Pages

Tuesday, June 26, 2012

Halaqah: Dengan Ukhuwah


Sekadar perkongsian hari ini bersama ikhwah..Moga bermanfaat.

Tut..tut..tut..

Isyarat SMS dari seorang ikhwah. Ana mencapai telepon dan membaca mesej yang dihantar..

Akh Taufik: "Salam Akhi ada halaqah tak malam ini?"

Akh Hadi: Wasalam akhi..Jazakallah ingatkan ana, InsyaAllah malam ini halaqah di Masjid lepas isyak.

Akh Taufik: InsyaAllah di Masjid kan?

Akh Hadi: Ya Akhi..He3

Alhamdulillah..ana diizinkan Allah Swt untuk bertandang awal ke Masjid. Ana rasa rindu pula solat berjemaah di Masjid UMS bersama sahabat-sahabat yang lain. Wajah ceria sentiasa menghiasi wajah para sahabat di Masjid pada ketika itu. Terukir senyuman kerana bahagia melihat pemuda-pemuda generasi islam semakin ramai mengimarahkan Masjid. Ya Allah jadikanlah kami diantara orang-orang yang sentiasa istiqomah di jalanMu ya Allah. Bisikku dalam hati.

Allahu akbar..Allahu akbar.(2X)

Solat isyak dah masuk..

******
Usai solat isyak, Akhi Taufik terus menemuiku. Berseri-seri wajahnya. Senyumannya tidak pernah lekang. Damai bila bersama dengannya.

"Akhi halaqah kita buat kat mana?"

Akhi Taufik terus memulakan bicara. Sebelum ini kami selalu buat halaqah di tingkat satu. Tapi kali ini saya nak buat halaqah santai-santai saja. Memandangkan minggu peperiksaan akhir UMS. Maka, elok keluar makan sambil tu dapat eratkan ukhuwah.

"Akhi, kita buat halaqah kat luar, boleh?" Akhi Hadi mencadangkan.

Akhi Taufik bersetuju dan kami pun bergegas untuk pergi.

"Akhi, kita nak motor baru ana ok" Akhi Taufik baru siang tadi membeli motor kriss "second hand" berwarna biru.

"InsyaAllah boleh" Ujarku.

Ana berharap dengan agenda halaqah ini kat luar. Ikatan ukhwah antara kami semakin erat. Manakala hubungan dengan Allah SWT pula akan semakin dekat. Lirikku dalam hati.

Embak!
Saya nak 2 mangkuk Bakso. Gerai yang kami pilih ini memang terkenal dengan kelazatan bakso yang dihidangkan. Maklumlah "Aslinya dari Indonesia".

Seorang pelayan datang menemui kami, bertanya nak minum apa?
Kak, saya nak minum Kopi Susu dan seorang ikhwah lagi nak segelas Ais (ikhwah ini bawa air siap2 dari Masjid)

Sementara menjamu selera. Ana mula memulakan bicara.

"Akhi, Ana tanya sesuatu lah?" Akhi Taufik tiba-tiba terhenti menghirup sup yang masih panas itu. Fokusnya sekarang ialah kepada persoalan yang ana utarakan. Mimik mukanya kelihatan 'blur". Namun pantas diubahnya dengan senyumannya yang sentiasa mendamaikan itu.

"Nak tanya apa akhi" Akhi Taufik ingin tahu.

"Perasaan tak ana kurang bersama anta. Jarang mengziarahi anta. Ana dapat jumpa anta pun kalau kita ada halaqah mingguan dan semasa program ikhwah. Ana rasa tidak bertanggungjawablah sebagai seorang Murabbi anta. Ana minta maaf sangat-sangat dengan anta" Jelasku.

"Akhi ana masih kurang jelas maksud anta" Akhi Taufik perlukan penjelasan lanjut.

"Akhi. Ana sebagai murabbi anta sepatutnya ada meluangkan masa walau sedikit untuk berbincang tentang iman, mutabaah, akademik, ukhuwah dan lain-lain bersama anta. Barulah wujud keterikatan kita disitu dalam satu jemaah" Tambahku.

Akhi Taufik hanya mampu mengukirkan senyuman. Dia memandang tepat wajah ana. Kemudian menikmati bakso dihadapannya. Ana cuba menafsirkan maksudnya kerana berkelakuan begitu. Sudu diletakkan semula dan memandang tepat wajah ana. Dia memulakan bicara. "Akhi ana beruntung memiliki murabbi macam anta. Sayang sama Mutarabbinya. Kalau terus macam ini semester depan ana tak mau lah tukar Murabbi. Ana nak dengan anta lah. InsyaAllah akhi, ana tidak ada masalah" Balasnya panjang lebar.

Subahanallah! Ana bersyukur kerana mahu berkata jujur dengan anta. Ada tindakan mendamaikan keadaan. Mengharapkan terciptanya ikatan ukhuwah. Hati siapa yang tidak tenang dan gembira. Hasrat di hati diluah sehabisnya sehingga tidak lagi tersisa. Kemudian luahan itu diraih dengan penuh kasih sayang dan pengharapan. Hanya mampu bersyukur kepadaNya. Bisikku dalam hati.

Asif Jiddan Akhi Taufik. Ada ikhwah bagitahu ana, anta sekarang tengah "Down".

Jadi, ana mengambil kesempatan halaqah kita yang terakhir semester ini untuk berbicara dengan anta dari hati ke hati. Moga ada baiknya kepada diri ana dan juga anta. InsyaAllah.

Misteri Disebalik Makna Ukhuwah

Sejak kebelakangan ini, Ana banyak musykilah disebalik perkataan Ukhuwah. Dengan musykilah itu juga, ana mula membaca banyak artikal, buku, dan blog berkenaan ukhuwah. Apa yang paling menarik ialah Buku-buku karangan Hilal Asyraf  banyak membahaskan isu mengenai Ukhuwah. Amat menarik!. Kadang-kadang merindukan suasana ukhuwah seperti yang beliau bahaskan dan alami.

Ana masih ingat beberapa baris kata daripada penulisan beliau dalam tajuk "Berpasanganlah dengan sahabat kamu"

Kenapa?

-Memudahkan penerimaan nasihat daripada seorang sahabat.
-Menjamin lingkungan sahabat dengan sahabat agar sentiasa sehat.
-Perkongsian masalah-masalah tertentu.
-Saling bantu-membantu dalam bab iman.
-Saling bertukar pandangan mengenai gerak kerja dakwah.
-Sebagai sahabat dikalah suka dan duka.
-dan apa-apalah yang difikirkan boleh diambil hasil daripada hubungan ukhuwah tersebut..

Itulah sedikit perkongsian ringkas Ana dengan Ana Halaqah Ana bernama (Akhi Taufik). Walaupun santai. InsyaAllah ada manfaatnya.

P/s: Dari Murabbi kepada Mutarabbi:

Akhi, Berusahalah mencari Ukhuwah dalan Dakapan Ukhuwah, namun jangan pernah melepaskan tali ukhuwah anta dengan Sang Pencipta Ukhuwah, kerana dengan izinNya, Ikatan Ukhuwah boleh diraih serta diiktiraf dan kerana izinNya juga Ikatan Ukhuwah tidak diiktiraf olehNya.


  • Dengan Berukhuwah, tali dan rantai Dakwah akan sentiasa bersambung umpama tasbih yang tidak mempunyai titik pemisah. 
  • Dengan Ukhuwah, tangan kita boleh dipimpin bersama-sama menuju syurga. Dengan Ukhuwah kita saling kuat-menguatkan. 
  • Dengan Ukhuwah kita akan membentuk batu-bata bangunan ummah. 
  • Dengan Ukhuwah kita akan teguh dalam satu barisan/ saf yang kukuh. 
  • Dengan Ukhuwah kita mampu terus istiqamah di jalanNya. 
  • Dengan Ukhuwah InsyaAllah kemenangan islam diraih Jua. Namun dalam berukhuwah


 "Niatlah Kerna Allah SWT"

"Akhi..Jomm Balik?" Ajaku.
"Jom!" Balasnya singkat.



Tuesday, April 3, 2012

Akhi Jaga Pandangan!!!



The Name Of Allah

Assalamu’alaikum wbt

Khaifah haluka Ya Akhi?

Asif kerna baru update blog ini yang sekian lama menyepi.

Untuk post kali ini, ana cuma mahu berkongsi kepada ikhwah serta muslimin dan muslimat diluar sana mengenai “Jaga Pandangan”. Namun begitu, ana akan membahaskan bagi pihak ikhwah saja. InsyaAllah.

Allah SWT berfirman dalam Surah ke 24 iaitu Surah An-Nur ayat 30;

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Maka itu, ana mengajak diri sendiri dan para ikhwah sekalian agar sentiasa menjaga pandangan sama ada pandangan hati atau pandangan mata.

Akhi..Jaga Pandanganmu!!

Ana percaya ikhwah sangat mengetahui akan bahaya jika tidak menjaga pandangan. Betul tak?
Maka itu,  ikhwah akan sentiasa berusaha untuk menjaga pandangan mata dan mata hatinya agar tidak dicemari oleh kemaksiatan. Ini kerna, hampir para ikhwah hafal mengenai ayat di atas.

Selain itu juga, Ikhwah selalu menyampaikan ayat surah Al-Isra’ 17 ayat 32 sama ada semasa taklim, halaqah, dan Daurah mengenai ayat ini akan larangan menghampiri zina.

Allah SWT berfirman;

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” QS 17:32

Kegagalan para ikhwah menjaga pandangan mata juga akan dianggap sebagai zina mata kerana melihat sesuatu yang bukan haknya seperti melihat kaum Hawa tanpa alasan yang syari’e.

Akhi betul ke ni?
Haa..
Betulah…

Adakalahnya kita hanya menundukkan pandangan sekirahnya lawan laluan jalan kaki kita adalah Muslimah yang bertudung labu saja. Hati berdebar-debar kerna sangkaan ikhwah mereka adalah Akhwat. 

Alhamdulillah..ikhwah ana kagum dengan cara antum semuanya.

Akan tetapi Akhi?

Enta perasaan tak bila kita duduk dalam dewan kuliah, ke lebri dan ke Café. Berapa ramai ikhwah yang mampu menjaga dan menundukkan pandangan seperti mana bertembung dengan Akhwat tadi.

Hermm..”Tepu dada Tanya Iman”

Kesannya kepada Dakwah

Kita sering mengajak para mad’u agar mereka menjaga pandangan mata dan mata hati. Namun kita kadang-kadang terlupa mengingatkan diri sendiri. Asif Akhi..Macam ada pengalaman saja!!

Sekiranya benda macam ini saja masih belum settle dalam kalangan ikhwah, bagaimana para mad’u merasai pesanan dakwah yang kita sampaikan. Lebih parah lagi apabila para ikhwah dengan selambanya bersembang-sembang tanpa tujuan yang jelas dengan wanita lain dengan penyaksian para mad’u. Terus para Mad’u tak Tsiqoh dengan kita.

Selain itu, kejayaan Dakwah tidak mungkin akan diraih jika para penggerak dakwah masih bergelumang dengan sebarang dosa. Masih subur dengan penyakit-penyakit hati. Hati masih lagi cenderung bermakisat kepada Allah SWT walaupun bukan secara Zahir namun kemaksiatan hati akan bertunas lebih para sekirahnya tidak dirawat dengan segera. Astagfirullah.

Ana Berpesan kepada Diri

Oleh itu, ana berpesan kepada diri ana sendiri agar menghindari kemaksiatan ini sama di dewan kuliah, lebri, café,laman Facebook dan majalah-majalah. Bagi para ikhwah marilah kita sama-sama menjaga Pandangan Mata dan Hati.

Wallahu’alam.

Thursday, March 1, 2012

Tanyalah Diri "Integrasi Kehidupan"



"Integrasikan Kehidupan"

Itulah perkataan yang terlintas sejenak semasa menjaga peperiksaan Tajwid Al-Quran Teknik Al-Baghdadi. Ana cuba memahami perkataan tersebut, kenapa tiba-tiba menyelinap dalam pemikiran ana semasa asyik membaca ayat-ayat Allah SWT ketika itu.

Ana menghentikan bacaan Al-Quran  dengan memerhatikan setiap pelajar Tajwid bertungkus lumus menjawab soalan yang disediakan. Ana dapat rasakan kesusahan mereka menjawab soalan peperiksaan namun ana juga dapat melihat betapa seronoknya mereka duduk mengambil peperiksaan.

Untuk pengetahuan semuanya, semua pelajar tajwid adalah orang dewasa dan majoriti telah bekerja dan berumah tangga. Semangat yang ditunjukan mereka membuatkan ana berasa bangga. Kesibukan yang mereka jalani pada siang harinya bukan penghalang baginya untuk menuntut ilmu dan terus belajar.

Ana masih ingat perbualan antara pelajar tajwid sebelum memulakan peperiksaan.

"Moga-moga saya dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan ini dan mereka juga menyasarkan agar mampu membaca Al-Quran dengan baik suatu hari nanti"

"Ustaz, saya belum lancar lagi membaca Al-Quran akan tetapi InsyaAllah saya akan terus berusaha belajar Ustaz"

Perbualan tersebut memberi seribu makna bagi ana. Kalau ikutkan ana mau saja menangis mendengar kata-kata mereka.

Mulanya Kesedaran

Penelitian demi penelitian, akhirnya ana menemui jawapan dari perkataan tersebut yakni "Integrasikan Kehidupan"

Perbualan dan persoalan mereka, sebenarnya menunjukan penyesalan dan kesedihanya selama ini. Walaupun tidak dinyatakan secara terus mengenai penyesalan mereka tidak belajar Al-Quran sejak dari awal. Tetapi ana boleh menjangkahkan maksud mereka itu.

Dengan mulanya kesedaran, mereka merasakan betapa pentingnya mengintegrasikan kehidupan. Integrasi kehidupan antara dunia dan akhirat,antara Jasmani dan Rohani, antara kerja dan belajar, antara islam dan kelalailan dan sebagainya.

Dari kesedaran itu juga, ada diantara mereka sanggup menunggu waktu kelas setelah dari kerja tanpa pulang ke rumah terlebih dahulu. Anak-anak mula dibawa ke pusat-pusat pengajian Al-Quran. Promosi dari mulut ke mulut semakin rancak terutamanya dalam kalangan ahli keluarga dan rakan sekerja. Mahu dikatakan letih, namun tidak baginya. Meraka merasakan inilah masanya untuk berbuat. Jalan sudah ada.

Itu komitmen yang ditunjukkan setelah peluang tersebut terabai dulukala. Mula mengerti erti pentingannya belajar dan beramal Ilmu akhirat semasa mengejar kemanisan dunia.

Mula menunjukkan keadilan dalam gerak kerja kehidupannya. Keadilan demi keadilan menyebabkan wujudnya Integrasi dalam kehidupan iaitu kehidupan dunia dan akhirat.

Integrasikan Peranan

Memang sukar dilakukan tanpa perancangan yang rapi dengan hati yang ikhlas sebagai inti rancangan. Perana sebagai anak, abi, mahasiswa, dai'e, business man, dan hamba Allah.

Kegagalan mengintegrasikan peranan menyebabkan hidup kucar kacir. Mula menyalahkan sesiapa. Namun menyedihkan jika mula menyalahkan Sang Penciptanya. Mula merasa putus asa dan meninggalkan semua peranannya dalam kehidupan.

"Perana sebagai anak, abi, mahasiswa, dai'e, business man, dan hamba Allah"

Jadi apa yang berlaku sekiranya perkara ini benar-benar kita alami dan jalani?
Maka kita akan menjadi orang yang hidup, namun tidak memberi manfaat kepada diri mahupun orang lain. Hidup tanpa arah dan tujuan. Masyarakat dan kawan-kawan mula menjauh. Erti dalam kehidupan sudah tidak wujud lagi.

Tanya Diri

Ana mengajak diri sendiri dan para Hamba Allah diluar sana untuk bertanya pada diri. Apa Tujuan Hidup kita?

Wahai para sahabatku; Allah berfirman  (Surah Ke 51: 56)

"Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan mereka beribadah kepada Ku"

Tujuan hidup kita beribadah kepada Allah SWT. Walau apa pun peranan kita. Marilah kita Integrasikan peranan tersebut untuk beribadah kepada Allah SWT semata-mata. Jangan abaikan walau hanya satu sekali pun. Ini kerna, Allah SWT akan meminta dipertanggungjawabkan peranan tersebut semasa hidup kita di dunia.

Tanya diri kita, Di mana letaknya peranan kita sebgai anak selama ini
Tanya diri kita, Di mana letaknya peranan kita sebagai Bapa selama ini
Tanya diri kita, Di mana letaknya peranan kita sebagai Mahasiswa selama ini
Tanya diri kita, Di mana letaknya peranan kita sebagai Dai'e dan pendakwah selama ini
Tanya diri kita, Di mana letaknya peranan kita sebagai business man selama ini
Tanya diri kita, Di mana letaknya peranan kita sebagai Hamba Allah SWT selama ini

Adakah letaknya semua peranan tersebut hanya kehidupan dunia semata-mata tanpa sedikit ruang untuk kehidupan akhirat.

Tanya diri kita..

Yakinlah..Semua peranan itu tanpa Niat Ikhlas hanya beribadah kepada Allah SWT akan menjadi sia-sia.

Maka itu..Integrasikanlah keduanya yakni Kehidupan Dunia & Akhirat kepada Allah SWT yang satu...

Hasilnya Hidup dalam keseimbangan dan keadilan dalam mencari redha Allah SWT.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...