بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
“..Tiada kegembiraan
yang menyamai perjumpaan dengan sahabatnya dan tiada kesedihan yang menyamai
perpisahan dengannya…
Moga persahabatan yang
dibina dengan BISMILLAH ini hanya berakhir dengan INNALILLAH...”
Persahabatan atau ukhuwah itu umpama seuntai tasbih. Ada
permulaannya, namun tiada penghujungnya. Ukhuwah dicipta untuk mengingati-Nya,
Berbahagia untuk meraih cinta-Nya dan ukhuwah juga sentiasa dijaga serta
dipelihara agar tidak tersasar daripada landasan keredhaan-Nya.
Bila seseorang rindu dengan sahabatnya. Berdoalah
kepada-Nya. Semoga Allah menyampaikan perasaan rindu itu kepada sahabat yang
dirindui.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “ Ya Allah,
jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang
beriman mencintaiku.” (HR Muslim)
Saya terharu dan tersentuh mendengarkan dan mengahayati bait
lirik lagu Sigma yang berjudul ‘Senandung Ukhuwah’. Lagu ini kudedikasikan buat
sahabatku yang jauh di sana. Semoga ukhuwah yang terbina membawa kami ke
syurga-Nya. Sahabat, saya akui sejak hijrah ke negeri Kelantan saya sangat
merinduimu sahabat. Semoga Allah redha perasaan rindu ini. Terima dan hayatilah
bait-bait ayat lagu ini.
Senandung Ukhuwah (Sigma)
Di awal kita bersua
Mencuba untuk saling memahami
Keping-keping di hati
Terajut dengan indah
Rasakan persaudaraan kita
Dan masa pun silih berganti
Ukhuwah dan amanah tertunaikan
Berpeluk suka dan duka
Kita jalani semua
Semata-mata harapkan redha-Nya
Sahabat tibalah masanya
Bersua pasti ada berpisah
Bila nanti kita jauh berpisah
Jadikan rabithah pengikatnya
Jadikan doa ekspresi rindu
Semoga kita bersua di syurga
Sahabat, aku merinduimu kerana Allah. Semoga hijrah ini
dapat mentarbiyah hati nurani kita untuk semakin cinta kepada-Nya. Kita bertemu
dan berpisah kerana-Nya. Sungguh Allah mencintai orang-orang yang beriman dan
saling menyayangi kerana-Nya. Hanya doa sebagai pengubat rindu agar ukhuwah
kita terus subur dengan benih-benih keimanan dan ketakwaan kepada Sang
Pencipta kita iaitu Allah SWT. Tuhan Yang Maha Esa.
Allah SWT berfirman yang bermaksud; “Teman-teman akrab pada
hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang
yang bertakwa.” (Surah Az-Zukhruf 43:67)
Hanya kerinduan kerana-Nya yang mampu menyebabkan hati
sahabat kita juga merindui kita kerana-Nya.
terbaek
ReplyDelete