Pages

Friday, September 17, 2010

bestNya BerRaya...



Assalamu’alaikum W.B.T...

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT akhirnya saya terdetik untuk menulis nukilan yang tidak seberapa ini. Dengan bekalan ilmu yang sedikit ini, saya akan dengan sebaiknya menghasilkan bahan bacaan ringkas untuk para pembaca yang saya hormati sekalian. Insyaalllah dengan sedikit perkongsian ilmu ini mampu mengembalikan kita dengan fitrah diri kita sebagai manusia sebernarnya yang tak sempurna.

Selawat dan salam kepada Rasul junjungan kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Dengannya kita dapat menikmati kehidupan sebagai seorang muslim sejati yang beriman. Amin?
Sedikit perkongsian cerita dengan saya berkenaan “Sambutan Hari Raya Aidilfitri” yang melibatkan sekelompok kaum di Negeri Sabah. Kaum yang di maksudkan di sini ialah suku Kaum Bugis yang hampir kita boleh temui di sekitar tempat di seluruh Sabah. Menurut saya, Kaum Bugis ini sangat banyak ditemui di sekitar Bandar Tawau, Bandar Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Kota Kinabalu,Telupid dan Kota Marudu.

Walau bagaimanapun, saya hendak menceritakan sambutan perayaan Kaum Bugis di kawasan Kota Marudu bagaian Daerah Pitas iaitu Kg Senimpul atau lebih dikenali Kg Seribudaya. Kg Seribudaya itu sinonim dengan nama Kilang Kayu yang ke-3 terbesar di Sabah itu, namun kilang tersebut telah berhenti beroperasi sejak tahun 2001. Selain itu, Kg senimpul juga didiami oleh berbilang kaum iaitu kaum Bajau, Suluk, Bisaya, Dusun, Cina, Bugis, Jawa,Timor,dan Sungai. Atas dasar itu juga Kg Senimpul dikenali sebagai kampung yang mempunyai seribu budaya kerana ekoran penduduknya yang pelbagai. Penerangan ringkas tersebut dapat memberi gambaran tentang penghuni Kg Seribudaya atau Kg Senimpul.

Baiklah di sini saya akan menceritakan pengalaman saya semasa berhari raya di Kg Seribudaya bersama suku kaum saya sendiri iaitu Kaum Bugis.
Sebelum bermulanya Bulan Ramadhan Kaum Bugis selalunya membuat kenduri ringkas sebagai tanda menyambut kedatangan bulan yang penuh berkah ini. Setahu saya, amalan ini bukan sahaja diamalkan oleh Kaum Bugis bahkan pendududk bukan Bugis turut melakukannya. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat dinanti-nantikan bagi kaum ini. Kenapa ya??

Menurut pengalaman saya, Bulan Ramadhan adalah bulan di mana Kaum Bugis “time” atau cuti bekerja. Di kawasan kg itu, pekerjaan Kaum Bugis hanya seorang nelayan dan berniaga dengan hasil nelayan yang diperolehi. Alhamdulillah, pekerjaan yang halal sekiranya dengan niat untuk mendapat redha Allah swt dan dijalankan dengan penuh jujur dan ikhlas.

Sepanjang sebulan Ramadhan kaum ini akan terus menerus mengerjakan ibadah puasa dan solat sunat terawih sebagaimana yang lain melakukannya. Selain itu, Tadarus Al-quran dan Selawat adakalanya dilakukan oleh penduduk kampung di surau sekiranya ada kelapangan. Itulah antara aktiviti rutin yang dilakukan oleh kaum ini. Semoga Allah meredhainya dan menerima amalan kita di akhirat kelak. Amin ya rabbal alamin??
Maha suci Allah pentadbir makhluk yang tiada bandingannya. Akhirnya seminggu lagi Hari Raya Aidilfitri akan menjelang. Kaum Bugis semakin hari semakin sibuk nampaknya?? Maklumlah banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum raya tiba. Walau bagaimanapun, hari raya semakin terasa hangatnya.

Kaum ini, akan bersiap sedia memyambut hari yang penuh bermakna ini iaitu Hari Raya, iaitu hari kemenangan sepanjang menjalani ibadah puasa selama sebulan. Anak-anak mula merungut dan meminta-minta. Mak mau beli itu mau beli ini. Biasalah kanak-kanak semakin hari semakin memahami apa sebenarnya hari raya. mak dan bapa pun senang kerana bukan selalu detik segembira ini kita rayakan.

Macik-macik dan pacik-pacik semakin sibuk dengan kerja masing-masing untuk menyambut raya yang semakin hampir. Macik sibuk dengan kuih-muihnya dengan menghiasi ruangan dalaman rumah. Manakala, pacik sibuk pula dengan kerja-kerja memperbaiki takkalah ada bahagian sudut rumah yang tercompang –camping. Pacik juga tak terlepas memehatikan tiang-tiang rumah yang semakin rapuh. Risau pula, seronok-seronok menyambut kedatangan tetamu yang tak putus-putus berkunjung tiba, akhirnya jatuh ke laut atas sebab tiang rumah patah. Macam-macam dalam fikiran pacik ini. Maklumlah nak pastikan raya kali ini lebih bermakna berbanding raya yang telah lalu.

Sehari sebelum raya, akhirnya kuih-muih, hiasan dalaman dan luaran rumah dan nyalaan pelita disekitar rumah semakin memberi tanda bahawa raya betul-betul akan diraihkan keesokan harinya.


Malam takbir merupakan malam kesibukan tahap maksimum kerana macik pacik, abang, akak, dan adik-adik akan duduk dalam satu bulatan yang cantik takkalah mereka sekeluarga bergotong-royong menyiapkan hidangan wajib Kaum mereka. Tanpanya raya kali ini serba kekurangan dan hidangan raya tahun ini tidak membangkitkan selera. Waahh, tidak lain dan tidak bukan ialah makanan dikenali sebagai Burasak.

Burasak diperbuat daripada beras biasa di mana akan rebus separuh masak. Selepas itu, beras rebus separuh masa itu akan diadunkan dengan santan yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. Ini bertujuan untuk memberi sedikit perisa kepada Burasak tersebut. Beras yang telah sempurna diadunkan akan dibungkus dengan daun pisang dengan bentuk segi empat kurang tepat. Setelah itu, Burasak yang selasai dibungkus akan diikat bagi mengelakan bertaburan apabila dimasak nanti. Jangka masa untuk memasak Burasak ini agak lama dan mengambil masa sekitar 4 jam ke 5 jam. Bukan mudah nak menghasilkan Burasak yang sedap dan berkualiti. Semestinya memerlukan pengorbanan dari segi masa dan kesabaran sehinggalah ianya benar-benar masak.
Untuk memastikan Burasak masak atau tidak, biasanya kita akan melihat kodisinya sebelum kita memutuskan Burasak telah masak atau tidak. Paling mudah, ambil seikat Burasak dan buka. Kemudian lihat bahagian tengah Burasak itu. Sekiranya terdapat buraian beras yang belum mampat antara satu sama lain, ini bermakna Burasak kita belum mencapai tahap matang.

Semestinya dalam Kaum Kugis kehadiran resepi itu tidak asing lagi kerana ianya akan melengkapkan hidangan semasa hari raya. cuba kita lihat, semasa kita berkunjung di rumah-rumah orang Bugis tak kiralah sama ada di kawasan kampung atau di Bandar, nescaya anda akan melihat bungkusan daun pisang yang tersusun rapi seperti batu-bata diatas Pinggan atau Basket. Saudara-saudari sekalian, banda itu adalah Burasak orang Bugis.

Saya akui. Saya peminat utama Burasak ini. Raya baru-baru ini, saya langsung tak mengusik nasi untuk beberapa hari kerana saya lebih berminat makan Burasak. Apatalagi dengan lauk Sambal Ikan Bilis yang pedas, dan Ayam Masak Lingkuas MasyaAllah makanan percuma saya nak bayar. Sungguh hebat tarikan Burasak bagi yang suka makan. Jangan tak rasa???

Walau bagaimanapun, perasaan kecewa tidak dapat dielakan apabila musim perayaan. Hal ini kerana, Kaum Bugis lazimnya suka memasak makan pelbagai jenis dan terlalu banyak. perbuatan ini menunjukkan bahawa Kaum ini selalu membazir makanan. Makanan yang banyak dibuang. Bukankah itu kerja yang buruk dan sangat ditengah oleh agama. Dalam islam perbuatan membazir adalah perbuatan syaitan. Adakah kita mau menjadi antara golongan tersebut sedangkan kita sekarang tengah seronok berhari raya. ketahuilah syaitan telah dilepaskan kuncinya setelah berakhirnya bulan ramadhan. Perbuatan ini juga menunjukkan kita masih belum memanfaatkan sepenuhnya Bulan Ramadhan bahkan kita masih lagi berkelakuan tidak baik walaupun belum hampir seminggu Bulan Ramadhan meninggalkan kita.

Di sini, saya mengingatkan saudara-saudari sekalian dan terutamanya untuk diri saya sendiri supaya bersiap sedia menghadapi Bulan Ramadhan dengan penuh ikhlas dan mengharapkam ampunan dari Allah SWT, bukannya kita bersedia menyambut Hari Raya yang menjerumus kita dengan amalan syaitan iaitu pembaziran. Saya harapkan hari raya yang akan datang, insyallah sekiranya umur masih dipanjangkan oleh Allah SWT. Marilah kita menyambut hari raya dengan keadaan bersederhana.

Sebelum itu, saya memohon maaf sekiranya artikal ini menyakitkan hati mana-mana pihak kerana ini semua pengalaman yang benar-benar terjadi. Bahkan ianya berlaku dalam kelompok kaum saya sendiri.

Apa yang baik itu datangnya dari Allah SWT, manakala keburukan itu disandarkan pada diri hamba yang lemah dan cetek ilmu ini. Sebarang teguran dan cadangan membina amat saya alu-alukan.

Assalamu’alaikum W.B.T

Tuesday, August 31, 2010

Bonus Bulan Ramadhan...




Memburu 10 Hari Terakhir Ramadhan

Kita telah masuk pada penghujung bulan Ramadhan, bererti kita telah masuk pada sepertiga terakhir yang berisikan sepuluh atau barangkali hanya sembilan hari saja. Maha Benar Allah SWT ketika menyebutkan bahwa Tamu Agung Ramadhan hanyalah ayyaam ma’dudaat (beberapa hari yang telah ditentukan) cepat dan singkat, namun Ramadhan berisikan kemuliaan dan keberkahan yang luar biasa.

Kalangan ulama tafsir banyak yang menafsirkan ayat sumpah Allah SWT dalam surat al-Fajr bahwa layalin asyr (dan demi malam yang sepuluh) maksudnya adalah malam sepuluh terakhir bulan Ramadhan, walaupun banyak pula yang menafsirkan maksudnya adalah sepuluh malam bulan Dzulhijjah, ada pula yang mengatakan sepuluh hari pertama bulan Muharram, semua penafsiran bisa jadi benar, karena masing-masing mempunyai dalil-dalil yang mendukungnnya.

Pada hari-hari terakhir ini Baginda Nabi SAW bersiaga penuh mengisi malam-malamnya, sampai-sampai beliau mengasingkan diri dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid, beribadah dan bermunajat kepada Allah SWT, sebagai kesempatan akhir “mendapat berkah” bulan Ramadhan. Tak heran seperti diriwayatkan oleh istri beliau Sayidah Aisyah bahwa Rasul SAW bersungguh-sungguh dalam beribadat pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan yang tidak dilakukannya pada bulan-bulan yang lain.

Timbul pertanyaan mengapa demikian? Mengapa Nabi SAW mendorong umatnya untuk melipatgandakan ibadah dalam waktu tersebut? Jawabnya singkat, kerana pada malam-malam bulan Ramadhan tersebut, terutama pada malam-malam yang ganjil terdapat malam Lailatul qadar, malam kemuliaan yang sangat istimewa yang semua orang berlomba memburunya, yaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sebagai bonus hadiah Tuhan bagi orang yang ikhlas mengabdi kepada-Nya.


Lailatul qadar ibarat benda elok yang sangat indah namun langka, tak heran jika tak mudah meraihnya, kerana mahal harga belinya. Malam kemuliaan tersebut hanya dapat dibeli dengan pengorbanan jiwa raga, dengan amalan-amalan ibadah yang telah dituntun oleh Agama seperti melakukan qiyamullail, berpuasa sesuai tuntunan, tilawah dan tadarus Al-Quran dengan tadabbur, berdoa, zikir, memperbanyak istighfar, muhasabah diri, perbanyakan sedekah serta amalan ma’ruf lainnya untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat pada umumnya.


Lailatul qadar dirahsiakan, jelas sesuatu yang mahal dan langka tentu dirahsiakan dan tidak diobral, agar umat semangat berlomba memburunya, dan agar ibadat tidak hanya dilakukan pada waktu tertentu saja, namun pengabdian haruslah terus-menerus dilakukan semasa hayat masih dikandung badan.


Rugilah kita yang luput dari peningkatan ibadah pada hari-hari sepuluh terakhir ini. Kebahagiaan mukmin sebenarnya bukan hanya kerana akan mendapatkan bonus pahala lailatul qadar dan sejenisnya, namun kebahagiaan mukmin adalah saat dirinya mengabdi, mohon ampun, berserah dan tunduk kepada pencipta-Nya, kerana itulah nikmat besar yang tiada taranya!
Sumber BY (eramuslim)

Wednesday, August 18, 2010

DESTINASI SYURGA ATAU NERAKA




Cinta Kematian “Akhirat” atau Cinta Kehidupan “Dunia”

Kematian merupakan sesuatu kemestian yang akan berlaku ke atas semua makhluk yang bernyawa di muka bumi ini. Oleh itu, apabila kita berbicara mengenai mati hati kita akan mula gementar. Perasaan ini disebabkan keinginan kita untuk hidup lama dan terlalu mencintai dunia. Kita sebagai umat islam yang takut akan azab ALLAH SWT yang pedih di akhirat kelak perlu tahu bahawa dunia ini hanya permainan dan gurau senda semata-mata. Ini difirmankan oleh ALLAH SWT dalam surah Al-hadid ayat ke-20.

Dalam ajaran islam, mengingati mati itu adalah sesuatu perkara yang disarankan. Ini kerana, dengan mengingati mati kita akan semakin takut untuk melengah-lengahkan masa dalam beribadah kepada ALLAH SWT dan semakin serius melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Dalam hadis Rasulullah SAW di mana Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda “ perbanyakan mengingati kematian yang boleh menghapuskan kelazatan dunia “ Hadis Riwayat Nasai’ dan Ibnu Majah.

Selain itu, kematian juga akan menyedarkan kita akan dekatnya balasan ALLAH SWT sekirahnya hidup kita dipenuhi dengan kemaksiatan dan kemungkaran ALLAH SWT. Justeru itu, bagi mereka yang sering mengingati mati dengan penuh keazaman akan mendorong mereka untuk senantiasa beribadah dan mengumpul segala bekalan yang lebih bernilai di akhirat kelak.

Bagaimana persepsi bagi mereka yang sering melakukan maksiat terhadap kematian. Semestinya yang kita dapat darinya ialah “ aku takut mati, aku tidak mahu berpisah dengan isteriku, anak-anakku, saudaraku, dan keluargaku serta takut akan kehilangan segala harta kekayaanku” itu lah jawabnya.

Akan tetapi bagi mereka yang beriman dan soleh serta hidupnya hanya untuk mendapatkan redha semata-mata kerana ALLAH SWT, kematian bukan ancaman bagi mereka. Bahkan sesuatu peristiwa yang mereka nanti-nantikan. Hal ini kerana, melalui kematian mereka dapat bertemu dengan ALLAH SWT. Insyallah amin?? Selain itu, mereka juga sering kali bersiap sedia menanti ajalnya dengan taat akan segala perintah ALLAH SWT dan Rasul-Nya.

Bagaimana dengan diri kita wahai saudara-saudari sekalian. Sama-sama lah kita untuk muhasabah diri kita akan segala amal perbuatan kita mengikut syariat islam dan agar mendapat redha daripada ALLAH SWT. Amin??? Di sini saya ingin mengajak para pembaca untuk kita sama-sama menghayati peristiwa yang insyallah mampu member pengajaran kepada diri kita. Peristiwa tersebut ialah peristiwa sebelum kematian seorang pencinta ALLAH SWT. Jomm amatinya??

Berikut merupakan dialog yang indah tentang cinta disaat-saat kritikal dan genting di mana Sa’id bin Jubair telah Berjaya membuktikan cintanya kepada ALLAH SWT lebih daripada cintanya kepada yang lain. Yakni dialognya menjelang hukuman mati keatasnya yang dijatuhkan oleh Hajjaj, seorang penguasa yang zalim.

Hajjaj bin Yusuf adalah seorang gabenor dan penasihat Raja Abdul Malik bin Marwahn zaman khalifah Bani Umayah (65-86 h/685-705 m.). Sedangkan Sa’id bin Jubair adalah seorang tabi’i dan ulama besar yang terkenal pada waktu itu dan penentang gabenor yang zalim.

Berikut adalah antara petikan dialog menjelang kematian Sa’id bin Jubair yang dilakukan oleh Hajjaj bin Yusuf.

Hajjaj : “ bagaimana akidahmu sebagai pengikut Rasulluah? “

Sa’id : “ beliau adalah Nabi pembawa rahmat dan Rasul ALLAH SWT yang diutuskan ke seluruh alam dengan membawa nasihat yang sempurna. “

Hajjaj : “ bagaiman pendapatmu tentang pemerintahan khalifah? “

Sa’id : “ itu bukan urusanku. Setiap orang mengetahui tanggungjawabnya masing-masing. “

Hajjaj : “apakah aku termasuk orang yang baik atau buruk? “

Sa’id : “ bagaimana aku mengetahui apa yang aku tidak ketahui? Aku hanya mengetahui tentang diriku. “

Hajjaj : “ siapakah di antara mereka yang paling kamu sukai? “

Sa’id : “ orang yang paling diredhai oleh ALLAH SWT. “

Hajjaj : “ siapakah yang paling diredhai oleh ALLAH SWT. “

Sa;id : “itu hanya diketahui oleh yang memegang hati manusia dan yang memiliki seluruh rahsia. “
Hajjaj : “apakah ali berada di syurga atau neraka? “

Sa’id : “ jika aku pernah pergi ke Syurga atau Neraka, lalu aku melihat isinya, maka aku baru dapat menjawabnya. “

Hajjaj : “ pada hari kiamat, aku termasuk golongan manusia yang bagaimana? “

Sa’id : “ aku tidak mengetahui tentang yang ghaib. “

Hajjaj : “ kamu tidak jujur kepadaku! “

Sa’id : “ aku tidak berbohong kepadamu. “

Hajjaj : “ mengapa kamu tidak pernah tertawa? “

Sa’id : “ tiada yang patut ditertawakan. Bagaimana mungkin manusia tertawa sedangkan ia diperbuat daripada tanah, dan kita akabdibangkitkan pada hari kiamat, dan setiap hari kita selalu berada dalam fitnah dunia? “

Hajjaj : “ kalau aku suka tertawa? “

Sa’id : “ jika demikian kita diciptakan dalam keadaan yang berbeza. “

Hajjaj : “ aku sekarang akan membunuhmu? “

Sa’id : “ penyebab kematian ku telah ditetapkan sejak dulu. “

Hajjaj : aku lebih dicintai ALLAH SWT daripada kamu. “
Sa’id : “ aku tidak mahu mendahului ALLAH SWT, sebelum aku tahu darjatku sendiri, Allahlah yang mengetahui hal-hal yang ghaib. “

Hajjaj : “ mengapa aku tidak mahu memberanikan diri padahal aku adalah termasuk raja-raja? Dan kamu termasuk golongan pembangkang yang melawan kerajaan? “

Sa’id : “ aku tidak mahu terpisah dengan jemaah, aku tidak menyukai fitnah. Dan apa yang telah menjadi takdirku, aku tidak mampu menolaknya. “

Hajjaj : “apapun yang dikehendaki oleh Amirul Mukminin, apa sulit bagi kami untuk mendapatkannya? “

Sa’id : “aku tidak tahu apa yang kamu kumpulkan. “

Kemudian Hajjaj menyuruh pelayannya untuk mengambil emas , perak, pakaian dan lain-lainnya, lalu harta itu diletakkan dihadapan sa’id.

Sa’id : “ inilah harta yang berharga jika kamu tunaikan syarat-syaratnya. “

Hajjaj : “ apakah syarat-syaratnya? “

Sa’id : “ syaratnya ialah, belilah sesuatu dengan harta ini yang dapat memberikan keamanan pada hari kiamatsaat itu, semua manuasia dalam keadaan kebingungan, pada hari itu ibu nyang yang menyusui akan melupakan bayinya, pada hari wanita yang hamil menjadi gugur kandungannya. Selain itu, seseorang tidak dapat memperolehi sesuatu yang lebih bernilai kecuali yang bermanfaat pada hari itu. “

Hajjaj : “ apakah yang kami kumpulkan ini tidak baik? “

Sa’id : “ kamu mengumpulkannya, tentu kamu lebih mengetahui kebaikannya. “

Hajjaj : “apakah ada di antara benda ini yang kamu sukai? “

Sa’id : “ apa yang disukai ALLAH SWT, itulah yang aku sukai.”

Hajjaj : “ binasalah kamu!!”

Sa’id : “ kebinasaan hanyalah bagi orangnyang dijauhkan dari syurga dan dilemparkan di neraka olehALLAH SWT. “

Hajjaj : “ katakanlah kepada dengan cara apakah aku boleh membunuhmu? “

Sa’id : “ terserahlah dengan apa cara sekalipun yang kamu sukai.”

Hajjaj : “ apakah aku harus mengampunimu? “

Sa’id : “ ampunan adalah milik allah, ampunanmu tidak bermanfaat sedikitpun. “

Hajjaj menyuruh algojohnya : “ bunuhlah dia!”

Kemudian Sa’id dikeluarkan oleh tentera, tetapi Sa’id hanya tersenyum.

Hajjaj : “mengapa kamu tersenyum? “

Sa’id : “ aku mengagumi keputusan ALLAH SWT, dan aku tersenyum kerana kasih sayangnya padaku.”

Hajjaj menyuruh tenteranya : “ aku membunuh orang yang memecah-belahkan kaum muslimin. Potonglah lehernya di hadapanku!”

Sa’id : “ izinkanlah aku solat dua rakaat. “

Hajjaj : “ mengizinkannya. Setelah selesai solat, Sa’id mengadapkan mukanya kea rah kiblat, lalu membaca (yang ertinya): “ sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada ALLAH SWT yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukan termasuk orang-orang yang menyekutukan ALLAH SWT. “ (al-an’am : 79 )
Hajjaj : “ palingkan wajahnya dari kiblat, arahkan wajahnya kea rah kiblat orang-orang Nasrani, kerana ia telah memecah-belah kaum muslimin dan telah menimbulkan perselisihan antara mereka!”

Wajah Sa’id dipalingkan dari kiblat, lalu sa’id membaca ( yang ertinya) : “ ke manapun kamu palingkan wajahmu, di situ akanmmenemui allah. “ ( al-baqarah : 115 )
Hajjaj : “ telengkupkan wajahnya ke tanah! Kita bertangungjawab atas perbuatannya yang terlihat. “

Lalu Sa’id membaca ( yang ertinya) : “ darinya (tanah) kami menjadikan kamu, dan kepadanya kami mengembalikanmu, dan darinyakami akan mengeluarkanmu pada waktu yang lain” ( thaaha : 55 )

Hajjaj : “ bunuh dia!”

Sa’id : “ aku bersaksi atas perbuatanmu ini. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain ALLAH SWT, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu utusan ALLAH SWT. Wahai Hajjaj, ingatlah! Jika nanti pada hari kiamat aku berjumpa denganmu, aku akan menuntutmu. “
Setelah itu hukuman matipun dijalankan, sa’id pun mati syahid kerana mempertahankan cintannya kepada ALLAH SWT.

Saya ucapkan terima kasih di atas kesungguhan saudara-saudari membaca dialog sebentar tadi. Saya harapkan dialog tersebut jelas dan mudah untuk kita fahami. Di sini kita perlu fikirkan, sekirahnya diri kita mengalami situasi yang sama apakah kita sanggup berbuat seperti beliau?? Ataukah mungkin kita akan menawarkan sesuatu perjanjian untuk mematuhi segala suruhan Hajjaj agar kita terlepas dari hukuman mati??? Di sini saya ingin mengajak saudara-saudari sekalian dan terutamanya kepada diri saya untuk memikirkan tindakan yang bakal kita suarakan??? Wallahu alam...



Jazakalah khairon.....
www.hadimuslim.blogspots.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...