Kita Kena Berkorban
“Kita kena berkorban
demi memperjuangkan agama Allah SWT. Jika kita benar-benar menyakini agama Allah
SWT adalah agama yang hak, maka berkorbanlah. Sesungguhnya sahabat-sahabat
sekalian itulah erti pengorbanan yang sebenarnya. Pergorbanan yang akan
mendapatkan ganjaran syurga jika seseorang itu menjadikan Allah SWT sebagai
matlamatnya.Yakinilah dan korbankanlah apa saja demi agama Allah SWT.”
Petikan di atas merupakan perkongsian daripada sahabat saya
beberapa hari lepas. Peringatannya masih segar dalam ingatan saya sehingga
sekarang. Kesungguhan dan keikhlasan sahabat saya menyampaikan tazkirahnya
sehinggakan ada sahabat yang menitiskan air mata. Tersentuh dan amat tersentuh.
‘Saya berasa malu. Terpukul dengan kata-kata tersebut.
Tatkalah erti pergorbanan saya salah ertikan selama ini. Ya Allah. Ampunilah
hambamu ini.’ Hatiku menjerit. Jiwaku bergetar dan tubuhku terasa dingin. Aku
menggigil. Aku takut.
Pergorbanan selama ini semata-mata untuk mendapat dunia.
Manakala, pergorbanan untuk mendapatkan kehidupan akhirat yang hakiki jauh
sekali untuk difikirkan. Begitulah jiwa pendosa. Hidup hanya inginkan
keseronokan dunia dan sanggup berkorban apa saja untuknya.
Hentikanlah pengorbanan yang penuh kepalsuan ini!
Tidakkah kita menyedari.
Pengorbanan ini akan merugikan kita kelak dan membawa kita
ke neraka Allah SWT.
Nauzubillah!!
Erti Pengorbanan
Pengorbanan sama juga halnya kita berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita impikan. Berkorban demi cinta.
Berkorban demi kebahagian keluarga. Berkorban demi mempertahankan sebuah
persahabatan. Berkorban masa dan harta serta macam-macam lagi.
Lazimnya inilah bentuk pengorbanan yang kita lakukan. Ada
ketikanya dalam kembara memburu apa yang kita impikan, kita pula yang terkorban.
Semua ini adalah realiti kehidupan. Ada yang berkorban dan yang terkorban.
Terkorban Kerana Cinta
Cinta boleh membuatkan seseorang menjadi tidak waras, gila,
tidak rasional,, emosional dan berfikiran tidak realistik. Cinta ini juga
menyebabkan diri menjadi hamba kepada cinta iaitu sama ada cinta kepada wanita,
sahabat, keluarga dan kemewahan dunia.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud; “Dijadikan indah pada
(pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu:
wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda
pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah
kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik
(surga).” (Surah Ali-Imran 3:14)
Pengorbanan cinta jenis ini berlaku jika asas binaan cinta
tersebut adalah hawa nafsu semata-mata. Pergaulan berlainan jantina tanpa
batas, bersentuhan, berdua-duaan, terasa ingin memiliki, terlalu terpesona
dengan warna-warni dunia, mula bermewah-mewah, gilakan pangkat dan harta dan
bermacam-macam lagi agenda yang melanggar syariat.
Mengatakan diri menikmati cinta namun, cinta yang dibina
membawa pemiliknya ke murka Allah SWT.
Inikah cinta!
Cinta yang menyebabkan pengorbanan disalah ertikan.Sehinggahkan
diri terkorban demi cinta kerana mendapat murka dan siksa daripada Allah SWT. Akhirnya,
pemilik cinta ini dicampakkan di neraka Allah SWT.
Pergorbanan Ke Syurga
Adapun cinta yang membawa pemiliknya ke syurga. Cinta ini
dibina atas dasar iman dan takwa kepada Allah SWT. Cintanya suci dan tulus.
Jauh sekali daripada perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT. Pergaulan dijaga
dan padangan mata hati sentiasa terkawal, berukhuwah (bersaudara) kerana Allah
SWT, dan menikmati ganjaran dunia dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.
Pemilik cinta ini sangat disibukkan dengan proses tarbiyah
diri, keluarga dan masyarakat. Serius mendalami, memahami, dan mengamalkan
islam. Aktif dan istiqomah beramar makruf nahi mungkar. Masing-masing ingin
menghadiakan yang terbaik buat pasangan, sahabat, keluarga dan masyarakat seluruhnya.
Mereka berharap agar menjadi ‘role model’ kepada zuriat yang dilahirkan, kepada adik dan abang,
ibubapa, jiran tetangga, sahabat, guru, dan masyarakat. Ini kerana, proses
tersebut adalah permulaan asas pembentukan bangunan umat islam yang cemerlang
lagi gemilang.
Begitulah hasilnya jika cinta bersandarkan hanya kepada
Allah SWT. Pemilik cinta sekalian makhluknya. Pemilik cinta akan lebih tenang
dan bahagia kerana cintanya lebih banyak mengingati Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud; “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka
manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati
Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d 13: 28)
Maka, wajarlah jika Allah SWT menghadiahkan syurga kepada pemilik
cinta ini.
Tidakkah anda mengimpikan cinta sebegini. Cinta yang membawa
anda ke syurga. Menjadikan diri anda yang bercinta terasa tenang dan bahagian
hidup di dunia dan di akhirat.
Berkorban Demi Agama
Allah SWT
Inilah pengorbanan yang penuh makna jika kita menyertainya.
Segalanya akan terkorban. Pengorbanan masa, harta, keluarga, sahabat, dunia,
dan bahkan nyawa kita akan terkorban. Hidup hanya untuk mencari redha Allah
SWT. Segalanya Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud; “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari
keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan
Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat
baik.” (Surah Al-Ankabut 29:69)
Tidak pernah letih menyampaikan syariatnya. Tidak pernah
lelah mendalami, memahami serta mengamalkan syariatnya. Mengimpikan diri
menjadi genarasi rabbani dengan mengajak lebih ramai manusia menjadi generasi rabbani
sepertinya.
Firman Allah SWT yang bermaksud; " Akan tetapi (dia berkata):
"Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu
mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.” (Surah
Ali-Imran 3:79)
Walaupun, kita yakin ada onar dan duri menghalangi
perjalanan kita menyampaikan risalah islam. Namun, itu adalah penguat bagi diri
kita untuk terus kuat, berani dan ikhlas berada di jalan-Nya. Ujian itu juga
sebagai cara untuk menguji keaslian keimanan kita kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud; “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan
(saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji
lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut 29:2-3)
Kita sanggup berkorban dan mengharapkan kita terkorban dijalan-Nya.
Itulah syahid. Hanya ganjaran syurga bagi mereka yang mati syahid. Tiada tempat
tinggal lainnya.
Inilah yang dikatakan oleh Allah SWT sebagai peniagaan yang
tidak pernah memberi kerugian kepada pemiliknya. Bahkan menjadi jutawan di
akhirat kelak. Ganjaran pahala melimpah ruah dengan izin-Nya.
Betulkah Erti Pengorbanan
Kita?
Pengorbanan yang sebenar ialah pengorbanan yang mendekatkan
diri kita kepada Allah SWT. Dalam pengorbanan itu, kita merasai ketenangan dan
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Pengorbanan juga menyebabkan kita bersedia terkorban di
jalan-Nya. Tiada penyesalan berlaku. Harta, anak, isteri, sahabat, dan
perniagaan yang diusahakan hanya dianggapkan sebagai pinjaman dari-Nya.
Maka,
wajar sekiranya kita meninggalkan atas kehendak-Nya.
Kejayaan mencapai cita dengan pengorbanan yang sejati akan
lebih manis dan tinggi nilainya jika disandarkan hanya kepada Allah SWT.
Keperitan, kesusahan, penderitaan, dan tangisan yang dirasai akan mendapatkan
ganjaran syurga. Puncak segala kebahagian dan kenikmatan.
Itulah impian semua manusia.
Termaksud diri kita sahabatku!
Jadi, betulkah erti pengorbanan kita?