIA. Alhamdulillah pada malam ini saya dan Ikhwah2 yang lain akan tidur di KLIA sebelum berangkat ke perak esok hari.

saya harap semuanya berjalan dengan lancar.

berikut merupakan perkara selanjutnya yang saya akan tempuhi:
1. program mendaki gunung di perak selama 4 hari
2. kerja partime di Klang 21-30 mei di kilang pembuatan komponen kapal terbang (insyaAlla)
3. berangkat ke kedah untuk Majlis perkahwinan saya iaitu pada 4/6/2011 tapi bertolak dari KL ke Ke Kedah 31/6/2011
4. pada 16/6/2011 berangkat balik Ke Sabah..

kepada sahabat sekalian saya mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca risalah ini. sebenarnya mungkin tak ada nilai atau pengajaran yang boleh diambil dari cerita ini. tapi saya hanya menulisnya hanya sekadar mengisi masa lapang daripada duduk atau jalan2 tanpa ada maksud apa2. bahkan daripada itu akan menimbulkan banyak maksiat. contonhya bila jalan2 mungkin saya akan terpandang yang sepatutnya. kan dalam firman Allah dalam Surah An-Nur 24:30 jagalah pandangan.

oklah..saya mengantuk dan mahu tidur..dan InsyaAllah semua yang dirancang berjalan seperti yang dirancang..

Wallahu'alam...

Sunday, May 8, 2011

Syaitan Kawan VS Lawan


Salam UkhwahFillah..ini sedikit Perkongsian:

saya sempat muhasabah diri bagaimana syaitan cuba menghalangi kita untuk berbuat kebaikan;

1. Halangan solat fardhu tepat pada waktunya

2.Payahnya bangun tahajjud

3.Menangguhkan kerja yang baik

4. Halangan berinfak

5. Mutabaah tak konsisten

6. dan lain-lain...

saya berharap dengan muhasabah yang kita lakukan..akhirnya kita dapat mengetahui SUDUT kelemahan yang menjadi peluang besar untuk setan mempengaruhi kita...

oleh itu..tanya pada diri kita setan selayaknya menjadi apa !!! KAWAN vs LAWAN.

saudaraKu..berikut beberapa langkah untuk menangkis Godaan setan laknatullah!!

Langkah-langkah melawan syaitan:


01.Jadikan syaitan musuh anda-Rujuk ayat Al-Quran (35:6)

02.Istiqamah dengan jalan yang lurus-Rujuk ayat Al-Quran (6:153)

03.Memohon perlindungan kepada Allah-Rujuk ayat Al-Quran (16:98-100)

04.Sentiasa ingat kepada Allah -Rujuk ayat Al-Quran (43:36-37

05.Muraqabah-Rujuk ayat Al-Quran (7:201)

06.Jauhi orang-orang yang alpa-Rujuk ayat Al-Quran (6:68)

wallahu'alam..

Saturday, May 7, 2011

Semanis Racun Berbisa!!!!


Assalamu'alaikum WBT...

Alhamdulillah dengan izin Allah Ta'ala akhinya majalah Synergy Edisi-5 bakal bersua dengan peminat2 pembaca Synergy. Selawat dan salam ke atas Nabi kita Nabi Muhammad SAW. Moga kita menjadikan beliau sebagai Suri tauladan yang baik dan sebagai idola kita sehinggalah ke akhir Zaman..

Allah SWT berfirman..(QS 33:21)

"..sesungguhnya pada diri Muhammad itu, telah ada suri tauladan yang baik bagi umat manusia.."

sebelum ini..Synergy Media juga telah mengeluarkan tema tentang Muhammad iaitu dengan judul keluaran "Dirimu Ku Sanjungi" keluaran Edisi-4 yang lepas..

Allhamdulillah...majalah islamik ini juga mampu memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana apabila setiap keluaran yang Synergy Media keluarkan tidak pernah menghampakan bahkan para pembaca meminta untuk diulang cetak semula bagi setiap edisi.

Subahanallah...moga Allah SWT sentiasa meredhai niat baik kita dalam beramal dan berjihad Di jalanNya.

berikut antara tajuk keluaran Synergy Media:

1. Da'wah Pena edisi-1

2. Indahnya Bersyukur edisi-2

3. Ajarkan Aku Cinta edisi-3

4. Dirimu Ku Sanjungi edisi-4

5. Semanis Racun Berbisa edisi-5 (sekarang Mei)

Dengan izin Allah..

Majalah synergy hampir memasuki seluruh negari di Malaysia..dan majalah Synergy juga mendapat permintaan dari Negara seberang Indonesia.

Jazakalak khairon atas sokongan Anda semua..

untuk edisi terbaru ini jangan lupa dapatkan secepat mungkin...

Majalah bahagian SABAH insyaAllah hujung bulan Mei akan menemui Anda..

untuk sebarang maklumat..boleh layari laman Web www.Synergymedia.blogspot.com




Monday, May 2, 2011

Puitis Untuk Iman


_MASA LALU_

Teringat masa lalu..
bila bertemu dengan mu..
ukiran senyuman terpancar diwajah mu
kau gapai tanganku..
ku mendakap tubuh mu..

Pertemuan kerna Ilahi..
menuju peran yang sama..
di medan yang berbeza..
mulakan bicara iman dan taqwa..
moga istiqamah sebagai dae'i di jalan Allah..

Alunan nada suara membaca kalimah Allah..
mentadaburinya penuh hikmah..
memberi peringatan bagi jiwa gersang..
agar ingat akan asal usulnya...
tuk sentiasa ikhlas mencari redhaNya..

Di sudut surau itu..
kuingat kembali masa lalu..
separuh episod sebagai sejarah..
kurindukan lagi bilakan akan tiba..
rintihan hati Sang Ikhwah..
dalam dakapan Ukhuwah..

by Rusdi Rusli

Sunday, April 17, 2011

Inilah Syurga Menurut Al-Quran

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)

"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)

"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)

"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

Tuesday, April 12, 2011

Rahsia Kejayaan Bisnes Cina

Anda biasa mendengar orang cina bermuafakat dan boleh berniaga benda yang sama sebelah menyebelah. Mereka tidak berdengki antara satu sama lain. Benarkah begitu? Satu perkara yang harus kita sematkan difikiran kita bahawa bangsa ini hidup berniaga ratusan tahun. Hakikatnya berniaga benda yang sama sebelah-menyebelah adalah persaingan. Mereka juga menerima perkara itu sebagai teori yang sama. Tapi mengapa masih mereka ini mampu berniaga sebelah-menyebelah?

Susah Satu Senang Banyak

Masalah yang paling utama dilihat dalam perniagaan adalah pemasaran. Ia adalah peraturan utama dalam mempastikan survival sesebuah perniagaan iaitu mempastikan pelanggan sentiasa ada. Mempastikan pelanggan sentiasa ada bermaksud mempastikan pelanggan sentiasa datang. Mempastikan pelanggan sentiasa datang bermaksud pelanggan sentiasa ingat untuk datang.

Untuk mempastikan pelanggan sentiasa ingat untuk datang, maka hendaklah dipastikan pelanggan mempunyai sebab yang kukuh untuk datang. Apakah sebab yang kukuh untuk menarik perhatian pelanggan datang? Dalam konsep yang bakal saya terangkan ini ia merujuk kepada menarik perhatian pelanggan datang atas sebab mereka mempunyai banyak pilihan. Anda pasti masih keliru dan tertanya-tanya bukan? Teruskan bacaan....

Pemasaran Mulut Ke Mulut

Teknik pemasaran ini adalah yang terbaik dari segala teknik. Kerana itu ia menjadi asas utama dalam perniagaan jaringan (network business). Ini adalah kerana cakap dan saranan daripada kawan atau kenalan lebih bersifat nasihat (consulting) berbanding mesej melalui iklan yang bersifat memujuk.

Kerana itu teknik ini dilihat lebih berkesan dan murah dalam jangka panjang. Konsepnya mudah iaitu mempastikan orang tidak rasa segan atau takut-takut untuk bercerita kepada rakan-rakan mereka. Mereka akan berasa seronok untuk bercerita tentang sesuatu kerana pada mereka ia seperti satu pertolongan. Namun bagaimanakah perkaitan perkara ini dengan konsep berniaga sebelah-menyebelah oleh orang cina?

Membentuk Persepsi Mega

Persepsi adalah perkara yang mudah terserap ke dalam hati seseorang melalui pancaindera. Sama ada melalui mata, mulut dan telinga. Konsep teknik ini ialah mempastikan orang ramai melihatnya sebagai satu entiti mega yang memberi banyak pilihan. Biar saya berikan contoh.

Apabila anda mahu membeli barangan runcit, anda pasti lebih teruja untuk pergi ke tempat yang banyak pilihan dan berharga murah. Jawapannya apa yang bermain difikiran anda masakini ialah pasaraya mega seperti Mydin, Tesco, Giant dan sebagainya. Konsep ini juga yang digunakan peniaga cina yang menjual benda yang sama sebelah-menyebelah.

Konsep Perniagaan Berpusat

Sebuah kedai menjual kain mungkin ada 50 jenis kain. Cuba anda bayangkan apa persepsi anda bagi sebuah tempat yang 50 buah kedai menjual kain? Secara amnya anda terus terfikir betapa banyaknya pilihan anda disana. Benar atau tidak?

Kemudian anda terfikir sekiranya anda pergi ke sebuah kedai yang menjual kain dan tidak berjumpa harga yang bersesuaian, anda harus memandu atau mengeluarkan lagi kos petrol untuk mencari kedai lain. Di situ anda rugi bukan? Jadi sudah pasti pilihan anda ialah tempat perniagaan yang mempunyai banyak pilihan dan peluang anda mencari harga yang paling murah.

Pusat Perniagaan Sedia Ada Di Malaysia

Terdapat pusat perniagaan seperti ini di Malaysia sama ada diaturkan oleh kerajaan ataupun oleh pakatan peniaga itu sendiri. Saya lebih suka memberi contoh dimana pusat yang diatur oleh peniaga sendiri kerana ini membuktikan mereka bersepakat dan menerima konsep ini.

Apabila anda bercerita tentang lanskap, apakah tempat yang sering manis dibibir banyak orang di Kuala Lumpur dan Selangor. Jawapannya ialah sungai Buloh. Di Sungai Buloh terbaris puluhan kedai yang menjual produk lanskap dari pokok hinggalah ke pasu bunga. Saya sendiri pernah bertanya 10 orang rakan di Kuala Lumpur secara santai dan 9 orang daripada mereka menyarankan Sungai Buloh.

Pemasaran Bermula Dari Rumah Bakal Pelanggan

Menarik perhatian pelanggan haruslah bermula daripada rumah mereka. Ini adalah penting supaya apabila mereka memegang kunci kereta, hati mereka sudah teringat untuk memandu ke tempat anda.

Seperti saya katakan tadi, apabila dari 10 orang yang ditanya 9 daripadanya berkata Sungai Buloh. Maka 9 orang ini akan memandu ke Sungai Buloh. Peniaga di Sungai Buloh sudah mempunyai 9 orang prospek. Sementara peniaga lanskap di tempat lain hanya ada satu.

20 kedai lanskap di Sungai Buloh mempunyai 9 orang prospek tetapi 20 buah kedai merata tempat hanya mempunyai 1 orang prospek sahaja. Bukankah ini satu penjimatan kos pemasaran?

Orang Melayu Jangan Berdengki Tetapi Memanfaatkan Kaedah Ini

Saya pernah menjadi mangsa hasad dengki orang melayu sewaktu menjalankan perniagaan restoran. Sungguhpun restoran saya berjauhan dari kelompok restoran melayu lain, namun saya tidak terlepas daripada terkena ilmu hitam yang merosakkan perniagaan dari masa ke semasa hinggakan pernah memberi kesan kepada kesihatan.

Ke manakah akhirnya budaya ini? Andai ada 10 restoran melayu berdekatan, pelanggan sebenarnya lebih suka pergi ke sana. Tetapi apabila tinggal 1 sahaja, adakah mereka ini fikir bahawa semua pelanggan akan menjadi milik mereka? Mereka silap sama sekali. Sudahnya 1 restoran yang tinggal ini mungkin akan gulung tikar juga.
Jangan takut untuk berniaga berdekatan. Anda hakikatnya membentuk satu tempat perniagaan berpusat yang mampu menarik perhatian pelanggan. Peniaga keropok lekor di Terengganu telah membuktikannya. Begitu juga beberapa tempat yang sering mencetus minat pelanggan untuk ke sana.

Pelanggan mahukan pilihan dan harga. Beri mereka apa yang mereka mahu. Jangan habiskan wang anda menambah dosa hasad dengki dan juga secara tidak sedar meruntuhkan prospek.

Selamat maju jaya.

Monday, April 11, 2011

Kisah Da'wah# 3

Alhamdulillah..ana meneruskan lagi kisah Da’wah yang penuh bermakna...


Perawi yang lain menuturkan pengalaman dirinya, “pernah aku pergi ke Negara afrika, berkeliling ke setiap penjurunya dan berjalan di antara pepohonan yang rimbun dan hutan-hutannya yang lebat. Benar-benar sebuah pemandangan yang indah dan alam yang memikat, yang tak akan bosan orang melihatnya. Ketika berada di tengah-tengah hutan yang lebat itu, tampak di hadapanku sebuah bangunan yang indah menjulang tinggi. Selintas aku berfikir gedung ini pasti milik seorang penguasa di wilayah ini atau mili salah seorang konglomeratnya.


Namun, dugaanku keliru dan tekaanku meleset jauh. Ketika aku semakin mendekat, ternyata gedung itu adalah sebuah gereja!!! Dirawat oleh seorang lelaki nasrani tua, yang umurnya hampir 80 tahun!! Ia hidup di sebuah ruangan kecil di pojok gereja itu, yang luasnya tak lebih dari 20 meter persegi, padahal tempat itu berada belantara hutan yang menakutkan, yang dipenuhi oleh binatang-binatang liar dan biasa dipakai tempat persembunyian para pencuri dan para perampok. Di samping itu, tak terlihat di ruangannya sarana-sarana memadai seperti yang biasa kita pakai. Tidak ada telepon,elekterik, air dan lainnya untuk keperluan hidupnya sehari-hari! Padahal gedung megah ini adalah sebuah gereja yang biasa dipakai untuk beribadah di waktu pagi dan petang!


Aku berfikir dalam hati, duhai, apa yang membuat lelaki Nasrani ini betah hidup di dalam ruangan kecil ini. Yang dikelilingi oleh binatang-binatang liarberbahaya , serta hidup di bawah baying-bayang menakutkan selama 40 tahun berturut-turut?!! Marilah , gelora iman dan otak kita yang jernih yang menjawabnya?!


Terakhir, cerita seorang da’i tentang kejadian yang pernah dilihat dan didengarnya pasa suatu waktu. Ia menuturkan,” saat itu aku sedang dalam perjalanan di salah satu daerah yang sangat terpencil di Negara afrika, sebuah tertyinggal yang sangat menbutuhkan uluran tangan para relawan, kerana semakin merajalelanya wabah penyakit saat itu. Namun di sana aku melihat ada seorang wanita bukan pria iaitu pemuda berumur 60 tahun yang hidup menyatu bersama para penduduk. Dan aku yakin, jika melihat bentuk wajah dan warna kulitnya ia adalah orang Eropah, buka penduduk asli daerah itu.


Akhirnya, aku bisa mengetahui ternyata ia seorang misionaris kristian yang mempunyai projek mengkristiankan para penduduk. Aku sungguh terkejut dengan kesungguhan dan pengorbanan yang dilakukannya itu. Padahal sangat sedikit di antara para da’i muslimin yang siap demikian. Lalu aku mengajukan sebuah pertanyaan kepadanya untuk menilai semangat dan keutamaan.“kapan engkau akan pulang ke negerimu dari tempat ini?” jawabannya sungguh bagaikan ledakan granat yang menggelegar di telingaku, benar-benar mencengangkan,‘ Aku siap dikuburkan di tempat ini,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...