Pages

Monday, August 1, 2011

Update IMAN Kita!!


Dari Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya telah Berjaya seseorang itu apabila dia:

1. Beriman dengan ikhlas,
2. Menjadikan hatinya suci (dari syirik dan kekufuran),
3. Ucapannya jujur dan benar,
4. Jiwanya tenang (orang yang banyak berzikir dan melaksanakan segala perintah Allah akan mendapat ketenangan),
5. Baik budi pekertinya,
6. Menjadikan telinganya mendengar (nasihat) dan
7. Matanya melihat kepada kebenaran.

(HR Musnad Ahmad)

Update IMAN kita

InsyaAllah dengan Hadits tersebut kita akan terus menerus berusaha dan termotivasi mencapai puncak TAQWA kepada Allah SWT. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menilai kembali kuantiti dan kualiti amal ibadah kita. Orang mukmin yang soleh tidak akan pernah rasa cukup dengan amalan ibadah yang dilakukan. Mereka akan terus dan terus menambah kuantiti & kualiti ibadah masing-masing. Moga perjuangan kita untuk bermujahadah melawan nafsu yang selama ini hanyut di lautan dunia yang penuh fitnah ini akan sirna dengan menemui detik-detik kemanisan iman beribadah kepada Allah iaitu TAQWA.

Sedarlah..

Saudaraku..

Marilah kita mengimbau kembali perjalanan hidup kita. Adakah perjalanan hidup kita selama ini hanya berpandukan Nafsu Syahwat. Di manakah Kalam Allah dan Sunnah Rasulullah SAW. Adakah kita telah lama mengetepikan mukjizat yang agung itu. Tahukah kita, dengan kitab Allah dan Sunnah Rasulullah sahaja yang akan membawa kita ke Syurga Allah.

Saudaraku sekalian..

Carilah kembali dan temuilah kembali mukjizat Allah itu. Bukalah setiap lembaran demi lemabaran. Hayatilah setiap bait ayat yang lafazkan dengan penuh hikmah dan tawaduk. Seterusnya marilah kita amalkan pesan dan seruan Allah dan RasulullaNya. Nescaya kita akan menemui titik kegembiraan, keseronokan , ketenangan, kebahagian dan kesyukuran yang tidak terhingga dalam diri kita.

cuba bayangkan kita berumur 23 tahun. Ini bermakna kita telah pun menemui bulan Ramadhan sebanyak 23 kali. Seterusnya darabkan umur kita iaitu 23 dengan jumlah 365 hari dalam setahun. Berapa jumlah hari hidup kita setakat ini tentu saja kita akan mendapat jumlahnya sebanyak 8395 hari. MasyaAllah..sudah masuk angka empat perjalanan hidup kita. Dengan hari tersebut berapa banyak amal kebaikan dan berapa banyak amal keburukan yang lakukan selama ini.. RENUNGKANLAH!!

Renungkan masa hadapan, masa lalu yang dilupa.

Saudaraku..

Pandanglah ke hadapan anda. Aturkanlah strategik hidup yang lebih baik di hadapan. Jadikan Al-Quran dan Ass-Sunnah sebagai panji dalam perjuangan hidupmu. Impikan pengakhiran hidup kita beribadah kepada Allah. Sesungguhnya itu pengakhiran yang terbaik.

Saudaraku yang kucintai kerna Allah..

Masa lalu jangan dilupa. Jangan membiarkan diri kita sibuk memikirkan masa depan namun masa lalu dilupa. Tahukah kita, masa lalu sangat bermakna bagi kita. Ini kerana, mungkin masa lalu kita telah banyak berbuat baik kepada Allah. Maka itu kita teruskan amalan itu dan jangan pernah rasa cukup. Marilah kita terus berusaha meningkatkan kuantiti & kualitinya.

Adapun masa lalu kita melakukan kemaksiatan kepada Allah. Maka itu kita jadikanlah sebagai pengajaran. Jangan kita ulanginya lagi kerana itu perbuatan yang dimurkai Allah. Tutuplah lembaran-lembaran kitab hidup kita yang hitam itu. Jangan berputus asa dengan kisah hitam itu. Bersabarlah dan berdoalah kepada Allah agar diberi hidayahNya.

Berbahagialah kita.

Saudaraku..

Marilah kita berbahagia dengan peluang hidup yang masih ada ini. Bukalah dan ciptalah kitab hidup dengan sisa hidup kurniaan Allah ini. Hiasilah kitab hidup kita dengan warna-warni islam. Kita Jadikanlah Al-Quran dan Ass-sunnah sebagai rujukan yang UTAMA. Pastikan diri kita ini merasa setiap detik dan saat adalah peluang terakhir hidup kita. Kualitikanlah amal ibadah kita kerana Allah, dan InsyaAllah kita akan menemui saat-saat hidup bahagia di bawah naungan Allah.

Ameen Ya Rabbal ‘alamin..



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...