Sejak berkecimpung dalam dunia latihan dan perunding motivasi di Kota Kinabalu, Sabah bersama para pelajar sekolah dan universiti.
Sebenarnya saya banyak belajar sesuatu daripada mereka. Menasihati mereka mengenai kejayaan dalam hidup itu secara tidak Saya sedang menasihati diri saya.
Soalan yang sering saya tanyakan semasa seminar adalah siapakah yang mahu berjaya dalam hidup?
Saya dapat menyaksikan 100% daripada peserta mahu berjaya dalam hidup mereka. Saya juga tidak terkecuali mengangkat tangan bahkan saya lebih tinggi kerana Saya memang mahu berjaya dalam kehidupan saya.
Setelah bertanyakan soalan kepada mereka. Saya pun merumuskan bahawa tiada sesiapa di atas muka bumi ini mahu gagal. Semuanya mahu berjaya bukan?
Persoalannya, saya dan para peserta seminar tahu mahu berjaya tapi kebanyakkan hanya sekadar tahu dan tidak buat.
Para peserta seminar juga tahu bagaimana mahu gagal tapi mereka sering melakukan perkara-perkara yang orang gagal lakukan.
Ini tugas yang sangat berat yang Saya hadapi sepanjang terlibat dalam bidang ini.
Atas dasar itu, saya berjaya menghasilkan satu jenis formula untuk membantu membuka minda agar tahu bagaimana mahu bertindak dan berjaya.
"Tindakan anda menentukan berapa besar jenis kejayaan yang bakal anda kecapi"
"Cepat atau lambat kejayaan untuk anda nikmati adalah ditentukan sejauh mana kesungguhan anda mahu bertindak"
Mutiara kata ; Rusdi Rusli ( Founder Smart Method )
Formula yang dimaksudkan adalah "ACTION." Action atau juga dikenali sebagai tindakan penentu kejayaan kita. Ramai yang tahu bagaimana mahu berjaya dan bagaimana mahu gagal? Berjaya atau gagal itu bergantung sejauh mana anda bertindak dengan memilih cara berjaya atau cara gagal.
Saya gelarkan formula ini sebagai The Power Of Action. Setiap kali seminar satu dua tips daripada formula ini akan mesti Saya sampaikan.
Apakah element penting yang terdapat dalam formula The Power Of Action? Berikut merupakan penjelasan serba ringkas mengenai formula hebat ini.
A.C.T.I.O.N
A= Attitude
C= Confident
T=Team Work
I= Inspire
N= Network
Saya akan kongsikan serba ringkas bagi elemen ATTITUDE. Selebihnya, anda boleh menghadiri seminar saya dan kita belajar bersama-sama.
A= Attitude
Sikap/Attitude adalah nilai peribadi seseorang. Ia juga merupakan hak mutlak seseorang setelah penciptanya. Dia berhak untuk merubah atau tidak mahu berubah dengan sikapnya.
"Jika penyakit HIV, AIDS, Jantung, H1N1, dan penyakit lain membunuh manusia. Sikap NEGATIF membunuh masa depan anda" (Rusdi Rusli, Founder Smart Method)
Saya sering menyampaikan ayat berbisa ini. Ia sangat benar. Sekiranya sejak dulu kita memiliki sikap positif dalam segala tindakan, tidak mungkin kita dapat menyaksikan kekecewaan dalam memburu kejayaan.
Ingat! Sikap boleh memberi kebahagian dan juga boleh memberi kehancuran dalam hidup.
Kesimpulannya:
Mahu berjaya, tidak hanya tahu bagaimana mahu berjaya.
Mahu berjaya, tidak semestinya dengan belajar tinggi-tinggi dan terus berjaya.
Mahu berjaya, tidak semestinya anda bergaul dengan orang-orang berjaya dan anda pun berjaya.
Dan banyak lagi istilah yang seumpamanya.
Jadi, sekiranya mahu berjaya pastikan anda tidak sekadar mahu. Tapi buktikan dengan tindakan yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa.
Hal ini kerana, hasil hanya akan dinikmati setelah berusaha untuk menanam, membajanya dan menjaganya.
Semoga anda berjaya dunia dan akhirat. Saya mendoakan kejayaan anda.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu memberi sedikit suntikan semangat buat diri Saya dan anda semua nya.
Sekian.
Salam sukses.
Rusdi Rusli
Different Action To Success
27 September 2014
Pages
Saturday, September 27, 2014
Thursday, June 19, 2014
Motivasi: Jika Aku Ada Impian
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Semua
orang mempunyai impian, walau sekecil-kecil impian. Kerana Impian seperti destinasi paling
bahagia dan menjadi idaman bagi semua orang.
Impian
umpama harta yang tidak boleh dijual beli. Selain itu, impian juga sukar
difahami oleh orang lain melainkan diri seseorang yang mengimpikan impian
tersebut.
Ada
orang memiliki impian biasa-biasa saja tetapi baginya itu impian paling
berharga buat dirinya. Namun, ada juga memiliki impian yang luar biasa dan
menurut pandangan orang lain mustahil untuk mencapainya. Tetapi, bagi mereka
yang mengimpikan impian tersebut itu bukan perkara yang mustahil jika ada
keinginan, keyakinan, kepercayaan dan kerja keras untuk mencapainya.
Ini
bermaksud, impian itu sangat subjektif. Hanya mereka yang memiliki impian yang
merasainya bagaimana mahu mencapai dan seperti mana nikmatnya impian itu jika
berjaya mencapainya.
Saya
tidak pernah mendengar orang berjaya dalam hidupnya tidak memiliki impian.
Semestinya sebelum seseorang itu mencapai kebahagian dan kekayaan hidup,
seseorang itu telah berjaya memiliki impian seterusnya membuat perancangan
tentang tindakan yang bagaimana yang perlu dilakukan untuk mencapai impian itu.
Begitu
juga dalam segara aktiviti harian saya. Semuanya dimulai dengan sekecil-kecil
impian sehinggalah sebesar-besar impian. Impian umpama nadi atau jiwa dalam
sesebuah pekerjaan atau tindakan. Tanpa impian pekerjaan atau tindakan itu
seperti jasad tanpa roh.
Semasa
saya menulis artikel ini, impian saya adalah mahu menyampaikan kepada para
pembaca bahawa hidup ini perlu memiliki impian. Oleh itu, saya tidak terbeban sedikit
pun untuk menghasilkan artikel ini kerana ia impian saya. Dengan usaha ini, saya
seperti mendapatkan kebahagiaan, ketenangan, kejayaan dan dapat mengukur
prestasi saya dalam bidang penulisan.
Selain
itu, dengan kejayaan saya menghasilkan artikel pendek ini dapat menguji
kemampuan saya dalam dunia penulisan. Berbicara mengenai bidang penulisan,
impian jangka panjang saya adalah mahu menjadi seorang penulis buku-buku
motivasi di Malaysia dan karya saya diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Semua
ini tidak akan tercapai sekiranya saya tidak memiliki impian. Jadi, proses
pertama yang perlu saya lalui untuk mencapai puncak impian yang lebih besar
adalah dengan melazimkan diri menghasilkan artikel pendek. Kerana inilah
sekecil-kecil impian yang perlu saya lalui.
Mengenai
penerima pembaca terhadap karya saya itu soal kedua bagi saya, kerana fokus utama
saya adalah mahu melatih mencurahkan ilmu, membiasakan diri dalam penulisan dan
mendapatkan sebanyak mungkin komen pembaikan artikel saya. Sebab itu, saya
tidak merasa bimbang jika artikel saya mendapat kritikan kerana bagi saya semua
itu adalah proses jika mahu menjadi penulis berjaya dan profesional.
Dengan
impian kita boleh menilai prestasi dan kelemahan diri dalam kehidupan. Impian
akan membuatkan seseorang terasa memiliki. Tanpa impian, mana mungkin kita memiliki
dalam kehidupan. Mahu meraih kebahagian, kecemerlangan, kekayaan, kejayaan,
ketenangan dan sebagainya, semua itu dimulai dengan impian.
Saya
berharap dengan sedikit perkongsian mengenai impian ini dapat mengusik hati
pembaca untuk memiliki impian walau sekecil-kecil impian.
Jangan
takut memiliki impian. Memasang banyak impian dalam hidup tidak perlu bayaran. Semua
itu percuma. Jangan mengehadkan minda anda untuk memiliki impian yang banyak
dan luar biasa. Jangan bimbang jika impian yang banyak dan luar biasa itu bakal
menyusahkan anda, kerana impian anda itu adalah doa. Jika diiringi dengan usaha
yang bijaksana dan kepercayaan bahawa anda boleh mencapainya. Yakinlah tiada
yang mustahil dalam hidup ini.
Sekali
lagi saya mengajak anda bahawa berusahalah memiliki impian mulai detik ini.
Jangan berlengah lagi kerana masa tidak akan pernah menunggu anda. Semakin kita
menunggu dan bertangguh, semakin menjauh impian-impian yang luar biasa dalam
hidup kita.
Namun,
anda akan meraih kehidupan jika anda memiliki impian dan bertindak dengan
pantas untuk merealisasikan impian.
Jika
aku ada impian.
Aku
yakin, tiada yang mustahil.
Wednesday, June 11, 2014
Motivasi: Amanah Sebagai Penulis
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Motivasikan Diri
Memotivasikan
diri sendiri untuk terus kuat dan bertahan itu memerlukan mujahadah yang
berterusan. Kekuatan itu tidak hanya diperlukan saat kita lemah bahkan kekuatan
itu diperlukan saat kita bersemangat agar dapat meningkatkan lagi kualiti kerja
kita.
Setahun
meninggalkan blog ini. Sedangkan jika difikirkan semula ini adalah amanah yang
Allah SWT berikan kepada saya. Bila dikatakan amanah, berdosa sekiranya kita
tidak bersungguh-sungguh untuk memperbaiki sikap agar terus bertanggungjawab.
Blog
sebagai medium menyalurkan segala ilmu yang kita ada. Kadang-kadang ilmu yang
biasa-biasa boleh memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya. Manfaat itu
akan dijadikan asbab untuk pembaca berubah menjadi lebih baik.
Menulis Sedikit-Sedikit
Saban
hari saya semakin sibuk dengan ceramah dan pemantapan pengurusan syarikat
sehingga tiada ruang untuk meng’update’ blog ini. Saya sering kepenatan dan
sekiranya mahu menulis, saya jadi hilang arah dan tidak tahu mahu menulis
mengenai apa. Akhirnya saya memilih untuk berhenti untuk menulis.
Setahun
meninggalkan penulisan blog. Saya dapat merasai kesukaran saya menyusun idea
dan merangka cerita dalam penulisan. Sehinggakan saya hanya mampu menulis
separuh jalan dan tidak tahu mahu meneruskan.
Jika
difikirkan semula. Menulis artikel tidak semestinya panjang dan mempunyai
beberapa muka surat. Tetapi, menulis artikel biar pendek namun mesej yang
disampaikan dapat difahami oleh para pembaca. Hatta satu ayat.
Benarlah
kata Rasulullah SAW yang bersabda; “Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat”.
Ini bermaksud, satu ayat sahaja sudah cukup dan memadai untuk para pembaca
memahaminya
Adakah
itu sulit untuk dilakukan?
Rancang Penulisan
Jika
kita tahu semakin hari semakin sibuk dan tidak memiliki banyak masa. Maka, kita
perlu membuat perancangan dalam penulisan. Jangan biarkan blog tidak dikemas kini
berbulan-bulan lamanya. Ini secara tidak langsung akan menjatuhkan martabat
kita dalam kalangan pembaca. Pembaca tidak tahu kesibukan kita tetapi tidak
salah kalau mereka berpendapat sedemikian kerana hak pembaca untuk menikmati
nukilan kita.
Jadi
azam saya adalah saya akan menulis dan mengemas kini blog saya tiga ke empat
kali seminggu. Walaupun artikel yang saya tulis mungkin pendek tetapi saya akan
berusaha ianya menjadi artikel yang berkualiti. Insya-ALLAH, mulai hari ini
saya akan merancang penulisan saya.
Saya
mengajak kepada rakan-rakan blogger yang lain untuk kita membuat perancangan
dalam penulisan. Sayang sekali bakat yang selama ini kita ada terkubur begitu
sahaja.
Jom kita berkarya!
Kesimpulan:
Dunia
penulisan memang mencabar dan memerlukan kekuatan dalaman untuk terus
istiqamah. Saya merasai cabaran itu. Sebab itulah blog saya setahun tidak
dikemas kini. Tetapi insya-ALLAH, saya akan kembali komitmen dalam dunia
penulisan. Saya mahu belajar dan menjadi seorang penulisan yang mengajak lebih
orang cinta akan ilmu, menyintai ALLAH dan Rasul-Nya.
Sumber
kekuatan dan sumber segala idea hanya kepada-Nya. Memintalah kepada-Nya agar
idea penulisan dan artikel yang dihasilkan benar-benar menyentuh hati para
pembaca.
Saya
memerlukan sokongan sahabat sekalian untuk memastikan budaya membaca dan
menyebarkan ilmu semakin dipergiatkan lagi.
Salam
ukhuwah daripada saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)