Pada hari pertama sambutan yang baik dari ikhwah KML dengan ukiran senyuman yang sedikit sebanyak melegakan kepenatan kami. Sambutan salam dan berpelukan itu perkara biasa bagi ikhwah kerana itu sudah menjadi kebiasaan sejak mula Halaqah lagi. Selain itu, ianya sebagai tanda kasih sayang dan menujukan keakraban ukhuwahfillah yang terjalin.
Dimulai dengan sesi ta’aaruf yang dikendalikan oleh akhi Ihsan amat menceriahkan keadaan. Saya (Rusdi) terkejut juga dengan adegan ta’aruf kali ini dan amat berbeza sekali berbanding sebelumnya. Semuanya ikhwah menunjukkan kepuasan bagi sesi pertama terutamanya kegembiraan kelihatan terpancara daripada ikhwah-ikhwah baru. Proses ta’aruf ini amat penting bahkan kebanyakkan program yang ada sekarang menjadikan sesi ta’aruf ini sebagai sesi yang wajib ada dalam tentatif program.
Dalam Firman Allah Sendiri dalam Surah Al-Hujurat :13
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
Sesi kedua lalah Tayangan yang disediakan Oleh Akh faza. Tayangan ini mempersembahkan kombinasi video bermula dengan proses kejadian manusia menurut Al-Quran, masalah Umat “Zina dan Pembuangan Bayi, dan Isu-isu palestin. Tayangan tersebut menyebabkan sebahagian ikhwah menitiskan air mata, bahkan ana sendiri menangis menyaksikan beberapa babak dalam video itu. Amat berkesan sekali dan mendorong lagi diri kita untuk sedar akan ancaman yang dialami oleh Islam.
Sesi ketiga diakhiri dengan slot adab-adab tidur yang dikendalikan oleh Akh Mail dan merupakan Mas’ul program Daurah kali ini.
Terdapat banyak lagi adegan2 menarik yang disediakan keesokan harinya kepada para ikhwah yang hadir. Antaranya slot Riadah oleh Akhi Ehsan, Sesi Kaunseling cara islam oleh Akhi Rusdi, Slot Personality PLUS dan pengisian 1 oleh Akhi Syafiq dan Pengisian 2 oleh Akhi Faza. Respon yang baik daripada ikhwah KML bahkan mereka menyarankan agar masa-masa yang terluang diisi oleh beberapa pengisian tambahan. Ini kerana ikhwah masih kekurangan bahan dan input baru yang boleh dimanfaatkan.
Malam terakhir disudahi dengan Slot Forum di mana melibatkan kombinasi isu-isu ukhwah, Motivasi dan Dakwah dan Masalah Umat. Terdapat 3 orang ahli panel yang masing-masing dipilih mengikut kecenderungan ahli panel. Daripada 3 ahli panel salah seorang Ikhwah KML yang berasal dari Sarawak.
Hari terakhir program dengan slot yang terakhir iaitu slot Evaluasi dan maklum balas tentang perjalanan program. Menjadi kelazimanya respon positif dan negatif itu mesti ada. Walau bagaimanapun, maklum balas negatif yang amat pengajur perlukan kerana sangat penting untuk pembaikan masa hadapan.
Pelbagai cadangan, teguran yang disuarakan, akan tetapi luahan kepuasan tidak terkecuali. Kami Ikhwah Ums amat berterima kasih kepada Ikhwah KML kerana memberi komitment yang baik sepanjang program. Moga Allah SWT menerima segala amal baik kita ini dan menyatukan hati kita dijalan Dakwah ini.
Walaupun setiap program yang lakukan serba kekurangan dan tidak sebesar program-program lain. Tetapi yakinlah Yaa Akhi bahwa Allah SWT tidak akan melihat kemewahan program bahkan Allah SWT akan melihat Keikhlasan Niat kita berbuat kerana Allah SWT.
Ana berharap agar kita sama-sama berdoa untuk diperteguhkan hati-hati kita walau dalam keadaan senang atau susah. Sungguh Susah Dan senang itu adalah ujian Allah SWT ke atas hamba-Nya untuk menguji ketaatan dan keingkaran kita terhadap Allah.
Ana akhiri coretan ana dengan berdoa kepada Allah SWT agar kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi segalanya, jalinan ukhuwah kita ini hanya kerana Allah, dan moga segala kebencian kita terhadap kemungkaran juga Kerana Allah SWT. Yaa akhi, marilah kita sama-sama Istiqamah dijalan Dakwah ini yang diredhai Allah SWT dengan mengikhlaskan niat kita, mengorbankan harta, masa dan tenaga kita, agar pengakhiran hidup kita berakhir dengan beribadah kepada Allah SWT.
Amin Ya Rabbal alamin.. Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment