Pages

Thursday, August 11, 2011

Puasa Mulut





Bila dengar sahaja perkataan Puasa. Kita mesti beranggapan bahawa kita tidak boleh makan atau minum. Tapi itu bukan yang saya maksudkan. Puasa yang lain ialah Puasa Mulut. Peliknya..ada juga di Malaysia ini Puasa Mulut.

Puasa Mulut Itu Apa?

"Tidak Kenal maka Tidak Tahu"

Maka itu saya akan kenalkan kepada Sahabat sekalian. Puasa Mulut itu merupakan sebarang bentuk ucapan kita yang terpelihara daripada membicarakan sesuatu perkara yang sia-sia. apa gunanya memperkatakan yang sia-sia apakah ia memberi manfaat kepada diri kita. Tentu tidak bukan. Oleh itu saya berharap kita semua akan sentiasa 'Puasakan Mulut kita dari ucapan yang sia-sia"

Ucapan Sia-sia?

Ia..banyak ucapan yang sia-sia yang sering kita bicarakan setiap hari sama ada kita sedar atau sedar. Biasanya yang paling POPULAR ialah Mengumpat dan Menfitnah. Astaghfirullah!! Janganlah ia menjadi amalan aku!!!

Mengumpat!!

Mengumpat perkara yang tidak asing lagi bagi kita. Betul tidak? pernahkah kita mengatakan sesuatu yang seseorang itu sendiri tidak menyukai apa yang kita bicarakan walaupun ia benar akan kelemahan itu ada pada diri seseorang itu. Cuba kita INGAT semula. Adakan? Lebih kurang begini kisahnya. Joom Mengumpat..aik bukan saya ajar mengumpat ok. Saya cuma mahu bagi situasi orang-orang Mengumpat.

#Kisah 1

" Kau tahukah semalam, si Fulan bin si Fulan solat terawih di Masjid nie!! Herm...siap pakai Juba dan Beserban lagi..macam imam masjid katakan. Menyampah aku tengok!!! kalau solat Terawih x pernah CUTI..Tapi solat Fardu habis kantoi. Hairan betul aku tengok dia tu..kita nie pun solat Fardu x tinggal..tidak sampai beserban dan berjuba pergi solat...simple-simple jak.."


#Kisah 2

Ahmad: Irfan, aku mau gtau kau sesuatu ni?

Irfan: Apa dia? cakaplah..

Ahmad: Kau kenalkah budak itu?

Irfan; Mana satu ini!!

Ahmad: Tuu..pakai baju melayu merah berkopiah putih..

Irfan: Kenapa?

Ahmad: Kau tau kah, dia tu datang masjid kalau mau buka puasa jak.
lepas solat maghrib terus pulang. tidak pandai malulah.

Irfan: Macam mana Tahu?

Ahmad: setiap hari aku perhatikan dia, kalau solat Isya' jangan harap kau muka tengok muka dia lagi, Irfan aku bencilah orang macam tu. Banyak lagi orang yang patut buka puasa di sini..dia pula melebih-lebih mau buka puasa di sini. kalau makan sikit ok jugak..tapi ini, macam gunung nasi di pinggan dia, selalu menambah pulak tuu!!! Geram aku..

Irfan: Biarlah dia..tak baik umpat orang macam tu..tak tentu pasal puasa kita tak berkat.

Ahmad: Mana-manalah Irfan..Tapi aku Geram juga tengok dia!!.

_The end_

Itu adalah 2 contoh kes yang berlaku dalam kalangan mahasiswa di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan masih lagi bernafsu mahu mengumpat. Adakah sahabat-sahabat faham dengan situasi di atas? InsyaAllah saya yakin, sahabat semuanya faham maksud saya dan mungkin ada di antara kita pernah melakukannya. Wallahu'alam..

Bagaimana dengan FITNAH?

Fitnah. sahabat tahukan fitnah itu apa? Ada yang tidak tahu!! Baiklah saya jelas. Fitnah itu boleh diertikan sebagai kita mengatakan sesuatu perkara yang palsu atau tidak benar kepada
seseorang dengan niat kita mahu menjatuhkannya atau mengalahkannya. Mungkin perasaan dengki menguasai jiwa kita sehinggakan kita sanggup Memfitnah sahabat sendiri. Banyak kes macam ini berlaku sekarang terutamanya di Negara kita Malaysia.

Sahabatku yang kucintai kerna Allah SWT. Berikut ini saya sertakan 1 contoh kes FITNAH yang berlaku dalam Mahasiswa;

#Kisah 1
Esok ada pertandingan menulis artikal berkenaan Al-Quran di Masjid sempena Bulan
Ramadhan. Saya fikir elok saya mendaftar mana tau ada Rezeki. Mungkin hari ini lepas solat Zohor saya terus isi borang di pejabat Masjid lah. Waah..ramai juga ikut pertandingan ini. Aik..macam kenal nama Faris ini. Setau saya Faris ini lulusan sekolah Agama. Aduuuh..susahlah mau menang kalau macam nie..sudahlah satu saja pemenang yang diambil. Mampuslah aku..Duit RM350 mesti aku yang punya. Banyak tu beb!!! Boleh simpan untuk duit raya...

Hari Pertandingan;
Waah cepatnya siap..Hebat sungguh Faris ini. ini tak boleh jadi, aku mesti buat sesuatu agar Faris tidak menang. Kebetulan pada hari pertandingan hanya 3 orang saja yang ambil bahagian. yang seorang lagi hantar artikal tapi tidak siap. jadi kemungkinan besar Faris yang menang..

yeah aku ada idea..

Aku mesti jumpa juri ini..Ustaz perasan tak tadi Faris hantar awal artikalnya. Ustaz membalas Perasan, kenapa? Ustaz Si Faris itu..buat artikal dari rumah lepas itu..dia salin semula masa pertandingan tadi..saya nampak Ustaz..cuma saya tidak mahu ganggu dia tunggu selesai pertandingan baru jumpa Ustaz. Ustaz membalas, patutlah artikalnya bagus sangat siap bagi Hadis dan ayat Al-quran lagi..baiklah Ustaz gugurkan penyertaannya..Horee..Horee..mampu kau Faris..aku juga yang menang!!!

Macam-macam benda yang mereka lakukan untuk kepentingan peribadi. Adakah mereka tidak sedar perbuatan mereka itu?? Inikan bulan Ramadhan, Bulan yang mulia. Bulan ramadhan ini juga memberi kita ruang untuk membersihkan jiwa kita yang Kotor itu. Namun ada saja perbuatan tercela kita lakukan.

Kenapa sedemikian!!

Sahabatku..sedarkah kita, Hati ini telah terkunci..telah dikunci oleh syaitan sebelum kita melangkah di Bulan Ramadhan. Hati kita hanya dipenuhi oleh tarbiyah dan amalan Syaitan Laknatullah!! Astaghfirullah..

Sebab itulah kita amat sukar meninggalkan perbuatan maksiat tersebut. Kata diri Beribadah tapi Hati terus bermaksiat.

Muhasabahlah:

Sahabatku..adakah kita orangnya?
Marilah kita beristighfar kepada Allah dengan hati yang ikhlas. Marilah kita menjadikan Ramadhan ini sebagai Gedung Ubat yang merawat penyakit hati kita. Berdoalah kepada Allah agar diterima Ibadah kita. Kita tidak mahu Ramadhan kali ini berlalu tanpa makna. maka itu, Marilah kita terus memaknai kurniaan Ramadhan ini kepada kita. Jangan pernah lelah dan berputus asa (Futur).

Kerna Allah SWT berfirman dalam Surah Yusuf 12:87
"Jangan Kamu berputus asa, sesungguhnya orang yang berputus asa itu adalah orang-orang kafir"

Oleh itu, Sahabat-Sahabat..

Marilah kita jadikan Ramadhan kali ini sebagai ladang kita membina ketaQwaan kepada Allah. Puasakan Mulut kita dari Mengumpat dan Memfitnah. Ucapkanlah kata-kata hikmah dengan saudara kita. Kerna sesungguhnya itu ucapan yang lebih baik.

Allah SWT Berfirman:
" Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeruh kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata. "sungguh aku termasuk orang-orang muslim yang berserah diri" Surah Fussilat 41:33

Wallahu'alam


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...