Pages

Monday, December 20, 2010

Musibah Itu Hikmah

Dengan Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Allah swt tidak akan membiarkan umatnya hidup tanpa diuji dengan sebarang cubaan. Itu memang kepastian daripada Allah SWT ke atas makhluknya.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Luqman : 17

“ ..sesungguhnya ujian itu sesuatu yang pasti dari pada Allah swt..”

Kita sebagai orang yang beriman kepada Allah SWT perlu memahami akan itu. Allah SWT tidak akan menguji hambanya dengan sesuka hati tanpa sebarang sebab dan akibat. Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Akan tetapi ramai antara kita yang beriman berprasangka buruk tentang ujian yang Allah SWT berikan. Tuduhan mula disuarakan sama ada secara batin atau zahir. Mula menyalahkan Allah SWT dengan berkata Allah SWT tidak adil terhadap diriNya.

Sedarkah kita wahai saudaraKu!!

Pernahkah kita imbas kembali Sirah para sahabat dan Ulama-ulama terdahulu. Bagaimana dashyatNya ujian mereka. Namun mereka hanya bersabar dan redhai akan itu. Kerana mereka yakin ada sesuatu yang baik yang hendak didatangkan oleh Allah SWT. Mereka redha dengan ujian yang menimpah.

Wahai saudaraKu!!

Kita sebagai manusia yang tidak sempurna semestinya tidak terlepas dari kesilapan dan ujian. Ujian Adalah fitrah yang diwujudkan khas untuk kita. Tanpa ujian mana mungkin kita bisa mengenali diri kita. Dengan ujian juga kita bisa muhasabah diri kita. Mengapa perlu berprasangkah buruk. Kita seharusnya berterima kasih kepada Allah SWT kerana memberi kita ujian. Mungkin dengan ujian itu kita dapat menyedari akan kesilapan kita. Dan pembaikan dapat dilakukan serta merta dengan lafas “astaghfirullah” dan bertaubat kepada Allah SWT.

Allah SWT mahu kita menjadi umat yang terbaik. Dengan itu, ujian adalah cara untuk mendapat gelaran itu.

Allah SWT berfirman dala Syrah Ali-Imran : 110

“..jadilah sekailan kamu umat yang terbaik..”

Dengan ujian kita dapat mengesan kesilapan kita. Oleh itu, jangan berkeluh kesah dan bermuka masam bila ditimpa musibah. Sesungguhnya orang-orang yang muka masam itu hanya muka penghuni neraka..nauzubillah.!!

Bagi orang yang tidak sesekali diuji, jangan pernah berasa seronok. Mungkin tak diuji itu adalah satu ujian Allah SWT. Allah SWT menyediakan keselesaan sehinggakan dirinya lalai mengingati Allah SWT. Menjadi semakin sombong dan angkuh. Bermaharaja lela dengan maksiat. Tidak sedar akan asal usulnya dari perbuatan yang hina.

Wahai saudaraKu!!

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT moga kita menjadi orang-orang soleh dan solehan serta sentiasa bersyukur atas ketentuan Allah SWT.

Jadilah orang-orang “bila menerima nikmat dan keseronokan dia bersyukur namun bila ditimba bala bencana dia bersabar”.

Akhir kata,

Wahai saudaraKu!!

Jangan sesekali takut untuk diuji. Anggaplah ia sebagai babak-babak yang menarik dan mencabar dalam dunia lakonan kita bersama Allah SWT di muka bumi ini. Jadikanlah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai rujukan menghadapi sebaran ujian. InsyaAllah kita akan menjadi orang-orang yang dijanjikan Allah SWT bahawa kita adalah umat terbaik. Maka jangan sia-siakan kesempatan ini.

AKU baru sedar bahawa diri ini masih belum cukup untuk diuji jika dibandingkan dengan ujian para sahabat terdahulu. Ikhwah-ikhwah sekalian mari kita sama-sama berdoa agar dengan ujian kita masih mampu untuk istiqamah dijalan dakwah ini. Bahkan kita semakin bangkit utuh dengan saling bantu-membantu menghadapinya bersama.


Jazakalah khairan..ikhwah-ikhwah sekalian terimalah ucapan cinta dariku..

“AKU MENCINTAIMU KERANA ALLAH SWT”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...