Pages

Monday, August 6, 2012

Carilah Kebahagiaan Itu!




Kebetulan saya terjumpa kata-kata ini semasa mengemas meja belajar. Menarik bagi saya dan teringin saya kongsikan kepada pembaca sekalian.

“Keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia yang sebenar dan bagaimanakah cara untuk mendapatkannya”

Bahagia itu

Definisi bahagia itu sangat relatif. Maka, kebahagiaan itu berbeza-beza bagi setiap individu.

“Bagi yang merasakan sakit. Kebahagiaan baginya adalah ingin cepat sembuh daripada sakit yang dialaminya. Bagi yang miskin pula, kemewahanlah yang akan membuatkannya bahagia. Bagi seorang pelajar, keputusan yang cemerlang akan memberikan kebahagiaan kepada mereka. Bagi yang menjalinkan persahabatan, kebahagian dikecapi apabila mereka saling menghargai dan menghormati antara satu sama lain. Begitu juga suami isteri, kebahagiaan mereka adalah apabila dikurniakan cahaya mata hasil daripada perkahwinan mereka”

Oleh itu, kalau mahu dibahaskan tentang konsep kebahagiaan sememangnya tidak ada penghujungnya. Ini kerana, konsep bahagia itu sangat relatif dalam kehidupan seorang individu.

Kegagalan memaknai erti kebahagiaan yang sebenar menyebabkan ada sesetengah individu salah tafsir mengenai makna kebahagiaan. Ada diantara kita berasa seronok dan bahagia bila bermaksiat kepada Allah SWT seperti menghilangkan “stress” dengan menagih dadah dan meminum arak, mencari kebahagiaan dengan ber”couple” sebelum berkahwin, melayan hiburan dengan keterlaluan. Inilah makna kebahagiaan bagi mereka yang jauh daripada syariat islam.

Adapun, makna kebahagiaan bagi orang-orang beriman ialah dengan menyerahkan segala penghidupannya kepada Allah SWT.

Mereka menyedari bahawa segala perbuatan akan membawa kebahagiaan. Hidupnya disandarkan hanya beribadah kepada Allah SWT dalam segala hal dalam hidupnya.

Hidupnya dipenuhi dengan amalan-amalan ahli syurga. Membaca Al-Quran dan memahaminya, bersedekah, menyambungkan silaturrahim, tidak mensyirikkan Allah SWT, menyeru yang makruf dan mencegah yang mungkar, dan sebagainya.

 Mereka sedar akan ganjaran pahala dan syurga sekiranya perbuatan yang dilakukan itu ikhlas kerana Allah SWT. Ganjaran itulah menjadi khabar gembira bagi orang-orang beriman untuk terus mengabdikan diri kepada Allah SWT. Maka, itulah kebahagiaan hakiki yang didambakan.

Bagaimana dengan diri kita?

Benarkah cara kita menafsirkan makna kebahagiaan kita selama ini?

Adakah Allah SWT sebagai sumber kekuatan kebahagiaan kita atau dunia yang penuh tipu daya dan senda gurau itu menjadi sumber kebahagiaan kita?

“Tanyakan persoalan-persoalan ini kepada diri kita!”

“Saya mengajak kepada diri dan sahabat sekalian agar menilai kembali makna kebahagiaan kita. Mari mendapatkan kebahagiaan yang hakiki dengan memohon dan berdoa kepada Allah SWT. Sungguh Allah Maha pengasih Lagi Maha Penyayang.”

Sumber Kebahagiaan kita hari ini

Lazimnya, terdapat dua faktor sumber kebahagiaan iaitu faktor luaran dan faktor dalaman.
Walau bagaimanapun, ramai dikalangan kita ini hanya menjadikan faktor luaran semata-mata sebagai pencetus kebahagiaan.

 Benarkah itu?

Ya, benar.

Buktinya, kita lebih cenderung untuk memiliki harta yang banyak, berlumba-lumba merebut kuasa, membelanjakan banyak wang untuk tujuan kecantikan, dan mendapatkan kelulusan yang tinggi. Sekarang, majoriti masyarakat kita mengimpikan semua ini sebagai penentu kebahagiaan mereka.

Atas dasar itu, mereka sanggup mengorbankan tenaga, masa, wang, maruah dan sering kali keluarga untuk mendapatkan harta kekayaan, kuasa dan lain-lain untuk mencapai kebahagiaan mereka.

Seolah-olah kita merasakan bahawa hidup kita di dunia ini akan kekal selama-lamanya!

Adakah kita sedar bahawa Allah SWT menciptakan hidup dan mati kita ini sebagai ujian?

Ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah Al-Mulk (67:2) maksudnya;
“Dijadikan mati dan hidup itu adalah untuk menguji manusia  siapakah yang terbaik amalannya”

Nah, Sahabat sekalian!

Adakah kita belum memahami kata-kata Allah ini? Allah menguji kita dengan nikmat hidup dan mati. Adakah kita orang-orang yang cukup amalannya apabila saat maut itu menjemput diri?

Ayuh musahabah diri kita!

Bukti hilangnya bahagia

Apabila kebahagiaan yang sebenar kita jalani, kita akan merasakan diri kita akan semakin dekat dengan Allah SWT. Kita sering melakukan perkara-perkara yang jauh daripada memudaratkan diri kita dan orang lain. Bahkan, kebahagiaan kita itu akan membawa orang lain turut bersama merasai kebahagiaan yang kita nikmati.

Namun, apabila kebahagiaan telah hilang dalam kehidupan kita. Maka, kita akan lebih cenderung untuk memudaratkan diri kita dan orang lain. Kita akan semakin liar dan panas baran. Bila diberi nasihat, kita lebih suka memberontak, mencaci, dan mencederakan orang lain. Orang sebegini lebih mudah terjebak dengan perbuatan-perbuatan yang merosakkan seperti minum arak, menjadi penyebab rumah tangga berantakan, menagih dadah, jenayah seks, sakit jiwa dan bunuh diri.

Kebahagiaan yang hilang juga menyebabkan kita sentiasa menyalahkan takdir, berputus asa, mengeluh dan menyalahkan orang lain kerana kegagalan kita menghadapi ujian hidup.
Menakutkan bukan?

Ini yang akan berlaku sekiranya kita menjadikan faktor luaran semata-mata sebagai sumber kebahagiaan kita. Maka apa yang perlu kita lakukan ialah menghidupkan kembali hati kita dengan bertaubat dan mengamalkan syariat islam yang sebenarnya.

Kebahagiaan itu sentiasa ada

Sahabat sekalian, kebahagiaan itu tidak akan pernah hilang di muka bumi ini selagi mana kiamat belum tiba. Cumanya, kebahagiaan itu hilang dalam diri kita kerana kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab kita untuk menjaganya.

Oleh itu, kita perlu mencari dan mendapatkan semula kebahagiaan yang telah hilang dalam diri kita.

Di sini, saya akan nyatakan beberapa tip mencari kebahagiaan anda yang hilang;

Tip 1: Beriman dan beramal soleh.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Nahl (16:97) yang bermaksud Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”

Tip 2: Banyak mengingati Allah SWT

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ra’d (13:28) yang bermaksud “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”

Tip 3: Bersandar kepada Allah SWT

Firmannya dalam surah Al-talaq (65:3) yang bermaksud “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Tip 4: Sentiasa mencari peluang berbuat baik

Kita perlu berbuat baik kepada semua makhluk ciptaanNya. Sama ada melalui ucapan, perbuatan dan hati kita. Hasilnya, kita akan berasa tenang dan bahagian kerana kita tidak pernah membenci bahkan menyebarkan cinta kepada semua makhlukNya.

Allah SWT berfirman dala surah Al-Nisa’ (4:114) yang bermaksud Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian karena mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar.”

Tip 5: Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam

Jangan membiasakan diri kita memikirkan sesuatu yang belum pasti dan terlalu berangan-angan benda ini dan itu. Lebih parah lagi, apabila angan-angan tersebut tidak diiringi dengan usaha untuk mencapainya. Inilah yang akan menyebabkan kita lalai dan leka dengan kehidupan kita. Seterusnya, kita akan kecewa kerana gagal merealisasikan apa yang diimpikan.

Tip 6: Melihat kelebihan bukan kekurangan diri

Setiap manusia tidak dilahirkan sempurna. Kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah SWT. Sekiranya kita dalam proses mencari kebahagiaan, jangan kita mencari cacat celah (keburukan) orang lain. Ini kerana, saya yakin sahabat akan sentiasa menemui kelemahan dan keburukan tersebut. Oleh itu, carilah kelebihan diri orang itu agar kita merasakan kebahagiaan ketika bersamanya.

Tip 7: Jangan mengharapkan ucapan terima kasih

Kita sering mengimpikan balasan sekiranya kita ada melakukan sesuatu kebaikan dengan orang lain. Apabila ini berlaku kepada diri kita? Kita akan lebih mudah kecewa dan berhenti melakukan kebaikan seperti kebiasaan. Hal ini kerana, manusia zaman sekarang amat sukar mengungkapkan terima kasih walau ianya sangat mudah dan ringkas. Oleh itu, saya berpesan kepada diri saya dan sahabat semuanya agar kebaikan yang kita lakukan itu hanya berharap ganjaran pahala di sisi Allah SWT. InsyaAllah kita akan lebih tenang dan bahagia kerana kita mendapat pahala daripada Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ihsan (76:9) yang bermaksud “Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.”

Kebahagiaan Hakiki

Kita akan mencapai kebahagiaan hakiki apabila “kita memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan ini.”

Kebahagiaan itu, mendorong kita untuk sentiasa berfikiran positif dengan ujian dan berusaha mendapatkan pengajaran daripada ujian yang diberikan Allah SWT. Kita tidak mudah menyalahkan orang lain, apatalagi menyalahkan ketentuan Allah SWT.

Justeru itu, bagaimana mendapatkan kebahagiaan yang sebenarnya?

Tidak lain, tidak bukan adalah dengan hanya mengingati Allah SWT. Dengan mengingatinya, InsyaAllah hati kita akan lebih tenang dan bahagia.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ra’d (13:28) yang bermaksud;
“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”

Jadi, apa tunggu lagi!

Carilah dan dapatkanlah semula kebahagiaan anda yang hilang!

Dengan kesungguhanmu dan keikhlasanmu semata-mata keranaNya.

Kamu akan menemui dan mendapatkannya.

InsyaAllah!

Yakinlah!

“Kebahagiaan itu sentiasa ada”

Sunday, August 5, 2012

Cerpen: Uhibbukafillah (1)



Pagi yang cerah, semua ahli rumah sewa Taman Kingfisher berkumpul di ruang tamu. Nampaknya ada isu yang hangat diperkatakan ketika itu. Gelak ketawa dan senda gurau mereka, mengajak diri Rasyid untuk turut serta dalam perbincangan tersebut.

“Assalamu’alaikum?”

“Kedengaran satu suara dari bilik tingkat bawah rumah, menyebabkan perbincangan mereka yang semakin rancak terhenti seketika!”

“Wasalam” Haraz menjawab salamnya.

“Engkau rupanya Rasyid” sapa Naufal.

Rasyid hanya tersenyum malas ketika  keluar dari biliknya dengan masih berkain pelekat.  Maklumlah musim hujan syok tidur lama-lama. Lagipun, masa ini cuti semester UMS. Sudah menjadi kebiasaan mahasiswa yang bercuti memanjangkan masa tidurnya.

“Marilah join sekali perbincangan kami” Ajak Rasdan.

Rasyid hanya menurut tanpa sepata kata.

“Apa isu yang korang cerita ini?” Rasyid menyoal sementara mulut tengah menguak.

“Tak ada apa pun” Haraz menjawab selamba.

Aik! “Aku dengar seronok benar tadi” Rasyid teringin tau.

“Kami bercerita mengenai program makoyyam nasional hari itu kat perak” Ujar Naufal ringkas.

“Ooh..ingatkan apa tadi” Balas Rasyid

“Korang ganggu tidur aku tau” Rasyid mencelah lagi sambil tubuhnya yang kecil dan berisi itu disandarkan dengan salah sahabat di sebelah kirinya”

Aik, nak tidur lagi! Usik Haraz.

“Tak elok tidur lepas subuh, apa lagi sekarang  ini langit dah cerah” Haraz menasihatikan.

“Herm..hanya kedengaran dari mulut Rasyid”

Rasyid, cerita sikit pengalaman semasa Mukoyyam hari itu? Rasdan memulakan semula perbincangan.

“Nak cerita apa lagi! Kan korang semua ada masa tu” balasnya ringkas.

“Herm..nampak sangat malas nak bercerita” jawab Haraz sambil mulutnya dimuncungkan ke arah Rasyid.

“Ceritalah pula apa yang korang buat dengan pasangan sejati kau tu semasa kat KL” Naufal bersuara.

“Mata Rasyid tiba-tiba terbeliak mendengarkan soalan yang diungkapkan oleh Naufal sebentar tadi”

“Iyah..ya iyah juga”tambah Haraz..

Sahabat-sahabat ketika itu tersenyum sinis dan mengharapkan cerita kosong tu dari Rasyid.

Cerita kosong katamu! Balas Rasyid.

“He3.tidak..tidak”jawab Rasdan

“Kami gurau sajalah” tambahnya lagi sambil menyiku pinggang Naufal.

Ok..Ok, “Akhirnya, Rasyid mengalah juga dan mahu menceritakan aktivitinya bersama sahabatnya iaitu Faris”

Semua nampak khusyuk mahu mendengarkan. Haraz pula merapati Rasyid tanda sangat berminat nak dengar cerita Rasyid dan Faris di KL tempoh hari.

“Kami tak buat apa-apa kat sana, duduk rumah saja” Ceritanya ringkas.

Laah, takkan itu je kot! Haraz yang penuh minat tadi mula mengendorkan dirinya.

“Kami jalan-jalan kat Sunway Lagoon” Rasyid menambah.

Sahabat-sahabat ketika itu mula segar semula. Buat apa? Soal Naufal..

“Nak tau juga!” balas Rasyid sambil senyumannya semakin melebar.

Kami main “Ice Ski”. Jelasnya ringkas.

Waah bestnya! Suara Haraz kedengaran kuat.

Tak best pun, sebab kami fisrt time main ‘Ice Ski tu’. Kami selalu jatuh dan kaki aku ini melecet tau. Rasyid menceritakan sambil menunjukkan kakinya yang melecet kepada sahabat-sahabatnya.

“Sebenarnya banyak lagi” lanjutnya.

“Haah, itu yang kami nak dengar!”Haraz bersuara lagi sambil memandang sahabat-sahabat di sekelilingnya.
Mereka semua mengangguk, kata sepakat nak mendengarkan cerita selanjutnya daripada Rasyid.

“Bah..oklah”. Balasnya dengan nada yang kurang bersemangat.

“Belum sempat memulakan bicara, tiba-tiba isyarat mesej masuk ke telefon Nokia C3 Rasyid”

Masing-masing mendiamkan diri sambil memberi ruang kepada Rasyid membaca SMS yang baru menerja masuk.

Nokia C3 digapai dihadapannya. Lock telefon dibuka. Butang ok ditekan. Terpampang nama sahabat yang baru sebentar tadi disebutkan namanya.

Mesej Faris : “Salam akhi, anta free ka hari ini”

Siapa Rasyid? Soal Haraz.

Cuba teka! “Rasyid ingin mengajak sahabat-sahabatnya bermain teka-teki.”

“Cakaplah” ujar Naufal.

“Rasyid memandang semula skrin telefonnya dan mula membaca kandungan mesej yang diterima” Haraz memanjangkan leher dari belakang Rasyid kerana teringin nak tahu siapa yang sms.

“Faris yang sms” Jawabnya ringkas.

“Patutlah muka berseri-seri” Usik Naufal.

“Tau tak apa” balasnya.

Faris SMS kenapa ya? Rasdan ingin tahu.

Aku pun tak tahu! Jawab Rasyid sambil menekan-nekan telefonnya untuk replay sms Faris.

Replay Rasyid: “Wasalam..InsyaAllah ana free..ada apa Akhi?

Rasyid menekan butang Replay pada telefonnya dan kembali semula memandang sahabat-sahabat dihadapannya yang mula menyindir.

Isyarat Mesej datang lagi. “Rasyid menggapai Nokia C3nya”

Mesej Faris: “Mau tngok kreta ana..bole anta dtg KK..ambik ana..”

“Rasyid membaca sms yang baru sampai”

“Ooh..Rasyid memuncungkan bibir”

“Dia minta ana datang ambil kat Bandar KK”  tambahnya lagi.

“Ooh..baru tahu” Haraz menjawab.

“Oklah Rasyid, engkau layanlah dulu kekasih kau tu!” Sindir Haraz.

Rasyid menunjukkan penumbuk kea rah Haraz. “Nak ini” Rasyid bergurau tapi nampak serius.

“Kami ukhuwah bah” ujarnya.

Ok..ok..”anta memang berukhuwah” Haraz akui.

Sahabat-sahabat yang lain tidak mahu lagi mengganggu Rasyid! Rasyid dibiarkan dengan dunianya sendiri.

Replay Rasyid: “Skrg kah ana datang ambil..”

Mesej Faris: “Pkl 10 la gitu akhi..”

Replay: “Bah..di wawasankan..InsyaAllah akhi..”

Mesej Faris: “Ana tnggu d wisma mrdeka akhi”

Rasyid melihat jam di tangan menunjukkan jam 9.47 minit pagi. Rasyid berjalan menuju tingkap dan menyelak langsir berwarna merun . Cuaca agak mendung. Bisik dalam hati.

Ketika ini, kota kinabalu dan kawasan sekitarnya mengalami musim hujan sejak beberapa hari ini. 
“Alhamdulillah hari ini, cuaca mendung saja dan hujan pun dijangka tidaklah selebat berbanding semalam” Rasyid terus bermonolog sendirian.

Rasyid bergerak masuk ke bilik dan bersiap. Rasyid keluar semula ke ruang tamu setelah beberapa minit dalam bilik.

“Amboi, segaknya budak ni! Wangi macam nak jemput kekasih” Usik haraz lagi

“Memang pun, ana nak jemput kekasih atas dasar ukhuwah dan iman kerna Allah SWT” jawab Rasyid pantas!

Salahkah ana macam nie? Soalnya

“Tak ada lah” balas Haraz..

“Oklah tu, Nampak kacak lebih sikit” tambahnya lagi.

“Kacak banyak lah” Balas Rasyid.

Gelak ketawa mereka berdua memenuhi ruang rumah sewa mereka. Sahabat-sahabat lain hanya tersenyum melihat gelagat kami berdua.

“Ana gerak sekarang ok” Rasyid memberitahu.

“Bah, hati-hati memandu, jalan licin ni” Naufal menasihatkan.

“Jazakallah akhi, Assalamu’alaikum” ucap Rasyid.

“Wasalam” Jawab sahabatnya serentak.

                                    *****

Sambil memandu, Rasyid memerhatikan jam ditangannya. Nampaknya sekarang jam10.03 minit pagi. Rasyid tenang saja sambil bibirnya berkumil-kumil menyanyikan lagu daripada kumpulan Edcoustic “Sebiru hari ini”. Rasyid sengaja menyanyikan lagi ini, walaupun dia sedar bahawa langit ketika ini kelihatan sedih dan berduka. Seakan-akan menanti masa menitiskan air matanya dari awan yang kelabu.

Bangunan Wisma Merdeka kelihatan dihadapan, takkalah Rasyid berhenti di hadapan lampu merah sebelum masuk ke laluan ke bangunan itu. Wisma Merdeka adalah antara Kompleks beli-belah yang terawal dibina di Bandar Kota Kinabalu ini.

Rasyid memperlahankan kenderaannya dengan memerhatikan parking yang kosong di tepi bangunan Wisma Merdeka. Akhirnya Rasyid menemui parking di sekitar bangunan tersebut. Alhamdulillah. Ungkapnya dalam hati.

Tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya seakan-akan mencari sesuatu. Objek segi empat berwarna biru iaitu Nokia C3 kesayangannya dikeluarkan. Rasyid menaip sms untuk dihantarkan kepada sahabatnya Faris.

Mesej Rasyid: “Akhi ana di Wisma Merdeka nie..anta duduk mana?”

Butang send ditekan. Rasyid menunggu maklum balas daripada Faris. Namun, Faris tidak membalasnya?”
Dengan itu, Rasyid membuat keputusan  masuk ke Bangunan lama Wisma Merdeka sambil menunggu kelibat sahabatnya itu.

Rasyid hanya memerhatikan barang-barang yang ada di situ. Banyak juga kedai belum buka lagi! Bisiknya dalam hati.

Rasyid nampak tertarik dengan sebuah kedai. Rasyid menghampirinya. Ooh..kraf tangan sabah rupanya! Luahnya dalam hati.

“Assalamu’alaikum?”

Rasyid kedengaran suara memberi salam, sambil memegang bahu Rasyid. Rasyid menoleh ke belakang. Kemudian menyambut salamnya.

“Wasalam”

“Anta rupanya Faris”

Rasyid dan Faris bersalaman sambil pipi dilagakan sebagai tanda ukhuwah. Mereka yang lalu lalang ketika itu nampak hairan dan pelik. Namun, kami tidak menghiraukannya.

Anta apa khabar? Faris memulakan bicara.

“Alhamdulillah akhi, ana sehat-sehat saja” balas Rasyid.

“Anta?” Rasyid menyoal pertanyaan yang sama.

“Faris mengukirkan senyuman sambil memadang Rasyid, Alhamdulillah akhi ana sehat” Ujar Faris.

Sambil melangkah keluar daripada bangunan tu. Rasyid terus meneruskan bicara.

“Aik, kata balik rumah kakak malam tadi?” Soal Rasyid semacam keliru.

“Ooh..Familiy ana ada di kk, jadi ana ikut tumpang sekali tidur kat hotel semalam” balas Faris.

Ooh..Rasyid mengangguk tanda berpuas hati dengan jawapan Faris.

“Ambil helmet ini satu” pinta Rasyid.

Helmet berwarna merah dihulurkan kepada Faris. “Helmet baru kah nie akhi?” Usik Faris.

“Ek..tidaklah, Zaujah ana yang letak sini semalam. Jadi ana bawa sajalah” jelas Rasyid.

Faris mendiamkan diri, tanda faham penjelasan Rasyid.

Rasyid dan Faris pun bergegas pulang ke Kingfisher. Takut kehujanan di tengah jalan. Maklumlah mereka hanya menunggang motorsikal Honda baru berwarna emas milik Rasyid.

“Akhi, kita mahu pergi mana sekarang, tempat kereta anta atau kita pergi rumah dulu?”Soal Rasyid.

“Akhi kita pergi tempat kereta analah” balas Faris.

“Ooh..ok2” Rasyid membalas.

Kereta Honda hitam milik Faris sudah tersadai lebih kurang dua minggu berhampiran dengan surau kingfisher. Mekanik yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dan membaiki tidak melakukan apa-apa kerja.

“Kasian kereta ini” Ujar Rasyid.

“Faris, bagus kita pergi “workshop” itu tanya sendiri perkembangan kereta anta” cadang Rasyid.

“Ok” balas Faris.

Tiba di bengkel, kelihatan seorang lelaki sekitar 40-an sedang membaiki kereta proton Saga. Khusyuk dia melakukan kerjanya.

“Selamat pagi” Faris memulakan bicara.

“Ya selamat pagi” mekanik menyambutnya dengan muka sedikit keletihan.

“Saya mahu tanya, perkembangan kereta Honda saya” Faris berkata lagi.

“Starternya sudah belikah?” sambungnya lagi.

“Belum adik” balas mekanik tu.

“Herm..bila ya boleh dapatkan stater kereta tu. Kalau lama lagi saya boleh minta bengkel lain uruskan kereta saya.” jelas Faris panjang lebar.

“Abang pun tak taulah adik, stater kereta adik susah sikit mahu cari” jelasnya ringkas.

Ooh..macam inilah bang, biar saya pergi cari di sekitar kk dulu. Kemudian Abang tolong pasangkan ok? Ujar Faris.

“Ok2”,” terima kasih ya adik. Abang minta maaf” Balas mekanik tu.

Perbualan mereka terhenti!

“Sebenarnya, orang yang dipertanggunjawabkan untuk membaiki kereta itu, entah pergi mana. Kami sudah hubungi tapi tidak memberi sebarang jawapan. Sejak belakangan ini, dia tidak pernah datang bengkel lagi.” Jelas seorang makcik ketika itu.

“Ooh..kami mengangguk serentak sebagai tanda memahami situasi mereka”

“Tak apa makcik” Rasyid bersuara.

Faris, jom kita pergi cari stater kereta anta? Ajak Rasyid.

“Ok, kita pergi telipoklah” balas Faris.

“Beres akhi” Rasyid bersetuju.

                                             ******

“Hampir semua bengkel di sekitar telipok, inanam, menggatal dan Likas kita kunjungi tapi kita tidak  jumpa pun starter kereta anta” Rasyid meluahkan.

Akhi jom kita pulang? Ana mahu hantar ke bengkel hari tu jak. Kejab lagi ana call bengkel tu tarik kereta ana? Faris melempiaskan geramnya!. Faris nampak berputus asa. Namun, Rasyid menurut saja tanpa sebarang kata.

“Faris, cuba kita tanya dekat bengkel tu! “Cadang Rasyid.

“Bengkel mana?” Faris meminta kepastian.

“Bengkel dekat ana kerja tu” Rasyid memastikan.

“Ooh yang tu, mana boleh tu akhi. Bengkel tu khusus untuk kereta-kereta kancil jak” Faris seakan-akan menolak cadangan Rasyid.

“Tanyak jak dulu, mana tahu boleh” Rasyid cuba menyakinkan.

“Bah” Faris menurut.

“Rasyid, nanti anta yang tanya ok” Faris menyerahkan urusan ini kepada Rasyid.

“Bah, beres akhi” Rasyid akur.

Faris hanya membuntuti Rasyid menuju ke bengkel itu. Kelihatan Abang yang bekerja di bengkel itu sedang asyik bersembang lewat telefon. Rasyid dan Faris sabar menanti dan menunggu peluang untuk berkomunikasi dengan Abang tersebut.

“Rasyid, Abang tu free sudah” pergilah. Pinta Faris.

Rasyid menurut saja tanpa berkata apa-apa. Faris pula hanya membuntuti dari belakang.

“Abang, boleh tanya?” Rasyid memulakan bicara.

“Boleh2” Balas abang itu sambil rokok yang dihisap sebentar tadi dikeluarkan dari pintu bibirnya. Asap rokok kemudian dihembuskan ke udara. Kelihatan asapnya berkepul-kepul. Rasyid dan Faris hanya memerhati.

“Tanya apa adik?” Abang mekanik keluar dari dunianya, kemudian melayani Rasyid dan Faris.

“Begini Abang!, kereta kami starternya rosak jadi kami mau baiki. Boleh kah buat di sini?”Jelas Rasyid.
Kereta jenis apa tu? Abang mekanik bertanya.

“Kereta Honda” Faris tiba-tiba bersuara.

“Laah,Adik bengkel ini tidak boleh buat lah” Ujarnya perlahan.

“Macam inilah adik, dekat terminal bus inanam tu ada bengkel besar. Abang tidak ingat apa nama bengkel itu. Tapi apa yang pasti, bengkel itu semua ada keperluan-keperluan kereta termaksudlah starter adik.” Bagus adik pergi sana. Cadangnya.

Rasyid memandang Faris sekilas. Nampaknya, Faris menunjukkan muka ceria dan penuh pengharapan.
Jadi Faris macam mana? Rasyid bertanya kepada Faris.

“Jom kita pergi tengok” Faris mengajak.

“Beres” Rasyid akur.

Tiba di bengkel yang dikatakan oleh abang tadi.“Waah, besarnya bengkel ini” Faris terkejut.

“Betul” Rasyid membenarkan kenyataan Faris.

Seorang mekanik cina menghampiri Rasyid dan Faris. Mukanya putih kemerahaan tetapi kelihatan ada tompok-tompok hitam seperti griss yang melekat dimukanya.

“Boy ada masalah apa?” Mekanik cina memulakan bicara.

“Ada jual starterkah” Faris menjawab sambil menunjukkan contoh starter keretanya.

“Ooh..yang ini ada2” jawab mekanik tu.

“Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya” Rasyid tahmid dan menghampiri Faris sambil menepuk bahu Sahabatnya.”

Harganya Rm200 saja.“Tidak boleh kurang kah” Rasyid minta penawaran harga.

“Boy tidak boleh ooh” balas mekanik itu.

“Bah oklah” Faris setuju.

                                       ******

Usai solat duha di surau Kingfisher, Rasyid dan Faris berehat dan menunggu waktu solat zohor. Rasyid sudah melelapkan diri. Namun Faris mengambil masa sedikit untuk membaca Al-Quran sebelum Qialullah.
Rasyid dan Faris terjaga dari qialullah takkalah azan di surau itu dikumandangkan. Solat zohor berjemaah ditunaikan. Masa itu, Faris mengimamkan solat.

Rasyid, tidak laparkah? Faris bertanya.

“Lapar ini” jawab Rasyid pantas.

“Lepas ini kita pergi makanlah ok” Ujar Faris.

“Bah...Ok” Selamba Rasyid.

Memandangkan mekanik yang akan menguruskan pemasangan starter kereta Faris akan datang lebih kurang jam2.30 petang. Maka, Rasyid dan Faris pun sepakat mencari restoran berdekatan untuu mengisi perut mereka yang semakin berkerongcong. Restoran Uncle Bob menjadi destinasi mereka.

Usai, menambah tenaga di Restoran Uncle Bob. Faris mendapat satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

Hallo? Faris menjawab panggilan.

“Abang sudah ada di tempat parking kereta kamu ni di Kingfisher” Jawabnya.

Ooh, ok2. Faris tanpa banyak soal lagi terus bergegas ke tempat di mana keretanya parking. Rasyid dapat menjangkakan bahawa yang membuat panggilan sebentar tadi adalah Abang mekanik itu. Fikiran Rasyid melayang seketika!

Setibanya di sana, Starter telah dipasang oleh mekanik itu. “Cepatnya dia pasang” Ujar Rasyid.

“Pasang Starter ini senang saja Adik, Cuma mahu cari starter kereta susah sikit” Balas mekanik itu.
Faris dan Rasyid hanya berpandang dan masing-masing mengukirkan senyuman.

Sekali lagi telefon Faris menerima panggilan. Kali ini, Faris menyambutnya dengan menjauhi Rasyid dan mekanik itu. Mungkin tempat mereka tadi kurang sesuai ekoran bunyi ketuk besi yang kuat menyebabkan kesukaran mendengar sebarang panggilan. Selang beberapa minit. Faris kembali semula menghampiri mereka.

Faris, siapa yang call anta tadi? Rasyid memulakan bicara.

“Ooh, bapa ana akhi” balas faris.

Kejab lagi bapa ana datang sini. Sekarang bapa ana “on the way” ke kingfisher. Ujarnya lagi.

Rasyid hanya mengangguk.

“Bolehlah, ana berkenalan dengan bapa anta Faris” Rasyid bersuara semula.

“Sebenarnya, ana memang nak berhajat mahu kenalkan anta dengan bapa ana sebab itulah ana minta dia datang ke sini” Balas Faris.

“Yakah” Rasyid sedikit terkejut dan sedikit terharu.

“Yalah akhi, antakan sahabat ana. Jadi sekurang-kurangnya bapa ana kenal siapa kawan ana di KK ini” jelas Faris.

Rasyid semakin gembira dengan pengakuan Faris. Rasyid macam tidak sabar-sabar mahu berkenalan dengan bapa sahabatnya.

“Adik siap sudah” mekanik itu memanggil.

Ketika itu, kereta Faris sudah boleh dihidupkan seperti biasa. Faris nampak gembira kerana misinya untuk membaiki keretanya tercapai. Bukan apa, malam ini sekitar jam8.35pm Faris akan pulang ke kampung menaiki pesawat Airsia.

Kelihatan kereta mewah berwarna hitam menghampiri kami. Ini mesti bapa Faris. Bisik hati Rasyid.
Tekaan Rasyid tepat. Bapa Faris rupanya.

“Faris, ok sudahkan kereta” Bapa Faris bertanya lewat tingkat keretanya.

Pemandu disebelahnya, mengangkat tangan sebagai tanda isyarat salam.

“Bagus sudah pak” Faris menjawab ringkas.

“Bah, jumpa di KK lah malam ini ya” Bapa Faris mengingatkan.

“Ok, Pak ini kawan Faris yang banyak bantu pergi cari starter kereta ini. Namanya Rasyid.” Faris memperkenalkan.

Sambil bersalaman dengan bapa Faris. Dia sempat bertanya sama ada Rasyid teman universiti Faris atau tidak?

Ya, Jawab Faris. “InsyaAllah pak. Tahun ini Rasyid akan sambung Master” Sambungnya.

“Ooh, baguslah. Faris pun kena sambung master juga” Bapa Faris menanamkan harapan.

“InsyaAllah pak” Balas Faris.

“Oklah Faris, bapa mahu jalan ini ada kerja lagi” Ujar bapanya.

“Baiklah pak”

                                      ******

“Rasyid, ana minta maaf kalau ana menyusahkan anta” Faris tiba-tiba bersuara.

“Anta banyak tolong ana” ujarnya lagi.

Rasyid hanya mendengarkan Faris. Namun, Rasyid nampak ingin mengatakan sesuatu. Faris cuba meneka dalam hati.

“Sebenarnya ana lakukan ini semua pun kerana ana itsar anta. Ana mengharapkan redha Allah SWT akhi. Lagipun anta sahabat ana. Jadi ana bertanggungjawab membantu anta sekiranya anta memerlukan pertolongan. insyaAllah kalau ana mampu, akan tolong” Rasyid cuba bermain perasaan.

Suasana sekitar sungguh sunyi dan sepi. Segerombolan burung merpati berkumpulan di hadapan kami menghiasi lagi pemandangan ketika itu. Rasyid cuba bergerak menghampiri Faris. Faris pula sekadar terpacak di sebelah motor milik Rasyid dan memerhatikan Rasyid menghampirinya.  Matahari semakin ingin melabuhkan tirainya. Jam ditangannya diperhati oleh Faris. Langit seakan-akan hilang warnanya. Waktu siang semakin hampir usianya. Seketika nanti waktu malam akan menerja.

“Faris, ana gembira bersama anta. Ana harap ukhuwah yang kita bina ini membawa kita semakin dekat dengan Allah SWT. Ana mahu ukhuwah kita kekal sehingga ke syurga.” Rasyid menjelaskan dengan nada suara yang agak sedih.

“Rasyid, ana faham maksud anta” Faris bersuara.

“Ana pun mahu juga seperti yang anta hajatkan, mahu sangat” Ujarnya lagi.

Faris memerhatikan Rasyid. Bahu kanan Rasyid disentuh. Rasyid pun memandang ke arah Faris. Rasyid berdiri tepat dihadapan Faris. Rasyid dan Faris masing-masing berada dalam keadaan bersedih. Ini kerana. sebentar lagi salah seorang daripada mereka akan berjauhan.

“Akhi, Uhibbukafillah (Aku mencintaimu kerana Allah)” Rasyid lafazkan kalimah agung itu.
Mata Rasyid semakin berkaca-kaca. Namun, Rasyid menahan daripada terus menitis. Rasyid menguatkan semangatnya!

Faris menggerakkan tangannya dan menggapai tangan Rasyid sambil memeluknya dengan erat. Pipi bertemu pipi. Akhirnya Faris melafazkan kalimah agungnya.

“Akhi, Uhibbukafillah Kaman (Ana juga mencintaimu kerana Allah)”

-Bersambung-


























Friday, August 3, 2012

Munajat Seorang Hamba



Hari berganti hari..
Kusedari setiap perubahan pada diri..
Dulu janin dalam kandungan..
Menjadi bayi yang sempurna sembilan bulan..

Alhamdulillah..

Berpijak juga di bumi ini..
Bumi tempat aku membesar dan berkembang biak..
Bermula kanak-kanak yang comel dan suci..
Sehingga beranjak remaja seterusnya dewasa seperti sekarang...
Macam-macam peristiwa mencorakan hidup ini..
Baik ada, buruk pun apatalagi..

Itulah fitrah..
Dibentangkan dua jalan bagi setiap makhlukNya.
Tidak terkecuali diriku..
Terpulang memilih jalan yang mana..
Kuasa ada ditangan masing-masing..

Namun manusia inginkan kesenangan dan ketenangan..
Sama ada di dunia dan di akhirat..
Bila tanya surga dan neraka..
Cepat bibir mengungkapkan surga..
Jauh di lubuk hati akan neraka..

Bila direnung kembali watak hidup ini..
Jauh sekali dari amalan-amalan penghuni syurga..
Mengapa inginkan syurga!
Sedangkan amalanku selama ini amalan ahli neraka..

Astaghfirullah!!

Itulah nafsu manusia..
Inginkan kesenangan segera..
Menjauhi kesengsaraan segera..

Bila dikenang kesenangan itu ujian dan kesukaran itu ujian..
Maka aku tersungkur rapuh, menghela nafas panjang..
Memikirkan pengakhiran hidup ini..
Mati beriman atau mati bermaksiat kepadaMu..


Ya Allah...
Baru ku sedari peran hidup ini..
Hanya beribadah kepadaMu..
Beribadah dalam semua urusan..

Namun!
Mengapa hidayah itu baru aku sedar kini..
Air mata berlinang tanpa kusedari..
Apatalagi diminta..

Astaghfirullah..

Ya Allah..
Rupanya sepanjang hidup ini..
Aku banyak bermaksiat kepadaMu..

Ya Allah..
Ampunilah hambaMu ini..

Ya Allah..
Jangan matikan hambaMu ini dalam keadaan bermaksiat kepadaMu..
Aku inginkan syurgaMu..

Ya Allah..
Jauhkanlah siksa api nerakaMu..
Sungguh itu azabMu yang tiada tandingnya..

Dengan hidayahMu, Aku bersyukur..
Aku mula berjinak mengenalMu..
Juga mula mengamalkan syariatMu.

Ya Allah..
Engkau baik kepada makhluk jajahanMu..

Buktinya!!
Engkau kurniakan aku fizikal yang sempurna..
Rupa, tangan,kaki,hidung,mata dan segalanya yang ada pada diri ini..
Engkau beri percuma kepadaku..
Aku musahabah diri ini..
Dengan itu, ku tenung satu persatu kurniaMu..

Ya Allah..
Aku bersyukur kepadaMu..
KernaMu, Aku menjadi manusia normal..
Lengkap segala pancaindera..
Namun, kekadang aku ingkar kepadaMu..

Ya Allah..
Mengapa sedemikian rupa?
Mengapa aku tidak berbuat baik denganMu?
Sedangkan selama ini..
Engkau sangat baik denganku..
Aku kembali menginsafi diri..
Cuba memaknai erti syukur..

Ya Allah..
Janganlah engkau menarik hidayah ini dariku..
Kekalkan keimananku kepadaMu..
Berikanlah Aku kesabaran menuju redhaMu..
Sabar menghadapi ujian Mu..
Teguh menegakkan kalimahMu..


Ya Allah..
Dengan nikmat Tarbiyah ini..
Engkau memberiku izin untuk terus mengenaliMu
Dan terus mencintaiMu..

Saat ini..
Aku tenang dan bahagia bila hidup di bawah naunganMu..
Lagi tenang dan bahagia bila bertemu denganMu..


Dengan riwayat hidup yang berbaki ini..
Aku nekad dan berazam untuk beramal soleh..
Menyeru yang makruf, mencegah yang mungkar..
Terutamanya!!
Kepada keluarga tercinta yang selama ini jauh denganMu..

Ya Allah..
HambaMu hanya mampu nekad dan berazam..
Serta berusaha dengan penuh pengharapan…
Namun tanpa izinMu..
Usahaku dan tekadku tidak akan tercapai..

Ya Allah..
Aku mencintaiMu..

Ya Rasulullah..
Aku merinduimu..

Ya umat islam sedunia..
Uhibbukafillah Jiddan, Jiddan..
(Aku mencintaimu kerna Allah)

Dengan kesempatan hidup yang masih tersisa ini..
Maka, cepat-cepatlah kita bertaubat kepada Allah..
Sebenar-benar taubat kepadaNya..

Jangan tangguh lagi!!
Kerna, ketetapan Allah tiada penangguhannya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...